Thursday, August 4, 2022

IQKC - From Shooting To TV's Screen

IQKC, my 1st baby TV. At least, Mumi dah prove to Pa for his ROI on my scriptwriting courses huhu.

Dulu Mumi pernah guling2 atas lantai bila tajuk 'Bila Taufiq Vs Hidayah' tu jadi 'Suamiku Heroku'. Menitik2 airmata bila editor & publisher tukar tajuk tu. Tapi... akhirnya redha. La ni, IQKC pulak buat Mumi menyorok bawah meja. Sebab.... bila ia divisualkan ke TV, lain sungguhlah jadinya berbanding apa yang ada dalam kepala Mumi. Tapi... again... as coach said, itu biasa... memang kena terima. 

Mumi nak simpan memori journey Mumi for my 1st baby TV ni ya... 

Selesai semua initial process, dari hantar proposal, diterima di stesen TV, dipanggil meeting oleh stesen TV, script-writing pun done, Mumi dah lega dari nervousnya pengalaman pertama tu. Then ada sesi script-reading pula bersekali dgn production meeting. 

Byk Mumi belajar dari production discussion & meeting ni. Dpt lihat jadual yg disediakan utk tujuan shooting. Scenes yg ada dlm skrip Mumi depa susun ikut lokasi utk mudahkan shooting & jimatkan byk sources. I got to know their working process briefly. Cuma untuk IQKC ni Mumi tak dapat peluang turun shooting site je... tak sempat plus segan hu hu...


This was my 1st experience for script-reading & pertemuan dgn production team. Masa ni Mumi pergi dgn Pa sebab coach SSAG positive COVID-19. Heroin IQKC, Maisara Sufia pun hadir hari tu. Tapi Mumi segan nak byk cekadak bila tengok orang cantik jelita & glamour ni huhu.

Alhamdulillah, Mumi belajar banyak perkara & tips dari director IQKC, Azmi Hatta. Dapatlah Mumi jadikan panduan jika ada rezeki lagi selepas ni :-)

Credit : FB Pa Nasir Hf & SSAG & wasap status Che Ritz


The team started shooting @ 1 April 2022, 2 hari sblm Ramadhan 1443H. Shooting wrapped pd Jumaat, 8 April 2022. Everything was done fast krn awalnya tarikh siar dah diberi iaitu 27 Mei 2022.

Oh ya, jika ada yg nak jadikan scriptwriting as income source, bayaran skrip kalau ikut polisi coach Mumi, producer kena selesaikan selewat-lewatnya sblm mereka start shooting. Coach Mumi agak tegas dlm hal ni. Ya lah... tulis skrip ni adalah kerjaya bagi penulis skrip yg sbnr. Mumi ni, 'penulis skrip puteri impian je' hu hu. Tagline Mumi... i do this because I love to do this, money is number two. Kalau dpt, memang lah happy... tapi kalau Mumi nak pi kejar bayaran, rasanya Mumi assign Pa je nnt jadi collector :-)

credit : socmed Aliff Muhaimin, Maisara Sufia & Ezad Lazim

Mumi simpan sbg kenangan few pic ketika mereka shooting. Gambar 1st tu jadi prop utk frame gambar hero-heroin di pejabat :-)

Walaupun pelakon2nya semua bukan dari proposal Mumi, tapi okaylah... they've delivered their best. I love Ezad & Didi Astilla, hero-heroin pun walaupun lain dari 'attitude dlm skrip' tapi Mumi kena terima krn director lebih tahu elemen yg perlu ada utk suit the romantic-comedy genre. Mumi belajar utk berlapang dada.. hu hu. 

Credit to Page Aliff Muhaimin, hero IKQC.

Dan, seperkara yg Mumi kena belajar utk terima... pasti/akan ada scenes dlm skrip kita yg walaupun mereka shoot tapi tak terkandung dlm final productk, sbb overun. Macam pic di atas tu, atr scenes that have been shot tapi tak keluar TV. 

Mumi selalu terfikir utk re-write the script ikut yg betul2 keluar TV so that Mumi tahu exact scenes needed supaya production tak membazir shoot scenes yg sebenarnya tak perlu keluar TV. Hmm... Mumi kan org kewangan, memang tak lari la dari kepala memikir pasal budget & costing walaupun sbnrnya bukan urusan Mumi pun hahahaha. Tapi sampai hari ni tak tertulis semula sbb Mumi ni entah busy dgn apa pon tak tau...

Khay Khidir ni very last minute ditawar ganti Farhan Asri yang warded ketika scenenya akan shot esok hari. Tapi Pa kata, bagusnya Khay Khidir boleh digest & bawa watak Aman dgn comelnya dlm waktu singkat / adhoc begitu hu hu. Tq...

Credit to Page Aliff Muhaimin, TV9 & Che Ritz WA status :-)

credit FB TV9 Di Hatiku

Siaran telemovie ni ditunda & dah pun ditayangkan pd 27 June 2022 lalu instead of 27 Mei. Siaran slot Kuasa3Malam di TV9. Walaupun mungkin ada yg tak suka, Mumi berlapang dada je. Ada kalanya Mumi mmg tak berdosa hahaha. Sometimes, things didn't turn out as we wish them to be... & pendapat org adalah sesuatu yg subjektif & bukan dlm kawalan kita.

And... memori scary slps tayangan IQKC bila producer text Mumi kata ada individu tegur tajuk Ice Queen tu yg katanya dah digazetkan di MYIPO untuk dia. Aduhai... tapi so far semua keadaan dah getting calmer... benda boleh clarify & justify, kita be wiser.


Selepas impian Mumi nak lihat nama Arysa Nasir tu pd cover buku atas rak, dlm kedai buku & dlm pesta buku segala tercapai... akhirnya impian seterusnya Mumi yg nak tengok nama Arysa Nasir tu kat skrin TV tercapai juga via Ice Queen Ku Cair ni. Alhamdulillah...

Ambil yang baik-baik, sempadani yang sebaliknya :-)


#icequeenkucair
#telemovietv9kuasa3malam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS