@3 Muharram 1444H
Alhamdulillah, masih Allah izin menjalani kehidupan mendukung amanah dan tanggungjawab di dalam Tahun Baru Islam.
Azam Mumi, nak jadi hamba Allah yang Allah belas kasihan, yang Allah sentiasa sudi lindungi dan rahmati dan yang sentiasa Allah bantu...
Pagi ni, selesai mengaji di pejabat, Mumi ternampak headline yang muncul di skrin PC. Allah... dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang.
source : Online BH |
Mumi membacanya, TS Abdul Khalid Ibrahim, bekas MB Selangor telah berpulang jam 11.08mlm 31072022 di Hospital Cardiac Vascular Sentral, akibat jangkitan pada injap jantung. Allhayarham akan disempurnakan dan disemadikan hari ini di Makam Diraja Shah Alam atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.
MB Selangor ke-14 yang pertama dari Parti Harapan (parti pembangkang) ini menerajui Selangor mulai selepas mengangkat sumpah pada 13032008 hinggalah 22092014. Dalam tempoh ini, Mumi pernah 'berboskan' allahyarham ketika Mumi berkhidmat di Tourism Selangor Sdn Bhd. Pernah hadir mesyuarat yang allahyarham pengerusikan.
1st impression Mumi, he was a smart and wise man. Cuma, Mumi tak mampu bertahan lama di TSSB bila UiTM offered a position. Thinking about how I couldn't fit in political surrounding nature of work, Mumi terima offer UiTM. Dari parti pembangkang Mumi kembali ke parti kerajaan huhu.
Lagipun UiTM adalah 'offer pertama' yang Mumi dapat sejak tahun akhir di U dulu bila TS Arshad Ayub menjadi Boss arwah abah. Tapi... waktu tu darah muda, nak cuba berdikari atas kemampuan sendiri dan nak cari pengalaman di sektor swasta. Alhamdulillah, Mumi tak menyesal pun. Biarlah lambat, asal selamat dan bahagia hu hu...
Setiap hari ada berita kepulangan ke pangkuan Pencipta. Sesuatu yang kita tahu adalah wajib bagi setiap yang dipinjamkan jiwa. Semoga Mumi masih diizinkan Allah untuk terus istiqamah perbaiki diri sebelum tiba waktu dipanggil pulang pula...
Selamat pulang kepada Penciptamu, TSAKI. Semoga ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi Allah.
#tourismselangorsdnbhd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.