Salam Jumaat akhir dalam bulan Ogos tahun 2022.
Office dah kosong. Semua dah keluar menguruskan hal masing-masing. Balik rumah urus keluarga sekejap, pergi makan2, shopping2... hari Jumaat, lunch break panjang, 12-15-2.45. Mumi je yg baru selesai settlekan sedikit kerja. Sebelum keluar urus Baby sat lagi, Mumi simpan satu diari dulu :-)
Babang & Didik sepertinya tak mewarisi sport skill Papa in football & rugby.
Selepas sekolah dibuka semula, Babang aktif dengan handball dan volleyball nya. He even made himself fit into the school volley team for MSSD. Almost everyday dia stayback di sekolah, training lah, friendly matches la. Punyalah excited Babang... mcm balas dendam je kena PdPR selama 2 tahun dan juga 'limitations' ketika berada di kelas KAA 3 tahun pertamanya di sekolah menengah. Huhu...
That's why he did'nt support our idea to enroll Didik into KAA. Nak jadi ceritanya, bila Didik ditawarkan ke kelas KAA selepas sesi rayuan yg Mumi buat, it's bit too late sbb Didik dah selesa di kelas aliran biasa. Maka PaMi respect pilihan Didik untuk kekal di sesi petang saja.
Babang, satu hari nanti bila memimpin keluargamu, moga kamu adil dengan berhemah dan diplomasi. Mumi mungkin tak selamanya betul, atau your cinta pun mungkin tak selalunya tepat keputusan. Tapi, Mumi sentiasa doakan Allah beri petunjuk dan jalan untuk Babang menangani apa jua situasi dalam kehidupan dengan berhemah, berhikmah, berdiplomasi, bijaksana dan damai.
Okay, Mumi keluar dulu. Nanti balik office, kita baca Al-Kahfi ya... 10 depan & 10 belakang je pun yang Mumi sempat :-)
#theonewhomadememom
#mycintavsmyqueenvsmysyurga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.