Throwback 04-05 June 2022
Family gathering yg libatkan jumlah ahli yg besar, bukan mudah nak jayakan. Sejak masuk family Papa, 1st family day yg besar adalah di sebelah MIL @ Sg Samak, Perak pd 26 Disember 2009. Mumi tak sempat simpan specific diari cuma sedikit throwback dlm FRAN pd 2011 je.
Baby pernah tanya knp dia tak ada dlm family day Sg Samak 2009 tu. Adeh, awak entah kat dunia mana lagi masa tu Baby oi. Now, after about 12 years, family day version 2.0 berjaya dianjurkan pd 4-5 Jun 2022, masih @ Sg Samak. So, baby... jgn kata unfair ye hu hu.
Okay... Mumi just nak simpan video of d'day for our future memory...
Simpan buat kenangan sukaneka for the boys... Didik tu menakutkan Mumi je bila sangguplah tanggal seluar. Kang kot short tu ada iras2 roti jala ke tak ke naya Dik? :-)
Mumi suka lihat anak-anak ini dalam gelagat begini... and Mumi senyum sendiri lihat my very own sweet Didik. Besar dah Didik Mumi ni. Moga2 semuanya membesar menjadi anak2 soleh & solehah. Moga2 ada lagi umur & kesempatan & peluang Mumi untuk next event, 3.0, 4.0 dan seterusnya...
Daebok Mumi @ Baby... see him & his cousins, Mumi happy & touched. Alhamdulillah, tq Allah for always helping Mumi get through d'hardest part in my life, so that Baby can still have this moments.
Kiri tu gambar Ginger ketika hari Family Day. Coincidence Sabtu 4/6/2022 tu Ginger demam panas. Sblm balik Sabak, bawa ke vet & disuruh kuarantin sbb positif Parvo. Angkut Ginger balik kampung, sementara Nanomey & 4 anak lain duduk dlm cage je di rumah. Semua makan minum dah sediakan. Hati Mumi masa di kampung agak tak senang, rasa nak cepat balik. Betul gerak hati... Nanomey & kittens dlm cage kehausan sbb takungan airnya entah mcm mana Didik lock, airnya tak turun. Menitis air mata Mumi sesampainya kami di rumah lewat malam tu. Grr...
Semua tu fasa pembelajaran kami. Tak pernah2 pelihara kucing, tak pernah terfikir n tak pernah ada kemahuan. Tapi bila Allah hadirkan Nanomey & anak-anaknya ni, kami jadi tak sampai hati. When she was pregnant, she came to our door, looking for food & shelter. Sebagai bakal Ibu, Nanomey bersedia awal utk pastikan anak-anak yg bakal lahir akan punya tempat perlindungan.
Gambar kanan, ketika dah di rumah. Nanomey sedih sebab tak dapat touch anak dia. Alhamdulillah, Ginger survived. Aktif & lasak ke hari ni, walaupun Mumi risau tengok dia macam semput2 lepas lari2 tu.
Thank you, Allah...
#familyday2.0
#sgsamak
#gingerkenaparvo
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.