Throwback 6
Mumi tak pandai & tak rajin menulis sangat. Mumi cuma SUKA 'menulis' je. Especially 'tulis diary'. Kemudian jadi 'tulis novel'. Sekarang cuba 'tulis skrip TV'. Bukan mudah, masih fasa mencuba. Slow gila, tapi tak apa, Mumi bahagia je.
10-11 Mei 2022, Mumi ditugaskan mewakili PBend dlm Bengkel Penulisan Artikel. Kesian Mumi, terkontang-kanting seorang dari skop kewangan. Mujurlah Mumi spesis tak kisah, campak ke mana, insyaAllah hidup seadanya (mcm yg late Mdm Karen, former Boss Mumi ketika di GOMAFO dulu kata).
Penceramah bengkel ialah Pn NISAH HARON, penulis tersohor dengan latarbelakang ilmu undang-undang. A lawyer. Penulis fiksyen & non-fiksyen, penulis cerita pendek & novel serta seorang penterjemah. Panjang senarai anugerah yg beliau perolehi dlm dunia penulisan.
Outcome bengkel? Hasilkan artikel yang akan jadi input kpd projek koleksi artikel pengurusan universiti. Walaupun ketika itu Mumi sdg suffer dgn migrasi sistem eBanker Pro BIMB, siap juga Mumi tulis artikel dari sudut pandang orang kewangan. Last minute hantar sebab jenuh filter, bimbang tersentuh mana-mana sensitiviti.
Itu atr sebab Mumi tak berapa suka tulis artikel. Artikel ni penulisan berdasarkan fakta. Salah fakta, salah interpretasi akan misslead & timbulkan argument. Boleh jadi konflik. Silap2 boleh kena saman.
Mumi salute penulis-penulis yg mampu lantang & telus menintakan pendapat & suara. Walaupun mungkin akan ada pihak 'terasa' / 'terkesan' / 'terjejas'. Akan ada sistem yg dikritik @ ada proses yg didedahkan kelemahannya. Hakikatnya, penulisan yg telus penting utk balancing & penambahbaikan jika diambil scr positif tanpa ambil kira 'kepentingan' @ 'agenda' tertentu.
Mumi... Mumi tak gemar berbalah & tak suka cari masalah. Sebab tu Mumi lebih suka 'fiksyen'. Ada disclaimer 'tidak berkaitan dgn yg masih hidup @ yg mati'.
Seingat Mumi, last Mumi tulis artikel ialah bila dipaksa oleh former Boss Mumi, PAS utk Koleksi Artikel Integriti Terbaik Pejabat Bendahari UiTM. 2013 kot sbb throwbacknya dlm FRAN adalah pd 2014. Out of the blue, tak taulah lagu mana... Mumi menang Anugerah Emas utk artikel tu. Pheww...
Mumi bersyukur diberi peluang menimba ilmu ni. Dapat ruang berkongsi apa yg Mumi lalui @ yg ingin Mumi lalui. Dapat ruang duduk semeja dgn tokoh penulisan tersohor seperti Pn Nisah Haron & dapat tips serta panduan yg precious. .
Tiba-tiba Mumi terfikir... kalau dulu Mumi dpt peluang realisasikan impian nak belajar legal & jadi lawyer, perhaps hari ni Mumi adalah orang yang berbeza. Tapi tak apa... Mumi tak ralat lalui pengajian dlm bidang yg Abah pilihkan demi kelangsungan hidup keluarga kami. Alhamdulillah, Mumi masih dpt capai impian Mumi utk menulis hari ini. Dpt juga realisasikan impian Abah yg sebenarnya suka menulis waktu mudanya tu.
Semoga ilmu yg Mumi timba dalam sesi ini dapat Mumi manfaatkan sebaiknya nanti, insyaAllah...
#nisahharon
#artikelintegritipejabatbendahari2013
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.