Dari kecil sampai besar, Ibu yg potongkan rambut Mumi. Seingat Mumi, sebelum kahwin sekali je Mumi potong rambut di barbershop. Itupun rasanya sebab sepupu Mumi nak style kan rambut Mumi. Bila dah kahwin, sampai la ni, Pa yg potongkan rambut. Mumi okay je...
Anak2 pun begitu, dari lahir mmg Pa mereka yg potongkan rambut. Rasanya Babang-Didik kalau pergi kedai gunting India yang dekat rumah lama dulu tu pun sebab masa tu Pa kat expedisi memancing & mereka buat projek potong rambut sesama sendiri kat rumah. Mungkin ada sekali dua kot Pa mereka bawa. Tapi mostly, mmg hair-cut was done at home by Pa, himself.
La ni, semakin remaja, Babang-Didik dah makin pandai pentingkan penampilan. Especially rambut. Babang dah pandai pi barbershop senior dia dekat SMKS7 tu untuk hair-cut. Bila Babang dah lolos ke barbershop, Didik pun claim juga.
Hari ni Didik potong rambut di barbershop. Kena RM25. Hmmm... kalau potong dengan Pa, duit tu kita boleh beli takoyaki gedabak Dik oi!
Tapi... dalam kononnya bebel-bebel, Mumi layan juga. Mumi faham, bila semakin besar, anak-anak ada keinginan masing2. Mumi dulu pun begitu. Tapi dulu, Mumi anak orang tak berada. Walaupun mungkin abah ibu boleh usahakan, tapi Mumi memang selalu sedar diri. Mumi tak suka bebankan abah ibu. Maka, walaupun Mumi teringin, tapi Mumi boleh je let go. Tak de la meroyan meraban sangat. Sebab Mumi insyaAllah & alhamdulillah, dapat bezakan antara keperluan dengan keinginan.
Tapi, lain zaman lain ceritanya. Untuk anak-anak, kadang Pa yang lebih2. Pa pernah sebut, 'Pa dulu tak rasa, sebab tu tak mau anak2 alami yang sama.' Mumi pun begitu. Kalau boleh nak lengkapkan untuk anak2 supaya mereka merasa seadanya dan sekadarnya.
Eh, jauh perginya sentimental Mumi. Nak simpan diari pasal Didik pi potong rambut ikut hair-style yang diinginkannya tu je pon... haish...
Sementara Didik potong rambut di el Estee Barbershop, sederet dengan bangunan sek KAFA baby, Mumi pun ambil Baby di KAFA dan hantar ke SMKS7 dulu. Sebabnya, Khamis nanti ada sesi fotografi sekolah untuk majalah sekolah. Patutpun nak potong rambut cecantik budak ni...
Esok Mumi busy di pejabat, Papa pula beberapa minggu ni penuh jadual PVC Ceiling jobnya. Nak tak nak, hari ni terpaksa allocate masa utk dia.
Smart-Cut katanya... ya lah Didik...
Tapi.... smart hair cut for man/boy ni... the underlying philosophy nya... is... to impress girl kan Dik?
#son
#2ndchild
#smartcut
#barbershop
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.