Mumi is bit stress today in office. Lambakan kerja Mumi masih boleh tahan, tapi Mumi boleh burst dgn karenah manusia kalau beyond border.
Maka, Mumi nak ubat sikit stress Mumi dgn tulis diari je la... nak simpan keletah anak-anak tucin PaMi kat rumah tu...
The only male-kitten. Our only bulus-boy. BLENOUSCH. Sangat keletah, sangat clingy dan manja. Suka main! Suka makan, segala makanan kami dia suka. Especially icecream! Papa selalu layan kehendak dia. Anak lelaki la konon kan... Awal2 dulu waktu Mumi tak melayan dia, dia selalu gigit jari kaki Mumi. Rupanya seek attention. Skrg bila Mumi selalu manjakan dia, hug-hug dia, tak pernah lagi gigit Mumi. Tapi tiap kali nampak Mumi atau Papa, kat situlah dia mengempeng. Kalau tetengah malam tetiba dia ada kat kepala la, kat muka la... nak cium2. Alahai... Paling dia suka, naik kereta. Pantang pintu kereta terbuka...
GINGER girl Mumi ni agak kurang antibodi sikit. Sejak lahir, dialah yang asyik demam sampai bawa pi vet. She's the only one yg diagnosed positive parvo. Teruk Mumi menjaganya masa kuarantin. Sebab kesian dia terkurung sorang2 dalam master bedroom. Sampai la ni, dia yang paling kecil saiz dan ringan je. Muka kesian dia ni buat Mumi tak jadi nak marah...
This is RAIN girl. Lambat mesra alam budak ni. Tapi la ni dah ok sikit dengar cakap. Suka tengok TV budak ni!
Ini dah macam kembar Rain. Girl seketoi ni jadi rebutan antara Baby & Babang. Baby namakan dia CHASE (Mumi prefers nama ni), Babang namakan dia SHOYO. Adeh... Babang sorang je panggil dia Shoyo. Kami semua panggil CHASE. Muka Chase ni muka kesian... muka seposen.
Ini gegurl yg paling besar saiznya. SHIRO, babang yg namakan dia. Kuat makan ni. So far, Mumi perhati hanya dia je yang 'penamak'. Kalau sedang makan, dia boleh letak tangan atas pinggan dan buat bunyi menderam tanda marah yg lain usik makanan. Dia pernah pelepuk Blenoucsh masa makan sama2. Mumi geram, Mumi pok montot dia, tapi dia buat dek je. Yg Blenousch pula beralah ke tepi dgn muka sedihnya. Alahai... Tapi Mumi perhatikan Shiro ni macam anak kesayangan Nanomey hahaha
They're sibblings. From the same mom, Nanomey. Lahir 5 ekor, sehingga kini masih ada 5 ekor. InsyaAllah sihat2 semuanya... so far tak de lagi penyakit2 yg membimbangkan kami. Hanya Ginger je yg kami perlu jaga n perhati lebih. Moga teruslah membesar dengan sihat ye... PaMi & brothers akan usaha jaga kamu sebaik mungkin. Berkongsi rezeki kami... apa yang mampu kami isi perut kami, begitulah juga utk mereka.
Tapi Baby & Didik pernah complaint, 'Kenapa Nanomey dgn anak2 dia dapat makan ayam tapi kami makan telur je?' Huhuhu...
Nanomey kalau malam2 tidur awal, terjaga tengah malam, gitula kerjanya... merenung ke luar jendela. So far, malam2 mereka memang tidur dalam rumah. PaMi hanya lepaskan main luar waktu siang n waktu ada antara kami kat rumah je. Sbb mereka ni tak pergi jauh, cuma sekitar rumah dalam pagar, paling jauh pun kawasan rumah jiran kiri dan kanan. Paling depa suka tapi paling membimbangkan kami ialah depa suka masuk kebun depan rumah tu. Adeh....
Gambar kanan tu... Papa & Nanomey yang share waktu istirehat mereka :-)
Sebenarnya PaMi sedang memikirkan nak buat rumah kucing di luar. Rasanya tak boleh selamanya mereka di dalam sebab takut jadi alahan pd kami pula. Lagipun perlu jaga juga kebersihan dalam rumah. Mumi berangan nak buat 'banglo' cantik utk mereka... moga-moga adalah rezeki Mumi nanti.
Mumi susah hati juga ni bila fikirkan nak tinggalkan mereka Disember ni nanti. Walaupun Mommy Intan mereka willing jadi baby sitter yg akan dtg ke rumah jenguk n ganti makan minum dan bersihkan litter box.. tapi Mumi takut depa stress terkurung dalam rumah untuk seminggu :-(
Moga2 ada jalan penyelesaian yang terbaik supaya kekucing PaMi bahagia dan kami pun senang hati...
Aaaamiiin...
“Barangsiapa menyayangi meskipun terhadap hewan sembelihan, nescaya Allah akan merahmatinya pada Hari Kiamat.” (HR. Bukhari)
#kucing
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.