Throwback 5
Hari Ahad 1 Mei 2022 diumumkan anak bulan kelihatan. Maka, kita sambut Aidil Fitril 1 Syawal 1443H pada Isnin, 2 Mei 2022. Mumi pun tergelak campur tergelabah dan serba salah. Habislah Mumi, malulah Mumi. Nak balik umah MIL malam raya, mesti semua kat sana dah siap masak juadah. Apa punye menantu la Mumi ni.... ampun...
Akibatnya, kami pun antara yang ramai2 bertolak balik malam raya. Bersama kekucing kami :-)
Sebenarnya Mumi dah rasa akan raya Isnin, sebab tu dah siap packing in advance berdikit2. Tapi tetap harap Selasa juga rayanya sebab Mumi risaukan rumah yang macam Titanic pecah & keadaan anak-anak kucing yang perlu diangkut balik.
Alhamdulillah, Aidil Fitri 2022 @ 1443H diraikan. As for our family, Aidil Fitri kami serba sederhana. As for Mumi, ada pelbagai emosi dan rasa dalam dada.
Bismillah... Mumi teringat mesej atr Mumi-Kus-Intan tentang ambil gambar banyak2 dengan pasangan sebagai kenangan. Kemudian Mumi terbaca tentang luahan seorang isteri yang dalam kesusahan bila kenderaan buat hal, teringat dia tak lagi punya suami (pulang ke hadrat Ilahi) untuk mengadu. Juga terbaca tentang luahan isteri merindui suaminya yang dah tiada, hanya gambar yang ada. Itupun baru notice mereka jarang ambil gambar berdua. Sedihnya.
Mumi sejenis yang tak suka bergambar tapi Mumi suka amek gambar orang. Mumi suka ambil gambar secara candid, tak suka di plan @ setting. Pada Mumi candid pictures tell thousand true & honest stories. Beza dgn Pa, dia memang suka amek gambar. Ya la.. dia photogenic. Mumi 'comogenic'.
Ajal & maut kuasa Allah. Kita tak tau apa akan jadi esok lusa, hatta sesaat selepas ini. Tak tau siapa yg akan tinggalkan siapa juga. Kerana itu, Mumi belajar hargai setiap momen bersama yg ada.
Side Papa @ MIL's house - tak cukup korum. Looking back the time tunnel, syukur Allah sentiasa bantu Mumi. Memang tak ada walau sebuah keluarga pun yg sempurna tapi keluarga itu adalah apa yg Allah kurniakan buat kita. Mumi masih belajar untuk mensyukuri, menghargai & mempertahankannya...
Mumi's small family side. Lihat gambar2 ni, deep down in my heart.. i feel the pain. We have tough journey, still. Tapi Mumi redha. Dunia & semua yg ada ni pinjaman. Hidup ini pun satu ujian. Nak tak nak, kena lalu juga setiap cabaran, kesedihan, kepahitan. Bila hati luluh, I told myself, itu adalah cerita yg Tuhan tulis utk watak Mumi. Lalu je la...
Pa with his left & right juniors. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana kesempatan yang masih Mumi ada ini utk melihat & terus bersama pillars Mumi ini. Bila lihat Babang & Didik dah setinggi Papa (even slightly taller than Pa), Mumi rasa... pheww... kuatlah terus Mumi RAN untuk terus lalui kehidupan yang dipinjamkan ini...
Antara pic jalan2 raya yg ada. Selebihnya sibuk makan & sibuk layan keletihan. Memang kalau raya di kampung Pa mereka lebih meriah, coz they have big families. Jalan raya 3D3N tak habis. Walaupun merata berjalan, tetap berjaga juga. Masih perlu lindungi kesihatan diri...
Most of d'time, Mumi telan airmata dalam hati just
to cheer up people I love.
Little did I realize, my silence & flexibility & unspoken tolerance have been interpreted as selfish. Tak apa, Mumi masih mampu kutip & rawat hati yang pecah-tampal-pecah-tampal ni.
U're my flesh & blood anyway... sampai syurga. Sampai waktu nanti, kau pasti mengerti dan sedari...
And yes, Mumi angkut Nanomey & 5 anaknya beraya ke kampung. Haish, letih gila fizikal & mental Mumi jaga kebajikan mereka. Sampai PaMi tidur di beranda luar sebab diorang ni duduk kat bawah tangga tu, open space sedikit, kalau diorang panjat boleh je jalan2 kang kat luar tu. Kalau hilang ke apa ke, meroyan Mumi. Kalau jadi apa2, rasa bersalahlah Mumi. Berat rupanya 'tanggungjawab' bila dah sukarela jaga makhluk Allah ni...
Keadaan dalam kereta otw back home raya ke-4 tu. Nanomey macam mabuk kereta. Alhamdulillah, Allah permudahkan juga walaupun rasa 'serik' sebenarnya :-)
Yang ini aktiviti Pa dengan team NGO, kacau dodol. Rasanya ni sebelum raya... mumi pun lupa. Dalam usia2 begini, mungkin kebajikan dan kebaikan yang kita libatkan diri dapat beri serba sedikit saham akhirat.
Paling touching, Baby sangat excited nak sambut Hari Raya cum Hari Guru di sekolah. Maklumlah sejak masuk sekolah, dunia dilanda Pandemik. Baru inilah dia merasa sambutan begini. Hingga terkeluar ayat-ayat mat salleh nya tu yang Mumi tak tahan gelak. Punyalah dia excited & happy.
Dan selama ni rasanya Mumi tak pernah simpan gambar raya jabatan. Yang ini Mumi simpanlah buat kenangan. Utk tahun ini, our youngest brother (berdiri paling kanan) & sister (girl in the middle) dah tak lagi bersama kami. Dan tahun depan, ada potensi boss kami jadi boss besar lead kewangan universiti. Dan kami pun entah akan bersama lagi atau bertukar ke mana-mana selepas ini...
Apapun we're still part of the JKK family forever.
#SHRMZB2022
#memorirayaterkejut
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.