Dah lama sangat rasanya tak balik kampung. Ada sahaja urusan walaupun di hujung minggu. Dan selalunya juga my parent in-laws yang akan turun ke Klang menjenguk anak-anaknya. Tak pun, memang mereka punya agenda turun ke mari. Kampungku...? Hmm...
Semalam, baru ada kesempatan hendak pergi jakel Shah Alam. Find some fabric material untuk buat baju raya. Kali ni the girls yang pilih... makanya Ila Tailor kata baru nampak macam nada muda. Selalunya kalau saya yang memilih fabric mesti nada veteran je. Sebab tu agaknya Seha kata, "Kak Yati mesti suka!" bila emak mertua pilihkan material untuk baju kenduri kami sekeluarga September ini nanti. Huh huh... tak pe, biar pilihan macam veteran tapi dalam hati masih ada nada young and happy.. ye ke?
Yup, saya baru habis baca 3+1=Satu tulisan Ana Farhana, terbitan Jemari Seni on the way balik dari menghadiri kenduri saudara mak mertua di Teluk Intan tadi.
Ana Farhana kata: Ana Farhana menulis untuk grup 'muda' yang mahu bacaan bermutu tetapi santai dan 'sempoi'. Sekiranyagrup 'tua' tidak dapat menghadamkan cerita ini, hmmm... ini bermakna usia anda betul-betul sudah 'terawet' dengan jayanya.
My husband pulak kata (walaupun dia belum baca), 'ceh, apa cakap itu macam? tara baik la!' hah hah!
In conclusion, for me the story was interesting but being presented in the youngster's language. Boleh saja saya mengikutnya. Tergelak-gelak sorang diri bila baca, sampai husband pun malas nak layan. Dah faham kot, mood jiwa bila saya membaca. Kalau tak nangis mesti marah. Kalau tak marah, gelaklah... hih hih...
Pada saya 3+1= Satu itu ada cerita. Juga ada mesej dan pengisiannya. Mungkin sebab itu dipilih untuk diterbitkan oleh Jemari Seni. Tetapi ada juga pendapat yang mengatakan ia tidak 'ngam' dengan idea penulisan yang ideal. Mungkinlah... walau bagaimanapun saya masih dapat mesejnya, dan saya boleh habiskan bacaannya. So, saya masih belum terlalu tua? Huh huh... apalah erti tua kalau bersandar pada nombor kan...
Ok, actually nak cerita tentang satu pemandangan biasa yang saya teringin hendak namakan Fantasi Langit Oren. Sampai Sabak Bernam semalam dah dekat magrib. I was driving for the whole journey sebab kasihan pada Papa diorang ni yang dah penat sangat 'mengengkeh' kami di Jakel. Belok saja ke jalan Ladang Air Manis-Tebuk Pulai, my husband said "Alhamdulillah, tengok tu ciptaan Tuhan. Cantikkan... kita manusia tak mampu nak buat semua ni..."
I slowed down the car, and we all looked up to the sky where the sun was starting to get down. Then, I stopped the car and my husband quickly grabbed camera. Subhanallah, it was so beautiful. Dalam samar cahaya alam yang sudah merangkak fasa senja, bila matahari sudah mula melabuh tirai cahayanya, lalu awan pun menebar cahaya oren itu membentuk satu pandangan yang mampu membuatkan setiap mata tidak berkedip memandangnya.. lalu hati pun akan berdetik.
Sekali pandang kita akan kata, "ah, matahari sudah mahu tidur. Warna oren dan merah di sebalik awan..."
Bila kami berteleku seketika, sepertinya ada dunia lain di atas sana. The girls said, "Cuba Ummi tengok Mi betul-betul, nampak macam laut kan?"
OK, I looked at it again. Kali ini dengan satu fantasi. Di lapis bawah ini adalah bumi yang dipijak, cahaya sudah kelam. Selapisan atas sana awan-gemawan yang ditaburi cahaya oren dan merah mentari nampak seperti bentangan lautan. Bezanya, ia adalah lautan yang berwarna oren. Seolah-olah kami ini sedang menuju ke arah kawasan lautan yang berwarna oren.
Fantasiku... teringat bila baca buku Kasihku Arina tulisan Mazni Aznita yang bercerita tentang satu kehidupan di alam yang berbeza. Lalu terfikir, atau mungkinkah benar ada kehidupan lain di sana? Seiring dengan perjalanan usia dan kehidupan bumi ini...
Selalu kita dengar dan sebut tentang Mentari Merah di Ufuk Timur. Hmm.... inikah juga yang saya fikirkan sebagai Fantasi Laut Oren...?
Gambar-gambar ini tidak secantik realiti, sorry ya sebab kami bukan photographer yang expert....
Lepas Asar sat lagi, hendak bergerak pulang. Sudah minta dengan suami hendak singgah kedai buku. Saya ingat nak beli buku 7 Hari Mencintaiku tulisan Siti Rosmizah. Hmm.. malam tadi tengok 7 Lagu di Astro, sekarang pun tengah ulang tayang tu... filem lakonan Farid Kamil dan Rosmila Emelda (betul ke nama dia tu? ke Emelda Rosmila?)
Hish, semua 7 ni... 7 Lautan Ku Cari Cinta, 7 Hari Mencintaiku, 7 Lagu.
Kalau gitu saya ada angan-angan nak buat 7 Lelaki Ku Cari Bahagia dengan 7 Keturunan Aku Benci Padamu dengan 7 Minit Bersamamu. My husband said, "Awak gila? Tak usahlah..." hih hih... saja suka-suka... tak pandai pun nak buat.
wah beli baju raya dah..
ReplyDeletetema apa pulak thn ni?
bestnya..x sabar nak balik sabak
first year yg beli baju raya awal... selalunya esok nak raya, malam ni baru sibuk cari.
ReplyDeletebudak2 ni pilih bedge ke peach entahle...
kala dah rindu kg balik je la wida... take off days ke... hu hu