PETUA RUMAHTANGGA : TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI
Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami ...selepas 10 tahun usia perkahwinan. Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif. Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….sirius…. Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur. Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita. so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami? See More By: MY Baby Store
**********************************
Mula-mula membaca posting ini di FB beberapa hari yang lepas oleh kawan saya Ayu (panggilan shj), saya rasa hendak tergelak. Pipipun dah suam-suam, rasa malu sendiri. Sebenarnya, apa yang kita baca melalui artikel di atas tu sometimes is a reality, yang berbeza samada kita pernah melaluinya atau tidak sahaja...
Usia perkahwinan saya baru setahun jagung. Baru masuk usia Sofi, lima tahun. Pakar motivasi terkenal Dato’ Dr Fadzilah Kamsah pun ada mengatakan bahawa bagi pasangan newly-weds, ia akan mengambil masa kadang-kala sehingga lima tahun untuk serasikan diri berdua sebagai suami isteri.
Masa bercinta kita selalu nak tunjuk kitalah yang cantik/handsome, yang wangi, ang sopan, yang paling penyayang dan prihatin. Pendek kata kitalah segala benda. Tapi saya rasa saya selalu jadi diri sendiri sampai husband kata, “Awak, dating kali kedua dah makan dua pinggan terak, siap habiskan nasi saya lagi...”.
Heh heh, saya memang dari dulu kuat makan nasi. Nak sorok apa... kalau dah kahwin tetiba baru dia tahu, “Alamak, buruk lantak ke bini aku ni?”, jadilah biarlah dia tahu awal-awal. Kalau rasa-rasa tak sanggup beli beras nak bagi makan, tak yah lah ambil jadi isterikan? Buek perabih boreh, kata orang Negeri Sembilan.
Ops, that’s is not what I would like to share here. Sebenarnya saya nak cerita sikit-sikit related to the above story. Husband & Wife...
I am a wife so saya nak cerita tentang husband / suami dan mukjizat mereka. It is not really mukijzat, cuma setelah lima tahun menjadi seorang isteri, saya rasa saya telah menemukan sesuatu yang mungkin kita boleh share, persetujui dan memberi sedikit panduan bagi yang akan melalui kehidupan berumah tangga.
Saya nak tulis ni pun segan sangat-sangat sebenarnya. In advance, maafkanlah saya kalau ada tersilap kata atau melampau bicara. Saya hanyalah manusia yang tidak pernah sunyi dari kesalahan.
Sewaktu kita menjadi anak, syurga kita di bawah telapak kaki ibu. Bila sudah dimiliki oleh seorang lelaki, syurga kita di bawah telapak kaki suami. Saya tidak tahu bagaimana dengan wanita-wanita lain, tetapi saya rasa lelaki yang menjadi suami, kiranya berusaha menjadikan diri mereka khalifah Allah yang mematuhi hukum dan ajaran agama, adalah seorang lelaki yang ada kelebihan mereka yang tersendiri.
Saya ni seorang yang suka berkata-kata (ikut mood dan tempat). So selalu bila dengan suami, sesuatu isu walaupun remeh ada sahaja yang saya debatkan. Kadang-kadang husband larang saya buat sesuatu, tapi degil... alasan yang diberi, tak apalah nak cuba je, sikit je, kejap je... alih-alih? Tanggunglah sendiri akibatnya. Seolah-olah apa yang diperkatakan suami itu jadi realiti pulak...
Awal perkahwinan dulu, adakala saya membentak-bentak (bentak manja je yang lebih, minta diberi lebih perhatian), muncung panjang sedepa, tak mahu tegur suami sampai berjam-jam (paling lama ialah semalaman). Akibatnya, without failure Allah akan bayar saya CASH. Tergelincir ke, jatuh ke, terketuk kepala dan boleh dapat demam...
Kita semua tahu bahawa nikah kahwin itu adalah fitrah manusiawi. Sebab itulah Islam mewajibkan nikah kepada yang sudah mampu dan menganjurkan kepada mereka yang mahu kerana nikah kahwin itu adalah ‘gharizah insaniyah’.
Setiap lelaki dan perempuan itu cenderung kepada cinta dan kasih sayang, dan naluri ini dihalalkan melalui pernikahan. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini juga diberikan akal dan nafsu. Bahkan dalam Islam pun sudah disebutkan, lelaki itu punya 9 akal dan satu nafsu sedang wanita itu ada 9 nafsu dengan 1 akal... Suami kalau di rumah, tahunya satu tu sahajalah... yang orang perempuan ni kat rumah tambah lagi seribu kerja.
Rendah diri dan jujur saya katakan saya ini perempuan yang tak pandai berhias diri mahupun rumah (cuma kemaskan seadanya), saya tidak punya hati besar hendak emas dan barang perhiasan, nak compete dengan jiran tetangga tentang langsir siapa lebih cantik, tentang siapa beli kereta baru atau siapa renovate rumah atau siapa pergi vacation dsbg.
Tapi saya ada banyak impian dan tugas hidup : nak menulis (kadang-kadang tengah mandi, tengah makan, tengah driving pun dapat ilham tapi bila sampai rumah semua berterabur), nak buka kedai buku tapi tak jadi-jadi walaupun dah register company berabad lamanya dengan Nawwir, nak buat filem (siapa pulak nak jadi producer), nak buat lagu (boleh jual ke?), nak kemaskan rumah jangan bersepah sangat (kemas depan, anak sepah belakang, kemas belakang, depan dah tungang langgang semula), nak anak-anak jadi berdisiplin dan soleh/ah (asyik jadi ultraman je semuanya, WWF dan tolong Umi! Tolong!) , nak khatam Quran setiap tahun, nak ganti puasa, dan macam-macam nak lagi...
Kadang-kadang balik kerja, buat sikit setakat terdaya masak and uruskan hal suami-anak, badan dah penat sangat. Lagi-lagi kalau sehariannya dah pecah kepala dan pecah limpa kat office, malam bila dapat bantal, terus ikut Alice to Wonderland. Lagipun jantung saya cepat penat. Bila suami usik-usik, mulalah tangan kaki semua tepis... “Alah, orang penatlah... esok-esok jelah...”
Dan esok jadi esoknya lusa, sampai lusa jadi tulat tonggeng, sampai seminggu dan terus bulan mengambang. Lepas tu start balik rutin jatuh sakit – demam, selsema, batuk yang dua tiga minggu tak baik-baik. Tapi nasib baik suami jenis yang penyabar dan baik.
Tetapi tanpa saya sedari (mungkin wanita lain menyedarinya), sesi ‘sayang-sayang’ tu adalah terapi paling mujarab. At least to me. Few times it has been proven, but I never realized it. till my husband made my eyes opened. The most obvious case was, when I fell sick last two weeks continuosly tak henti-henti. Nasib baik saja baru serve UiTM, larat tak larat paksa juga badan pi office walaupun (dihantar dan dijemput suami), malam tak boleh tidur sebab batuk tak henti-henti sampai badan semua sakit-sakit, jadi tension tak peduli dah anak nak susu ke apa... semuanya suami yang tolong lunaskan.
Dah pi klinik, dah habis ubat saya makan awat tak baik-baik? And then my husband whispered to my ears, “Abang bagi ubatnya nak?”
Dah pi klinik, dah habis ubat saya makan awat tak baik-baik? And then my husband whispered to my ears, “Abang bagi ubatnya nak?”
Heh, dah tahulah apa ubatnya tu. Tak naklah, orang tengah sakit separuh nyawa ni, tension seluruh alam dia asyik fikir yang satu itu sajalah taunya...
My husband silent, but as a wife, I knew I have responsibility to my husband. Kan sudah dikatakan dalam Islam, isteri yang menolak suami akan dilaknat semalaman? Hish, dah berapa banyak malam kena laknat ni? Tapi selalunya saya akan minta redha suami dulu and I believe he understood and tolerate with me.
So, one final night I surrendered myself to my husband. Menjalankan tanggungjawab yang wajib... dan esoknya, saya boleh kemas rumah sampai bersih setelah dua minggu jadi kapal Titanic pecah, demam terus kebah. Cuma batuk saja yang masih ada sikit-sikit. Pemulihan seperti yang dulu-dulu juga...
Then husband said:
“Sayang dah sihat?
Hmm... betul tak cakap abang, it is the best therapy for you.
No doctor can treat you better but me...”
Yelah, Yelah...
"Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?"
(Surah An Nisa’ 4: ayat 21)
Dan nikah itu bukankah juga cara untuk manusia memenuhi tuntutan fitrah nafsu seksual. Dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud, “apa yang tidak sanggup kamu memikulnya, menurut Qatadah ialah nafsu kepada wanita.
Malah pernikahan itu juga penting untuk menenangkan fikiran melalui penyeimbangan fisiologi badan psikologi perasaan. Nanti balik cuba kita baca Suraf Al A’raf ayat 189 dan Surah Ar Rum ayat 21...
Betulkan, dalam hubungan suami-isteri yang telah dihalalkan Allah itu sebenarnya ada seribu mukjizat hidup? Cuma tidak semua dari kita yang menyedarinya, terutamanya diri saya sendiri dulu. Tetapi bila kita melalui perjalanan kehidupan itu dengan sendiri, kita akan sedar betapa besarnya kuasa dan nikmat Allah.
Memandang suami sejak itu, saya selalu berfikir sendiri : alangkah bahagianya hidupku kerana mempunyai seorang suami yang setiap detik punya keinginan kepadaku, sering mengasihi aku...
Bukankah Khalifah Umar Al Khattab juga pernah berkata – Tiada pemberian yang paling berharga bagi seorang hamba Allah setelah iman, selain daripada wanita solehah.
Aduhai, saya ingin menjadi wanita yang solehah.
Saya mahu menjadi isteri yang terbaik untuk suami saya...
kerana kasih sayang suami itu sebenarnya terapi terbaik
untuk setiap rasa sakit dalam diri saya ini...
tetapi saya hanyalah wanita biasa... dan akan terus memperbaiki diri ini.
Saya mahu menjadi isteri yang terbaik untuk suami saya...
kerana kasih sayang suami itu sebenarnya terapi terbaik
untuk setiap rasa sakit dalam diri saya ini...
tetapi saya hanyalah wanita biasa... dan akan terus memperbaiki diri ini.
************************************
asalamualaikum kak... nice post kdg2 segan sy nk bce part ubat mujarab tu....
ReplyDeletesy bru rncang nk nikah muda vru jer 21.. tp tgk akak crita, xtahu dpt tggung ke x tekanan...
selalu akak release tesion akak btpe slain solat & mgaji?
visit blog sy, azninquek2.blogspot.com
tQ
waalaikumsalam, tq az for your reading.
ReplyDeleteitu dah habis sopan tu tulis nye, takut jd 18sx pula...
21, muda sgt lg, byk boleh buat dalam hidup sebelum nak commite dengan urusan rmhtga... tp kalau dh sampai seru ikut je la, untung jugak kawen awal, tak de la macam akak dah nak pencen tapi anak baru nak sekolah heh heh
tension? mengamuk je la kot, baru dapt kuar smua yg accumulated. tak pun baca buku citer, tengok CSI ke, dengar lagu ke, skrg ni kalau tension, menulis ke tgk blog...
tapi sjk kawen ni, rasanya kalau akak tension kena ada husband pujuk baru reda kot...
dah visit your blog, cam heavy sikit byk item kot.. akak punya bb unlimited still slow juga kat you site... tak apa, nanti akak tgk slow2 ok..
tq again!