Sebenarnya setiap hari pun adalah hari buat ibu. Last weekend ingat nak memerap kat library UITM to get done with STKG editing. Kalau duduk kat rumah tak jadi apanya... But my father was in Salak Tinggi (rumah Angah), so kena pi lah jumpa dia kat sana...
Last Thursday while having lunch with my husband, tiba-tiba hati rasa sayu sangat. bila teringatkan Hari Ibu yang bakal menjelang. Lalu airmata pun tanpa disuruh-suruh turun di tengah-tengah ramai orang tu. Ceh! Teringat pada seorang wanita yang saya panggil Ibu. Rasanya sudah terlalu lama benar tidak bersua. "Pa, kita balik minggu ni nak? Ummi ingat nak buat kek coklat untuk sambut hari ibu. Ibu kan suka kek coklat yang Ummi buat..."
Suamiku senyum kerana saya tahu itu adalah sesuatu yang paling dia nanti-nantikan dari mulut saya. Dan saya lihat ada air bergenang di tubir mata suami. Dia senyum penuh makna.
"Tapi... Ibu tak marah ke kalau Ummi balik?" hati sangsi.
"Tak kisahlah dia nak buat apa, yang penting kita sebagai anak balik tengok dia. Kalau Ummi tak mahu bermalam pun tak apa, kita jenguk dia sekejap je..."
My husband straight away send SMS to my second sister. Informed her on the very good news, kesediaan saya untuk pulang.
Unfortunately my sister said, "Angah tak kuat nak baliklah bang. Tak sanggup nak berdepan dengan manusia yang dah babi-celakakan kami yang mak bela sangat tu. Macam mana pendirian Along ni? Tapi kalau Along dan abang Nasir nak balik juga tak apalah, Angah tak halang. Angah ingat nak balik bulan puasa nanti. Sekarang Angah tengah pulihkan high-blood, kalau jadi lagi apa-apa masalah Angah tentu masuk hospital lagi..."
Hmm... hati saya tiba-tiba tawar. Tak apalah, mungkin tak ada rezeki lagi nak mengubat rindu. Dalam hati teringat masa lalu. Sebelum saya berkahwin, tidak pernah ada sambutan hari ibu dalam keluarga saya. Sebab pada saya setiap hari memang saya sayangkan ibu saya. Setiap hari saya buat segalanya demi ibu saya. Saya buat yang terbaik untuk kegembiraan ibu saya. Cuma adalah sekali dua, mulut ni ter'wish' dia. Itupun rasa segan sangat dan macam termengada-ngada pulak. Teringat kata seorang teman kerja lama "Hari ni hari ibu. Aku tak pernah wish mak aku, kalau aku wish dia tahun ni, mesti dia ingat aku buang tebiat."
I said, "Tak apalah, wish je lah. Mungkin tiap-tiap tahun mak tunggu Yusri buang tebiat wish dia Happy Mother's Day." Hah hah hah!
Bila sudah berkahwin, saya melalui pengalaman pertama bila hari ibu itu disambut begitu ria oleh in-law-family. First was a seafood-dinner, then semua adik-beradik husband beri hadiah pada mak mertua. Selepas tu rasanya setiap tahun hari ibu belah keluarga mertua disambut dengan cara tersendiri - makan luar atau buat makan-makan di rumah adik-beradik.
Kemudian, my 2nd sister yang memang suka menyambut 'hari' orang tu memulakan inisiatif. Saya ingat sambutan pertama untuk ibu kami bila Angah beli kek (sebab masa tu saya belum pandai buat kek) dan kami masak di rumah, makan bersama-sama... walaupun kami masak mee goreng yang tak sedap...
Semalam, bila kami di rumah Angah di Salak Tinggi, my sister-in-law Seha called to inform that they were going to Jakel Shah Alam nak beli kain buat baju. This coming September, adik ipar bongsu akan melangsungkan perkahwinan. So, the family planned nak pakai baju seragam. Baju raya cum baju kenduri. Hmm.. menantu bongsu... Tahun ni ada dua perkahwinan bongsu dalam keluarga. Satu adik bongsu suami dan satu lagi adik ipar bongsu Angah.
Hmm... tiba-tiba terlintas di kepala, menantu bongsu lagi?
Hmm... tiba-tiba terlintas di kepala, menantu bongsu lagi?
Saya masih lagi terasa trauma dengan kehadiran menantu bongsu dalam keluarga. Tak apalah, nanti saya ingat nak tulis tentang, 'Bila Menantu Bongsu Melangkah Masuk...' okay tak?
Okay back to the story... Bila tahu parents in-law turun ke mari, dalam hati dah agak dah mesti nak sambut hari ibu ni... So that's it! Without disappointment memang ada small gathering malam itu di rumah Seha untuk meraikan hari Ibu. Hati jadi tambah sayu bila kenangkan ibu...
Untuk emak mertuaku, Hajah Siti Zainon Bt Md Esa... selamat hari ibu. Terima kasih kerana telah memberi saya peluang hidup bahagia dengan anak yang telah mak kandung, lahir, didik dan besarkan. Mak telah berikan saya seorang suami yang begitu bermakna dalam hidup saya. Semoga Mak dikurniakan kesihatan, usia yang berkat dan kehidupan yang bahagia dunia akhirat. Minta maaf kerana saya masih belum mampu menjadi menantu Mak yang baik...
Buat Ibuku, Hajah Mayam Bt Hasim yang selalu ada dalam hati dan dalam setiap denyutan jantungku... maafkan Along kerana tak dapat ucap Selamat Hari Ibu tahun ini. Ampunkan Along kerana telah membawa masuk duka dalam keluarga kita. Tak apalah, Along redha menerima ujian ini kerana Insya-Allah pasti ada hikmahnya nanti untuk kita semua di hujungnya, yang entah bila...
Ibu, sabarlah... Allah itu Maha Mengetahui, mereka yang mengkhianati dan memisahkan cinta kita akan menerima balasan-Nya yang Along kira sudahpun mereka terima sedikit demi sedikit kini. Cuma hati mereka masih buta dengan harta dan kedudukan dunia hingga belum beroleh hidayah untuk menyedari salah dan dosa sendiri.
Ibu, ampunkan Along... 30 tahun Ibu didik dan beri kasih sayang, Along tahu tak akan pernah lunas terbayar walau betapa banyakpun yang Along rasa Along telah lakukan untuk Ibu. Tak mungkin lima tahun dikasihi suami mampu menyamai kasih sayang yang telah Ibu beri sejak Along di dalam rahim Ibu. Ibu tetap Ibu dan suami ada darjatnya yang tersendiri dalam hidup Along.
Along tetap berpegang kepada "Kasih Ibu Sampai Syurga, Kasih Saudara Masa Berada...". It has happened... and Along tetap tunggu harinya kita kembali bersatu. Along yang paling banyak minum susu Ibu kan... sampai susu untuk Angah pun Along yang minum juga. Along tak pernah minum susu lain selain susu Ibu. Itu Ibu yang cakap dulu... Ibu kata Along anak yang paling baik, tak pernah susahkan Ibu sejak Along lahir tak macam adik-adik yang selalu meragam, menangis, sakit dan sebagainya. Ibu kata Along ni bagi minum susu sekali dah tidur dari pagi ini sampai pagi besok (melampaunya?). Ibu boleh buat banyak kerja, berkebun dan sebagainya sebab Along anak yang baik kan...
Bahkan Ibu sendiri akui Along yang paling banyak bersusah demi keluarga, Masa kecil Along selalu tolong Ibu cari kayu api dalam hutan sebab kita masak guna kayu api.. Kita dulukan orang miskin.... Along yang seret basikal bawa balik kayu-kayu yang dah Ibu potong. Tiga empat trip kadang-kadang. Jauh pulak tu... sampai berpeluh-peluh Along. Angah tu hanya tahu mengekor je sebab dia berpenyakit sejak kecil. tapi Along tak kisah sebab Along sayangkan adik-adik. Along yang selalu buat Ibu bangga sebab dapat nombor satu setiap kali periksa. Along yang paling banyak basuh rumah bila banjir, Along yang paling banyak angkat pasir bila kita nak buat rumah dulu dan Along yang paling lambat kahwin sebab nak sekolahkan adik-adik...
Dan Along tak akan pernah lupa Ibu kata sakit bersalinkan Along adalah yang paling lebih. Ya lah, Along kan anak sulung, kena cari jalan sendiri nak keluar. Yang lagi tiga orang tu ikut je denai yang Along dah sediakan. Ceh! Lepas tu Ibu kata Along ni masa nak keluar banyak cekadak. Ibu cerita yang Ibu dah sakit sangat nak bersalin tapi Along tak nak keluar jugak. Ibu kata dia nak bersalin atas tilam jugak! Maklumlah dulu hanya orang berada je yang ada tilam kat rumah. Kat rumah kampung Ibu tidur atas lantai beralas tikar mengkuang.
Jadinya, Ibu diangkat orang pergi ke rumah arwah Wan Leha (adik arwah Wan) sebab kat rumah tu je yang ada tilam. Dah tu Ibu nak bersalin atas tilam baru pulak. Hish! Mereka pun ikutkan saja, maklumlah beranak sulung... Bila Ibu dah selamat baring atas tilam baru yang empuk itu, maka Ibu kata keluarlah Along yang comel ni (dulu je comel, sekarang comot). Arwah Wan yang niat nak tepuk pipi Along sebab banyak cekadak nak lahir, terus tepuk manja pipi Along sebaik keluar. Maka Alongpun nangis wa wa wa! Bagaimana Along nak lupakan cerita Ibu itu...?
Along tak pernah akan lupa Ibu bubuh minyak kelapa kat rambut dan ikat satu lalu hantar Along pergi sekolah naik basikal setiap pagi. Sampai kawan-kawan panggil Along ni Ayin (cerita Ninja masa kecil dulu). Dan Ibu juga tetap setia tunggu nak jemput Along setiap kali balik sekolah. Masa tu semua kawan-kawan naik kereta, tapi Along tak pernah malu naik basikal dengan Ibu... lagipun bukan kita tak ada kereta, cuma Abah balik hujung minggu je sebab dia kerja kat KL dan Ibu duduk kampung jaga Wan yang tak sihat. Tiap pagi Isnin mesti Along senyum lebar dapat pergi sekolah naik kereta kodok Abah.
Jadinya, Ibu diangkat orang pergi ke rumah arwah Wan Leha (adik arwah Wan) sebab kat rumah tu je yang ada tilam. Dah tu Ibu nak bersalin atas tilam baru pulak. Hish! Mereka pun ikutkan saja, maklumlah beranak sulung... Bila Ibu dah selamat baring atas tilam baru yang empuk itu, maka Ibu kata keluarlah Along yang comel ni (dulu je comel, sekarang comot). Arwah Wan yang niat nak tepuk pipi Along sebab banyak cekadak nak lahir, terus tepuk manja pipi Along sebaik keluar. Maka Alongpun nangis wa wa wa! Bagaimana Along nak lupakan cerita Ibu itu...?
Along tak pernah akan lupa Ibu bubuh minyak kelapa kat rambut dan ikat satu lalu hantar Along pergi sekolah naik basikal setiap pagi. Sampai kawan-kawan panggil Along ni Ayin (cerita Ninja masa kecil dulu). Dan Ibu juga tetap setia tunggu nak jemput Along setiap kali balik sekolah. Masa tu semua kawan-kawan naik kereta, tapi Along tak pernah malu naik basikal dengan Ibu... lagipun bukan kita tak ada kereta, cuma Abah balik hujung minggu je sebab dia kerja kat KL dan Ibu duduk kampung jaga Wan yang tak sihat. Tiap pagi Isnin mesti Along senyum lebar dapat pergi sekolah naik kereta kodok Abah.
Along tak akan lupa Ibu dulu selalu buat roti canai sampai Along naik jemu. Along tak lupa sedih dalam hati ni bila Ibu bangun awal pagi masakkan Along nasi dan lauk buat bekal pergi kerja. Sampai hari ni Along selalu cakap dengan abang Nasir, Along rindu nak makan masakan Ibu. Ibu...
Sebab itu Along yakin Ibu tetap sayangkan Along lebih dari semua walau di mulut, Ibu kata Ibu benci pada Along... kerana mereka dah buat Ibu benci pada Along. Kerana mereka hendak rampas Ibu dari Along, sebab mereka tahu selagi Along ada di rumah itu dan dalam hati Ibu, mereka tak akan jadi yang utama!
Tapi Along dah maafkan semua orang... tapi ingatlah, hukum alam adalah sesuatu yang akan pasti terjadi. lambat launnya. Kalau hidup pasti mati, kalau syurga berbanding neraka, kalau putih ada hitamnya. Mereka yang berdosa, pasti akan terima pembalasan-Nya. Itu kan janji Tuhan?
Tapi Along dah maafkan semua orang... tapi ingatlah, hukum alam adalah sesuatu yang akan pasti terjadi. lambat launnya. Kalau hidup pasti mati, kalau syurga berbanding neraka, kalau putih ada hitamnya. Mereka yang berdosa, pasti akan terima pembalasan-Nya. Itu kan janji Tuhan?
Along ajar hati untuk tidak mendoakan yang buruk untuk mereka. Lagipun mak mertua Along selalu berpesan begitu... Cuma Along ini manusia biasa bukan bidadari Syurga. Along tetap minta pada Tuhan, kalau betul dua tangan Along yang bekerja keras untuk membesar dan menyekolahkan dia, kalau betul tapak kaki Along yang kematu bertahun menapak mengejar bas untuk bekerja, kalau betul airmata Along yang menitis kerana sayangkan dia, kalau betul ada sebahagian hidup Along yang telah Along korbankan demi dia dan keluarga kita, Along minta Allah tunjukkan pada kita semua. Along minta Allah buka hati dan mata Ibu melihat kembali cahaya syurga...
Hari ini Along pun dah lima tahun bergelar Ibu. Cuma anak-anak panggil Along ni Ummi. Jadi Along sudah rasa dan memahami serba sedikit hati dan perasaan seorang Ibu. Sebab Itu Along akan terus bersabar Ibu... Selamat Hari Ibu... terima kasih dari lubuk hati paling dalam buat semua!
*************************
M... Million loves you showered me
O… Only Allah knows your heart
T... Tears you dropped for me
H… How can I pay you 4 all things
E… Emotionally love your kids
R... Right here & there always
Put them all together, they spell "MOTHER,"
A word that means the world to me
A word that means the world to me
Happy Mother's Day
I - inilah hatiku, seorang anakmu
B - bertarung dengan rasa rindu terhadapmu
U - Untuk sesuatu yang sudah tidak lagi menjadi hakku
****************************************
selamat hari ibu kak yati:)
ReplyDeletesabarlah..wida mak x ada, mak mertua pon tak ada..
lama x jumpa wak enon:(
bila lah dpt balik kg ni..hrp muiz kawen nanti leh join
Selamat hari Ibu juga buat Wida...
ReplyDeletewida cakap macam tu buat akak sedih je... sedih untuk orang tak ada mungkin tak sama dengan sedih kehilangan orang bila dia masih ada kan...
ya, hopefully wida n family balik join kenduri bongsu ni... raya tak balik ke?
wah berbaju baru blog ni..cantek.
ReplyDeleteraya balik kot..insyaallah.raya kat sini xbest!
papa nye keje. x best raya kat situ? yelah, dah biasa warm n meriah kat kampung kan.. hih hih
ReplyDelete