Jujurnya saya tak suka sangat nak buat entry ni... tried so hard to keep up...
Since weekend dok dengar dan lihat tentang ini. Pagi tadi driving to office pun HotFM ada talk-session tentang peristiwa ini. Macam mana nak avoid bila hati, despite of rasa tak mahu dengar dan lihat, masih mahu mengetahuinya?
Tragedi Tanah Runtuh yang menimpa Rumah Anak-anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat yang berlaku 21 May lalu bring all parties together. Individu, pihak beruniform, masyarakat, parti politik dan semualah...
Dengar dan baca macam-macam statement dari semua pihak. Belumlah juga terlalu naive untuk tidak dapat melihat penudingan jari, yang cover diri dan yang menghulur simpati. Alhamdulillah itu semua masih lagi perhatian yang diberikan oleh warga Malaysia walau dalam bentuk apa sekalipun.
Dulu pernah ada impian nak jadi doktor, tapi bila lihat diri sendiri ini yang lembik sangat memang padanpun la tak jadi doktor. Saya tak suka sangat baca paper pun sebab tak ada keberanian nak baca berita-berita dan tragedi yang sedih dan sengsara ni. Buku cerita yang sedih pun memang tak berapa nak baca... oh, patutlah publisher tak berapa suka yang sad ending kan...
Bila baca di kebanyakan media tentang kanak-kanak yatim yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh saat mereka sedang berhimpun di dewan untuk latihan nasyid untuk suatu majlis, saya rasa dalam hati ada air batu. Kalau saya ada kuasa sakti, saya mahu masuk dalam era masa and be there to stop things form happen.
Why? Why? Why?
Semua orang tanya dan semuapun sudah dan sedang diberi jawapannya.
Walaupun setiap perbuatan manusia ada kesan dan implikasinya, saya masih mahu untuk kuat dan melihat kepada positif yang walau bagaimanapun terlalu sakit dirasakan. Saya bukan individu yang ada kepentingan atau kepakaran tertentu. Walau saya masih ada pandangan tersendiri sebagai rakyat Malaysia dan penghuni planet, tapi saya tidak punya kudrat untuk memanjangkannya.
Sebagai manusia biasa yang tertulis di dada ini agama yang satu, saya hanya tahu satu perkara yang pasti... Allah lebih mengetahui... dan tidak Tuhan turunkan sesuatu tanpa sebab...
Say, may be it is the lesson for everybody and for me. Mungkin a way of how the message is being delivered to us all, kalau anak-anak yatim itu diabaikan, lebih baik Tuhan yang handle it.. mungkin... tak tahu.. tak mahu cerita lagi...
Adik-adik dan anak-anak lelaki kita yang telah disuratkan terkorban, syurga adalah tempat mereka kerana kanak-kanak yang kecil ini tidak berdosa pun lagi kan. Untuk warga dewasa di sana yang turut terkorban, bukankah Rasulullah sudah bersabda :
"Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di Syurga nanti seperti ini, " kemudian Baginda memberi isyarat dua jari iaitu jari telunjuk dan jari tengah lalu sedikit merenggangkannya. (HR Bukhori)
Dan mungkin ini juga yang terbaik kerana Tuhan lebih sayangkan mereka. Tidak tahu bagaimanakah kehidupan nanti buat mereka dan buat kita di dunia ini... kerana terlalu banyak cabaran dan dugaan dalam menyantuni anak-anak yatim, terlebih lagi menjadi anak yatim itu sendiri...
Wallahualam.
Ni saja gambar yang sanggup saya lihat... |
Setiap yang hidup akan mati... |
Minta maaf, saya tak sampai hati nak attach gambar lain... picture speaks more than word, tapi kalau ia sekadar mengundang pedih dalam hati, saya tidak ada kekuatan untuknya... hanya doa yang saya ada untuk semua....
Tragedi ketika Latihan Nasyid
Selatan Online
Tragedi Tanah Runtuh di Asrama Anak Yatim
sy pon tak sanggup baca berita ni..sedih pilu
ReplyDeletememang menyayat hati...tak sanggup juga nak baca atau cerita pasal ni..
ReplyDeletebanyak improvement blog yati sekarang ya?
wida, sedih kan... tak apalah, ketentuan tuhan tak ada siapa yang boleh lengah atau halang.
ReplyDeletehi yus, mata dah ok?
ReplyDeleteblog ni... bila ada masa tengok sikit-sikit, alter sikit-sikit. ni pun husband yang banyak tolong ubahkan... nak harap diri sendiri, dengan limitasi masa dan ketidak-pandaian diri dalam It.. may learn more from yus. your blog cantik sangat and got active information too.