Driving to office this morning, I heard the DJs of HotFM were having talk on Hari Jururawat.
12th May 2011.
Sempatlah juga dengar beberapa orang pendengar radio yang menelefon untuk berkongsi pendapat dan pengalaman bersempena Hari Jururawat. Macam-macam ada. Yang paling best bila ada seorang lelaki ni cerita tentang bagaimana dia ditolak masuk ke bilik bedah oleh seorang jururawat lelaki dan jururawat perempuan. He heard both of them talking, thought they were talking about works. After sometimes he realized that they were arguing on something. Dia kata dua jururawat tu agaknya having relation and then quarrel on something. Tiba-tiba masa bertengkar tu, si jururawat perempuan ni tadi tertepuk luka pesakit. Hish! Memang ramai orang yang masih belum dapat membezakan amanah tugas dan hal peribadi...
Hari Jururawat, macam hari-hari dan produk lain mesti orang akan kata diinisiatifkan oleh orang putih. It was stamped in history document that this 'celebration' (atau we call it service of remembrance lah kot) was first proposed in 1953. But it was only proclaimed by the International Council of Nurses in 1974 that Nurses Day will be celebrated every 12th May. Sama dengan birth day Florence Nightingale yang dikatakan jururawat Inggeris yang mengasaskan kejurawatan modern.
I believe banyak yang dah bercerita tentang Lady of Light atau Wanita Pelita ni. Masa di sekolah dulu pun dah selalu dengar sejarah pengasas orang putih ni - bila masuk pandu puteri dan tunas puteri dulu.
Saya cuba cari artikel atau bahan bacaan tentang jururawat awal zaman Rasulullah s.a.w dulu. Limitasi tak mengizinkan untuk saya duduk tekun depan desktop untuk search and find more. Terbaca di Forum Paramedik Malaysia yang membincangkan tentang kewujudan jururawat pertama dalam Islam yang bernama RUFAIDAH BINTI SA'AD AL-ASLAMI.
Sukanya saya bila terbaca statement yang mengatakan beliau merupakan pengasas jururawat yang pertama sebelum Wanita Lampu Pelita tu. Tapi rasanya dalam silibus kejururawatan mungkin lebih diwar-warkan tentang Nightingale.
Ayah Rufaidah ni sebenarnya merupakan seorang tabib (orang putih kata physician, lebih kurang dengan panggilan doktor) dalam zaman Rasulullah s.a.w. Mungkin juga ayahnya yang menjadi inspirasi kepada beliau kerana beliau mempelajari ilmu perubatan sewaktu membantu ayahnya. Diceritakan juga bahawa beliau mengabdi diri merawat orang-orang Islam yang cedera dan sakit dnegan membina khemah rawatn di luar masjid nabi.
Sama seperti apa yang dikatakan tentang Florence Nightingale tu, Rufaidah juga merupakan insan yang bertanggungjawab memimpin wanita-wanita Arab yang secara sukarela atau volunteer untuk berkhidmat sebagai jururawat ketika perang. Rufaidah jugalah yang menurunkan ilmu yang beliau perlajari dari ayahnya kepada kaum-kaum wanita yang sukarela berkhidmat ini.
Rufaidah, sebelum menyertai medan perang sebagai jururawat yang menjaga dan merawat pejuang-pejuang Islam yang tercedera itu, beliau mesti minta izin dari Rasulullah. Haruslah begitu kan.. kena tanya dan minta izin ketua dulu. Beliau dikatakan menjadi jururawat perang sewaktu menyertai misi perang Islam yang pertama iaitu Perang Bada. (bulu roma saya naik pula bila tulis tentang ini - konon agaknya semangat Islam menyerap, alhamdulillah). Selepas itu beliau dan pasukan berkhidmat dalam perang-perang lain seperti perang Uhud, Khandaq dan Khaibar.
Biasa kalau orang yang bekerja akan dapat upah... sebab itu Rasulullah akan memberi Rufaidah dan jururawat wanita Muslimah yang lain sebahagian harta rampasan perang, tidak lebih dan tidak kurang sama dengan mujahidin muslimin. Selain berkhidmat sebagai jururawat Islam pertama, Rufaidah juga suka melibatkan diri dalam kerja-kerja amal sosial. Beliau suka membantu dan memberi ilmu kepada orang miskin, anak yatim dan orang cacat.
Selain Rufaidah, sejarah Islam turut mencatatkan beberapa nama jururawat wanita yang bekerjasama dengan beliau iaitu : Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Safiyah, Ummu Sulaim dan Hind. Lain-lain jururawat Islam yang turut dikenali adalaha : Ku'ayibah, Umm'Atiyyah al Ansariyah, Aminah binti Abi Ways al Ghifariyah, Rubayyi' bt Muawwiz dan Nusaibah binti Ka'ab Maziniyyah. Dan ramai lagi juga yang tidak disebutkan nama. Apalah ada pada nama, pengabdian khidmat yang tulus itu akan diberi ganjaran oleh Allah, lebih penting dari ganjaran manusia...
Islam mengutamakan adab dan batasan aurat. Di dalam dunia perubatan, ada doktor lelaki dan perempuan, banyak jururawat perempuan dari lelaki. Selalupun Doktor Sakit Puan tu yang lebih ramainya lelaki. Macam susah je hendak cari Dotor Sakit Puan tu yang memang Cik atau Puan. Pesakit lelaki pun dirawat oleh jururawat perempuan, sebab jarang orang lelaki hendak jadi jururawat. Dalam 300 jururawat perempuan adalah 10 orang jururawat lelaki (tadi dengar di radio). Bagaimana adab dan batasan aurat dipelihara dalam senario begini?
Semua orang tahu Islam itu agama yang syumul. Way of life. Dalam Islam diharuskan perawatan seseorang yang bukan mahram dan melihat auratnya hanya pada ketika darurat. Tetapi sekarang ini ramai anak-anak orang Islam yang pandai-pandai. Mungkin boleh kita bentuk satu budaya untuk melahirkan doktor dan jururawat lelaki dan perempuan sama ramai supaya boleh memenuhi keperluan agama kita kan. Yang penting bagaimana kita melihat sesuatu perkara.
Lelaki dan perempuan jadi doktor itu biasa. Mungkin harus lahirkan lebih ramai doktor sakit puan dari kalangan wanita supaya yang lelaki rawat lelaki dan wanita rawat wanita. Jururawat? Ada tak ibu bapa yang mahu anak lelakinya jadi jururawat? Saya sendiri pun bila cakap dengan anak, 'Ummi kalau boleh nak anak-anak Ummi semua jadi Doktor'. Tapi seingat saya tidak pernah pula saya cakap, 'Ummi nak anak-anak Ummi jadi jururawat'. Macam mana ni ye?
Tapi pada saya, doktor atau jururawat itu tugas mereka dalam konteks yang sama. Merawat untuk menyihatkan orang. Kan mulia?
"Imam Ghazali menganggap profesion perubatan sebagai fardu kifayah,
satu tugas yang mesti dilakukan oleh sesetangah ahli dalam satu-satu masyarakat.
Amalan ini lazim dilakukan kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas.
Jika kesihatan terjejas, apa jua di dunia ini tidak dapat dinikmati."
Hai, bilalah nak siapkan STKG ni... This 2nd novel of mine is about medic life as the platform. About nurse, doctor, love, family and religion. One time dulu, this manuscript dah masuk ke publisher's office tapi they said it might have some issues since it touched about medical.
Sedih pun ada bila fikir-fikir. Orang putih siap boleh buat cerita 24, Dr House, FBI etc. Boleh buat cerita tentang White House, tentang President Amerika... boleh buat movie lagi... OK je... For me, novel is fiction. So, ia adalah gabungan fakta, imaginasi dan fantasi. Up, jahatnya aku! Ia cuma luahan hati saya saja...
Bagi saya semua manusia itu ada baik dan buruknya. Siapa yang tidak pernah buat salah kalau sudah namanya manusia. Doktor, majistret, lawyer, jururawat, cikgu, bos, usahawan, PM pun agaknya pernah buat salah... Agong?
Tak apalah...
Oh ya, ada tak HARI DOKTOR SEDUNIA? Hari Jurutera? Hari Hakim? Macam tak ada pula... kenapa?
Rasanya (ini pendapat saya saja), sama macam hari ibu bagi saya, setiap hari adalah hari kita dan hari semua orang untuk apa yang telah dan sedang dan akan kita lakukan untuk diri sendiri, keluarga, saudara-mara, rakan-taulan, orang ramai, masyarakat, penduduk glob dan dunia... untuk Tuhan demi Akhirat... (apa yang saya tulis ni? kita fikirlah sendiri-sendiri ya).
****************************
Nota : Dulu pernah wish Siti Habesah ucap selamat Hari Jururawat ni sebab dia pernah jadi jururawat (dari PPUM sampai ke Arab). Tapi sekarang dia jadi orang yang mengajar jururawat, nak wish Hari Jururawat ke Hari Guru ni...
wish dua2..hehe
ReplyDelete