Earlier I did post an entry about my natural childbirth experience. Ingat nak sambung the entry tapi yang lain-lain pula dipostingkan. I wrote this apart of sharing it will all, it is actuallly as a medium for me to say something so that my children would be able to retrieve it some day . I may or may be not be able to tell all to them. Natural childbirth... semua wanita pernah melaluinya. Cuma peristiwa itu mungkin ada bezanya.
My last entry stopped bila anak kedua saya selamat dilahirkan tetapi saya tidak mendengar suaranya. Sebaik baby keluar seluruh badan rasa penat sangat. Sudahlah waktu itu nak subuh, matapun dah berat sangat nak terpejam. Memang mata pejam, tapi still boleh rasa the nurses worked on me. Mungkin disebabkan rasa yang penat itu tidak membolehkan saya mendengar dengan baik.
Reality, baby saya memang tidak menangis, according to my husband. Mungkin sedikit masalah kerana agak lama tertahan dipintu tadi. But the doctor managed to overcome everything, alhamdulillah. But it took me sometimes to wonder if the situation would harm my baby. His brain maybe... tif taht happen, i may not be able to forgive myself. As to date, he looks normal dan sangat bijak lagi...
The moment my husband place the baby on my flat stomach, saya dah tak ada tenaga langsung. Tidak seperti melihat my first baby dulu yang wajah dan sinaran matanya bersinar-sinar di wajah saya. This second baby of mine, looked exactly like my parent's maid, we called her Bibik. Hish, biar betul... anak saya ke anak Bibik ni!?
Sesudah itu saya sudah tidak ingat apa-apa lagi. Sebaik azan Subuh dan Papa azankan baby, saya dah lama pergi ikut Alice to Wonderland.
Saya rasa bersyukur sangat dapat melalui pengalaman bersalin secara normal. Hari kedua saya sudah rasa macam tidak pernah bersalin pun. Rasa sihat sangat. Tidak seperti bersalin secara caesarian, sakitnya selepas itu Tuhan saja yang tahu. Kadang-kadang sampai sekarang pun boleh rasa lagi ngilu di bahagian jahitan.
Walaupun sebenarnya saya sudah boleh keluar pagi itu juga tetapi husband insisted me to stay for a night. Dulu Sofi kena kuning, alhamdulillah adik ni tidak pula. Mungkin kerana jenis darah baby ini sama dengan saya, darah jenis O. Pernah juga dengar orang kata, baby yang lain darah dengan ibu sahaja yang selalunya dapat kuning bila dilahirkan. Ada juga yang kata kalau baby lahir secara caesarian memang ada possibility yang tinggi untuk dapat kuning compared to natural chilbirth. Mungkin kerana alat bantu kelahiran seperti forsep itu ada kesan sampingannya kot... no idea.
Malam itu, ramai relative datang melawat di wad. My in-laws pun ada. My mother memang sentiasa ada...
Yang lucunya, ramai tegur saya sebab tak behave macam orang baru lepas bersalin. Ya lah, excited sangat sebab rasa sihat... terlupa pula kena duduk, jalan dan bangun dengan sopan... huh huh... lagipun rasa best sangat dapat bersalin normal. Kalau tidak, tak dapatlah saya rasa sakit melahirkan yang original... and I may not be able to say one or two words when ladies talk about it kan...
Hmm... Sofi sudah ada kawan untuk main bola. Baby ini Papa namakan:
Muhammad Amir Zafri
yang bererti
Muhammad, Putera Kemenangan Ku
Ya, saya rasa bersyukur sangat bila Sofi dilahirkan dulu. Sofi adalah penanda aras mengkagumi kebesaran Tuhan kerana ramalan perubatan dilangkaui. Kemudian bila Didik lahir, dia berikan saya rasa kemenang ankerana saya mampu memiliki zuriat seterusnya. Terima kasih Tuhan...
Kalau dulu Sofi buat saya tidak tidur siang malam selama 8 bulan sampai harus berhenti kerja. Baby Zafri pula sebaliknya sangat menenangkan hati. Dari hari ke hari, wajahnya sudah mula menampakkan seri. Susu badan pun lebih banyak untuk dia berbanding abangnya dulu. Dan baby Zafri suka tidur sambil menyusu which I miss so much now. Sekarang dia cuma cium sahaja puting susu, kemudian tergelak-gelak... mentang-mentang sudah besar ya! Dan Sofi pun sudah mula panggil diri dia abang sejak ada adik...
My sweet Muhammad Amir Zafri, you bring more colourful lights into Ummi's and Papa's life menambahkan terang cahaya abangmu.
But today, melihat Didik Zafri saya rasa macam nak gelak. Orang selalu kata anak yang lahir melalui pembedahan lebih lasak dan aktif. Tetapi bila tengok perangai Didik ni... hish, biar betul! Rasa double triple je dari abang dia je... kuasa Allah kan.
Tak kisahlah, asal anak-anak sihat. Selalunya budak yang cerdas memang ada sahaja akal dan projeknya. kan. Last March 28th dia sudah genap berusia 2 tahun. Sehingga saat ini sudah banyak vocabulary dia dan sangat comel lihat dia berkata-kata.
Malah dia sudah pandai conteng dinding. Bukan setakat rumah sendiri, sampai rumah Nenek Imah yang mengasuh dia pun, dia conteng juga. Bukan salah dia... abang Sofi yang set example. Dia tambah kreatif sajalah kepada perangai abangnya itu.
"Siapa buat ni?" kami tanya dengan nada gertak bila lihat dinding berconteng.
"Adek!" jawabnya dengan bangga sambil tersengih-sengih.
"Adik buat apa ni?"
"Cicak!"
"Kenapa adik buat macam ni!?"
"Cicak!"
Orang tanya kenapa bukan apa...
Adik baru 2 tahun tapi dah sibuk nak buang air besar dan air kecil macam abang. Memanglah bagus kan kalau dia sudah tidak pakai pampers, jimat sikit. Tapi Ummi Papa dia ni yang malas... lecehlah...
"Mi! Nak encing ne?" adik pegang pampersnya dan tunjuk ke bilik air.
"Alah Dik... kat pampers je lah... Ummi busy ni..."
Pun dah pandai buat pengumuman yang jelas, "Mi! Adek yak!"
Kalau kita tak pedulikan, dia kata lagi, "Umi! Adek yak ni ha..."
Yang paling tidak tahan ialah perangai dia yang suka menyakat. Nak kata suka buli orang tak juga. Dia cuma suka buli Syakir, anak abang ipar saya yang sulung tu. Mak mertua pun heran, "Apa yang dia jaki sangat dengan si Syakir ni? Dengan orang lain tak pulak?"
Kalau abangnya tengah syok dan tekun tengok TV, dia sengaja off dan cepat-cepat lari menyorok. Sedang rumah bergegar bila Sofi menjerit macam petir. "Adik!!! Nape tutup TV ni?? Awak tak nampak abang tengah buat apa ni hah? Baby ni memang tau! Bosanlah! Heee! Grrr!"
Kalau mood Sofi tak baik, mahu dia kejar Didik Zafri tu keliling rumah. Paling teruk dia WWF adik dia sampai Ummi dan Papa jerit, "Abang!!"
Adik... adik... my natural childbirth baby... be goodboy sayang... be someone great someday... berbakti kepada agama, nusa dan bangsa. Anak-anak Ummi dan Papa harus berguna di dunia sampai akhirat. Your father adalah insan yang suka menolong, so be like him... Ummi will be more than thankful and proud!
Syurga Ummi sampai akhirnya tetap buat Adik dan Abang berdua...
tiada yang mampu menariknya melainkan Allah.
********************
.
Hari pertama dilahirkan di DEMC... betul-betul macam rupa Bibik Megawati... |
Putera natural childbirth saya...
My 'like elder, like younger'... |
Abang! Adik geli... janganlah |
My handsome little young men... |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.