Sunday, May 15, 2011

HAPPY TEACHER'S DAY

Antara panggilan profesion yang masih kekal pada awal nama seseorang walaupun setelah dia meninggalkan atau menamatkan perkhidmatan, antara contoh :

Cikgu! Cikgu ingat saya lagi?
Eh, Doktor? Doktor pun duduk di sini?
Ustaz/Ustazah... saya selalu ingat pesanan yang Ustaz/Ustazah berikan pada saya...

Tapi macam tak pernah dengar orang panggil :
Jurutera! Long time no see?
En Hakim... silalah masuk (kecuali kalau nama dia memang Hakim eg Muhd Hakim ke)
En Businessman... how do you do?

Sorry, saja buat lawak untuk diri sendiri sebab hari ini sedang tension tahap Avatar

Tapi hari esok 16th kan... adalah HARI GURU, so we will only talk about Guru yang biasanya kita panggil Cikgu, Pensyarah yang kita panggil Encik, Cik dan Puan, serta Guru agama yang kita panggil Ustaz atau Ustazah.

Dalam Islam, tugas seorang guru mendapat tempat yang mulia. Bacalah di mana-mana pun. Kenapa ya? Semua pun boleh fikir tugas guru yang menjalankan tarbiyah ilmu sebagai pendidik, pembimbing, penasihat dan pembentuk generasi berakhlak dan berilmu itu paling kritikal dalam pembentukan dan survival tamadun manusia. Terutama menjadi Muslim dan muslimah yang terpikul di bahu setiap anak Adam Hawa itu amanah melaksanakan dan meletakkan agama Islam itu di tempat yang tinggi.

Sewaktu kita kecil, ibubapa dan ramai orang akan tanya,
"Bila besar nak jadi apa?"
Dalam zaman saya dulu, tipikalnya saya dan mungkin juga batch saya dulu akan menjawab, 
"Cikgu atau Doktor..."

Zaman sekarang budak-budak ada banyak pilihan, 
"Hmm... nak jadi astronaut," Okay lagi...
Ada juga yang sebut, "Model, Malaysian Idol?"
Hmm... sejuklah perut mak...
Lagi kelakar kalau dengar, "Nak jadi Power Rangers!
Jadi Ultraman boleh tak? Ninja Turtle ke?"
Okay take it positively, Power Rangers tu kan menjaga keamanan -  
so anggap saja mereka ni nak jadi tentera ke polis ke kastam ke... 
Jangan nak jadi Sinchan sudah...

Hmm... dulu saya pernah diberitahu, best jadi cikgu ni. Setiap langkah seorang guru itu ke sekolah dan langkah pulangnya ke rumah dari sekolah akan diberikan satu pahala dan dihapuskan satu dosa.  Tak macam lawyer yang sebelah kakinya dalam neraka (ini ibu saya kata dulu bila saya nak buat law). Tapi cikgu-cikgu sekarang naik kereta dengan motor? Nak kira cemana? Claim mileage huh huh...(abaikan mulut jahat ini). Tak apalah, jalan kaki ke, naik kereta ke, naik motorsikal ke, naik bas ke - janji pergi ke sekolah untuk menunaikan tugas yang sudah jadi amanah. Ia adalah ibadat untuk guru-guru semua.

Saya tidak pernah ada kesempatan hendak jadi guru. Sebab saya rasa Tuhan pun tahu saya ni tak layak jadi cikgu. Terutama kalau kena jaga budak-budak sekolah rendah... yang sekolah menengah pun satu hal punya peel juga.. Saya tak rasa saya ada chemistry yang baik bila menyampai ilmu kepada bebudak tak cukup umur ni... nak kena sabar banyak-banyak... kalau dengan anak, ajar satu tak dapat, pakai rotan je... tapi dengan anak orang tak bolehlah buat macam tu kan...tapi ada jugak seorang bapa kepada pelajar tuisyen saya yang bagi rotan untuk saya guna sekiranya anaknya tidak mendengar kata..

Saya cuma ada opportunity berkongsi ilmu bila mengajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta. Hah, that was the best time in my life. Dari situ saya mula fahami tugas sebenar seorang pendidik. Bukan sekadar menyampai ilmu yang dah ada dalam buku, tapi harus bimbing mereka melihat bagaimana ilmu itu digunakan secara positif dan negatif serta cuba  bentuk mereka secara rohani. Nampak ada yang ala-ala nak menyimpang join the devil-club je, kena fikir macam mana nak buat dengan mereka tu. It's real a tough task. Ingat susah nak jaga budak kecil je, tapi budak lepasan SPM pun ada sikap unik juga. Lagi kesian kat diri sendiri, bila dapat students older than yang mengajar. Dah satu hal nak kena tuakan diri untuk sama dengan mereka juga...

Conclusionnya, guru itu ada banyak tugas dan peranan. Dalam Islam juga, guru itu ada 4 martabatnya. Kita share ye...

MUDARRIS
Guru yang hanya mengajar subjek atau bidang yang mereka mahir sahaja

MU'ALLIM
Guru yang bukan sekadar mengajar apa yang mereka mahir tetapi juga menyampai dan
mengajar perkara dan ilmu yang lain

MURSYID
Guru yang menyampaikan ilmu serta menunjuk dan membimbing
ke jalan yang benar

MURABBI
Guru yang mendidik, mengasuh, memelihara serta mentarbiyah supaya menjadi manusia
yang bukan sahaja punya ilmu tetapi juga beriman, bertakwa dan
mampu melaksanakan amal soleh yang dituntut dalam Islam.

Dulu saya cuma tahu Cikgu, Sir dan Puan/Cik. Bila berkawan dengan seorang kawan pendidik yang anaknya belajar di sebuah sekolah agama swasta, saya selalu dengar dia refer Cikgu as Mu'allim. Kalau yang perempuan mereka panggil Mu'allima. Hmm... Kalau begitu ada tak Mudarrisa, Mursyida, dan Murabbia? Macam nama orang lah pulak... Itulah pasal kalau tak tahu bahasa Arab. Maafkan saya...

Dalam waktu mengajar dulu juga saya dapat lihat beberapa kategori penyampai ilmu. Yang  selalu tukar waktu kelas suka-suka hati, yang masuk kelas lambat tapi habis kelas cepat, yang hanya baca buku depan students dari atas kerusinya sahaja (ajar matematik pun boleh duduk dan sebut.. kelakar betul), yang masuk kelas bagi kerja then keluar tak masuk-masuk kelas lagi, yang tidak pernah buat research untuk memperkaya ilmu di dada tetapi banyak masa tengok youtube, yang marking paper dan bagi markah ikut dan-dan dia... Ya Allah ampunkan saya... tidak bermaksud untuk mengata, sekadar tauladan untuk diri saya dan anda yang sudi membaca. Saya juga tidak sempurna, tapi saya selalu akan perbaiki diri saya...

Disebabkan fungsi dan peranan yang begitu besar ini jugalah ada ahli tafsir yang mengatakan guru itu setingkat bawah dari Nabi sebab Nabi saw juga pernah bersabda, "Al-Ulama'u waratsatu al-anbiya'" yang bila kita terjemah kepada bahasa kita bermaksud : Ulama adalah pewaris Nabi. Dan  guru juga termasuk dalam kriteria Ulama - yalah, yang mendidik, menyampai, dan menyebar ilmu.

Best kan, menjadi guru sebagai profesion, kerjaya yang mulia, ada kepuasan tersendiri bila melihat anak didik berjaya  lalu menjadi pembina bangsa dan agama, dapat pahala bila pergi dan balik kerja selain dapat gaji plus other benefits, bukan sekadar di dunia malah jadi saham sampai akhirat.

"Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia,
maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, 
ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh" 
(Hadith Riwayat Muslim).
  
Al-Fatihah buat sekalian pendidik yang telah kembali ke RahmatuLlah

Duhai para guru dan pendidik semua, dengan amanah dan ikhlas jasa dan pengorbanan anda tetap dikenang, warisan ilmu anda menjadi material pembina Ummah dan tamadun bangsa, pahalamu menjadi saham hingga akhirat walau anda sudah tiada di dunia. 

Oleh itu sempena Hari Guru tahun ini, saya nak ucapkan lebih banyak dari ribuan terima kasih buat cikgu-cikgu saya semuanya, yang mampu saya ingat saat ini (semua majalah sekolah tinggal kat rumah kampung). Kalau ada keciciran saya menyebutnya, minta maaf... bukan tidak mahu guna generally, tapi saya ingin juga sebut nama-nama guru saya dari awal persekolahan hingga tamat pengajian. Walau sukar untuk ingat nama cikgu-cikgu saat ini, tetapi wajah cikgu yang senyum, yang marah, yang bengang, yang sporting masih ada dalam album hati ini :

Sek Keb Beranang
- Cikgu Noraini, Cikgu Raja Rodziah, Cikgu Zainal, Cikgu Kamarudin, Cikgu Faizah, 
arwah Cikgu Mat Tasim dan semua guru-guru di sana

Sek Ren Keb (1) Kuala Ampang
- Cikgu Hamidah dan semua guru-guru SRK(1) KA

Cikgu Tuisyen
-Mr Raja & wife

Sek Men Bukit Gading
- Cikgu Habsah, Cikgu Norsham, Cikgu Phua, Cikgu Azhari, Cikgu Sukariah, Ustazah Zabedah
dan semua guru-guru SMBG

MRSM Jasin
- Cikgu Hamzan, Cikgu Ruhani, Cikgu... hish geramnya tak ingat nama cikgu-cikgu walau masih ternampak-nampak muka mereka

Kolej Mara Kulim/Kuala Nerang
-Cikgu Jalilah, Cikgu Ismail, Cikgu Omar, Ms Cruze, Cikgu... ni pun satu hal... sel ingatan semakin kurang kena makan kismis dengan kurma bebanyak...

UUM dan UiTM
Semua tenaga akademik di kedua-dua U.

Terima kasih banyak-banyak di atas jasa baik cikgu-cikgu
memberi ilmu dan pengetahuan dunia-akhirat kepada saya.
Baik saya kerana didikan cikgu-cikgu,
buruk itu saya sendiri yang punya.

Dalam family in-laws saya juga ramai guru-guru
yang berbakti kepada nusa. 
Selamat Hari Guru untuk ibu bapa mertua saya :
Hj Hussien Fikri & Hjh Siti Zainon 
yang masih memberi ilmu agama kepada pelajar-pelajarnya,
Cikgu Siti Fasihah, Ustazah Hjh Salmah, Ustazah Norazhani, Ustazah Norazlina & Ustaz Hj Azmi, Cikgu Sabiah & Ustaz Faizal, Cikgu Saadah, Dr Mashudi, Cikgu Kamaludin 
dan semuanya yang tidak dapat disebut bersama.
Ustaz Zaimuddin (dulu, tapi sekarang dah naik tangga tinggi huh huh)

My family-side, Selamat Hari Guru untuk :
Cikgu Muhd Rafie & Puan Siti Habesah, Cikgu Zanariah & Cikgu Shafie,
Cikgu Edah, Cikgu Norsilawati,

Teristimewa untuk Guru Pertama dalam hidup saya:
Ibuku, Hjh Mayam Hasim - 
yang pertama mengenalkan saya kepada dunia, huruf rumi dan jawi, nombor dan warna, 
hingga saya boleh membaca, menulis,
mengira seawal usia 3 atau 4 tahun, 
yg sudah membolehkan saya khatam Quran sewaktu usia 7 tahun...

Abahku, En Saberon Sujak - 
yang memberi sedikit kelebihan untuk melihat dunia
dari kaca mata berbeza, 
yang memaksa saya hafal hingga sifir 15 seawal 6 tahun,
yang memberi minat membaca dan menulis
sehingga saya miliki buku pertama saya...


**** SELAMAT HARI GURU WAHAI PENDIDIK SEKALIAN *****

Nota : Teman-teman sepengajian ramai juga yang settle down as teacher. Selamat hari guru - My Snow White sister - Kak Nino, then Nani, Zatusy Syamami dan semua-semualah...

2 comments:

  1. Slmt hari guru kpd semua pendidik, bekas pendidik, esp my luvly sis CT FASIHAH, HJH SALMAH dan semua guru2 termasuk my ex-lecturers di SK Bt38, SKK Kajang, VI, UiTM, UTM dan terutama sekali HJ HUSSIEN & HJH SITI ZAINUN (guru sepjg hayatku)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS