Saturday, March 3, 2012

Awet Muda

Sejak beberapa ketika kebelakangan ini, saya rasa banyak baju saya sudah tidak berapa longgar. Atau dalam erti kata lain saya sudah bertambah gemuk?

"Pa, saya dah bertambah gemuk ke?"
"Entah, macam tu je..."
"Tengoklah betul-betul..."
"Masalahnya abang memang hari-hari tengok awak, mana nak notice apa-apa perubahan..."

Ceh, tak boleh harap betul...

Tapi saya tahu saya sudah gemuk. Muka saya terasa penuh. Baju, kain dan seluar usah cakap.
Papa Nasir kata, "Nanti kita beli baju baru ya..."
Tak... ini bukan taktik nak minta baju baru lah... saya risau kalau-kalau hyperthyroid saya sudah jadi hypo pulak... masalah...

Dulu Ibu saya kata, saya ini bila kurus nampak seperti chipmunk jatuh dalam air. Ibu kata bila saya berisi baru nampak elok sikit sebab muka ada pipi. Bila muka berisi, pipi jadi tegang, maka tidaklah nampak berusia lebih awal dari umur. Ye ke?

Kemudian, baru-baru ini Ibu saya sibuk bertanya saya guna lagi tidak minyak kepala ke rambut. Gulp! Saya sudah lama tidak guna minyak kelapa ke rambut. Dulu masa saya bersekolah rendah, Ibu akan minyakkan rambut dengan minyak kelapa dan ikat satu tinggi-tinggi. Di sekolah rendah dulu, saya pernah digelar Ninja Yin kerana setiap kali saya berpaling, rambut saya akan slashh!! orang-orang di sekeliling saya. Hu hu...

Minyak kelapa itu Ibu sendiri yang buat, bukan dibeli di kedai. Ibu masak santan kelapa sampai pecah minyak. Minyak itulah yang ibu tapis dan simpan untuk dijadikan minyak rambut. Dulu semasa kecil, saya selalu tolong Ibu masak minyak kelapa ini. Saya tidak suka baunya...

Ibu kata minyak kelapa itu elok untuk lewatkan rambut dari beruban. Kemudian teringat pula entry  di blog Yus tentang uban di kepala hu hu. Minyak kelapa ini menurut Ibu yang memang dari dulu hingga sekarang mengamalkannya, selain dari menyebabkan rambut lewat beruban, ia juga elok untuk menghidari sakit kepala.

Ibu saya memang masih belum beruban sangat kecuali sehelai dua, berbanding kawan-kawan yang seusia atau muda darinya yang sudah memutih kepala. Ibu juga jarang sangat sakit kepala. Tapi saya memang tidak suka letak minyak ke rambut. Kalau hendak letak, saya minta tolong Papa Nasir sahaja.  Rambut saya menurut Ibu sudah mula ada sedikit perang-perang. Ala.... Papa Nasir kata ia memang dari dulu begitu. Ya ke?

Tapi zaman sekarang apa mahu risau. Orang dah ramai tidak suka rambut yang berwarna hitam. Sengaja diwarnakan jadi merah, biru, coklat, perang, kuning, putih pun ada kan....

Dan untuk awet muda? Banyak ubat-ubatan dan herba. Senaman, yoga dan pelbagai lagi juga boleh membantu. Tetapi ia mungkin tidak sama dengan awet muda dari dalam diri.

Dari sedikit ilmu yang diperoleh melalui kelas pengajian tafsir al-Quran, kalau hendak awet muda dalaman dan luaran diri, mungkin boleh amalkan yang berikut :

Baca zikir : Ya Badiyah (1x), Ya Nur (1x), Ya Hadi (1x), Ya Allah (3x). Setelah dibaca, tiupkan ke telapak tangan lalu disapukan ke muka setiap hari.

Macam senang sahaja kan? Tak ada cost disadvantage juga.

Kalau rajin lebih sedikit, mungkin boleh baca ayat 35 hingga 38 dari surah Al-Waqiah setiap hari selepas solat Subuh. Kemudian tiupkan ke dalam air dan minum.

Yang ini... kalau solat Subuh sudah agak lewat, tak pastilah boleh dibuat ke tidak kan... hu hu.

Tak kisahlah apa pun... biarlah hati dan peribadi seindah rupa yang seadanya dianugerahkan Allah. Lagipun tidak ada yang mampu kekal selamanya tanpa susut nilai melainkan iman yang diperkukuhkan...

1 comment:

  1. biasanya orang india yang letak minyak kelapa tu kan?
    emm..x suka baunya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS