Sudah lama tidak dapat tulis diari saya ini. Hari ini beria-ia minta pelepasan seketika dari Papa Nasir untuk berehat dari MH. Papa Nasir jeling. Tandanya bagi lah tu hu hu...
Many things happened in life. The diary begins...
12th March 2012
Many things happened in life. The diary begins...
12th March 2012
Saya perlu menghadiri temujanji rawatan di DEMC pada tarikh ini. Kebiasaannya Papa Nasir yang akan menemani. Kebetulan Emak Enon juga ada temujanji hospital beliau di Bangi. Antara isteri dan ibunya, tentu saya harus suruh Papa Nasir temankan emaknya. Melampaulah tu kalau saya mahu ditemani juga kan. DEMC dengan pejabat saya cuma sekangkang semut. Pun mahu cuba-cuba berdikari sekali-sekala. Tapi dalam hati takut juga, especially bila mengenangkan saya kena ambil darah sendirian... tapi tak apa, saya tahu saya boleh!
I managed. Sewaktu nurse panggil saya masuk ke bilik Dr Rahman, Papa Nasir pula on time sahaja sampai. Hmm... aturan Tuhan. Just nice, very perfect. Dia singgah juga di DEMC rupanya walaupun saya kata tidak perlu, takut Emak Enon dan Abah Hussien letih. Tambah pula bila Babang dan Didik dibawa bersama, aduhai... gamat dunia.
Melalui ujian darah, Dr. Rahman kata perkembangan saya sangat baik. I responded well to the medicine and treatment. Alhamdulillah....
What's interesting about this follow-up. Tak ada apa, semuanya biasa. Cuma masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata Dr Rahman bila saya kata padanya saya sangat letih dan bimbang dengan semua penyakit yang selalu suka mampir pada saya ini.
Dr. Rahman berkata, "Do not worry, ini semua kerja Tuhan. He knows well. He's the one who decide. Kita manusia, we just go with it... just go with the flow, don't worry okay."
Memang. Tidak dinafikan. Bila kita redha, bila kita yakin bahawa tugas kita manusia ini hanyalah berusaha dan selebihnya melalui perjalanan hidup seperti yang dijadualkan oleh-Nya, hati akan tenang. Semua ini hanya pinjaman.
Tapi biasalah, kalau bukan Iblis dewasa yang kacau, anak cucunya pula yang suka bisik-bisik dan cuit-cuit... hish! Suka sangat memesongkan anak cucu cicit Adam!
"Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam!"
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.