Monday, March 19, 2012

Seefood Naik ke Darat

15th March 2012

Bila memikirkan cuti sekolah yang dah nak habis. Papa Nasir pula tidak ada weekendnya itu. Terasa kasihan pula pada anak-anak yang tidak dibawa ke mana-mana. Alih-alih, drastic decision, saya ambil half day leave 15th March tu kami bawa anak-anak plus anak Bik Imah ke panggung wayang di Jaya Jusco.

Tengok Seefood. Filem animasi berbahasa Inggeris Malaysia yang pertama. Juga yang pertama guna format 3D kan? Dengarnya filem ini telah di'test-market' ke 90 buah negara di benua Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah dan Asia. Wah!  




Ini pertama kali Babang dan Didik ke pawagam. Risau juga kalau mereka tak reti duduk diam. 

Dalam pawagam, rupanya ada lagi kids yang lebih agresif dari anak-anak saya. Huh, lega. Lagipun mereka asyiklah menonton sambil mengunyah Popcorn. Sampai dua tiga kali juga saya harus keluar membeli Popcorn untuk mereka. 

Babang sangat suka menonton Seefood. Didik juga. Saya juga sebenarnya! Ada Pup, Julius, Octo, Spin.... comel-comel belaka... saya suka tema dan gaya penceritaannya. Hish, tetiba ada keinginan untuk menulis cerita kartun. Angan-angan belaka...

Papa Nasir kata, it's good. Setandinglah kot dengan Nemo tu. Heh, susah nak dengar Papa Nasir ni memuji. Local talent... bagus kan kita juga boleh produce begitu. 

Ada mesej yang baik. Visualnya cantik. Make it short, it's good! 

Semalam Babang kata, "Ummi, boleh tak kita pergi tengok Seefood lagi kat tempat semalam tu?"

Hish, berapa kali nak pi da... nantilah tunggu dia keluar DVD ke kay?

Ilan dan Didik membeli Popcorn sebelum menonton
Agaknya selepas ini ada tak filem 'Chicken Berenang'? Ending Seefood sangat comel dan lucu.. baiknyalah si ayam-ayam hendak pergi menziarah kawan-kawan Seefood mereka... hu hu...

1 comment:

  1. ingatkan tu cite dr oversea..rupanya dari malaysia yer.wah..kat sini nak tgk kena tunggu dvd lah..hihi

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS