Monday, March 19, 2012

MDC 2012 : It Really Worked!

10th March 2011
It's the time. Musim Mokhtar Dahari Challenge (2012). Papa Nasir ada perlawanan bola sepak di sekolah lamanya, Victoria Institution. Kawan lamanya yang kami pergi ziarah sewaktu trip ke Desaru  iaitu Cikgu Husin Ahmad dari Felda Adela, Johor juga turun. Beliau bermalam di rumah kami.

Selalunya setiap tahun Papa Nasir akan angkut kami anak-beranak ke padang. Jenuh juga seharian di padang. Orang lain kejar bola, saya pula asyik lari keliling kejar anak. Sudahlah Didik dan Babang itu tidak reti duduk diam. Bila dapat bola dan padang lagi bertambah ligat. Ummi mereka ni yang over concern dengan anak-anaklah yang jadi mangsa... tak berani lepa, takut berlaku sesuatu ke atas mereka. Atau worse, hilang pula anak-anakku nanti. Lagi naya!

Tahun ini saya memilih untuk stay in house sahaja dengan anak-anak. Di samping hendak beri privasi kepada Papa Nasir untuk entertain Cikgu Husin dan have all time for himself dengan kawan-kawannya, saya juga mahu duduk untuk work on MH. Sudah kena penalti kan... kena habiskan cepat-cepat...

Malamnya, bila sudah pulang ke rumah, Papa Nasir kata, "Worth cycling. Stamina boleh tahan lama. Kalau tak, cepat aje pancit."

"Juara ke?" tanya saya.

"Err.. tak lah juara. Tapi dapat 3rd place je..." Papa Nasir sengih.

Heh, saya juga sengih. Balik tengah malam begitu, ingatkan juara. Tapi malas hendak giat dia, saya cuma kata, "Okaylah tu... bagus juga cycling ye?" Kena bagi semangat kat suami sendiri kan...

Kiranya matlamat Papa Nasir untuk meningkatkan stamina dengan berbasikal tercapailah jua. Sehingga hari ini walaupun Mokhtar Dahari Challenge 2012 sudah selesai, Papa Nasir masih berbasikal. Itu untuk preparation MDC 2013 ke Pa?

Kiranya juga ia bukanlah hangat-hangat tahi ayam hu hu...
In pic : Zulfikar (jersey 4), Papa Nasir Hf (jersey 2), Ahadiat Akashah
(jersey hitam berdiri di blkg jersey hitam yg sdg tackle bola dari jersey 4)
Hmm... glamour ye MDC VI, main bola pun masuk paper ya.
Ini team Batch 86 Papa Nasir.
Antara yang saya kenal kerana semua orang pun kenal :
Aidit Alfian (composer), Nan Alias (guitarist)
Shahrin Majid (former national player) not in the picture
sebab dia dah balik dulu.

Hopefully next year boleh ikut Papa pergi Mokhtar Dahari Challenge (MDC2013).
Insya-Allah...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS