Rmah saya tak pernah guna wall paper di dinding, kecuali kat bilik tidur utama tu je lah. Itupun sebab membahagi dua ton warna cat dinding bilik tidur tu. Segaris je berkeliling.
Tapi malam tadi terperanjat besarlah pulak. Baru lah smepat nak notice perkembangan terbaru dalam rumah. Dah ada wall paper rupanya. Baik sungguh Babang ye... dulu masa dia membesar, dia pergi kopek semua interior painting kat dinding rumah. Dah nampak bersopak sana sini, tapi Papa Nasir belum pernah sempat cat semula. Lantaklah.
Bila dah besar sikit ni Babang tolong cover pula dinding yang dah comot dia kopek dan conteng itu dengan wall paper. Patutlah semenjak dua menjak ni sibuk koyak kertas, gunting sana sini, tampal tepek segala. Ada suatu hari sewaktu fetch mereka balik dari rumah Bik Imah, dia dok pegang cellophane yang besar. Katanya abang cik Lan (pangkat pak cik bagi bebudak ni tapi baya Kak Abby mereka je. Dipanggil Acik tak mahu, suruh Babang dan Didik panggil dia abang pula, maka jadilah bang cik Lan je) yang bagi. Apalah projek bebudak ni...
Rupanya ini projek mereka. Wall baru rumah ye...
Dah rupa pameran lukisan pun ada. Katanya lukisan Halloween... manalah dia tahu hal-hal Halloween semua ni... ish...
halloween dah lepas lah..hiks
ReplyDelete