Saturday, March 3, 2012

Lepas Kepinginku...

Last sharing, saya ada sebut tentang hasrat Ibu mahu masakkan makanan yang sudah lama saya mengidam, gulai lemak cili api daging salai.

Malam tadi Papa Nasir ada appointment  di Rawang. Langsung fetch Ibu di Kundang kerana beliau mahu bersama melihat Babang bersukan sekolah esok. 

Lewat petang semalam, dia sudah menelefon, "Pukul berapa amek ni? Jangan tak jadi pulak ye, dah masakkan gulai daging salai ni..."

Ibu masakkan saya gulai lemak cili api daging salai dengan kentang. Kalau masak dengan belimbing buluh mesti lagi sedap. Tapi Ibu kata dia dah penat cari belimbing buluh, tapi tak ada... alahai, kasihan Ibu saya... tak usahlah susah-susah begitu.


Lepas kepingin saya...

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS