Monday, March 19, 2012

Aiskrim!?

Babang dan Didik tidak pernah lagi berani mahu minta aiskrim terutama sejak keluar hospital baru-baru ini. Saya juga tidak berani hendak beri mereka ais atau aiskrim, takut batuk dan selsema semula.

"Ummi... abang belum boleh makan aiskrim ye?"
"Belum."
"Abang belum sihat betul ye?"
"Ye..."
"Baiklah, abang tak akan makan aiskrim..."

Bila mereka terminta juga waktu ke kedai, saya akan tanya, "Nak makan aiskrim lagi? Nak masuk hospital lagi?" Lalu mereka akan geleng.

Balik kampung baru ini untuk sambut ulangtahun Didik dan Atok, budak kecil berdua itu sudah hilang takut kepada hospital. Sudah rambang dan gelap mata melihat aiskrim yang penuh dalam freezer nenek mereka.

Bukanlah aiskrim Cornetto atau Walls atau apapun. Ia cuma aiskrim batang yang panjang. Teringat kepada zaman saya kecil-kecil dahulu bila ada rumah jiran yang buat dan jual aiskrim begini. Entah dari mana datangnya idea ini bila Bibik juga buka bisnes kecil jual aiskrim ini. Aduhai, busy sungguh Bibik. Setiap masa ada sahaja kanak-kanak yang datang membeli. Orang dewasa pun ada juga. Amboi Bibik... sudah business minded nampaknya ya.... jangan sampai terabai kerja hakiki sudah le... hu hu...

Sekarang orang sibuk perkatakan tentang regulations pembantu rumah yang baru. Hanya buat satu tugas dengan bayaran RM700. Bibik kami ini sangat baik orangnya. Rajin dan menghormati. Walaupun Ibu selalu juga merungut tentang Bibik kepada saya, tetapi biasalah... mana ada orang yang sempurna. Kalau hendak dikirakan Bibik Mega ini sudah lebih dari bagus kalau dibandingkan dengan ramai lagi pembantu rumah lain. Rasanya tidak akan ada pembantu rumah yang boleh tahan dengan sikap Abah saya itu. Tambah pula menjaga orang sakit... aduhai. 

Alhamdulillah Bibik ini yang pertama saya ambil, dan kekal hingga ke hari ini. Di suruh balik pun tak mahu. Ni kalau hendak bayar gajinya ikut new regulations mesti banyak. Dialah tukang cuci, tukang sapu, tukang siram, tukang kemas, tukang jual, tukang jaga, siap act jadi doktor dan jururawat abah lagi...

Oh, balik soal aiskrim. Bila saya tanya kenapa pula buat bisnes jual aiskrim ni? Bibik jawap, "Bibik cuma suka-suka kakak. Bibik kadang-kadang bosan dan mengantuk, lalu Bibik buatlah aiskrim..."

Suka hatilah Bik...

Masalahnya dua beradik ni dah tak makan saman bila nampak aiskrim tu. Berpinar agaknya mata mereka. Sedapnya aiskrim ni kata Babang. Didik pun sama.


Akhirnya, malam Ahad itu Didik batuk-batuk terus. Semput. Aduhai... hingga hari ini pun dia masih selsema. Kan dah susah hati Ummi ni Dik...



Masalahnya saya rasa Bibik ni bukan buat business. Kalau tengok saiz aiskrim ni dah gaya welfare. Patutlah ada pelanggan ramai, panjangnya bukan main aiskrim ni, dari hujung ke hujung. 

Tapi harganya RM0.20 je sebatang. Biar betul Bik? Balik modal ke ni?

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS