16th-18th March 2012
Saya susah hati benar sejak mendapat tahu Papa Nasir akan menyertai kumpulan memancing pejabat Abang Amin (MPS). Aduhai sudahlah jauh ke Kedah nun, naik bas pula... sudahlah macam-macam yang dibaca dan didengar.
Kemudian harus pula duduk dalam bot berjam-jam lamanya di laut. Mahu mencari tenggiri katanya. Sudahlah Khamis malam sebelum itu saya menonton drama bersiri Pelangi Kasih. Kebetulan episod Omar (Johan Ashari) pergi memancing untuk mencari ikan duri yang diidam isterinya Sofea yang sedang mengandung (Nabila Huda). Kemudian Omar mati terminum air yang diracun dan dibuang ke dalam laut. Hish...
Papa bersama 30 orang pegawai MPS bertolak dengan bas dari Selayang pada 16th March, jam 9pm. Saya pula lena tidur di rumah bersama anak-anak kerana tidak ada orang yang kacau di malam hari hu hu...
Mereka sampai di Kuala Dulang Sport Fishing di Guar Chempedak jam 4.00am 17th March. Selepas Subuh mereka menaiki 6 buah bot dan belayar ke unjam yang disediakan oleh persatuan nelayan di kawasan itu untuk kaki pancing seperti mereka. Saya agak unjam ni ala-ala tukun kot... ke salah?
Di sana mereka memancing sehingga 4pm. Masing-masing aim untuk dapatkan tenggiri kerana kawasan ini memang terkenal sebagai lubuk tenggiri. Saya rasa... macam tak suka makan ikan tenggiri. Malangnya sehingga sudah, hanya seekor ikan tenggiri sahaja yang dapat dipancing. Asyik-asyik dapat ikan kecil. Akhirnya masing-masing tukar strategi. Mata kail dan umpan pun ditukar untuk memancing kerisi pula hu hu...
Kalau untuk memancing tenggiri mereka menggunakan umpan rapala iaitu umpan tiruan. Kalau untuk kerisi, mereka guna umpan segar seperti anak udang atau hirisan ikan. Penat saya tanya rapala itu apa? Papa hanya jawap umpan tiruan. Saya tanya lagi, apa tu umpan tiruan. Papa is not good at describing lah... akhirnya saya tanya rapala tu bahasa apa? Alih-alih Papa Nasir jawab 'bahasa ikanlah!'. Cit!
Hish, saya masih pelik kenapa guna lain-lain umpan untuk lain-lain ikan? Agaknya lain-lain ikan ada lain-lain kesukaan kot ya?
Papa Nasir dapat seekor ikan duri dan dua tiga ekor anak kerapu. Hish, ikan duri? Saya sebenarnya tidak pernah tahu ada ikan duri. Rupa-rupanya ikan duri ini dipanggil ikan mayung. Saya rasa saya ada ternampak di pasar sewaktu teman ibu Ahad lalu.
imej ikan duri dan tenggiri dari KakiPancing.Net
Mereka bertolak pulang dari Kuala Dulang dalam jam 6pm.
"Nak pergi lagi ke rasa-rasanya?" tanya saya.
Kalau sudah namanya kaki pancing kan... tahu-tahu sahajalah jawapannya. Lagipun Papa Nasir ni menyelam sambil minum air. Hobi dan bekerja sekali gus. Suka hatilah Pa... asal awak bahagia... dan asal juga awak sentiasa selamat walau di mana sahaja awak berjelajah joran.
bagus 2 beradik ni..sekepala..
ReplyDeletedua2 kaki mancing:)