Sunday, December 30, 2012

Rendang Ibu

Seumur hidup saya (mcm dh hidup lama sgt hu hu), rsnya br 2x sy msk rendang sendiri. 1st time waktu raya haji few years back. Ms tu ibu pi buat umrah dgn Angah n Naha. Nak x nak sy mmg kena masak di pagi raya hu hu...

Abah kata, "Hmm.. bolehlah... tapi tak sama mcm ibu punye..." Jujur sungguh komen abah. Memanglah.. first trial kalau nak sama dgn air tangan ibu, boleh masuk Masterchef le... 

2nd time, awal tahun ini. Teringin nak mkn rendang. Ckp dgn Papa Nasir, "Pa, sy nk msk rendang lah hari ni." Dgn hrpn Papa Nasir proud of this wife of his (kunun...)

Tetiba Papa Nasir dgn dahi berkerutnya kata, "Erk?! Rendang? Ummi nak masak rendang? Err.. tak yah lah kot..."

"Nape? Tak pedulik! Nak masak rendang jugak."

Operasi memasak rendang sy mulakan dgn ingat-ingat lupa cara n resepi Ibu. Buh sana, buh sini, alter sana, tambah sini. Err... eventually... awat rupa dia mcm kari?

Hmm... tu la, derhaka tak dgr cakap suami. Sbnrnya Papa Nasir, tried sekali rendang yg sy msk ms raya haji tu dulu, dia terus trauma sampai skrg. Nampaknya 2nd time trauma, haruslah saya tak masak rendang lagi. Hu hu.. sy mmg tak reti msk rendang.

Ibu ada di rumah since last Thursday. Ajak Ibu buat rendang. Rendang Ibu. Bila tgk muka Ibu semcm, dah tahu dia mesti sdg kata dlm hati, "Alahai, nak masak rendang, tapi kuali cinonet...". Maka kami pun haruslah sgr beli kuali besar hu hu...

Sy tak brp sgt dgn rendang.. cuma sekali-sekala tu mengidam juga. 

Rupa rendang saya dlm pembikinan hu hu...

Put it here, so that I would not 'ingat-ingat-lupa'.

Bahan2 :

Seekor ayam
Santan
Bebawang merah dan putih
Halia, lengkuas, serai
Daun kunyit, daun limau purut
Kerisik
Garam

Cara2:

1. Bersihkan ayam
2. Hiris bebawang (sng blender, tapi ibu kata mayang lebih sedap)
3. Tumbuk halia, lengkuas dan titik serai
4. Perah santan

Mungkin lain org lain cara masak. Tapi Ibu ni semua bahan dia letak sekali dlm periuk. Kemudian baru masak. Mesti api besar pulak tu. Bila ditanya knp mesti api besar, jawab Ibu mudah je, 'masak rendang mesti guna api besar'. Hish ibu ni tak boleh jawab soalan exam yg subjektif la... sikit markah.

Bila kuah dah separuh baru masukkan kerisik. Last sekali tabur hirisan daun kunyit n daun limau purut.

Bila masak dgn Ibu, memanglah jadi. Cuba kalau sy buat sendiri. Last time jadi kari sampai kak long Suhana pun gelak. Next time, tak tau pulak rendang saya nak jadi apa. 

Mungkin agaknya, I wasn't born to cook rendang kan...?

4 comments:

  1. dahsyatnya..smpai papa nasir pon trauma nak makan rendang kak.
    tapi tak sedahsyat Khir lah..kalau sy masak mesti muntah..haha

    sy kuah kcg x pndai, rendang, dendeng apatah lagi..emm, lagi sedih kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepesen lah kita... tak pe, tahun 2013 ni boleh belajar masak bebanyak hu hu...

      Delete
  2. kalau nak confirm sedap dan menjadi..beli pes rendang yg ready made kat pasaraya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis KY sudi singgah FRAN. Kalau dah kurang pandai, masak guna pes pun rasanya jadi pelik juga hu hu.. sis pandai masak! boleh refer blog sis nanti!

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS