Tuesday, December 25, 2012

No. 23

Babang pelik tgk saya ada di dapur sediakan makaroni cheese utk sarapan pagi tadi.

B : Ummi, hari ni hari apa?
U : Tuesday.
B : Kenapa Ummi tak kerja hari ni?
U : Hari ini cuti Krismas.
B : Krismas!? Wah! Hebatnya! (excitednya...)
U : Tok sah nak lebih2 excited. Bukan raya kita pun... (improvise)

Hari ni adalah cuti yg sgt2 melegakan. At least kurang sehari bekerja untuk minggu ni, kui kui...

Mlm smlm, lepas dinner sy mulakan operasi pembersihan rumah atas-bawah-kiri-kanan-luar-dalam. Selesai jam 1 a.m. Lega bila tengok rmh in order even saya sgt tahu ia tak akan bertahan lama. Penat2 pun sy bersemangat habiskan kemas sbb siang Krismas ni kami ada agenda lain.

Agenda kami siang Krismas ni adalah 'berkebun' hu hu... selesai semua rerumput yg dah semak tu kami cabut. Tinggal di halaman belakang je lagi... 


Thing yg buat budget kami kurus sekurus-kurusnya 2-3 bulan ini dan berbulan-bulan akan datang, inilah dia... the No. 23, hu hu. Rumah kecil di atas tanah Malay Reserved. Tapi beli atas tangan 1st owner  maka kena top up sedikit margin walaupun jika beli dgn developer lebih rendah. Tak pa, 2nd owner pun kami yg rasmikan juga hu hu...

Hmm... ia sgt memberi kelapangan dada. Eventually, sy dpt beli rumah sendiri walaupun ia sebuah rumah yg kecil saja. 

Bkn tak ada rumah atau bkn suami tak sediakan rumah. Tapi yg ini adalah aset yg sy ingin miliki dgn keupayaan sendiri. Rumah No.5 yg kami duduk skrg Papa Nasir beli sebelum kami kahwin. So, considered rumah dialah hu hu... tapi kalau dah rumah dia, rumah sy juga lah kan... dah namanya sy ni 'orang rumah' Papa Nasir kan-kan-kan? 

Lagipun sy bkn masuk basuh kaki je. Dah hidup bersuami-isteri, sy jg bantu renovation, sy bantu kemas dan sy bantu jaga rumah dan tuan-puan rumah. So, those yg fikir sy masuk rumah 'basuh kaki' tu is very-very much... never mind... let this unnecessary pain go. Just a waste of my precious time...

Apapun, saya bersyukur... dlm sgl keperitan untuk himpun sen n ringgit serta apply loan dgn keterbatasan kapasiti, akhirnya Allah izinkan juga kami menggenggam kuncinya. Terima kasih Allah...

Babang & Didik, rumah No.23 ini rumah Ummi dan juga rumah Papa. Rumah utk kamu. Dan juga sedikit pelaburan kami dlm bentuk aset tetap. Hai, lebih baiklah beli rmh dr beli yg bukan2 hu hu.. Selagi terdaya dan diizinkan Tuhan, ia akan jadi milik Babang & Didik. Milik kita. Skrg ia masih milik bank sbb umur Ummi 57 nanti baru habis bayar tau. Kalau tak ada usia, insurans lah yg bayar hu hu... 

Kediaman skrg No.5. Rumah kecil ini No.23 (2+3=5). 5 juga hu hu what a coincidence... dah jadi mcm Chinese dok tgk the luck in number pulak. Tak lah..

Few thousands more utk dilunaskan kpd lawyer, aduhai... kurus.... Dan juga kena rush untuk wiring, gril dan sedikit renovation. Di samping tak mahu ganggu jiran sebelah yg akan pantang bersalin dlm masa 2 minggu lagi, pun dah ada yg bertanya untuk menyewa No.23 ini. After considering few aspects, kami rasa put in on rent will very much ease our financial commitment.

Alhamdulillah. Dan harap-harap semuanya selepas ini dipermudahkan juga oleh Allah...

Hmm... saya masih impikan rumah cendawan dan rumah Flintstone... he he..

1 comment:

  1. nak kumpul harta ni mmg macam tu kak..biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS