Monday, May 30, 2011

HERE WE GO!

YES! YES! YES!

Akhirnya saya menang pertaruhan.
Hu hu, small betting, with my husband je...

Sama seperti kebanyakan kita, saya juga hantu Mentor walaupun selalu lupa nak tunggu siarannya. Nasib baik ada yang selalu mengingatkan.
From the first concert, I adores Salma very much.
Mungkin sikit-sikit dipengaruhi oleh mentornya Erra Fazira yang saya minat gila-gila.
Biasalah saya kan juga insan biasa... huh huh..

Previous concert I was so mad bila Salma dapat tempat ketiga dalam pemilihan finalis konsert akhir. Saya rasa she was not being given fair judgement. I strongly believe she was the most outstanding one in the competition. She be herself, and she always did it her way. Her only mistake was when she sang Nirmala. First tone dia je saya dah rasa, 'habislah...'. That song spoiled her image.

Bila diumumkan Mentor akan serapkan all 3 to final, saya rasa relieved sangat.  Even rasanya ada orang kata it was a mission to rescue Salma, but I believe whoever came out with the idea had rescued the music and art intelectual. 
I even told my husband, "Kalau Salma tak masuk final, awak jangan buka Final Mentor nanti! And I will boycott Mentor forever!"
Heh, melampau betullah manusia yang menulis ini...

And malam ini when they did their show, saya masih memilihnya.
She's too good, honest and be herself.
Walaupun saya juga sependapat dengan Dato' Ramli MS
that her low notes tak berapa clear as Jack's voice, still she shined!

Sebabnya, honestly saya dah biasa tengok yang ala-ala lemah lembut, sopan dan baik macam Shiha 
dan selalu dah ada yang grand macam Iqa. 
Tapi pun they were good... sebab mentor diorang pun bukan calang orang kan. 
Especially Edry yang memang sentiasa ada idea kreatif, 
I think he and his brothers are really the genius Malay in art & music.

My husband said lagu baru untuk Shiha and Iqa were much better that Salma's. 
No, no, no... Salma's new song is much better.
The conclusion is no matter what, Salma was the best of all!

Dan bila first round markah dipaparkan I was so frustrated bila dia dapat 16, lowest among the others. Juri awam.. juri awam... My husband smile was so irritating!
Tapi dalam hati, saya tetap kata she will make it trough tonight.
Rasanya dalam banyak-banyak instinct saya menonton competition, pilihan saya selalunya tepat.
And eventually! She got 83, jauh tu tinggalkan 2 pesaingnya yang lain!

Saya ni kan suka berangan... tapi tidaklah sampai jadi mat jenin. 
Still ada line nak berangan apa dan bagaimana dan sampai bila.

Bila first lihat Salma sings, saya dah rasa saya mampu menyelami kesungguhan dia, 
so I let Salma carry my fantasy's soul. 
Huh huh.. konon-kononnya sayalah tu yang berjuang...

 Jangan marah ye! Nanti kena jual...




In the other performances, she did excellent.
Tapi dia comel sangat bila nyanyi lagu ni kan...

Sunday, May 29, 2011

BILA REALITI TAK SEINDAH MIMPI...

Last Friday seperti biasa adalah penutup hari bekerja bagi minggu itu yang sangat ditunggu-tunggu. Tak tahulah kenapa sekarang ini tidak ada passion hendak pergi kerja lagi. Setiap pagi rasa segan teramat hendak meneruskan hari bekerja. Kalau boleh nak jadi Sofi yang boleh cipta sepuluh alasan kenapa saya tidak boleh pergi ke pejabat hari ini, esok, lusa, tulat dan kalau boleh sampai matipun tak nak pergi kerja jugak! Unlike dulu, siang malam pagi petang kepala otak ni fikir pasal kerja. Setiap pagi bangun dengan begitu bersemangat walaupun badan dan kepala rasa hendak pecah. Tetapi kerana rasa gembira dan kepuasan juga tanggungjawab bekerja itu ada, semua kepenatan hilang dengan sendirinya. 

Why am I writing this? Entahlah.. badan tak berapa sihat dah berhari-hari. So kalau badan tak sihat akal pun mulalah nak ikut sekali. Bukankah akal yang sihat itu datangnya dari badan yang sihat? Sebenarnya awal malam tadi makan kenduri cum restaurant launching own by my husband's cousin. Ikan bakar lagi. Sedap sangat. Apa ya nama restoran... hmm... FISHBONE IKAN BAKAR kat seksyen 25 Shah Alam. Area baru. Kalau nak makan ikan bakar, please drop by...

And it has been almost few days, perut rasa sakit di lower tummy part. Mula-mula fikir jahitan caesarian Sofi ni merekah sebab ada kawan sekerja (lelaki pulak tu, ceh!) kata, "Kak Ros, akak pregnant ke?" When I asked why dengan muka yang cuak ni, dia sengih dan kata, "Tak adalah, saya nampak akak macam naik badan pulak..."

Lagi tragic was tadi masa kat kenduri launching kedai ikan bakar tu, the ... (who ye?), yang menganjurkan majlis juga lah kata, "Eh, jemput makan. Pi makan dulu, mesti lapar dah ni. Ni lagi ha, tengah mengandung..." sambil pegang bahu saya.

WA! WA! WA! 

Dan mulalah terfikir, nak anak lagi ke ni? Jujurnya saya memang nak juga rasa ada anak perempuan. Dah siap fikir nak letak nama apa. Kali ni kalau dapat anak perempuan, saya hendak letak nama pulak. The boys tu hakmilik cipta terpelihara nama diberi oleh Papa diorang. 'Anak perempuan' memang dah ada, cuma hendak rasa yang nama emaknya nanti dibintikan kepada nama saya.

Tapi bila mengenangkan ketua unit tempat saya dipinjamkan sekarang ni pernah kata, "Ada plan nak tambah anak lagi ke? Kalau boleh tak payahlah... nanti susah nak confirm dan affect kekananan." Hmm... mulalah rasa kesal itu datang balik dalam diri. Kenapa saya pilih untuk jump into this career? Be there was my aim since I have a family of my own. Kerja privates, memang sesuai dengan jiwa saya. Penat tak kisah sebab kepuasan ada. But masa yang diperuntukkan untuk kerja lebih banyak dari masa untuk keluarga. Then ia jadi titik tolak when I decided that I should look for a convenient and secured job.

Everyday bila lalu depan bangunan yang tersergam tu, mulalah dalam hati kata, "Kan best kalau dapat kerja kat sini..." Alhamdulillah, despites all difficulties akhirnya saya diberikan tawaran bekerja di tempat yang saya impikan. My final destination kononnya. Dalam masa yang sama saya sudah ada comfortable seat and zone yang masih memberikan kepuasan kerja maksima dalam diri. Tapi itulah, most sabtu ahad pun kerja... konon 'bos kecik' yang baik hati dan berdedikasi tapi makan diri la sebab staf manja. La ni bila depa dapat manager cengil yang kurang reti berbudi mahupun ilmu kerja baru depa rasa... baru tahu mana intan binti permata.

Tetapi benar sungguhlah bahasa buku, kenyataan atau realiti itu tidak selalunya seindah impian. Selalunya saya baca buku je untuk statement ni, tapi kali ini saya rasa saya sudah ada dalam statement itu sendiri. Waktu berbelah bahagi hendak terima kerja sekarang ini atau tidak, all people yang saya minta pendapatnya akan kata, 'eh, baguihla, secured sampai anak cucu, kerja pun tak banyak mana! Ada banyak masa...'

Hanya seorang sahaja yang seperti kurang menggalakkan. Abang iparku la tu, abang Amin. Samalah juga bila my GM said things yang macam tried to discourage my intention to tender as well as the SUK authority yang siap perli, 'kalau you suka kerja yang mencabar, here will provide you everything you want. But if you want to stay put, tak nak berkembang pergilah sana..." Saya bukan tidak mahu cabaran. Tapi rasa cukuplah kot cabaran yang saya dah lalui. Sekarang saya ada laluan hidup yang berbeza. Ada komitmet lain selain dari kerja, kerja, kerja. Usai buat akaun dan kira-kira - tambah tolak darab bahagi akhirnya saya tawakal untuk menerima sebutir bintang itu. Hai... kalau bintang Polaris tak apalah juga...

Dan bila sudah hampir 4 bulan melalui penghijrahan baru dalam cahaya sebutir bintang yang sangat asing dalam hidup saya ini, saya rasa hendak sorok kepala dalam perut ibu. Saya tidak kata tidak seronok kerja di sini. In fact last Friday saya  rasa seronok sangat sebab berpeluang mengacarakan sebuah program kecergasan. Tak pernah-pernah seumur hidup jadi emcee, selalunya jadi emcee rumah sendiri. Paling-paling emcee untuk class reunion dulu. Punyalah bersemangat buat skrip, akhirnya skrip asal ke mana, cakap ikut suka hati je. Tapi oklah kot sebab Zul kata, 'kak, lepas ni boleh sambung contract.'. Banyaklah cantik dia suruh perempuan tak comey ni duduk depan jadi emcee. 

Cuma, bekerja di sini buat saya rasa bodoh sangat. Tiba-tiba saya jadi tak tahu kerja di sini. Banyak sangat procedures yang saya rasa nonsense dan boleh ditambah-nilai faedahnya. Tapi siapalah kita... may be it is just an individual differences kan. Tambah lagi dengan sikap segelintir bangsa saya ini yang kurang favorable.

Working culture pun sangat-sangat pelik dan asing untuk saya. The bosses pun ada yang saya rasa kurang rasional. Sebagai contoh yang bagi cadangan untuk lebih fikirkan comfirmation kerja dgn kekananan tu. Mungkin niat dia baik, tetapi agak sakit sedikit untuk orang ini yang mendengarnya. Saya tidak pernah ada niat nak mendaki tinggi pun dalam kareer ni. Saya hanya mahu bekerja di sebuah tempat yang selama ini selalu ada dalam mimpi dan cita-cita saya. Saya mahu berbakti untuk bangsa saya dan membayar budi walau sedikit kepada tempat yang telah mendidik saya.

Tetapi kenapa sampai saat ini saya rasa penyesalan itu lebih besar bahagiannya dari redha dan gembira bekerja di sana? Aduhlah, tidak pernah saya merasa seksa begini seumur hidup saya dulu. Setiap waktu membilang detik. Bila nak rehat, bila nak balik. Kalau dulu hendak je rasa stop the clock so I can do my work... tiba-tiba je dah jam 10am, kemudian jam 1pm. Kemudian tiba-tiba je dah 7pm? 

Sebaliknya di sini even dah masa untuk knock off tu pun masih lagi mencatu akal. Nak balik ke tidak? Sebab bos dah pernah kata, janganlah balik cepat sangat, nanti nak naik pangkat susah. Pangkat lagi! Ringan sahaja nak menjawab minta dia kira jam staff dia kerja dengan jam saya bekerja. Saya masuk 830am atau awal pagi, straight be on my seat, do whatever necessary, kadang tengahari pun saya malas nak keluar. Sebab dah terbiasa sejak mula kerja dengan private dulu when lunch break is the most suitable time untuk sudahkan kerja tanpa gangguan atau meeting atau apa sekalipun lah.

Kalaupun kerja sedikit sekalipun, sekurang-kurangnya setiap jam dalam waktu bekerja tu saya ada dalam office. Tak kisahlah saya buat apapun, asalkan kerja saya siap kan. Tapi tengok yang lain satu hari adalah dalam tiga empat kali pergi minum. Minum masuk kerja, minum sebelum tengah hari dan minum petang sebelum balik. Rasa-rasa kalau mereka pergi kedai mamak minum teh tarik dalam setengah jam, kalau tiga empat kali dah berapa jumlah masa? Belum campur borak dan minum-minum dipantry tu. Balik pun ontime atau lebih sedikitlah. 

Ada beza ke dengan saya yang duduk terperap utilized masa dan balik on time. Kena fikirlah juga staf itu ada komitmen lain. Mana hendak dapat kakitangan yang berwibawa di pejabat kalau kat rumah pun tak terurus dan kucar kacir kan. Susah ke jadi bos untuk fikir both left and right side? Paling-paling balance up kan pertimbangan dan keputusan. Balik lambat dari office pun tak menjamin kualiti kerja. Hipokrit lagi adalah sebab hendak tunjuk rajin so boleh cepat naik pangkat. Kan dah tak betul nawaitu?

Aduhlah.. kenapa saya susah hendak terima semua ini? Saya ni dah macam orang tak tahu berenang jatuh dalam laut dalam. Gulp! Gulp! Gulp! Bolehkah saya teruskan semua ini?

Bila difikirkan saya masih perlu have cents untuk paling kurang beli jajan anak-anak, pahit dan pedihpun kena telan. So, I zipped my mouth and let people talk, do and think what they like. I am just myself. I can't be someone I am not. And I cant participate in culture I think is improper untuk sahsiah saya. So let me be me... harap-harap saya boleh survive untuk 25 tahun akan datang.
Bila pandang suami, saya bisik, "Cepatlah jadi trillionaire, saya nak menulis sepenuh masa..."
Bila tengok anak-anak pula, saya kata, "Cepat-cepatlah besar. Ummi dan Papa hendak honeymoon berdua kat Switzerland. Ummi dah tak nak kerja!!!!!!"

Mungkin akan ada harinya realiti ini akan jadi seindah mimpi...
I am waiting dan hoping...

SEANDAINYA... from reader's perspective (IV)

Sofea Jali
seandainya...the best!!! tahniah
kak rys..tahniah..selagi mampu kak.macam sofea belum reti lagi

Nor Asidah Napiah
dah beli tp masih belum berkesempatan baca....

Nur Amirah Arinah
rse xde kot part yg xbest dlm buku kak Rys Areesa Nasir

Ksue Chesu Antysu Toksu
hi Rys, ksue dah habis baca "seandainya...."
ikhlas best
tapi coz tebal so agak menguji juga nak habiskannyer
kerana kesibukkan yg melanda akhir2 ni.... ada rasa suka duka dan geram..
menyampah dgn watak Nabila tuuu...
Areena pun geram juga tapi nasib baik happy ending....
Syabas good job...
Kena buat cerita yg lagi bagus dari ini sampai bisa buat ksue mengalirkan airmata.....
part duka dah ada tapi feel sedih tu x sampai lagi....


Aureen Razali Barantau
salam.
saya baru saja baca novel anda.
bahasa dan style anda saya suka.
sebenarnya saya pun berminat nak jadi penulis.
boleh tak bagi tips kt saya macam mana nak menulis dengan baik.
terima kasih.


****************

Thank you!


Wednesday, May 25, 2011

KOPI+KEK = KAHWIN+CINTA?

We had our dinner with abang Aji awal malam tadi. Dah agak lama tak jumpa. Last was when I did some sharing about Shisha in Shah Alam.

Pagi tadi kalau tak salah ingatan, HotFM talked about kenapa orang lambat kahwin ke tak nak kahwin? Either one lah kot. Coincidence a long lost friend send SMS to me, what a surprise. From 'how are u & long time no c & miss u like hell' shifted to 'how r u & kids & hubby' to the sad tone of 'i am left behind, all alone..."

There are few friends of mine yang masih dalam kategori available bachelor. Ada yang memang suka stay single and enjoy life without commitment, dan ada juga yang masih mencari pasangan hidup yang terbaik dan sesuai dengan diri.

Kebetulan abang Aji pun masih bujang trang-tang-tang. Orangnya pun baik, me myself kalau dah borak dengan dia tak ingat nak balik. He has a wide range of knowledge dari academic to literature to world issue to religion matters up to celebrities gossip. 

While having dinner, kami usik dia. "Abang Aji, cuba cerita sikit kriteria perempuan pilihan..."
Abang Aji senyum, "Tak kisah..."
Saya tak puas hati, "Ke pernah broken-hearted, citerlah... nanti saya tuliskan ceritanya jadi buku cerita nak?"

"Ji, kawan dia pun ada juga yang single. Teacher, ok tak?" tanya suami.
Aji senyum, "Tak naklah... I dah lah lecturer. Nanti tak de benda nak borak.. dia cerita pasal students dia and I cerita pasal students I..."
"Tak bervariasi ye Ji?" usik saya.
"Yang kerja office boleh?"
Abang Aji telan nasi kemudian berkata, "Dulu pernah kawan dengan seorang ni, majistret. Pikir punya pikir, tak naklah... mana-mana pergi orang perati."
"Bestlah, adventurous life..." usik saya lagi. Suami saya senyum sahaja.

"Hah! Quantity surveyor nak?"
"QS?" Abang Aji geleng, "Tak naklah, nanti dia asyik ukur I..."

Hish, saya dan suami dah saling pandang-memandang. Macam-macamlah Abang Aji ni... habis dia nak siapa? Kalau doktor kang dia kata asyik nak check dia sana-sini... yang mana satu ni?

Hmm... tak jadilah juga plan nak kenenkan dia dengan one of my friend tu jawabnya.

Teringat antara mesej-mesej kami siang tadi.

"My husband ada seorang kawan dia, bachelor... but two years senior from him. Nak kenal tak?"
"How old is he?"
"XXX"
"Hmm... dia menjaga kesihatan tak? Tak naklah kalau cepat mati..."
"Hish, jangan kata yang tua...yang muda ni pun dah ramai yang pergi dulu. Yang bayi umur 2 jam pun ada yang meninggal. Apa hal? Lagipun dia lagi sihat kot dari my husband, dia tak smoking!"

Yang sorang ni pun satu hal juga... macam-macam. Betullah juga, walaupun kita perlukan teman hidup, haruslah berhati-hati memilih. Jangan sampai hidup berdua lagi sengsara dari hidup sendirian. Nanti barulah terfikir, "Kan elok kalau aku tak kahwin dengan dia..."

Abang Aji tadi after dinner, sibuk order coffe. Kemudian sibuk cari kek sebagai pencuci mulut tapi jangankan kek, kedai itu tak ada jual cupcake pun. Saya suruh je dia ambil caramel ke puding ke, sama lah juga kategori pencuci mulut kan... dia tak nak pulak. Dia kata kalau minum KOFI lawannya mestilah KEK.

Hah? Sungguhlah abang yang seorang ni, pelik...
"Apa kaitan KOPI dengan KEK pulaknya?"

Abang Aji kata, "KOPI dan KEK itu ibarat KAHWIN dan CINTA. Kalau ada kopi tak ada kek, ibaratnya berkahwin tanpa cinta. Kopi tanpa gula, mesti pahit kan..."

It took me few minutes nak digest perumpamaan baru yang diberikan oleh Abang Aji tu. Hish, inilah baru pertama kali dengar ni, tapi macam sweet pula the wording kan..

OK, Kalau ada buku cerita COKE n SUNDAE tulisan Ilya Abdullah, 
bolehlah kot saya cuba tulis
'KOPI+KEK=KAHWIN on CINTA'

                                                                +                                   
                                                                             
                                                       =                   
                                                             
                                                  dengan



 
Aiyo, macam-macam hal lah... anyway, as usual, it was the best moment kalau borak dengan Abang Aji. Habis satu dunia punya berita dapat saya perolehi dari dia... 
   
Thank you. Anyway, tak kisahlah siapa pun pilihan Abang Aji, kami doakan semoga bertemu insan yang baik untuk sama-sama melalui perjalanan hidup ini ya. Rupa itu  penyejuk mata tetapi carilah dulu yang cantik hati budinya...


Noble mind said :

"Age does not protect you from love. 
But love, to some extent, protects you from age."


Untuk my friend... esok kita cauteam ye!


Monday, May 23, 2011

WHY? WHY? WHY?

Jujurnya saya tak suka sangat nak buat entry ni... tried so hard to keep up...

Since weekend dok dengar dan lihat tentang ini. Pagi tadi driving to office pun HotFM ada talk-session tentang peristiwa ini. Macam mana nak avoid bila hati, despite of rasa tak mahu dengar dan lihat, masih mahu mengetahuinya?

Tragedi Tanah Runtuh yang menimpa Rumah Anak-anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat yang berlaku 21 May lalu bring all parties together. Individu, pihak beruniform, masyarakat, parti politik dan semualah...

Dengar dan baca macam-macam statement dari semua pihak. Belumlah juga terlalu naive untuk tidak dapat melihat penudingan jari, yang cover diri dan yang menghulur simpati. Alhamdulillah itu semua masih lagi perhatian yang diberikan oleh warga Malaysia walau dalam bentuk apa sekalipun.

Dulu pernah ada impian nak jadi doktor, tapi bila lihat diri sendiri ini yang lembik sangat memang padanpun la tak jadi doktor. Saya tak suka sangat baca paper pun sebab tak ada keberanian nak baca berita-berita dan tragedi yang sedih dan sengsara ni. Buku cerita yang sedih pun memang tak berapa nak baca... oh, patutlah publisher tak berapa suka yang sad ending kan...

Bila baca di kebanyakan media tentang kanak-kanak yatim yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh saat mereka sedang berhimpun di dewan untuk latihan nasyid untuk suatu majlis, saya rasa dalam hati ada air batu. Kalau saya ada kuasa sakti, saya mahu masuk dalam era masa and be there to stop things form happen.

Why? Why? Why?

Semua orang tanya dan semuapun sudah dan sedang diberi jawapannya. 

Walaupun setiap perbuatan manusia ada kesan dan implikasinya, saya masih mahu untuk kuat dan melihat kepada positif yang walau bagaimanapun terlalu sakit dirasakan. Saya bukan individu yang ada kepentingan atau kepakaran tertentu. Walau saya masih ada pandangan tersendiri sebagai rakyat Malaysia dan penghuni planet, tapi saya tidak punya kudrat untuk memanjangkannya.

Sebagai manusia biasa yang tertulis di dada ini agama yang satu, saya hanya tahu satu perkara yang pasti... Allah lebih mengetahui... dan tidak Tuhan turunkan sesuatu tanpa sebab...

Say, may be it is the lesson for everybody and for me. Mungkin a way of  how the message is being delivered to us all, kalau anak-anak yatim itu diabaikan, lebih baik Tuhan yang handle it.. mungkin... tak tahu.. tak mahu cerita lagi...

Adik-adik dan anak-anak lelaki kita yang telah disuratkan terkorban, syurga adalah tempat mereka kerana kanak-kanak yang kecil ini tidak berdosa pun lagi kan. Untuk warga dewasa di sana yang turut terkorban, bukankah Rasulullah sudah bersabda :

"Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di Syurga nanti seperti ini, " kemudian Baginda memberi isyarat dua jari iaitu jari telunjuk dan jari tengah lalu sedikit merenggangkannya. (HR Bukhori)

Dan mungkin ini juga yang terbaik kerana Tuhan lebih sayangkan mereka. Tidak tahu bagaimanakah kehidupan nanti buat mereka dan buat kita di dunia ini... kerana terlalu banyak cabaran dan dugaan dalam menyantuni anak-anak yatim, terlebih lagi menjadi anak yatim itu sendiri...

Wallahualam.

Ni saja gambar yang sanggup saya lihat...

Setiap yang hidup akan mati...

Minta maaf, saya tak sampai hati nak attach gambar lain... picture speaks more than word, tapi kalau ia sekadar mengundang pedih dalam hati, saya tidak ada kekuatan untuknya... hanya doa yang saya ada untuk semua....

Few for more, coz I could not say it...

Tragedi ketika Latihan Nasyid

Selatan Online

Tragedi Tanah Runtuh di Asrama Anak Yatim

MY NATURAL CHILDBIRTH EXPERIENCE (II)

Earlier I did post an entry about my natural childbirth experience. Ingat nak sambung the entry tapi yang lain-lain pula dipostingkan. I wrote this apart of sharing it will all, it is actuallly as a medium for me to say something so that my children would be able to retrieve it some day . I may or may be not be able to tell all to them. Natural childbirth... semua wanita pernah melaluinya. Cuma peristiwa itu mungkin ada bezanya.

My last entry stopped bila anak kedua saya selamat dilahirkan tetapi saya tidak mendengar suaranya. Sebaik baby keluar seluruh badan rasa penat sangat. Sudahlah waktu itu nak subuh, matapun dah berat sangat nak terpejam. Memang mata pejam, tapi still boleh rasa the nurses worked on me. Mungkin disebabkan rasa yang penat itu tidak membolehkan saya mendengar dengan baik.

Reality, baby saya memang tidak menangis, according to my husband. Mungkin sedikit masalah kerana agak lama tertahan dipintu tadi. But the doctor managed to overcome everything, alhamdulillah. But it took me sometimes to wonder if the situation would harm my baby. His brain maybe... tif taht happen, i may not be able to forgive myself. As to date, he looks normal dan sangat bijak lagi...

The moment my husband place the baby on my flat stomach, saya dah tak ada tenaga langsung. Tidak seperti melihat my first baby dulu yang wajah dan sinaran matanya bersinar-sinar di wajah saya. This second baby of mine, looked exactly like my parent's maid, we called her Bibik. Hish, biar betul... anak saya ke anak Bibik ni!?

Sesudah itu saya sudah tidak ingat apa-apa lagi. Sebaik azan Subuh dan Papa azankan baby, saya dah lama pergi ikut Alice to Wonderland.

Saya rasa bersyukur sangat dapat melalui pengalaman bersalin secara normal. Hari kedua saya sudah rasa macam tidak pernah bersalin pun. Rasa sihat sangat. Tidak seperti bersalin secara caesarian, sakitnya selepas itu Tuhan saja yang tahu. Kadang-kadang sampai sekarang pun boleh rasa lagi ngilu di bahagian jahitan.

Walaupun sebenarnya saya sudah boleh keluar  pagi itu juga tetapi husband insisted me to stay for a night. Dulu Sofi kena kuning, alhamdulillah adik ni tidak pula. Mungkin kerana jenis darah baby ini sama dengan saya, darah jenis O. Pernah juga dengar orang kata, baby yang lain darah dengan ibu sahaja yang selalunya dapat kuning bila dilahirkan. Ada juga yang kata kalau baby lahir secara caesarian memang ada possibility yang tinggi untuk dapat kuning compared to natural chilbirth. Mungkin kerana alat bantu kelahiran seperti forsep itu ada kesan sampingannya kot... no idea.

Malam itu, ramai relative datang melawat di wad. My in-laws pun ada. My mother memang sentiasa ada...

Yang lucunya, ramai tegur saya sebab tak behave macam orang baru lepas bersalin. Ya lah, excited sangat sebab rasa sihat... terlupa pula kena duduk, jalan dan bangun dengan sopan... huh huh... lagipun rasa best sangat dapat bersalin normal. Kalau tidak, tak dapatlah saya rasa sakit melahirkan yang original... and I may not be able to say one or two words when ladies talk about it kan...

Hmm... Sofi sudah ada kawan untuk main bola. Baby ini Papa namakan:

Muhammad Amir Zafri  
yang bererti 
Muhammad, Putera Kemenangan Ku

Ya, saya rasa bersyukur sangat bila Sofi dilahirkan dulu.  Sofi adalah penanda aras mengkagumi kebesaran Tuhan kerana ramalan perubatan dilangkaui. Kemudian bila Didik lahir, dia berikan saya rasa kemenang ankerana saya mampu memiliki zuriat seterusnya. Terima kasih Tuhan...

Kalau dulu Sofi buat saya tidak tidur siang malam selama 8 bulan sampai harus berhenti kerja. Baby Zafri pula sebaliknya sangat menenangkan hati. Dari hari ke hari, wajahnya sudah mula menampakkan seri.  Susu badan pun lebih banyak untuk dia berbanding abangnya dulu. Dan baby Zafri suka tidur sambil menyusu which I miss so much now. Sekarang dia cuma cium sahaja puting susu, kemudian tergelak-gelak... mentang-mentang sudah besar ya! Dan Sofi pun sudah mula panggil diri dia abang sejak ada adik...

My sweet Muhammad Amir Zafri, you bring more colourful lights into Ummi's and Papa's life menambahkan terang cahaya abangmu.  

But today, melihat Didik Zafri  saya rasa macam nak gelak. Orang selalu kata anak yang lahir melalui pembedahan lebih lasak dan aktif. Tetapi bila tengok perangai Didik ni... hish, biar betul! Rasa double triple je dari abang dia je... kuasa Allah kan. 

Tak kisahlah, asal anak-anak sihat. Selalunya budak yang cerdas memang ada sahaja akal dan projeknya. kan. Last March 28th dia sudah genap berusia 2 tahun. Sehingga saat ini sudah banyak vocabulary dia dan sangat comel lihat dia berkata-kata. 

Malah dia sudah pandai conteng dinding. Bukan setakat rumah sendiri, sampai rumah Nenek Imah yang mengasuh dia pun, dia conteng juga. Bukan salah dia... abang Sofi yang set example. Dia tambah kreatif sajalah kepada perangai abangnya itu.
"Siapa buat ni?" kami tanya dengan nada gertak bila lihat dinding berconteng.
"Adek!" jawabnya dengan bangga sambil tersengih-sengih.
"Adik buat apa ni?"
"Cicak!"
"Kenapa adik buat macam ni!?"
"Cicak!" 
Orang tanya kenapa bukan apa...
Adik baru 2 tahun tapi dah sibuk nak buang air besar dan air kecil macam abang. Memanglah bagus kan kalau dia sudah tidak pakai pampers, jimat sikit. Tapi Ummi Papa dia ni yang malas... lecehlah...

"Mi! Nak encing ne?" adik pegang pampersnya dan tunjuk ke bilik air.
"Alah Dik... kat pampers je lah... Ummi busy ni..."

Pun dah pandai buat pengumuman yang jelas, "Mi! Adek yak!"
Kalau kita tak pedulikan, dia kata lagi, "Umi! Adek yak ni ha..."

Yang paling tidak tahan ialah perangai dia yang suka menyakat. Nak kata suka buli orang tak juga. Dia cuma suka buli Syakir, anak abang ipar saya yang sulung tu. Mak mertua pun heran, "Apa yang dia jaki sangat dengan si Syakir ni? Dengan orang lain tak pulak?"

Kalau abangnya tengah syok dan tekun tengok TV, dia sengaja off  dan cepat-cepat lari menyorok. Sedang rumah bergegar bila Sofi menjerit macam petir. "Adik!!! Nape tutup TV ni?? Awak tak nampak abang tengah buat apa  ni hah? Baby ni memang tau! Bosanlah! Heee! Grrr!"

Kalau mood Sofi tak baik, mahu dia kejar Didik Zafri tu keliling rumah. Paling teruk dia WWF adik dia sampai Ummi dan Papa jerit, "Abang!!"

Adik... adik... my natural childbirth baby... be goodboy sayang... be someone great someday... berbakti kepada agama, nusa dan bangsa. Anak-anak Ummi dan Papa harus berguna di dunia sampai akhirat. Your father adalah insan yang suka menolong, so be like him... Ummi will be more than thankful and proud!

Syurga Ummi sampai akhirnya tetap buat Adik dan Abang berdua... 
tiada yang mampu menariknya melainkan Allah.

********************
.
Hari pertama dilahirkan di DEMC... betul-betul macam rupa Bibik Megawati...


 Putera natural childbirth saya...
 

My 'like elder, like younger'...

Abang! Adik geli... janganlah

My handsome little young men...




Sunday, May 22, 2011

FANTASI LAUT OREN...

Dah lama sangat rasanya tak balik kampung. Ada sahaja urusan walaupun di hujung minggu. Dan selalunya juga my parent in-laws yang akan turun ke Klang menjenguk anak-anaknya. Tak pun, memang mereka punya agenda turun ke mari. Kampungku...? Hmm...

Semalam, baru ada kesempatan hendak pergi jakel Shah Alam. Find some fabric material untuk buat baju raya. Kali ni the girls yang pilih... makanya Ila Tailor kata baru nampak macam nada muda. Selalunya kalau saya yang memilih fabric mesti nada veteran je. Sebab tu agaknya Seha kata, "Kak Yati mesti suka!" bila emak mertua pilihkan material untuk baju kenduri kami sekeluarga September ini nanti. Huh huh... tak pe, biar pilihan macam veteran tapi dalam hati masih ada nada young and happy.. ye ke?

Yup, saya baru habis baca 3+1=Satu tulisan Ana Farhana, terbitan Jemari Seni on the way balik dari menghadiri kenduri saudara mak mertua di Teluk Intan tadi.


Ana Farhana kata: Ana Farhana menulis untuk grup 'muda' yang mahu bacaan bermutu tetapi santai dan 'sempoi'. Sekiranyagrup 'tua' tidak dapat menghadamkan cerita ini, hmmm... ini bermakna usia anda betul-betul sudah 'terawet' dengan jayanya.


My husband pulak kata (walaupun dia belum baca), 'ceh, apa cakap itu macam? tara baik la!' hah hah!

In conclusion, for me the story was interesting but being presented in the youngster's language. Boleh saja saya mengikutnya. Tergelak-gelak sorang diri bila baca, sampai husband pun malas nak layan. Dah faham kot, mood jiwa bila saya membaca. Kalau tak nangis mesti marah. Kalau tak marah, gelaklah... hih hih...

Pada saya 3+1= Satu itu ada cerita. Juga ada mesej dan pengisiannya. Mungkin sebab itu dipilih untuk diterbitkan oleh Jemari Seni. Tetapi ada juga pendapat yang mengatakan ia tidak 'ngam' dengan  idea penulisan yang ideal. Mungkinlah... walau bagaimanapun saya masih dapat mesejnya, dan saya boleh habiskan bacaannya. So, saya masih belum  terlalu tua? Huh huh... apalah erti tua kalau bersandar pada nombor kan...

Ok, actually nak cerita tentang satu pemandangan biasa yang saya teringin hendak namakan Fantasi Langit Oren. Sampai Sabak Bernam semalam dah dekat magrib. I was driving for the whole journey sebab kasihan pada Papa diorang ni yang dah penat sangat 'mengengkeh' kami di Jakel. Belok saja ke jalan Ladang Air Manis-Tebuk Pulai, my husband said "Alhamdulillah, tengok tu ciptaan Tuhan. Cantikkan... kita manusia tak mampu nak buat semua ni..."

I slowed down the car, and we all looked up to the sky where the sun was starting to get down. Then, I stopped the car and my husband quickly grabbed camera. Subhanallah, it was so beautiful. Dalam samar cahaya alam yang sudah merangkak fasa senja, bila matahari sudah mula melabuh tirai cahayanya, lalu awan pun menebar cahaya oren itu membentuk satu pandangan yang mampu membuatkan setiap mata tidak berkedip memandangnya.. lalu hati pun akan berdetik.

Sekali pandang kita akan kata, "ah, matahari sudah mahu tidur. Warna oren dan merah di sebalik awan..."

Bila kami berteleku seketika, sepertinya ada dunia lain di atas sana. The girls said, "Cuba Ummi tengok Mi betul-betul, nampak macam laut kan?"

OK, I looked at it again. Kali ini dengan satu fantasi. Di lapis bawah ini adalah bumi yang dipijak, cahaya sudah kelam. Selapisan atas sana awan-gemawan yang ditaburi cahaya oren dan merah mentari nampak seperti bentangan lautan. Bezanya, ia adalah lautan yang berwarna oren. Seolah-olah kami ini sedang menuju ke arah kawasan lautan yang berwarna oren.

Fantasiku... teringat bila baca buku Kasihku Arina tulisan Mazni Aznita yang bercerita tentang satu kehidupan di alam yang berbeza. Lalu terfikir, atau mungkinkah benar ada kehidupan lain di sana? Seiring dengan perjalanan usia dan kehidupan bumi ini...

Selalu kita dengar dan sebut tentang Mentari Merah di Ufuk Timur. Hmm.... inikah juga yang saya fikirkan sebagai Fantasi Laut Oren...?

Gambar-gambar ini tidak secantik realiti, sorry ya sebab kami bukan photographer yang expert....






Lepas Asar sat lagi, hendak bergerak pulang. Sudah minta dengan suami hendak singgah kedai buku. Saya ingat nak beli buku 7 Hari Mencintaiku tulisan Siti Rosmizah. Hmm.. malam tadi tengok 7 Lagu di Astro, sekarang pun tengah ulang tayang tu... filem lakonan Farid Kamil dan Rosmila Emelda (betul ke nama dia tu? ke Emelda Rosmila?)

Hish, semua 7 ni... 7 Lautan Ku Cari Cinta, 7 Hari Mencintaiku, 7 Lagu.
Kalau gitu saya ada angan-angan nak buat 7 Lelaki Ku Cari Bahagia dengan 7 Keturunan Aku Benci Padamu dengan 7 Minit Bersamamu. My husband said, "Awak gila? Tak usahlah..." hih hih... saja suka-suka... tak pandai pun nak buat.

Wednesday, May 18, 2011

MENUNGGU DAISY HATI - 1

SATU

Petang itu dia turun lagi ke Surfer’s Paradise Beach.

Tidak seperti semalam, petang itu dia turun dari bilik penginapannya di Hilton Surfers Paradise dengan jeans biru gelap Levis dan t-shirt putih Denim yang telah dia rapikan sejak keluar dari bilik hotelnya tadi. Lebih kemas dan lebih tampak segak berbanding Bermuda yang disarungnya semalam. Juga kelmarin.

Sun-glass yang memang tidak pernah lekang dari melindunginya sepasang matanya itu juga tetap menemani seperti selalu. Kawan-kawannya dulu selalu perli dia. Ben selalu kata dia pakai Prada dan Ray-Ban itu untuk membolehkannya check-on ladies. Namun hanya Nick yang lebih rapat dengannya itu sahaja tahu mengapa kaca mata mata hitamnya itu jarang dia tanggalkan ketika berada di luar.

Nick betul. Dia selalu guna kaca mata hitam kerana dia lebih suka anak matanya itu duduk diam-diam di tempatnya. Mengapa? Kerana kalau dia tidak guna kaca matanya, ramai gadis akan ikut dia. They loved his deep, dark navy blue eyes.

Walaupun ada rasa bangga bila dikagumi dan digilai ramai gadis kerana warna anak matanya yang susah hendak diukur di atas penanda aras biru, coklat dan hitam itu dikatakan sangat mempersonakan, namun sejujurnya dia lemas. Rimas kerana setiap detik menjadi bahan singgahan pandangan.

Untuk jalan selamat, dia akan gunakan kaca mata hitamnya hampir sepanjang masa. Kalau bukan kerana sun-glassnya itu, kaca matanya juga ala-ala tinted. Jadi apa sangatlah bezanya kalau dia pakai sun-glass ataupun kaca mata rabunnya itu kan?

Darryl Adrian melangkah perlahan menyelusuri kaki jalan. Kedua-dua belah tangan diselukkan ke dalam poket depan jeansnya. Gaya santai pelancong yang menikmati panorama Gold Coast petang yang nyaman.

Sesekali mata melirik nakal ke arah bangunan 29 tingkat Hotel Grand Chancellor atau dulunya dikenali sebagai Marriot Courtyard yang tersergam tinggi berlatarbelakangkan langit yang begitu ria birunya. Ia hanya terletak dalam jarak lebih kurang 150 meter sahaja dari tempat dia berdiri saat itu.

Sesekali juga sepasang matanya yang dilindungi kaca mata hitam itu meliar. Mencari-cari di persekitaran. Manusia-manusia pelbagai warna kulit berjalan di sana-sini. Ada yang berjalan dengan hanya berseluar pendek atau seluar paras lutut. Ada juga yang memakai wind-breaker dengan hanya menyandang bacpac.

Hmm... hari itu cahaya mentari tersenyum dalam tiupan hawa yang dingin.

Memandang panorama itu, dia tersenyum sendiri. Memang Gold Coast tidak pernah lengang dengan pelancong asing. Tidak terkecuali juga pelancong tempatan. Apatah lagi tempat yang dinamakan Surfers Paradise ini merupakan nadi yang menghidupkan Gold Coast. Tempat ini syurga bagi mereka yang suka bergurau dengan ombak laut biru Gold Coast.

Sempat sahaja dia membelek dan meneliti secara tidak langsung setiap wajah yang dia pandang itu. Bujur, lonjong, bulat, kecil, besar. Warna pun pelbagai. Kuning, merah, putih, coklat, kelabu, malah hitam pun ada. Hatinya memilih dan menapis dengan berkata ’Nah, bukan itu! Bukan ini juga!’.

Apa sebenarnya yang dia sedang cari ni!?

Lalu langkahnya turun ke atas pasir pantai. Memijak pasir pantai halus nan putih dengan kasut sehingga meninggalkan beberapa jejak bertapak di atasnya. Kedua belah tangannya masih diselukkan sebahagiannya ke dalam poket jeans. Pandangan ditala lurus ke arah lautan yang kebiruan. Begitu berkaca.

Bila gulungan ombak menderu tinggi, ia kelihatan memutih di puncak laut. Sesekali nampak begitu ngeri bila beberapa kelibat manusia yang sedang meluncur di dada air itu ditolak ombak begitu keras lalu hilang seketika dari pandangan.

Ramai pelancong tahu kalau Gold Coast adalah destinasi terbaik untuk kaki surfers sedunia. Di sini gelombang ombak lautnya adalah antara yang terbaik dan lebih konsisten berbanding destinasi air yang lain. Bukan sekadar laut dan gelombangnya, tempat ini memiliki banyak lagi daya tarikan pelancongan yang terbaik di dunia. Orang kata superb!

Di lensa matanya Darryl melihat beberapa orang surfers kelihatan sedang melakukan pelbagai gaya di puncak gulungan air laut yang begitu ganas. Darryl juga biasa surfing. Malah ia adalah hobi yang paling Darryl gemari kerana dia amat mencintai sebuah rasa yang menekal dalam diri bila mencabar gulungan ombak itu.

Tiap kali memasuki ruang bawah di dalam gulungan ombak, dia akan menjerit sekuat hati. Semua rasa yang tidak mahu dia simpan lagi di dalam hati akan dibuang ke dalam vakum itu. Jeritan yang dilantun keluar dari rongga dadanya itu mencerminkan sebuah kepuasan yang tidak ada perkataan mampu untuk menggambarkannya.

Bila lerengan gulungan ombak yang tampak ganas itu menolak dia naik semula ke puncak ombak yang hampir membolehkan dia mencecah kaki awan biru, Darryl akan melepaskan nafas sepuas-puasnya. Nafas lega. Nafas puas.

Yeeha! I won! Yeeha! Yeah I won, I won!

Dan tubuhnya yang sasa itu tidak langsung terasa akan dinginnya air laut. Wonderful! Sangat hebat!

Namun saat itu, bukan memori berada dalam gulungan ombak yang cuba dia imbas. Bukan juga untuk menikmati panorama ombak laut yang bergulung dan menderu. Juga bukan untuk melihat aksi pantai yang panas dengan pelbagai karenah kaki surfers.

Apa yang sedang dia cari adalah seri raut wajah ala-ala kacukan. Sepasang matanya terus meliar di setiap sudut lapang pantai yang terbentang. Mencari seseorang itu. Aduhai, siapakah gerangan insan itu yang telah mencuit hatinya? Lalu telah dia pinjamkan hatinya semalam kepada seseorang itu yang belum dia kenali.

Aduh, Darryl... sungguh murahnya hatimu meminjamkan satu-satunya hati yang engkau ada untuk seluruh hayatmu ini kepada seseorang yang tidak pun kau kenali?

Tidak apalah. Demi seseorang yang telahpun berjaya menyentuh hati ini hingga jadi berwarna-warni, semuapun dia rela untuk meminjamkannya. Sekurang-kurangnya sehingga hari ini bila dia akan mencari peluang untuk meminta hatinya kembali dari yang seseorang itu.

Aduhai, mengapa hingga tika ini wajah itu sukar untuk dia usaikan dari lensa pandangan hati? Terbayang-bayang. Ya, gadis itu yang dia temui di gigi air biru yang berkaca bila dipanah sinar mentari langit.

Tidak mungkin dapat Darryl lupakan seraut wajah itu. Masakan dia mampu untuk melupakan seraut wajah itu yang telah membawa pergi hatinya. Hingga dia rela meminjamkan hatinya walau gadis itu tidak pun meminta. Tak apalah, kalau aku tidak bisa melangkah di sisimu, izinkanlah hatiku menemani buat pengganti diri.

Di mata Darryl, wajah itu bersinar saat merenung biru laut yang hujungnya seperti bertemu dengan hujung kaki langit. Lalu kebiruan itu bersatu dengan awan memutih yang indah menebar di dada langit. Sama berkaca dengan permukaan air laut Gold Coast.

Angel?

Aduhai, alangkah indah hidup ini kalau benar yang dia temui semalam dan kelmarin itu seorang bidadari. Kalau benarlah itu, maka syurga dunia itu mungkin juga sebuah hakikat. Ya. Dia masih ingat wajah bidadari itu. Yang semalam dia jumpa di pantai ini.

Tetapi Darryl masih mampu untuk rasional. Ini dunia, bukan syurga. Sesungguhnya dia masih belum memijak lantai syurga. Sehingga saat itu, biarpun dia tahu syurga itu indah, tempat abadi insan terpilih, tetapi dia masih mahu berpijak di bumi ini. Lagipun dia masih insan jahil yang belum layak mendapat anugerah Tuhan itu.

Mengapa pula dia tolak keindahan hakiki itu? Jawapannya satu sahaja. Dia tahu jantungnya masih berdegup. Sedar dua telapak kakinya masih berpijak di atas landai bumi yang sama ketika dia dilahirkan dua puluh satu tahun lalu.

Lebih daripada itu, di bumi inilah telah ditemuinya seseorang itu. Terdorong jiwa untuk mencari dan mengenali bidadari bumi itu. Ah, Darryl! Dia bukan bidadari. Dia hanyalah seorang gadis. Lalu hatinya pun mentertawa luapan hasrat.

Ya, seorang gadis. Seorang pelancong? Dari mana?

Pada dirinya sendiri juga tidak mampu untuk dijelaskan mengapa langkahnya ke pantai petang itu terlalu mendesak raga. Yang dia tahu, dirinya kuat ditarik dan digamit. Hatinya dipanggil-panggil. Diseru sesuatu...

Sejak petang semalam dia begitu. Laksana terpukau akan sesuatu. Sudahnya sepanjang malam tadi Darryl tidak mampu melelapkan mata. Setiap kali mata cuba dipejam, seraut wajah itu hadir memandang ke dalam matanya. Matanya akan pantas terbuka. Hendak pandang wajah itu lagi. Tidak puas menatap wajah itu di pantai semalam dan kelmarin.

Berbaring di atas katil empuk dalam pelukan penghawa dingin yang sejuk sampai ke tulang sum-sum itupun masih tubuhnya tidak rasakan kedinginan itu. Kerana apa? Kerana hatinya memang sudah terbeku sejak terpandang seraut wajah itu petang semalam.

Sudahnya dia terkebil-kebil memandang siling bilik hotel mewah yang didiaminya di Hilton Surfers Paradise Residences itu. Terkenangkan bangunan The Grand Chancellor Hotel di mana dia lihat gadis itu menghilang di dalamnya. Tahulah Darryl kalau bidadari itu pastinya beristirehat di sana. Tidak jauh dari tempat dia juga sedang beristirehat dengan lamunan indah ini.

Tidak mampu memejam matanya lena. Di mana-manapun kelihatan wajah itu yang terpampang begitu terang dan jelas di atasnya. Langsung dia menghabiskan lebih banyak waktunya sepanjang malam itu di balkoni biliknya.

Mendiami salah sebuah bilik hotel di Orchid Tower yang mencuar tingginya melampaui Pantai Surfers Paradise memberikan Darryl sebuah panorama pandangan laut dan seluruh kawasan yang bergemerlapan dengan cahaya lampu yang menakjubkan.

Begitupun, panorama menakjubkan itu tidak mampu membendung gelora hatinya untuk menunggu hari siang dan bertemu lagi dengan seseorang yang sudah kemas takhtanya di dalam carta jiwa.

Memujuk sabar dengan menikmati asap rokok, sebatang demi sebatang sehingga suria pagi tersenyum kepadanya. Bila pagi sudah siang, tidak sabar pula dia menunggu petang. Ah... manusia memang sentiasa ada kemahuannya...

Pasir pantai yang halus masih membentukkan tapak kasut bila kakinya terus mengorak langkah satu demi satu. Perlahan, seiring tindakan sang mata yang merusuh dalam pencarian. Mencari. Masih belum jumpa. Gusar dan resah berebut-rebut mengasak dada.

Mungkin juga gadis itu tidak ada di pantai petang ini. Entah-entah sudah terbang pulang ke negaranya. Sekeping hati lelakinya diintai kecewa. Setelah beberapa ketika diterpa hampa, sesusuk tubuh kelihatan di kejauhan. Bulat matanya. Lalu senyuman pun terpancar dan berseri.

Segera dia tanggalkan kaca mata. Mahu pandang lagi. Biar betul-betul. Untuk memberi lebih keyakinan kepada diri sendiri. Padahal hatinya sudah pun memastikan itulah gadis yang dia sedang tunggu. Sedang dia cari. Sah!

Langkahnya sedikit pantas menyusur pasir pantai Surfer’s Paradise. Terus tuju ke gigi air yang berbuih putih berkejar-kejaran dengan ombak dan desir angin pantai. Di mana gadis itu sedang berdiri dengan kaki seluarnya dilipat ke paras bawah sedikit dari lutut. Terserlah betisnya yang putih kuning.

Rambut hitam separas bahu itu mengibar-ngibar ditiup angin pantai petang Gold Coast yang dingin. Mengalunkan keharuman yang meresap ke dalam sanubari Darryl. Melangkah lagi agar jarak mereka lebih dekat. Biar seperti petang semalam.

Ya, petang semalam dia berdiri benar-benar di sebelah gadis itu. Dalam jarak lima enam kaki. Yang membolehkannya untuk menghidu keharuman yang dibawakan oleh gadis itu. Dan hari ini dia masih mampu untuk menghidu wangian yang serupa.

Yakinlah dia bahawa memang itulah gadisnya yang sama. Kerana haruman yang baru sahaja dia menghidunya itu sudah sebati dalam jiwa. Tidak seperti bau pasir pantai atau bau air laut yang dingin dan masin. Bau-bauan itu semua sudah sebati dengan deria baunya.

Bukankah dia membesar di Australia? Di Sydney. Bersekolah pun di sini. Cuma ketika melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, Daddy hantar dia ke USA. Walaupun tidak pernah ada keinginan untuk menjejak kaki ke USA, namun tetap dia akur dengan kemahuan Daddy.

Tidak tega untuk menghampakan Daddy yang begitu menyayanginya. Yang tidak pernah gagal memenuhi segala keperluan dan kehendaknya. Tidak pernah Daddy minta apa-apa sebagai balasan untuk itu. Tentu sahaja. Mana ada ibubapa mahu bayaran membesarkan anak-anak kan...

Dari teringatkan Daddy, pantas sahaja fikirannya beralih kepada perkara fokus yang membebankan fikirnya sejak dua tiga hari ini. Ya, semalam dia lihat gadis itu untuk kali yang kedua.

Ah, rasa kagumnya terhadap gadis itu pasti sahaja bertepuk sebelah tangan. Gadis yang berkulit putih kuning, tinggi lampai dan berhidung tinggi dengan raut bujur itu bagai tenggelam dalam gulungan ombak.

Langsung tidak endah akan dirinya yang selalu orang kata kacak ini. Dan sekarang Darryl ragu-ragu. Sungguhkah dia kacak bangat? Kalau sungguh begitu mengapa gadis itu tidak menolehpun ke arahnya? Atau gadis itu buta? Heh!

Tiada penjelasan yang mampu dia bariskan mengapa sang hati begitu pantas tertawan dengan seraut wajah itu. Padahal mengenalinya juga dia masih belum. Sebab itu dia turun lagi ke pantai petang itu. Mahu lihat lagi sepasang anak mata yang berwarna coklat itu.

Ah, dia memang pasti sepasang anak mata itu berwarna coklat pekat. Sudah begitu dia tekuni setiap liku wajah itu semalam. Malah dalam keasyikan dia merenung, tiba-tiba gadis itu berpaling. Tepat ke arahnya.

Oh, pasti gadis itu tidak buta. Kerana selayang senyum itu terus lekat di dada kasih. Hatinya berdetak kencang. Apakah gadis itu sedar dirinya sedang dia diperhatikan? Mungkin...

Atau mungkinkah gadis itu punya gerak hati yang serupa dengannya? Harap-harap begitulah... Oh Darryl, tolonglah jangan jadi terlebih perasaan...

Ataukah hanya suatu kebetulan? Seperti kebetulan dia menemui seraut wajah itu di gigi air pada suatu petang yang indah itu. Mungkin...

Benarkah ia hanya satu kebetulan, bila hanya wajah itu dalam begitu ramai yang lain tidak mampu dia usir dari ruang mata? Mengapa hatinya memberi jawapan tidak? Ah, hati lebih mendominasi perasaan dari yang sebaliknya... begitulah selalu.

Bukankah sekeping hati yang manusia miliki ini punya suatu keajaiban? Hati yang pertama kali menerima setiap pesanan yang disampaikan oleh setiap anggota. Bila sang mata melihat suatu pesona, ia pasti tertawan. Ya, itulah jawapannya. Pesona. Lalu hatipun terpasung. Tidak berganjak.

Love at first sight? Yang itu, Darryl belum benar yakin. Sejujurnya dia sudah banyak memandang. Setiap kali mata memandang, hati pasti tertawan. Apakah itu dikira cinta pandang pertama, kedua atau seterusnya?

Ah, tidak apalah... walau berapa kali pun dia memandang dan tertawan, ia tidak pernah sama dengan pesona ini. Tidak sama dengan raut ini yang julung kalinya dia pandang lalu memanah tepat ke dalam raga. Paling penting, cintanya tidak buta. Ya, kalau dia buta, masakan dia dapat melihat panahan rasa dalam raganya itu kan?

Saat gadis itu berpaling dan memandang tepat ke arahnya, dia terus kehilangan degup jantung. Renungan yang bersatu buat dia terpanar kaku. Diri terasa melayang-layang. Umpama mimpi dalam mimpi. Perasaan aneh tertulis baris demi baris dalam lembar hati. Malangnya tidak mampu dia menafsirkan.

Oh my God! Renungan sepasang mata coklat itu benar-benar jatuh dalam tingkat hatinya yang paling dalam.

Into the lowest basement.

MENUNGGU DAISY HATI


PROLOG
23 tahun lalu - Malaysia

Hamdan juga Ina, tersenyum sendiri di hujung talian masing-masing. Bibir Hamdan berbunga senyum simpul. Sedang Ina pula tersenyum sendiri berteman sebuah rasa. Tetapi masing-masing saling tidak tahu apakah yang sedang melanda diri mereka.

“Terima kasih ya Ina…”

“Kenapa pulak nak berterima kasih dengan Ina..?”

Lagi Hamdan tersenyum. Menyerlahkah lekuk lesung pipit di pipi lelakinya. Dia suka dengar suara Ina yang sangat lunak. Walaupun tidaklah bernada manja, masih jua lembut sampai terus simpuh dalam hatinya.

“Saya rasa bertuah sangat sebab Ina sudi terima saya…”

Untuk seketika itu Ina tidak mampu menutur kata. Apa harus dia katakan? Hamdan sudah memiliki persepsi itu. Sekurang-kurangnya apa yang telah dia paksakan dalam watak ini membuahkan hasil. Buktinya Hamdan benar-benar percaya dirinya telah diterima. Hamdan fikir huluran kasihnya itu telah Ina sambut dengan sepenuh hati.

Benarkah itu?

“Ina?” panggilnya bila Malina masih diam di hujung sana.

“Hmm.. ya?” seka airmata yang jatuh setitis di pipi.

Mujur sahaja mereka hanya berbual di talian waktu itu. Kalau tidak tentu Hamdan akan tertanya-tanya mengapa ada airmata. Suara mencermin senyum dalam hati, sebaliknya airmata mengapakah masih gugur?

Sebenarnya bukan mudah untuk menyembunyi luka. Walau sakitnya masih mampu diselindungkan tetapi parut itu kekal dan berdarah bila tergores. Dan Malina pasti mudah mengalirkan airmata bila pedih itu kadang terasa.

Hamdan yang sedang duduk di atas bonet keretanya di tepi lebuh raya yang pekat gelapnya itu menarik nafas. Sesekali dia garu kepala bila Malina masih membisu di hujung talian.

“Ina?” dia panggil lagi. “Are you okay?” terasa tidak sedap dalam hati.

Lalu Malina pun memaksa tawa walau tidak mungkin dilihat Hamdan, “I am okaylah…”

“Ina dah mengantuk ye?”

Terhambur ketawa mereka serentak. Bayangkan sahaja waktu itu sudah lewat jam 3 pagi. Mereka memulakan bicara di talian itu seawal jam 9 malam sebelumnya. Aduh, apa sudah jadi dengan diri mereka dan waktu?

Hendak dikatakan bercinta, Hamdan berasa malu sendiri. Gadis itu baru dia dekati seminggu lalu. Itupun atas desakan Reza, sepupu Malina sendiri. Reza suruh dia tackle sepupunya itu. Reza kata Malina seorang gadis yang baik. Sesuai dengan dirinya yang Reza kata juga seorang lelaki budiman. Lelaki yang sukar ditemui di dalam zaman ini.

Heh… baikkah dirinya? Entahlah… mana boleh dia masuk bakul angkat sendiri. Terpulanglah kepada pandangan dan pendapat orang lain terhadapnya. Kalau orang kata dia baik, betullah agaknya. Tetapi kalau orang kata dia jahat, hah itu dia harus fikir puluhan kali kerana dia belum pernah melakukan sebarang kesalahan. Rekod jenayah jauh sekali!

“Ina dah nak tidur ke ni?” soalnya sekali lagi bila Malina masih membisu. Entah-entah sudah tertidur dengan telefon bimbit di telinga.

“Belum lagi…” Tidak sampai hati pula dia hendak menamatkan perbualan itu. Kalau hendak ditamatkan pun biarlah lelaki itu yang melakukannya sendiri. Enggan menyinggung perasaan Hamdan.

Lelaki itu sangat baik orangnya. Terlalu baik sehingga dia berasa serba tidak kena. Kekok. Hanya Reza yang selalu berkata kalau dia beri peluang kepada dirinya sendiri dan juga Hamdan, mereka pasti bahagia.

Ya kah? Bagaimana pula Reza boleh membaca takdir itu? Siapa Reza untuk menentukan samada kehadiran Hamdan lebih tepat atau tidak menjadi calon suaminya untuk memberi sinar baru dalam hidupnya yang suram?

“Tak apalah, esok bukan hari kerja pun. Ceritalah lagi…”

Mendengar lembutnya bicara tenang itu buat Hamdan terus senyum lebar. Hati lelakinya berbunga bahagia. “Saya rasa seronok sangat dapat berbual dengan Ina macam ni…”

“Ya, kenapa?”

“Err… Ina lain. Tak sama macam kawan-kawan saya yang lain tu…”

“Yalah tu, apa pulak yang tak sama?”

Tertawa lagi. Malu pula hendak dia beritahu akan hal itu kepada Malina. Akan percayakah gadis itu kalau diberitahu dia tidak pernah ada teman wanita seperti gadis yang sedang berbual di talian dengannya itu? Teman wanita, seorang anak dara.

“Saya tak pernah ada girl...” masih ragu dan malu. “Saya tak pernah ada girlfriend macam Ina…”

Dipujuk tawa agar memperdengarkan nada, “Hish, awak ni…”

Kalau girlfriend dia dulu tak macam aku, habis macam apa? Tak ada kaki, tangan atau kepala? Makhluk asing ke?

“Betul Ina… saya pun tak tahulah apa badi diri saya ni. Memanglah ada perempuan yang suka dengan saya. Tapi...”

“Hmm… awak tu yang memilih agaknya?” telah Malina diiring tawa singkat.

“Eh, tak adalah…” sangkalnya cepat. Takut Malina bersalah sangka.

“Dah tu?”

Macam mana hendak dia kata pada Malina bahawa dia tidak mampu untuk menerima perempuan-perempuan itu menjadi teman istimewa. Jauh sekali untuk diambil menjadi isteri.

“Perempuan-perempuan yang suka kat saya selama ni semuanya isteri orang… mak janda pun ada…”

Hah? Kejujuran pengakuan lelaki itu buat Malina langsung tertawa halus. Panjang. Tercuit hatinya dengan pengakuan Hamdan yang bernada keanak-anakan itu.

“Awak ni biar betul…?” ujarnya bagai tidak percaya di hujung tawanya yang mereda. Setitis airmata yang jatuh lagi itu dia seka. Ketawa sampai menangis?

“Ina…” panggil Hamdan perlahan.

“Ya?”

“Err… sungguh ke ni Ina boleh terima saya?”

Tarik nafas. Terbit kasihan pada lelaki itu. Sejak seminggu ini telah banyak yang Hamdan lakukan untuknya. Setiap petang lelaki itu tunggu dia di bawah bangunan pejabatnya. Kemudian Hamdan akan hantar dia pulang ke rumah.

Walaupun kedudukan kawasan rumah mereka bertentangan hala, utara selatan. Biar bagaimana sesakpun jalan ke rumahnya pada waktu begitu, Hamdan rela. Mungkin berdua-duaan di dalam kereta di tengah kesesakan lalulintas begitu membahagiakan Hamdan.

Dirinya sendiri? Bukan Malina hendak kata dia kekok sangat sepanjang bersama Hamdan. Cuma bila dia harus menerima jalinan hubungan yang ada expectation dari seseorang yang begitu asing, dia jadi kelu dan bisu.

Tidak seperti bersama... ah, dia tidak mahu ingat lagi akan lelaki itu. Itu sudah jadi sejarah. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Cukup-cukuplah sudah dengan tangkai hati yang terkulai patah.

Dia tahu keadaan dirinya kini membuatkan semua insan yang menyayanginya pilu. Sedar seluruh keluarganya termasuk Reza mahu melihat dia kembali bahagia. Malina tahu mereka mahu dia melupakan semua kenangan lalu itu. Mereka mahu dia bina hidup baru. Tetapi mata yang melihat tidak akan sama dengan bahu yang memikul dan hati yang merasa.

Tidakkah mereka tahu hatinya ini luka? Tidakkah mereka tahu hati ini begitu remuk dan redam? Lelaki yang sudah rasmi menjadi tunangannya itu amat dia kasih sepenuh hati. Malangnya yang dikasihi itulah mengkhianati cinta dan kepercayaannya.

Kenapa ini semua harus terjadi kepada dirinya? Tidakkah lelaki itu tahu dialah cinta pertama bagi Malina? Akan diberi segala yang dia pada kepada lelaki itu. Itu janji kasihnya. Tetapi bukan dengan cara itu!

Dan akibatnya adalah sebuah tragedi. Tunangnya telah terkorban di tangannya! Terkorban dalam pergelutan mereka. Ketika dia meronta untuk melepaskan diri, tanpa niat dia telah tertolak lelaki yang sedang mabuk itu jatuh dari apartment tunangnya itu. Lalu ia menjadi trauma maha dahsyat dalam hidupnya.

Hamdan pula? Keluhannya terlepas. Kasihan lelaki itu begitu bersungguh-sungguh untuk memenangi hatinya. Apakah ini yang telah ditakdirkan Tuhan dalam hidup ini?

Mungkinkah benar kata pepatah, kalau hendak berteman hidup biarlah mencari dia yang mencintai kita, bukan kita yang mencintai dia? Baiklah kalau begitu. Dia akan beri segala rasa dalam hati ini untuk lelaki itu. Hanya untuk Hamdan.

“Kalau awak ikhlas…” telan liur. Wajahnya merona di dalam kesamaran cahaya lampu tidur.

“Betul?” ketara ada seri dalam nada itu. Yang pasti Malina tidak akan nampak betapa Hamdan sedang memejam rapat matanya sambil menengadah wajah ke langit biar dikucup bayu malam dengan sebelah telapak meraup wajah.

“Alhamdulillah. Akhirnya saya temui juga cinta…” ujarnya begitu perlahan dan syahdu sambil mencabut wayar dari bateri keretanya itu. Berbual begitu lama dan panjang sehingga habis bateri telefon bimbitnya.

“Saya selalu terfikir kalau-kalau saya memang dah ditakdirkan Tuhan untuk bersendirian dalam hidup ni sampai mati,” katanya lagi beriring tawa yang gementar.

Ketulusan kata Hamdan benar-benar buat hati Malina tersentuh. Tidak akan ada yang berkurang jika dia ikhlaskan hatinya untuk memberi bahagia kepada Hamdan yang begitu mendambakan seri hidup. Mungkin dia sendiri akan temui bahagianya di dalam penyerahan itu.

“Harap-harap betullah kali ni…” Hamdan melompat turun dari bonet kereta.

“Kalau dengan Ina pun saya kecewa, saya tak nak cari lain lagi. Kalau Ina kecewakan saya, saya nak lari pergi Indonesia!” guraunya.

Ketawa, “Yelah tu! Apa yang awak nak buat kat sana? Ada orang tunggu ke kat sana? Atau nak pergi merajuk jauh?”

“Dahnya, di sinipun saya bukan ada sesiapa. Saya hidup sebatang kara. Mak bapak pun dah lama tak ada...” ada nada hiba yang ditahan-tahan pada suara Hamdan.

Di hujung sana Malina terkedu seketika. Hati dipagut sedikit belas dan keharuan. Lelaki itu sudah dia kenali seadanya melalui Reza. Betul atau tidak cerita versi Reza, dia tidak dapat mempastikannya. Namun apa yang pasti saat ini setiap intonasi dan susun bicara Hamdan yang begitu merendah diri.

“Sekarang hidup saya seperti hampir terisi. Kalau betul Ina sudi terima saya, tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan saya ini. Saya…”

Aku nak lompat tinggi-tinggi sampai dunia gergasi! Itu laungan hatinya yang dia telan dalam-dalam. Malu untuk mengakui apa yang sejujurnya ada dalam hati. Malinalah nadi harapan dalam hidupnya kini.

“Sekarang…” nadanya rendah. “Saya rasa happy sebab… sebab, ada Ina.” Nada lelakinya ria. Namun masih kedengaran malu-malu.

Bicara yang begitu penuh dengan rasa dan bernada bahagia itu buat Malina terus melukis senyum. Ada sejalur tenang dalam hati. Beginikah perasaannya bila hati dipalit kepuasan kerana memberi bahagia kepada insan lain dengan ikhlas?

“Sejujurnya saya sudah terfikir... kalau Ina tak sudi menerima saya, rasanya saya hendak bawa diri ke tempat orang. Berkebun ke, bela lembu ke…”

Serentak tercetus tawa mereka dengan spontan. Biar betul dia ni…

“Daripada awak merantau membawa kononnya rajuk awak tu ke Indonesia, lebih baiklah awak tempat yang lebih cantik. Swiss ke, Itali ke...” seloroh Malina.

Mujur selorohnya itu disambut serangkai tawa oleh Hamdan.

“Tempat macam tu tak sesuai untuk pergi merajuk. Tempat-tempat cantik yang sejuk begitu tak seronok pergi seorang. Kalau ke sana... hmm... saya nak pergi dengan Ina, honey-moon?”

Dalam hatinya Hamdan mengutuk diri sendiri. Begitu beraninya menutur sedemikian bicara terhadap seorang gadis yang belum dia kenali sepenuhnya kesediaan menerima dirinya.

Bila tiada sebarang bunyi sahutan dari hujung talian sana, Hamdan diasak seribu malu. Sebenarnya Hamdan tidak tahu bahawa dalam hati seorang gadis itu sedang luhurnya memasang niat.

Kali ini cintanya akan dia serahkan seluruhnya kepada lelaki itu. Untuk Hamdan. Ikhlas dan reda. Selama-lamanya kalau ada izin-Nya. Bukan kerana honeymoon yang dijanjikan Hamdan itu.

Telan liur, “Err... kalau saya tanya sesuatu pada Ina, boleh?”

“Apa dia?”

“Ina suka bunga apa ya?” berdetup-detap dalam hati menunggu jawapan. Janganlah hendaknya tersasar strategi ini.

Hmm... bibir Malina sudah berbunga senyum. “Hmm... daisy kot?”

Terkesima. “Daisy?” Hamdan agak terkejut dengan jawapan itu meskipun ada segalur kelegaan.

“Kenapa? Tak boleh ke suka dengan daisy?”

“Eh, bukan begitu... tak sangka pulak Ina suka daisy...”

“Kenapa pulak tak sangka? Mesti awak ingat Ina suka bunga ros ya?”

Tertawa perlahan, “Tak juga... kebetulan saya pun sukakan daisy. Tak sangka citarasa kita sama...”

Ya ke? Terdetik sangsi itu dalam hati Malina. Orang lelaki ada yang suka bunga juga ke?

“Ina tak percaya?”

Senyap. Tiada jawapan yang mampu dia fikirkan. Sebaliknya soalan pula yanng terucap di bibir, “Macam mana pulak awak boleh sukakan bunga daisy? Daisy kan tak cantik dan wangi macam bunga-bunga lain?” Entah betul entah tidak lelaki ini kenal dengan bunga daisy...

“Habis tu, kenapa Ina pun sukakan daisy?” usik Hamdan pula. Langsung dia tertawa.

Lalu cepat pula Hamdan menuturkan sebaris kata-kata, “Walau tak secantik dan tak seharum mawar pun tak mengapa, asalkan ia mendamaikan hati orang-orang yang menyenanginya...”

Aduhai... begitu damainya terasa hati.

PAGEVIEWS