Thursday, September 27, 2012

UFO vs Taming Sari

2nd new programme di Melaka on our Melaka-Gemencheh trip last 3 days holidays 15-17 Sept.  

Sblm balik 17th tu, kena masuk jg Bandar Hilir utk ambil air Masjid Kg Ulu spt yg Abah pesan. Dah terlanjur masuk sini, jenjalanlah sekejap bawa Ibu naik UFO. UFO?

Hu hu... actually tu Menara Tinjau Taming Sari. RM15 per head & saya mmg takut pd ketinggian! Gayat!

Menara Tinjau Taming Sari. Bentuknya yg begitu saya pun panggil dia UFO :-)
Menara Tinjau Taming Sari ni antara tarikan pelancong since ia dibuka pd 18/04/2008. Tingginya dlm 110 meter & rekabentuk berinspirasikan keris lagenda zaman Hang Tuah dulu, Keris Taming Sari.

Said to be d'1st di Malaysia yg ada struktur berputar sepenuhnya. Kan mcm UFO tu, boleh berpusing naik ke atas puncak menara. Hush.. semangat.. saya mmg sgt gayat!

Senangnya hati lihat Ibu asyik senyum...

Dlm kabin tinjau berpenghawa dingin tu,  the 3 ladies (saya, Ibu n Angah) kecut perut. Ibu lagilah.. tutup mata je. Saya masih blh pretend not scare much hu hu..


Didik tak berganjak dari seat & sgt behave. Rasanya Didik gayat & takut, cuma tak moh tunjuk :-)
Teropong tu sewa RM5 satu kat situ. 

Pada ketinggian 80m dr kabin tinjau UFO ni, blh nampak pelbagai pemandangan Selat Melaka yg luas terbentang. Nampak the whole bandar sekeliling. Tahu apa yg terlintas di fikiran saya? Kalaulah... err... biarlah saya simpan dlm hati je imaginasi saya tu hu hu...

Pemandangan dari atas. Nampak sebahagian Sg Melaka yg semalamnya kami lalui dgn cruise @ river boat tu...




Tak plan pun nak beli gambar ni yg memang kena snap sblm naik menara tinjau (utk statistik pelancongan katanya....). Mahal kot, RM30 huhu. Tapi Ibu kata nak simpan buat kenangan. Okay, bab Ibu request ini kenalah tunaikan hu hu.

Ist word Didik bila dia tengok gambar ni...
"Tgk ni, Ummi ni ido aje tau!"
Erk!?

#menaratamingsari
#melaka

2 comments:

  1. hehehe..pndai didik.kak kena belajar posing sikit dpn kamera

    ReplyDelete
  2. selamanye tak reti nak posing hu hu... si tukang tgkap gmbr tu pun tgkap pakai dan-dan je.... ceh.. cakaplah 1,2,3 ke dulu hu hu...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS