Bila lapang, saya duduk belek telinga Babang n Didik. Kekadang bersihkan cuping mrk guna putik kapas yg dicelopkan dgn minyak baby. Nak bersihkan daki-daki di sekeliling cuping dan di blkgnya. Almaklum boys... Kadang2 kalau nampak tahi telinga, bersihkan juga.
Tapi Didik, especially Babang sgt susah utk dibersihkan telinga mrk. Belum letak putik kapas pun dah tergelak-gelak, terjerit-jerit. Malam tadi Babang bertanya, "Ummi, boleh tak saya nak tanya sesuatu?"
"Macam mana tahi telinga tumbuh, Ummi?"
Err... teringat jiran saya si Lani kalau nak terang sesuatu pd anaknya mesti bergambar. Saya nak cuba... sbb malam tadi saya tak jawab pun soalan Babang. Malam nanti nak tunjukkan entry FRAN ni pdnya.. satu method menarik minat anak belajar general knowledge kah ini? hu hu.. ya lah, mana tahu makbul doa Papa n Ummi nak lihat kamu berdua jadi doktor yg soleh dan berbakti utuk agama, ibubapa, bangsa dan negara. Aaamiiin...
Babang, tahi telinga @ dlm BI (dia tgh asyik cakap BI + Jerman + Jepun + Korea + kartun skrg) disebut ear wax ialah bahan (refer pic atas) yg terdiri drpd serumen @ lilin telinga (kelenjar yg dihasilkan oleh telinga). Ish, tetiba teringat cerita WAX pulak.
Bila Babang main-main atau keluar jenjalan, nanti debu, kotoran akan hinggap dan bercampur dgan keretin, lelemak dan bulu telinga dlm telinga Babang. Semua campuran ini akan membentuk atau yg Babang kata 'tumbuhkan' tahi telinga kita.
Tahi telinga ni ada yg keras dan ada yg lembut. Biasanya bagi kebykn org Asia mcm kita, tahi telinga keras tapi pun ia depends pd faktor genetik dan lelemak yg ada dlm telinga kita.
Apa kerja tahi telinga? Dia bertindak sbg pelindung kpd telinga kita krn lendir dan cecair kat dlm tu boleh menyebabkan debu terlekat. Tak de lah debu tu masuk terus sampai kat dalam-dalam sgt. Lendir dan cecair tu juga menghalang serangga masuk dlm telinga kita. Juga untuk elak jangkitan kalau serangga tersesat kat situ sekejap hu hu...
Hmm.. bijaknya Allah mencipta kejadian kan Babang, Didik?
Sbnrnya Ummi tahu kalau doktor kata tak perlu korek telinga utk keluarkan tahi. Sebabnya ia akan keluar sendiri. Cuma, bila Ummi dah nampak ada sesikit tahi telinga Babang dan Didik, maka Ummi kenalah bersihkan, ya tak?
Sebab itu bila Ummi sdg bersihkan telinga kamu, dok lah dendiam. Nanti takut luka... kalau luka, nanti kulat dan bakteria tumpang tidur kat telinga kamu. Nak ke?
Lagipun bila Ummi sll panggil tp kamu berdua buat tak tahu je, Ummi bimbanglah juga kenkalau tahi telinga kamu tu sdg mengeras dan tak mahu keluar scr natural. Kalau jadi gitu, mmg patut pun kamu sll tak menyahut bila Ummi panggil, kot kurang dengar? Kang kot kena bawa jumpa ENT specialist pulak.
Hu hu.. tak de lah.. Ummi tahu knp kamu buat dek bila Ummi panggil. Sbbnya kamu 'hilang' dalam games mcm cerita Boboboi tu kan? Tak baik tau...
Ummi bkn suka-suka nak korek telinga kamu pun. Ummi tau ia tak elok sgt especially untuk kamu yg masih kecil. Guna putik kapas ke, pin, ke apa-apapun lah sbnrnya tak perlu untuk korek telinga. Nanti telinga kamu kurang pertahanan. Ummi cuma nak bersihkan sikit je di bhgn luaran. Ini, belum apa-apa pun kamu dah tergedik-gedik ketawa geli. Cemana?
Okay, belajar tak boleh banyak2 dlm satu masa. Setakat ni dulu Ummi jawab soalan Babang. Nak details, nnt blh baca buku, search google, tak pun belajar rerajin nnt blh further medic study ya sayang. Ummi pun bkn tau sgt, Ummi masih menambah ilmu...
Al-Hafiz al-Imam al-Suyuti mentioned that he heard his teacher say :
"Hurry, O seeker of knowledge,
in three things : eating, walking and writing."
yelah..waiz ni pon kalau nak bersihkan telingannya..bukan main susah lagi.kena buat time tido
ReplyDelete