Saya belajar banyak perkara dalam hidup bila dinikahi oleh Papa Nasir. Awal dulu sungguhlah culture shock dengan keluarganya yang sangat-sangat-sangatlah besar. Ramai! Kalau buat kenduri, lima khemah belum tentu cukup untuk tampung keluarga sebelah Abah Hussien, dan sekali ganda dengan itu pun belum tentu boleh cukup untuk memuatkan keluarga belah Emak Enon. Kadang rasa aduhlah.. letih..., tetapi lama-lama setelah meng'adjust' diri, ia adalah sesuatu yang meriakan hidup.
Dalam usia menjangkau 6 tahun perkahwinan, rasanya sudah sekali gathering keluarga sebelah Emak Enon, dan berkali-kali juga gathering sebelah Abah Hussien (lebih aktif dan agresif AJKK nye...).
Keluarga sebelah Abah Hussien ini telah ditubuhkan yayasan yang dipanggil YAYASAN KELUARGA HAJI YUNUS (YKHY). Teringat semasa belajar Sejarah masa sekolah dulu ada tugasan kena buat carta salur-galur keluarga dari tok nyang sampai ke cicit. Kalau hendak dibandingkan family saya dengan family Papa Nasir, mesti kena kena guna kertas mahjong yang disambung-sambung untuk draw the his family lines dari Tok Nyang sampai cucu kami tu... hish mahunya dapat jadi calon Rekod Guinnes?
Gathering tahun ini diadakan usai majlis persandingan H3N3. Diadakan di Kedai Kopi Shah Alam, hmm... membangkitkan kenangan ketika farewell party saya dan beberapa staff TSSB yang diadakan di sini awal January 2011.
Agenda yang paling cantik waktu ini adalah Agihan Dana Pendidikan sumbangan veteran2 keluarga untuk cucu cicit yang akan menyambung pelajaran setelah melewati peperiksaan. Yang menerima sumbangan - Wafiq, Faiq, Haziq, Ayong, Shakirah dan... err... lupa pulak...
It's the new thing I learnt in this family. Berkongsi sedikit lebihan rezeki pemberian Allah untuk kebaikan bersama dan ia menjadi titian jalinan kasih dan ukhwah.
Antara memori gathering YKHY di Kedai Kopi, Shah Alam
pada 25hb Dis. 2011 lepas dari jam 5-7 pm.
Almost 100 plus children were attending it. Alhamdulillah.
Ini pula antara kenangan perhimpunan keluarga sebelah Mak Enon
di Sg Samak Perak pada 26 Disember 2009.
Ramai... bertema warna ikut induk keluarga...
Emak Enon dan keluarganya (kami termasuklah) kena tema warna peach,
heh nasib baik... kalau pink... adoi... nangis!
happening dengan sukaneka.
Aduhlah... comel je bila dikenang...
Sebab itu sebenarnya dikatakan, pembentukan sosial dan masyarakat yang baik akan bermula dari dalam keluarga yang baik kan?
eei..kenapa tak suka pink.
ReplyDeletesis..abang nasir dapat tak duit dana tu?
err.. bukan tak suka, belum suka sangat je...
ReplyDeletepapa tak dapat... bukan dia yang sekolah heh heh.. ayong je lah yang dapat, tapi sbb ari tu dia x de, papa tlg amek o/b je...