Eeeeee!
Baru rasa down kelmarin reda... hari ni kesihatan okay sikit berbanding semalam dan kelmarin. So, pagi tadi setelah tamat membaca Dia Tidak Berdosa (Puteri Andalas) saya masak. Kemudian duduk depan lappy untuk buat kerja sebab Papa and the girls balik kampung. Tinggal saya dan si bujang berdua sahaja di rumah kerana kesihatan tidak mengizinkan saya untuk ikut pulang. I am warded in the house!
Sedang very deep in MH yang telah saya tukar tajuknya (lagi?) kepada Menunggu Daisy Hati (MDH), Babang datang berkali-kali suruh garu belakangnya. Katanya gatal... dengan mata tidak berkalih dari lappy, saya garu juga belakangnya.
Kemudian dia datang lagi dan bertanya, "Ummi, cantik tak?"
Saya toleh. Nafas berhenti. Pandang Didik pula. Gelap mata saya.
Babang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Didik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Boleh dia buat projek barber kat tempat tersorok ni? Patut aman sekejap tadi... |
Ummi! Adik yang buat saya! |
Bertambah panas hati bila tengok rambut belakang pun jadi juga! |
Si kecik ni memang tak makan saman! Ummi dah jerit-jerit gaya tarzan perempuan, dia boleh sengih dan gelak-gelak kata, "Antik kan Ummi? Antik kan? Adik andai kan?" |
Ya Allah hai... saya dah hilang mood hari ni nak menulis. Sakit jiwa je tengok kepala budak berdua ni.
Papa!!! Tengoklah anak-anak jantan awak ni!!!!!!! Wa wa wa!!! Saya tension sekejap boleh tak?
Papa, esok lepas hilang mengantuk mancing, baliklah segera bawa anak-anak jantan awak pi repair rambut diorang. Lepas tu suh diorang tengok betul-betul tukang gunting rambut tu gunting cemana, kot lah kalau nak buat projek lagi lepas ni.
Saya takut semput saya datang balik ni tengok kepala gonjeng macam orang putus fius je budak-budak ni... hu hu wa wa sob sob!! Papa, you know what? This is among the reason why I always missing you whenever you are not around hu hu...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.