Saturday, January 28, 2012

6 tahun bersama

Semalam, hari ini dan esok - enam tahun yang lalu. 

Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan dia kepadaku - 
seorang sahabat, kekasih, suami dan
teman berkelahiku yang selalu ku rindui. 

Terima kasih sayang 
untuk indahnya menjadi sebahagian dari tulang rusukmu, 
menjadi kekasih dan isterimu, 
menjadi Ummi kepada anak-anak kita

Terima kasih kerana sentiasa menjadi bintang, 
purnama dan suria Ummi. 
Menyuluh terang segala mimpi dan harapan.
 Terima kasih di atas kesanggupan Papa melalui susah senang, 
duka dan lara ini bersama Ummi.
 Terima kasih kerana sentiasa teguh berdiri 
menelan airmatamu sendiri 
saat diri ini rapuh dan tersungkur berkali-kali.

Terima kasih juga kerana masih mahu Ummi jadi chief bidadari 
walau di sana nanti akan ada 
72 orang isteri dan begitu ramai bidadari 
kalau kita diizin Tuhan menjejak kaki ke syurga-Nya. 

Hanya yang Ummi mohon Papa 
teruslah menerima, mencintai dan menjaga seadanya diri ini... 
every flaws and every goods... 
semoga kita saling melengkapi... 
I really would not know how to live my life 
if it's happen to be without you. 
It's klise, but it's indeed the very honest true.

Ampunkan Ummi kalau dalam tempoh ini 
masih belum memberi kebahagiaan 
sebagaimana yang Papa harapkan.
Ampunkan juga kalau diri ini menjadi 
lebih beban dari kesenangan... 

As for me, you are the most precious and miracle thing 
ever happen in my whole world life.

Sudah enam tahun kita bersama
Ummi masih ingin 6 x 6 x 6 x selamanya sampai syurga!

Selamat ulang tahun perkahwinan kita Papa!


2 comments:

  1. wah..romantiknya. hepi anivesari sis & abg nasir!
    semoga terus bahgia..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS