Saturday, January 14, 2012

Katak

Tengah hari tadi kami ke Pusat Futsal di Padang Jawa (depan JPJ). Papa Nasir dan Ucu Apit hendak buat booking. Seperti biasa ia adalah untuk aktiviti ahli Yayasan Keluarga Haji Yunus. Kemudian kami pergi lunch di Shah Alam. Hmm... sedapnya dapat makan nasi lauk pucuk paku, budu, ikan bakar dan ulaman sebelum berpisah mengikut agenda sendiri.

Kami kemudian rushed ke Padang Utara di PJ kerana budak2 VI ada perlawanan rugby dan batch Papa Nasir ini kan jadi coach cum mentor cum motivator cum brainwasher. Ingatkan hendak lepak di padang, tetapi rupanya Papa Nasir hanya tunjuk muka kerana dia harus bergegas ke Banting pula untuk layat.

Layat? Oh... layat itu adalah menziarah kematian. Bapa kepada teman sekolah Papa Nasir (former husband penyanyi Shima) telah meninggal dunia. Saya dan anak-anak di rumah sahaja, kerana rasa badan sudah kembali hendak panas. Aduhlah...

Bos saya sudah berpesan ala mak-mak semalam petang, 'Weekend ni jangan buat kerja berat sangat. Rehat je... nanti sakit lagi..." Ha hah.. dia takut saya sakit dan tidak masuk ofis. Sudahlah kami memang shorthanded untuk beberapa waktu ini.

On the way back dari Padang Utara tadi, saya dok membelek tin minuman cincau yang sudah kosong dikerjakan Babang dan Didik. Beli yang tak sejuk je. Tiba-tiba teringat cerita anak ikan yang selfish. Alah, cerita anak ikan yang mengasingkan diri di dalam tin dan akhirnya tidak dapat keluar kerana saiz badannya sudah besar tu...

Saya tanya Papa, "Boleh tak kita selamatkan ikan tu Pa? Kesian dia..."

Papa kata, "Sapa suruh dia selfish sangat. Hidup tak mahu bermasyarakat...?

Aik, macam pelik je statement tu?

Belum sempat saya hendak bersuara, Papa Nasir pun bercerita :

Ada cerita katak. Komuniti katak ini sedang mengadakan satu perlumbaan menuju ke puncak bukit. Peserta perlumbaan semuanya terdiri daripada lapisan anak-anak muda. Ramai sekali yang menyertainya. Perlumbaan itu memang sukar sekali.

Katak-katak lain yang menjadi penonton semuanya dok kata bodoh sungguhlah katak-katak yang masuk perlumbaan itu. Mereka kata dah tentu-tentu bukan senang hendak sampai ke tempat yang hendak di tuju itu.

Sewaktu perlumbaan berlangsung, ramai di antara katak-katak yang menonton itu meng'boo' mereka. Perlawanan itu ternyata memang sukar sekali. Banyak di antara katak peserta yang surrender dan tidak mahu meneruskan perlumbaan. Akhirnya ada seekor katak berjaya sampai di puncak dan menjuarai perlumbaan.

Kemudian, reporters (aduhai Papa Nasir ni... biar betul... ada reporter rupanya di kalangan komuniti katak. Hmm... macam manalah rupa mereka ya. Ada tak se'grand' reporters dan selebriti TV kita?). Okay, reporters pun sibuk mewawancara si juara, "Apakah faktor kemenangan anda?". Tetapi si katak juara ini senyum. Setiap kali ditanya reporters, katak juara ini tetap senyum sahaja. 

Agaknya bosan dengan reaksi senyum si katak juara, reporters mewawancara ibu bapa katak juara itu pulak. "Apakah faktor kejayaan anak mak cik katak?"

Ibu bapa katak juara pun senyum juga, tetapi akhirnya berkata, "Sebenarnya tak ada apa-apa faktor pun. Anak kami itu sebenarnya pekak. Boo lah dia, cemuhlah dia bagaimana sekalipun, dia tidak akan dapat mendengarnya. Kalau sudah aim dia yang satu itu, itulah yang akan dia tuju hingga jaya."

Gulp!

Papa Nasir ni memang selalu hendak kenakan saya. Tetapi kali ini saya kurang faham apa kaitan cerita katak dengan perangai dia yang selalu hendak kenakan saya itu. Mungkin disebabkan tidak sihat, maka otak saya slow untuk digest.

Papa Nasir sengih dan kata lagi, "Moral of the story, kalau kita hendak buat sesuatu dan yakin sesuatu yang kita hendak buat itu betul dan untuk kebaikan, kita harus berusaha ke arah itu dan tawakal dengan Allah. Usah menyerah kepada cemuhan dan negative respond orang lain, kalau terdengar juga jadikan ia pembakar semangat. Senang cerita, pekakkan telinga."

Hah? Pekakkan telinga ni? Kenapa? Alahai... tak faham sungguhlah kaitan tin air cincau dengan anak ikan yang selfish dan katok.... walaupun sebenarnya saat ini barulah saya boleh cerna motifnya. Alahai suamiku...


2 comments:

  1. dulu selalu tertukar perkataan layat n muyi..hehe.
    pas ni berfusal pulak lah ye YKHY

    ReplyDelete
  2. Dulu ada sekali mereka berfutsal kat situ. pas tu tak tahulah, agaknya mereka futsal juga di tempat lain. Tapi kali ni dah masuk membership, semakin aktiflah YKHY bersukan nampaknya hu hu...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS