Didik sudah complete 5 days medication dan boleh discharge petang ini dengan syarat shall demam lagi, kena jumpa Dr Koshy semula immediately.
Tapi Babang pula mula demam sejak semalam. Dr Koshy sudah hantarkan antibiotik yang sama seperti Didik untuk bagi Babang di rumah. Let's see the result within 2 days. Kalau tak baik juga kena mengadap doktor lagi. Aduhai...
It's really a trial from Allah. Kata penguat semangat dari seorang former boss, merangkap teman, merangkap isteri kepada salah seorang Boss di tempat kerja baru sekarang (what a small world kan), "Ia saham akhirat Ros, Tuhan nak bagi balance. Terima aje, ada hikmahnya. Kalau boring kat hospital, call lah Penglipur Lara ni suruh datang ke apa..."
Bukan tak mahu panggil atau beritahu Kak Su, tapi tak mahulah susahkan orang. Setiap dari kita ada urusan kehidupan sendiri yang harus diselesaikan... saya tahu itu dan saya tidak mahu menjadi antara urusan yang akan membebankan orang lain... still saya appreciate every concern, care and love from everyone.
I guess this is the worst time of all. And most probably among the sweetest. Bila kami sakit panjang dan berganti-ganti. Hopefully Papa Nasir masih kuat. Kalau dia pun collapse, sure saya kena ambil cuti tanpa gaji setahun jawabnya ni...
Mulanya saya risau juga, kenapa semua sakit ni? What's wrong with us all?
Tapi bila masuk hospital, ramai juga yang begitu. Di bahagian paediatric ini sahajapun most demam panas, patah tangan dua tiga kali ditempat yang sama, bronchitis, demam tapi panas kepala sahaja dan pelbagai lagi. Hish, saya tak dapat bayangkan emosi saya kalau anak saya patah riuk...
Ada juga yang menangis semalam sampai pagi. Walau kami di bilik single, masih jelas dapat mendengar tangisan kanak-kanak itu. Apa sakitnya ya? Hmm... ia bahagian masing-masing.
Biras bongsu saya juga baru sahaja mengalami keguguran kehamilan dua bulannya. Kelmarin sudah balik berpantang di Sabak Bernam. Take care... insya-Allah rezeki pasti ada... masih muda kan, penting usaha dan tawakal Sis...
Semua orang akan sakit. Superman pun sakit kan... Ultraman tu pun ada masanya light di dada dia akan lip-lap-lip-lap, Babang dan Didik kata, 'hah, Ultraman dah lemah!'. Upin Upin pun tentu ada demam selsema juga. Tidak boleh ada yang mendabik dada menidakkan ketentuan ini seharusnya kan. Yang tidak sakit itu hanya Allah.
Baru deal dengan demam dan chesty problem anak-anak pun saya sudah sedih begini. Kalau lebih berat dugaannya? Alhamdulillah...
Mungkin ini masanya saya ukur kembali tahap kesabaran saya meladeni karenah anak-anak juga. Look into myself betapa sebenarnya anak-anak itu sangat berharga. Ini tidak, bila tension atau penat sikit, saya selalu nak ignore dan marah mereka... bila mereka buat bising dan sepah, Ummi sudah tension tahap Gaban, jahatnya Ummi ini.. sorry sayang...
Beberapa hari nursing Didik di hospital, saya melihat perkembangan dia. Semakin hari banyak sungguh conversation yang baru. Mulutnya yang comel itu bercakap sehingga saya sendiri surprise...
Dan paling best bila waktu inilah segala kelapangan menulis itu ada. Dan mungkin juga tidur tanpa gangguan Papa? hu hu... sorry dear! Cuma mungkin Didik tidak suka Umminya ini bekerja begitu. Dia mahu perhatian yang lebih. Dia mahu saya sayangkan dia lebih dari saya mengadap laptop saya ini.
Bila saya sudah terlalu lama di depan laptop, sunyi tanpa menyentuh dia, Didik akan tarik muncung panjang. Jalan sana-sini sekitar bilik. Buat itu-ini dan kata begitu-begini untuk tarik perhatian.
Tapi biasalah Ummi kalau sudah flow dengan cerita, semua benda tidak ingat. Sampai Didik kecik hati rupanya. Didik meniarap di kaki. Didik tarik kaki seluar saya sambil kata, "Adik tarik suar Ummi... adan uka Ummi..."
Tak pun bila Ummi masih hanyut dengan menulis, dia tolak-tolak kaki meja tu dan kata, "Hah, adik olak eja ni.. adik olak...!"
Menyedari hal itu, saya ambil dan dukung dia. Pujuk dan cium dia. Dia buat-buat manja. Mahu saya peluk dan baring sambil elus kepala dia. Walaupun dia ada mainannya sendiri - iPad, PSP, TV tapi dia masih mahu Ummi layan dia, beri perhatian pada dia.
Hmm...
Hikmah pasti ada. Yang tidak nampak, ialah bagaimana kita menerimanya boleh membersihkan hati, fikiran dan mengubah rutin kehidupan. Pengorbanan dan kesetiaan, kesemuanya semakin memantapkan kasih sayang dan rasa cinta. Alhamdulillah...
Yang nampak ialah... hmm... Menunggu Hadirmu sepatutnya tamat pada Bab 50. Saya tidak mahu tulis panjang kali ini. Ada 2 chapters lagi, dan saya stuck pula. Last chapter sudah selesai. Cuma 2 chapters hendak menyampaikan kepada yang last itu sahaja masih tercari-cari kata penghubungnya. Ia sangat susah hendak berfikir bila kepala tidak boleh bekerja. Mungkin kena rehat dahulu.
MC saya akan tamat pada 2hb ini. Jumaat ini sudah harus masuk kerja, tidak tahu juga apa lagi kesibukan ataupun dugaan yang bakal menanti. Balik ini juga kena nursing Babang more to ensure dia kembali sihat. Begitu juga Didik... semoga anak-anakku akan kembali senyum.
Ya Allah... Alhamdulillah, hanya kepada-Mu kami meminta dan mengadu, cuma berikanlah kami kekuatan iman dan ketabahan melaluinya.
Ya Allah Ya Tuhanku...
keep strong kak. insyaAllah everything gonna goes well
ReplyDeleteSemoga Allah memberikan Akak kekuatan iman, ketabahan hati untuk melaluinya dan kesihatan untuk Akak dan keluarga Akak, Amin Ya Robbal Alamin~
ReplyDeletetenkiu kak yati... rajin selit kn cite sy...
ReplyDeleteLY - tq, i will always be
ReplyDeleteE-rah, terima kasih, Amin...
Eh, Acu... tidur & restlah... cit..