Friday, January 27, 2012

Alien vs Human?

Lately dalam kesibukan mengurus anak-anak yang kurang sihat dan diri sendiri yang masih dalam recovery process, sempat juga dengar dan terlihat tentang Bank Susu.

Tanpa sempat hendak korek lebih lanjut, the only 1st thing yang keluar dari mulut saya, "Sapa ajelah yang cerdik sangat buat idea penubuhan bank susu tu!?" Ba, alif, nga, nga sungguhlah... (betul ke saya eja tu hu hu)

Nursing adik di wad ini baru ada masa hendak study sikit about few latest issue. Sat-sat lagi baru saya start semula on Menunggu Hadirmu. Ia sudah menghampiri penghujungnya sewaktu admission saya minggu lalu, tapi biasalah bila sudah di rumah lebih  banyak masa dihabiskan untuk urusan rumahtangga.

Okay, back to the human milk's bank. Siapa punya idea ni?
It was said from a community called Human Milk for human Baby (HM4HB). Ia dikatakan rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di FB from more than 54 countries. Surprisingly there are about 900 Malaysians among them. What a genius?

Kenapa wujud idea ni?
Those who came out with what ever idea, hanya ada 2 tujuan yang pure sahaja. Satu untuk kebaikan - which they claimed untuk bantu human pre-matured babies dan hendak beri susu kepada baby yang mempunyai ibu bermasalah/berpenyakit kronik dan berjangkit.

Second is the probability for the hidden agenda. Saya suka untuk jadi orang baik yang sentiasa mahu berprasangka baik. It is actually meant for good, fine. Tapi untuk Muslim, even walau tanpa perdebatan ianya pada saya tetap tidak boleh. 

Majlis Fatwa Malaysa pada persidangan muzarakarah mereka yang ke-97 pun telah memutuskan yang sama. Ianya haram! 

Dalam Islam telah digariskan hukum dan peraturan yang menyentuh tentang seawal tujuan pembentukan keluarga dari sebuah perkahwinan dan institusi kekeluargaan (setiap sudut berkaitan tentangnya dari pencarian calon, kepada nikah dan penyatuan hubungan, hukum susuan, aurat dsb), larangan kepada perzinaan, tentang kaedah pembahagiaan harta pusaka dan sebagainya. Semua ini antara tujuan pentingnya adalah untuk memelihara kemaslahatan umat manusia dari segi menjaga nasab keturunan.

Islam sangat sempurna dari penjagaan kesucian perhubungan dan keturunan melalui ayat al-quran yang diturunkan, nas dan juga dalil.   

As a layman, saya secara peribadi merasakan penubuhan bank susu ini bukan sahaja secara spesifiknya tidak seharusnya dipraktiskan di kalangan Muslim kerana berpotensi membuka ruang kepada perlanggaran, keingkaran dan kemudharatan hukum, tetapi ia juga sebenarnya satu platform kepada mentransfomasikan manusia kepada dunia 'makhluk campuran'. Aduh, mulut saya...

Hmm... mungkin boleh difikirkan.. bila setiap bayi manusia itu disusukan dengan pelbagai jenis keturunan, bangsa, agama, jenis, fizikal dan sikap serta sifat penghasil susu, apa akan jadi dalam pembentukan seseorang bayi itu sendiri. Jadi makhluk campuran? Atau alien? Atau akan jadikah dia makhluk paling sempurna, genius dan paling kuat. Atau sebaliknya?

Idea ini mungkin dipertahankan dengan pelbagai defense - say, bank susu akan dikendalikan secara sistematik, tagging in terms of races, religion etc, inventori method (LIFO, FIFO dan apa ke bagai), namun saya tetap merasakan it's just an ideal idea on paper and in mind. Bila secara realitinya, ia tidak mungkin dapat dilakukan dengan sebegitu ideal. Dan ia bakal membawa kemudharatan kepada pembentukan generasi manusia.

Atau seandainya bank susu ini ditubuhkan dan every one of human being on the earth welcome it, apreciate it, satu waktu nanti kita pasti akan jumpa alien di sini... 

Hu hu... can over imagining things ruin myself....

Pokoknya, saya tetap bersyukur ia HARAM!
  

1 comment:

  1. yg sokong tu mesti non-muslim..sebab dia tak tahu hukum hakam ni sis.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS