Friday, January 27, 2012

BCG si Putih Nenek

2012, a year to start with Alhamdulillah... Januari di DEMC. 

Seperkara yang buat saya termenung, aduhai sibuk sangat ke Ummi ini sampai tidak notice keperluan perkembangan anak?

Dr Koshy kata suntikan BCG dos pertama adik yang diberikan ketika baru dilahirkan tidak memperlihatkan sebarang kesan parut. Ya lah... memang tidak ada sebarang parut pada kedua-dua belah bahu Didik. He has a very delicate and sensitive skin, sebab itu awal check up Dr Koshy dok belek tangan dan kaki Didik yang penuh scar tu. Sikit gatal je dia akan garu sampai jadi luka dan parut. Ibu saya panggil Didik tu Putih Nenek, sebab dia cerah sikit... tapi si Putih Nenek ini kulitnya sudah berparut-parut, unfortunate bukan parut BCG sebagaimana diharapkan.

Babang pernah tanya, "Ummi, kenapa nenek panggil baby tu Putih?"
"Sebab dia putihlah kot."
"Oooh... adik putih ke?"
"Ye lah kot, sebab tu nenek panggil dia Putih Nenek. Kalau adik Putih, abang pula warna apa?"
Dia berfikir seketika dan tersenyum ketika menjawab, "Hmm... coklat kot?"

Parut yang terdapat pada bekas suntikan BCG itu dikatakan sebagai tanda bahawa seseorang kanak-kanak itu telah membina daya tahan immuniti dalam tubuhnya berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai parut BCG. Atau cut it short, suntikan BCG yang telah diberikan kepada Didik tidak menjadi sebagaimana Babang.

Okay... saya tertanya-tanya adakah itu tandanya Didik 'kurang terror' berbanding abang bila melawan sesuatu sakit - demam antaranya. Didik memang lambat sembuh kalau dapat demam, batuk atau selsema berbanding abang.

Rasanya saya pernah tahu bilamana seseorang kanak-kanak itu yang suntikan BCG pada waktu dilahirkan tidak menampakkan sebarang parut, ia akan diulang lagi ketika mereka berusia 7 tahun. Kami pun tanyakan hal itu pada Dr Koshy about the necessity untuk Didik diberikan lagi suntikan BCG. Ya lah, kasihan anakku tidak ada imuniti.

Jawab Dr Koshy, "The old teaching said that shall the first BCG injection did not show the scar, yeah it would be given again at their age of 7. But nowadays, it is not like that anyway. BGC is given....."

Okay, dia memberikan penerangan yang boleh saya rumuskan seperti berikut. I do understand that most of us already possess this knowledge. Saya juga memilikinya, tapi saya baru sedar knowledge yang saya ketahui itu cuma sedikit sangat. Lots of thing yang saya tidak tahu rupanya... 

BCG atau Bacille Calmette et Guerrin adalah vaksin yang mengandungi kuman bakteria Tubercule Bacillus yang sudah tidak aktif atau tidak merbahaya lagi. Ia merupakan suntikan imunisasi yang diberikan sebagai perlindungan daripada jangkitan penyakit Tibi yang teruk iaitu millitary TB yang menyerang paru-paru dan meningitis TB yang menyerang selaput otak pada usia awal kanak-kanak.

Berbeza dari pendekatan kesihatan awal dulu yang mana BCG diberi kepada kanak-kanak pada usia 12 tahun, namun mulai 2002 ia telah diberikan kepada kanak-kanak seawal usia kelahiran. Sekiranya tidak terdapat parut BCG pada tempat suntikan dalam tempoh 3 bulan selepas ia dibuat, then it will be repeated. Selepas tempoh itu kalau baru sedar parut tidak ada (in my case hu hu), then it's okay lo... lagipun Dr Koshy kata, ia hanya sebagai perlindungan daripada serangan Tibi bukan sepenuhnya menjamin tidak akan diserang atau dijangkiti penyakit itu. Wah?! Oh ya, Tibi is among the eldest penyakit in the world dan boleh membawa maut kalau tidak dirawat kerana ia pernah ditemui pada tulang Mumia. And it was once said a disease yang disebabkan oleh kuasa atau semangat jahat. Hmm... macam-macam...

So, the new teaching rupanya tidak ada pengulangan suntikan BCG pada usia 7 tahun kalau tidak ada parut. It's done... it's okay... itu kata Dr Koshy. Saya pun ternganga seketika. Biar betul? 

Malam ini, Didik tidur sangat awal. Breath calmly... suka sangat tengok dia tenang begitu. Nebulizer pun diberikan secara intensif, 3 hourly. 2 jenis antibiotik sudah diberikan melalui IVM dan dia berpeluh sejak itu. Dr Koshy kata, it was  a good sign. Meaning, he responded well to the antibiotic. Alhamdulillah...

Sebab itu saya spend times untuk google cari bahan bacaan tentang BCG. Tak larat nak baca banyak-banyak sebab mata dah mengantuk. Saya pun masih dalam proses recovery sebenarnya ni... Pun belum jumpa tentang old and new teaching of BCG seperti yang diperkatakan oleh Dr Koshy. Cuma artikel Mengapa Suntikan Menjadi Parut? ini sedikit sebanyak memberi penambahan info kepada apa yang telah saya tahu. Tak apalah, kalau memang tak perlu lagi suntikan BCG untuk Didik, it's okay. Anyway, Dr Koshy is the doctor kan... he knows better... takkan saya sesuka hati nak lawan pula hu hu....

Hmm... memang banyak vaccin perlu untuk anak-anak sekarang. Kalau lihat dalam buku kelahiran dan rawatan anak-anak, a long list of vaccin to be taken. Tapi bukan semuanya compulsary...

Terkenang semasa dulu - saya tak ambil suntikan Rubella. Sengaja ponteng sekolah few days sebab tak mahu kena inject Rubell... hu hu... (sebenarnya serik selepas BCG pada usia 12 tahun tu lah...). 

Okay, myself need to take ubat and get to sleep now...

3 comments:

  1. Maksudnya anak puan dah 4bln br sedar xde parut bcg xpyh inject semula ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. sblm ni teorinya kalau bcg masa lahir tak jadi, nnt akan suntik lagi masa sekolah. tapi in future tak tahu pula.. tq for visiting sis!

      Delete
  2. Thanks for providing recent updates regarding the concern, I look forward to read more. Harrison Barnes Legal Recruiter

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS