Tuesday, January 17, 2012

Pneumonia... not once again!

I had pneumonia, last was six or seven years ago. Being hospitalized in PPUM kemudian masuk lagi Hospital Sg Buloh. Dan kali ini saya kena lagi Pneumonia.

Minggu lepas doktor kata saya dapat bronchitis. So, as usual saya refuse masuk hospital dan minta higher dosage medicine untuk rawat sendiri di rumah. Tetapi demam saya berlarutan. Sudah hampir tiga minggu sekarang. Kemudian batuk berpanjangan yang buatkan saya tidak boleh tidur malam. Pergerakan terbatas kerana setiap aktiviti menjadikan saya penat sangat.

Check-up 25hb Jan. saya awalkan semalam. Doktor kata sambil refer gambar X-ray, "Your right lung penuh air. You got pneumonia."

"Okay... lebih kurang bronchitis kan doc?"
"Pneumonia is the worst phase of it. You kena masuk hospital."
"Boleh tak saya pilih tarikh nak masuk hospital? Say... next week?
"Tak boleh!" 

Hish terkejut saya dengan nada tegas Dr. Noraziah. Dua tiga kali sebelum ini dia cuma akan geleng kepala kalau saya refuse untuk masuk hospital. 

"Kalau lagi lambat dirawat, nanti paru-paru you bernanah. Terpaksa operate untuk keluarkan nanah dari paru-paru. It is a major operation and costly."

Alamak! Okay... saya minta izin balik ke pejabat dulu untuk selesaikan tugas dan hantar balik kereta kerana paginya saya drive sendiri ke pejabat. Janji check-in jam 2, jadinya jam 4 lebih. Handbrake WPF1002 pula buat hal, tak function. Buat panik sahaja...

Hari kedua di DEMC. Sangat bosan. Antibiotik yang diberi melalui IVM buat saya sleepy dan dizzy. Lawan juga kerana saya nekad hendak sempurnakan Menunggu Hadirmu. Hari ini sudah jejak halaman 286. Dulu pun Seandainya dan STKG mostly done in hospital hu hu...

Sewaktu hendak check in semalam, seorang petugas greet us. Tanya kenapa saya check in. Bila saya kata pneumonia, dia kerut kening dan tanya, "Apa tu?"

Okaylah... tidak semua orang tahu apa itu pneumonia. Terma biasanya ialah radang paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Selalunya pneumonia terjadi selepas kena selsema dan itu menyebabkan paru-paru sukar untuk fight the bacteria. Orang yang memang ada athmatic, penyakit hati, kanser atau diabetes juga ada potensi untuk dapat pneumonia.

Simptomnya memang sama seperti yang saya alami sejak hujung 2011 lalu.

1. Batuk berkahak (mulanya ia berwarna putih kemudian bertukar kuning kehijauan). Ada juga orang yang akan batuk berdarah. Di hospital, doktor akan minta kita batukkan kahak ke dalam sebuah bekas kecil untuk dianalisa bakterianya.

2. Demam berpanjangan. Kadang beserta dengan rasa sejuk yang menggigil. Malam-malam saya akan pakai stoking, baju sejuk dan Papa Nasir bungkuskan dalam selimut. But it still sejuk!

3. Jantung laju dan selalunya rasa sukar bernafas (feel short of breath).

4. Sakit dada terutama bila kita batuk. Tapi saya akan sekali dengan rasa kepala hendak pecah tiap kali batuk. 

5. Rasa penat sangat dan lemah tak berdaya, walaupun baru jalan dua langkah.

6. Muntah-muntah. Betullah, makan nasi lepas tu makan ubat sure saya akan muntahkan semua kembali.

Pneumonia boleh disebabkan oleh samada bakteria atau virus dan simptom kedua-duanya lebih kurang sama. Tetapi simptom pnuemonia yang disebabkan oleh virus selalunya agak lambat dan ia tidaklah seteruk pneumonia yang disebabkan oleh bakteria.

imej dari google
Gambar di atas menunjukkan pneumonia menyebabkan alveoli paru-paru dipenuhi oleh cecair  yang menghalang oksigen dari disalurkan ke aliran darah. Gambar x-ray saya tidak dapat dikongsi. Tetapi imej ini serupa, kerana alveolus kiri paru-paru nampak normal. Hanya alveolus paru-paru di sebelah kanan yang dipenuhi cecair kerana pneumonia. Saya juga begitu. Paru-paru kanan dipenuhi cecair.

Hari ini sahaja Dr. Rahman sudah visit dua kali dan Dr Noraziah sekali. I was told that I will be quarantined for the time being. No visitors are allowed hingga saya benar-benar stabil. Fine... saya boleh focus on my manuscript.

Dah jumpa Babang dan Didik petang tadi. Sudah lepaskan rindu. But it will take days till Ummi sihat kembali.  Sekarang Papa Nasir sedang bawa Didik dan Babang jumpa pediatric DEMC as suggested by Dr. Rahman tadi. Mereka pun batuk dan selsema dah few days. Saya tidak sedap hati juga. Hopefully everything will be okay... biarlah saya yang tanggung sakitnya asalkan anak-anak saya sihat sahaja.

Amin.

3 comments:

  1. pneumonia ni mmg bahaya lah.dulu masa waiz lahir pon..doktor kata dia ada pneumonia.
    smpai skrg..kalau dia demam, mmg wida takut.

    ReplyDelete
  2. Tq wida & LY, checked out already Alhamdulillah... semoga Allah beri lagi sedikit masa untuk meneruskan perjuangan yang belum sempurna... terutama hendak besarkan anak-anak hu hu...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS