Hari ini memang sudah saya mohon cutinya sebelum tahun 2011 berakhir minggu lalu. Kerana hari ini 1st day Babang masuk semula Pasti Al-Mawaddah untuk kelas 6 tahun (walaupun umurnya baru 5 tahun 1 bulan...)
Kebetulan pula saya demam sejak 31st Dec. Malam tadi Papa Nasir bawa ke klinik. Suhu 38 (ok lagi), tekak sudah merah, banyak flame dalam dada, internal heat yang buatkan hidung saya bleeding tak berhenti. Ni kalau Dr. Ros atau Dr. Idza yang attend, pasti sudah kena lecture. Tapi saya selalu hormatkan mereka kerana lecture mereka itu penuh dengan etika kedoktoran. Sangat menginsafkan, menakutkan tetapi dalam masa yang sama membangkitkan semangat juang demi hidup.
Tetapi doktor 'jemputan' malam tadi aduhai, terkeluar juga adik-beradik 4LW saya. Terfikir hendak komplen dengan Dr Ros (owner klinik). Tapi rasa tidak baik pula... mungkin saya yang terlebih sensitif. Tapi saya tetap tidak suka doktor yang merungut tentang kerja di depan patient. Kalau tidak mahu kerja yang sibuk jangan jadi doktor, itu saja kesimpulan saya. Kalau akauntan mesti ada integriti, doktor 'wajib' ada keikhlasan!
Kalau dia boleh treat permintaan patient sebelum saya melalui nurse dengan begitu kasar 'cakap dengan dia, nanti-nantilah, dia ingat saya tak ada kerja lain ke?!' di hadapan saya... apa maknanya? Begitu rush dalam melayani pesakit. Doktor di hari lain tak macam dia pun... walaupun dah hampir nak tutup klinik, tapi masih selamba sahaja senyum, gelak dan buat lawak dengan pesakitnya. Ini macam kucing dia kat rumah hendak beranak kembar sepuluh sahaja gayanya...
Kalau di waktu yang lain saya akan pastikan tiada doktor bertugas selain Dr Ros (dan suaminya) dan Dr Idza kalau hendak dapatkan rawatan kerana mereka lebih bersikap kedoktoran dan beretika. Yang lain hanya sekadar nak makan gaji! Tapi malam tadi, nasib sayalah kot hendak tambah markah merah Tahun Masehi.
Hish, tak mahu ingat lagi.. sudah minta ampun dengan Tuhan, tinggal hendak say sorry to the doctor sebab kutuk belakang dia. Ini yang den lomah ni... harap2 lepas ini tidak berjumpa lagi, boleh jadi alasan... boleh ke?
So, hari ini.... di samping melayani panggilan2 telefon bos saya yang kalut berseorangan di pejabat, anak2 yang sibuk dengan games dan Babang yang sakan bercerita tentang sekolah sampai tertidur bila Umminya ini kadang off, kadang on mendengar, juga Papa Nasir yang lebih suka dating dengan kolam ikan daripada isterinya ini heh heh... saya di depan laptop separuh hari. Sebabnya... walaupun segala ubat sudah saya telan termasuk ubat batuk, selsema dan antibiotik yang sepatutnya buat saya mengantuk, tetap juga mata tidak mahu tutup.
Jadinya macam-macam ilmu yang saya dapat dari google. Kebanyakannya saya dengar petikan ceramah agama dari Ustaz Azhar Idrus (UAI : saya kenali melalui cerita Yus di blognya). Sebenarnya dari Isnin kelmarin saya sudah luangkan waktu mendengar petikan ceramah UAI.
Disebabkan mendengar ceramah beliau jugalah saya telah suruh Papa Nasir buangkan sebotol Ribena yang baru dibeli paginya itu kerana beliau kata Ribena itu haram. Wa wa wa.... tapi rupanya Papa Nasir simpan lagi...? Heh? Rupanya Papa Nasir ada point of view sendiri lebih kurang seperti jawapan yang di berikan di sini.... Alahai, kalau saya sudah was-was, adalah lebih baik buang sahaja Pa... air putih masak banyak tu...
Dan hari ini bila begitu banyak yang saya baca, dengar dan lihat menambahkan sedikit lagi ilmu ke dalam pengetahuan kecil yang ada. Benarlah... sebenarnya kalau hendak ditimbang tara apa yang tidak haram di dalam kehidupan kita hari ini?
Hari-hari mata dan telinga kita disogokkan dengan pemandangan yang sebenarnya haram tetapi dihalalkan atas nama 'toleransi untuk dakwah'. Hingga ia sudah menjadi amalan hingga menyerap ke dalam minda dan hati. Saya pun sama - quote, sebut, nyanyi, suka giler, admirer si dia itu dan ini. Sebenarnya itu semua lagha kan... aduh sedihnya saya juga begitu... tapi dek kerana ia telah mengelilingi dan menjadi sebahagian dari kebiasaan hidup, ia sangat susah untuk dihindar. Benarkah itu semua perang salib dan propaganda?
Barulah saya sedar mengapa pensyarah saya di UUM dulu kata, "Kalau awak datang ke rumah saya, jangan terperanjat. Tiada apa di rumah saya melainkan keperluan yang asas. Jangankan TV dan radio... malah perabot pun saya tak ada."
Bila kami tanyakan sebabnya, beliau menjawab dengan senyum yang sangat handsome (tengok... saya buat perkara lagha lagi), "Semua itu lagha, dan melalaikan..."
Melihat banyak senario pertelingkahan dan mendengar begitu banyak pendapat peribadi yang diutarakan, bila diteliti kita akan lihat peribadi Muslim itu sudah semakin terhakis dengan begitu ketara melalui penafian dan perlecehan yang begitu berani dan jahil (atau bodoh?). Apakah ini yang dikatakan Akhir Zaman...?
Yang hanya seronok dengan warna dunia itu satu hal, yang sudah ada ilmu sampai 'kedoktoran' itu juga satu hal. Masing-masing memanipulasi untuk agenda dan kepentingan tertentu. Pi mai pi mai tang tu bila difikirkan kita semua ini 2x5 sahaja. Suka kepada dunia, selalu lupa dengan 'The Armagedon' kerana Allah itu terlalu bersifat Penyayang. Allah... ampunilah diriku...
Saya sedar saya sangat jahil, dan saya selalu berharap Allah bukakan hati untuk selalu mencintai ilmu dan perkongsiannya. Bukankah jihad terbesar itu adalah dengan ilmu? If we happen to quote from the non-Muslim, we should quote for the better of ourself and Islam, kerana mereka dulu juga cedok dari analisa mereka terhadap al-Quran. Itu yang mereka gunakan untuk memerangi kita secara psikologi sehingga hari ini. Yang mereka claimed came from their ideas.
Ini hanyalah summary bacaan dan pengamatan saya hari ini. Mungkin kurang waras kerana saya masih belum sihat sepenuhnya. Maafkanlah atas semua kekhilafan... saya tidak mahu merujuk setiap sesuatu itu dengan terlalu spesifik. Setiap kali pun saya selalu ucapkan dalam diri, 'belum ada Muslimah yang melaungkan azan'. Mungkinkah ia boleh membuat kita berfikir lebih dalam tentangnya...?
Mungkin ada baiknya Babang & Didik conquer TV supaya saya tidak lihat bendak lagha. Tapi Internet ada! Wa!!!!
Don't point finger to others, tepuk dada suruh ikut sunnah & hukum!
(RAN cakap untuk diri sendiri).
Rasulullah saw. bersabda :
"Kalaulah tiada lagi sisa umur dunia ini kecuali satu hari saja niscaya Allah akan memanjangkan hari itu hingga diutus ke dunia ini seorng lelaki dari keturunanku atau keluargaku, namanya menyerupai namaku dan nama bapaknya menyerupai nama bapakku. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan saksama sebagaimana sebelumnya dipenuhi oleh kezaliman dan kejahatan."
(HR. Abu Daud dan At-Tirmizi)
Wallahualam
Yati pun dah dengar ceramah pasal ribena tu ya? Yus pun, terus tak mahu beli ribena lagi...huhu.
ReplyDeleteJaga kesihatan ya Yati.
take care sis..
ReplyDeletekita ni dah biasa ni sogokkan dgn mcm2 teknologi..boleh ker hidup tnpa tv, radio, hp? mmg kagum dgn kawan sis yg x tgk tv tu