Jabatan kami very much shorthanded sepanjang minggu. Dengan seorang staff bercuti maternity, seorang lagi bercuti panjang untuk exam, dan rakan sejawatan yang mengalami misscariage, ia sangat melelahkan untuk menyelesaikan tugas sendiri dan cover tugas yang lain apatah lagi bila begitu banyak laporan dan kertas kerja yang punya dateline serentak.
Meskipun diri sendiri tidak sihat, dan doktor DEMC sudah kata saya harus warded kerana bronchitis (pulak dah...), masih lagi saya berdegil untuk take some stronger medicine home. Alhamdulillah saya masih mampu ke pejabat dan membantu apa yang terdaya, sekurang-kurangnya saya tidak menambahkan kerja saya ke bahu orang lain.
Ada beberapa isu yang melanda kami seketika ini. Isu pertukaran staff dan ketua barangkali. Ada juga staff yang datang berbual tentangnya. Mungkin luahan hati dan pendapat peribadi. Mendengarnya saya juga terikut oleh emosi typical.
Ya tak ya, ketua kami sekarang sangat sporting. Macam mak-mak kepada kami. Bagaimana pula dengan ketua baru (ia bukan berita yang sahih atau pasti, hanya gosip)? Takut sebaliknya.... Balik rumah saya berfikir setelah berbual-bual bed time stories dengan Papa Nasir. Saya pernah memberi sedikit saranan kepada seorang staff saya suatu ketika dulu:
"Tak apalah kalau awak harus buat sesuatu yang sebenarnya awak tidak suka. Kalau difikirkan ia akan sangat memberi tekanan and everything will be in mess. Cuba take it positively. Try to look at it from the different angle. Sekarang memang wajar kalau kita rasa sedikit hampa, atau demotivated.. tetapi pada suatu masa yang akan datang, kita pasti akan senyum dan kata 'oh, no wonder'. Tuhan tidak memberi apa yang kita mahukan dalam sekelip mata. We will have to work for something we wish for. Kena berusaha. Dan kadang-kadang usaha itu bukanlah pada jalan yang kita mahu atau expect. Tawakal, dan yakin dengan ketentuan Tuhan. Insya-Allah. selalunya ia adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Saya sudah pernah melaluinya..."
Amboi, saya kalau bercakap begitulah... kadang diri sendiri pun tensed juga. Alhamdulillah kata-kata saya itu memberi sedikit kesan positif kepada si pendengar. Saya sendiri walaupun sudah pernah melalui beberapa episod yang sedang dilalui junior saya, namun selalunya diri manusia ini rapuh.
Jadinya, bila terfikir tentang ketua yang mungkin garang, cerewet, tidak boleh bertoleransi, suka membebel atau suka blacklist staff hanya kerana selalu cuti dan sakit... saya tetap terasa gerun. Tetapi sebagaimana saya pernah beri sedikit saranan kepada orang lain, saya juga berbuat yang sama kepada diri saya sebelum tidur malam tadi.
Ketua yang cerewet, mungkin lebih baik kita anggap dia particular tentang kerja. Tentulah, kerja harus dibuat dengan sempurna dan teliti untuk mengelakkan masalah dan pembaziran sumber. Dan yang lain itu, anggap sahaja ia adalah attitude manusia ciptaan Allah. Dia bersikap begitu pun mungkin ada sebabnya. Dan dia didatangkan kepada kita pun kerana ketentuan-Nya, pasti ada sesuatu yang menunggu di hujung setiap sesuatu.
So, biar sahajalah keadaan itu berlaku seadanya ia. Yang penting, saya harus lebih perbaiki diri. Jaga kesihatan dengan lebih baik supaya tidaklah selalu harus ambil MC (tahun lepas pun cuma 7 hari je MC hu hu). Dan harus sentiasa ada motivasi supaya dapat melakukan tugas sebaiknya. Yang lain, urusan Tuhan.
Therefore, nothing to be worried of!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.