Memulakan 2012 dengan prestasi kesihatan tidak memberangsangkan dan kerja di pejabat yang agak melelahkan.
Sudah 14 hari dalam 2012. Apakah yang saya telah lakukan? Tiada apa yang baharu... semuanya rutin. Pergi kerja, balik kerja, makan nasi, makan ubat. Masak, layan famili, basuh pinggan, basuh baju, kemas rumah bila larat dan terlepek atas toto and let Papa Nasir do everything bila lembik tidak sihat.
Anak-anak pun semua demam selsema dan batuk.
Harus on regular neb seminggu ini.
Dua buku yang sedang saya baca masih belum bersambung. Tetap terperuk di dalam handbag, ikut saya ke mana pergi. Dan saya sudah lama tidak mengadap manuskrip. Aduhai... bila mahu bergerak dari halaman 250 untuk kedua-dua manuskrip baru saya itu? Orang lain sudah sebulan satu manuskrip... sedihnya....
Ni kalau nak tunggu umur persaraan paksa SBPA 60 tahun baru nak menulis sepenuh masa, sempat tak? Wa!
Sebenarnya menjelang tahun baru ini saya ada bermimpi dua perkara. Sampai sekarang ia masih dalam persoalan benak walaupun saya selalu katakan ia hanyalah mainan tidur. Malangnya saya masih belum dapat memujuk diri sendiri. Kala ia hadir dalam ingatan, ia pasti buat saya rusuh. Allahuakbar!
Selalunya saya tidak boleh recall mimpi yang pernah saya alami walaupun pada sesuatu masa bila realiti berlaku saya akhirnya sedar ia menyerupai mimpi saya. Tapi mana ada orang akan percaya kalau saya spell it out kan...?
Dahulu saya pernah termimpi kami 4 beradik tidur di dalam sebuah bilik. Kemudian saya terbangun dan mendapati banyak ular melingkari kami. Aduhai, surprisingly waktu itu saya dengan beraninya ambil setiap satu benda itu lalu lontarkan jauh-jauh. Saya marah sungguh kerana ia menganggu dan membahayakan adik-adik saya.
Day by day, year changed to another year, saya rasa dapat menghidu simboliknya. Kami sentiasa hidup dalam dugaan dan yang terbesar kini bila saya kehilangan seorang saudara kepada seekor ular yang belum mampu saya menghalaunya.
Kemudian saya pernah bermimpi kami 4 beradik meniti jambatan gantung yang sangat tinggi dan di bawahnya mengalir air gunung yang deras dan berbatu besar. Saya pimpin setiap seorang menyeberang ke hujung jambatan. Tetapi adik bongsu perempuan saya tidak lepas. Papan yang dia pijak patah lalu dia jatuh ke bawah, nasib sempat berpaut pada batu besar. Saya cuba menyelamatkan dia sedaya upaya, akhirnya kami semua selamat. Adik saya itu juga pernah ada tragedi dalam hidupnya.... dan alhamdulillah kini masih berbahagia.
Saya juga pernah bermimpi bertemu arwah Wan setelah beberapa hari kembali ke pangkuan Allah. Arwah datang kepada saya dalam serba putih, wajahnya sangat mulus bersinar dengan senyuman memandang saya. Jadi benarkah saya ini cucu kesayangan beliau? Orang2 kata ia petanda yang arwah berbahagia di sana. Semoga Allah sentiasa memelihara arwah Wan yang sangat saya sayang.
Kemudian saya bermimpi bertemu seorang saudara juga beberapa hari selepas kematiannya. Berbeza. Beliau dalam keadaan pakaian yang koyak-rabak dan menangis memandang saya. Mimpi saya itu kebetulan sama dengan mimpi Ibu. Setelah kami adakan sedikit sedekah, arwah tidak datang lagi ke dalam mimpi saya....
Sebenarnya saya banyak bermimpi ketika tidur. Mungkin kerana tidur tanpa basuh kaki atau mungkin juga benar ia hanya mainan tidur. Apakah sebenarnya mimpi? Saya quote dari google :
(i)
Psychological theorists of dreams focus upon our thoughts and emotions, and speculate that dreams deal with immediate concerns in our lives, such as unfinished business from the day, or concerns we are incapable of handling during the course of the day. Dreams can, in fact, teach us things about ourselves that we are unaware of.
(ii)
...dreams are an essential part of the sleep cycle. Dreams are just as essential as sleep because dreams prevent regular sleep, with its ready accessibility to wakefulness, from slipping into a comatose state. Dreams are the mechanism to keep our physiological perception machinery in a state of semi-alertness, while remaining safe and quiet and while restoring our physiological and mental resources.
Itu research orang putih. Orang tua-tua pula kata, kalau mimpi awal malam atau selepas jam 12 tgh malam itu kemungkinan ada kebenaran. Tetapi mimpi menghampiri Subuh itu hanyalah godaan Syaitan. Heh, tak kasi solat Subuh lah tu... jahat sungguhlah!
Tetapi akan ada di antara mimpi-mimpi itu yang tidak akan mampu kita lupakan untuk seumur hidup ini. Dan mimpi saya yang terbaru ini... belum ada kekuatan lagi untuk saya berkongsi tentangnya. Biarlah dahulu... doakanlah hati saya agar menjadi tenang dalam lindungan dan restu Allah.
Atau ramalan mimpi ini dapat menenangkan sedikit hati walaupun tidak 100% kena dengan mimpi saya, namun ia masih sama. Saya memang berdukacita dan berkelana hati kerana sesuatu kejadian di dalam mimpi itu...
Duka
Jika anda bermimpi berdukacita,
menandakan impian yang baik sekali,
menandakan impian yang baik sekali,
yaitu anda akan mendapat kesehatan yang cukup
dan rezeki yang banyak.
Wallahualam.
dan rezeki yang banyak.
Wallahualam.
beli sendiri ke neb tu sis?
ReplyDeleteDoktor panel yang sarankan beli untuk simpan di rumah memandangkan akak memang semput dan bebudak ni memang selalu sangat kena simptom begitu. Tak lalu nak berkejar tengah malam ke klinik. Beli mesin nebulizer ni rasanya dua thn lepas bila Didik masuk hospital. kadang pi mana pergi pun bawa, takut jadi apa2 kat anak2. Ubatnya memang dokto tu jugak yang bagi bekal. Cuma kena pi periksa dulu untuk tentukan dosage ubatnya je.
ReplyDelete