Tuesday, January 31, 2012

Dugaan Paling Manis

Didik sudah complete 5 days medication dan boleh discharge petang ini dengan syarat shall demam lagi, kena jumpa Dr Koshy semula immediately

Tapi Babang pula mula demam sejak semalam. Dr Koshy sudah hantarkan antibiotik yang sama seperti Didik untuk bagi Babang di rumah. Let's see the result within 2 days. Kalau tak baik juga kena mengadap doktor lagi. Aduhai...

It's really a trial from Allah. Kata penguat semangat dari seorang former boss, merangkap teman, merangkap isteri kepada salah seorang Boss di tempat kerja baru sekarang (what a small world kan), "Ia saham akhirat Ros, Tuhan nak bagi balance. Terima aje, ada hikmahnya. Kalau boring kat hospital, call lah Penglipur Lara ni suruh datang ke apa..."

Bukan tak mahu panggil atau beritahu Kak Su, tapi tak mahulah susahkan orang. Setiap dari kita ada urusan kehidupan sendiri yang harus diselesaikan... saya tahu itu dan saya tidak mahu menjadi antara urusan yang akan membebankan orang lain... still saya appreciate every concern, care and love from everyone.

I guess this is the worst time of all. And most probably among the sweetest. Bila kami sakit panjang dan berganti-ganti. Hopefully Papa Nasir masih kuat. Kalau dia pun collapse, sure saya kena ambil cuti tanpa gaji setahun jawabnya ni...

Mulanya saya risau juga, kenapa semua sakit ni? What's wrong with us all?

Tapi bila masuk hospital, ramai juga yang begitu. Di bahagian paediatric ini sahajapun most demam panas, patah tangan dua tiga kali ditempat yang sama, bronchitis, demam tapi panas kepala sahaja dan pelbagai lagi. Hish, saya tak dapat bayangkan emosi saya kalau anak saya patah riuk... 

Ada juga yang menangis semalam sampai pagi. Walau kami di bilik single, masih jelas dapat mendengar tangisan kanak-kanak itu. Apa sakitnya ya? Hmm... ia bahagian masing-masing.

Biras bongsu saya juga baru sahaja mengalami keguguran kehamilan dua bulannya. Kelmarin sudah balik berpantang di Sabak Bernam. Take care... insya-Allah rezeki pasti ada... masih muda kan, penting usaha dan tawakal Sis...  

Semua orang akan sakit. Superman pun sakit kan... Ultraman tu pun ada masanya light di dada dia akan lip-lap-lip-lap, Babang dan Didik kata, 'hah, Ultraman dah lemah!'. Upin Upin pun tentu ada demam selsema juga. Tidak boleh ada yang mendabik dada menidakkan ketentuan ini seharusnya kan. Yang tidak sakit itu hanya Allah.

Baru deal dengan demam dan chesty problem anak-anak pun saya sudah sedih begini. Kalau lebih berat dugaannya? Alhamdulillah...

Mungkin ini masanya saya ukur kembali tahap kesabaran saya meladeni karenah anak-anak juga. Look into myself betapa sebenarnya anak-anak itu sangat berharga. Ini tidak, bila tension atau penat sikit, saya selalu nak ignore dan marah mereka... bila mereka buat bising dan sepah, Ummi sudah tension tahap Gaban, jahatnya Ummi ini.. sorry sayang...

Beberapa hari nursing Didik di hospital, saya melihat perkembangan dia. Semakin hari banyak sungguh conversation yang baru. Mulutnya yang comel itu bercakap sehingga saya sendiri surprise... 

Dan paling best bila waktu inilah segala kelapangan menulis itu ada. Dan mungkin juga tidur tanpa gangguan Papa? hu hu... sorry dear! Cuma mungkin Didik tidak suka Umminya ini bekerja begitu. Dia mahu perhatian yang lebih. Dia mahu saya sayangkan dia lebih dari saya mengadap laptop saya ini. 

Bila saya sudah terlalu lama di depan laptop, sunyi tanpa menyentuh dia, Didik akan tarik muncung panjang. Jalan sana-sini sekitar bilik. Buat itu-ini dan kata begitu-begini untuk tarik perhatian. 

Tapi biasalah Ummi kalau sudah flow dengan cerita, semua benda tidak ingat. Sampai Didik kecik hati rupanya. Didik meniarap di kaki. Didik tarik kaki seluar saya sambil kata, "Adik tarik suar Ummi... adan uka Ummi..."

Tak pun bila Ummi masih hanyut dengan menulis, dia tolak-tolak kaki meja tu dan kata, "Hah, adik olak eja ni.. adik olak...!"

Menyedari hal itu, saya ambil dan dukung dia. Pujuk dan cium dia. Dia buat-buat manja. Mahu saya peluk dan baring sambil elus kepala dia. Walaupun dia ada mainannya sendiri - iPad, PSP, TV tapi dia masih mahu Ummi layan dia, beri perhatian pada dia.

Hmm...

Hikmah pasti ada. Yang tidak nampak, ialah bagaimana kita menerimanya boleh membersihkan hati, fikiran dan mengubah rutin kehidupan. Pengorbanan dan kesetiaan, kesemuanya semakin memantapkan kasih sayang dan rasa cinta. Alhamdulillah... 

Yang nampak ialah... hmm... Menunggu Hadirmu sepatutnya tamat pada Bab 50. Saya tidak mahu tulis panjang kali ini. Ada 2 chapters lagi, dan saya stuck pula. Last chapter sudah selesai. Cuma 2 chapters hendak menyampaikan kepada yang last itu sahaja masih tercari-cari kata penghubungnya. Ia sangat susah hendak berfikir bila kepala tidak boleh bekerja. Mungkin kena rehat dahulu.

MC saya akan tamat pada 2hb ini. Jumaat ini sudah harus masuk kerja, tidak tahu juga apa lagi kesibukan ataupun dugaan yang bakal menanti. Balik ini juga kena nursing Babang more to ensure dia kembali sihat. Begitu juga Didik... semoga anak-anakku akan kembali senyum. 

Ya Allah... Alhamdulillah, hanya kepada-Mu kami meminta dan mengadu, cuma berikanlah kami kekuatan iman dan ketabahan melaluinya.

Ya Allah Ya Tuhanku...


Saturday, January 28, 2012

6 tahun bersama

Semalam, hari ini dan esok - enam tahun yang lalu. 

Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan dia kepadaku - 
seorang sahabat, kekasih, suami dan
teman berkelahiku yang selalu ku rindui. 

Terima kasih sayang 
untuk indahnya menjadi sebahagian dari tulang rusukmu, 
menjadi kekasih dan isterimu, 
menjadi Ummi kepada anak-anak kita

Terima kasih kerana sentiasa menjadi bintang, 
purnama dan suria Ummi. 
Menyuluh terang segala mimpi dan harapan.
 Terima kasih di atas kesanggupan Papa melalui susah senang, 
duka dan lara ini bersama Ummi.
 Terima kasih kerana sentiasa teguh berdiri 
menelan airmatamu sendiri 
saat diri ini rapuh dan tersungkur berkali-kali.

Terima kasih juga kerana masih mahu Ummi jadi chief bidadari 
walau di sana nanti akan ada 
72 orang isteri dan begitu ramai bidadari 
kalau kita diizin Tuhan menjejak kaki ke syurga-Nya. 

Hanya yang Ummi mohon Papa 
teruslah menerima, mencintai dan menjaga seadanya diri ini... 
every flaws and every goods... 
semoga kita saling melengkapi... 
I really would not know how to live my life 
if it's happen to be without you. 
It's klise, but it's indeed the very honest true.

Ampunkan Ummi kalau dalam tempoh ini 
masih belum memberi kebahagiaan 
sebagaimana yang Papa harapkan.
Ampunkan juga kalau diri ini menjadi 
lebih beban dari kesenangan... 

As for me, you are the most precious and miracle thing 
ever happen in my whole world life.

Sudah enam tahun kita bersama
Ummi masih ingin 6 x 6 x 6 x selamanya sampai syurga!

Selamat ulang tahun perkahwinan kita Papa!


Friday, January 27, 2012

Alien vs Human?

Lately dalam kesibukan mengurus anak-anak yang kurang sihat dan diri sendiri yang masih dalam recovery process, sempat juga dengar dan terlihat tentang Bank Susu.

Tanpa sempat hendak korek lebih lanjut, the only 1st thing yang keluar dari mulut saya, "Sapa ajelah yang cerdik sangat buat idea penubuhan bank susu tu!?" Ba, alif, nga, nga sungguhlah... (betul ke saya eja tu hu hu)

Nursing adik di wad ini baru ada masa hendak study sikit about few latest issue. Sat-sat lagi baru saya start semula on Menunggu Hadirmu. Ia sudah menghampiri penghujungnya sewaktu admission saya minggu lalu, tapi biasalah bila sudah di rumah lebih  banyak masa dihabiskan untuk urusan rumahtangga.

Okay, back to the human milk's bank. Siapa punya idea ni?
It was said from a community called Human Milk for human Baby (HM4HB). Ia dikatakan rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di FB from more than 54 countries. Surprisingly there are about 900 Malaysians among them. What a genius?

Kenapa wujud idea ni?
Those who came out with what ever idea, hanya ada 2 tujuan yang pure sahaja. Satu untuk kebaikan - which they claimed untuk bantu human pre-matured babies dan hendak beri susu kepada baby yang mempunyai ibu bermasalah/berpenyakit kronik dan berjangkit.

Second is the probability for the hidden agenda. Saya suka untuk jadi orang baik yang sentiasa mahu berprasangka baik. It is actually meant for good, fine. Tapi untuk Muslim, even walau tanpa perdebatan ianya pada saya tetap tidak boleh. 

Majlis Fatwa Malaysa pada persidangan muzarakarah mereka yang ke-97 pun telah memutuskan yang sama. Ianya haram! 

Dalam Islam telah digariskan hukum dan peraturan yang menyentuh tentang seawal tujuan pembentukan keluarga dari sebuah perkahwinan dan institusi kekeluargaan (setiap sudut berkaitan tentangnya dari pencarian calon, kepada nikah dan penyatuan hubungan, hukum susuan, aurat dsb), larangan kepada perzinaan, tentang kaedah pembahagiaan harta pusaka dan sebagainya. Semua ini antara tujuan pentingnya adalah untuk memelihara kemaslahatan umat manusia dari segi menjaga nasab keturunan.

Islam sangat sempurna dari penjagaan kesucian perhubungan dan keturunan melalui ayat al-quran yang diturunkan, nas dan juga dalil.   

As a layman, saya secara peribadi merasakan penubuhan bank susu ini bukan sahaja secara spesifiknya tidak seharusnya dipraktiskan di kalangan Muslim kerana berpotensi membuka ruang kepada perlanggaran, keingkaran dan kemudharatan hukum, tetapi ia juga sebenarnya satu platform kepada mentransfomasikan manusia kepada dunia 'makhluk campuran'. Aduh, mulut saya...

Hmm... mungkin boleh difikirkan.. bila setiap bayi manusia itu disusukan dengan pelbagai jenis keturunan, bangsa, agama, jenis, fizikal dan sikap serta sifat penghasil susu, apa akan jadi dalam pembentukan seseorang bayi itu sendiri. Jadi makhluk campuran? Atau alien? Atau akan jadikah dia makhluk paling sempurna, genius dan paling kuat. Atau sebaliknya?

Idea ini mungkin dipertahankan dengan pelbagai defense - say, bank susu akan dikendalikan secara sistematik, tagging in terms of races, religion etc, inventori method (LIFO, FIFO dan apa ke bagai), namun saya tetap merasakan it's just an ideal idea on paper and in mind. Bila secara realitinya, ia tidak mungkin dapat dilakukan dengan sebegitu ideal. Dan ia bakal membawa kemudharatan kepada pembentukan generasi manusia.

Atau seandainya bank susu ini ditubuhkan dan every one of human being on the earth welcome it, apreciate it, satu waktu nanti kita pasti akan jumpa alien di sini... 

Hu hu... can over imagining things ruin myself....

Pokoknya, saya tetap bersyukur ia HARAM!
  

BCG si Putih Nenek

2012, a year to start with Alhamdulillah... Januari di DEMC. 

Seperkara yang buat saya termenung, aduhai sibuk sangat ke Ummi ini sampai tidak notice keperluan perkembangan anak?

Dr Koshy kata suntikan BCG dos pertama adik yang diberikan ketika baru dilahirkan tidak memperlihatkan sebarang kesan parut. Ya lah... memang tidak ada sebarang parut pada kedua-dua belah bahu Didik. He has a very delicate and sensitive skin, sebab itu awal check up Dr Koshy dok belek tangan dan kaki Didik yang penuh scar tu. Sikit gatal je dia akan garu sampai jadi luka dan parut. Ibu saya panggil Didik tu Putih Nenek, sebab dia cerah sikit... tapi si Putih Nenek ini kulitnya sudah berparut-parut, unfortunate bukan parut BCG sebagaimana diharapkan.

Babang pernah tanya, "Ummi, kenapa nenek panggil baby tu Putih?"
"Sebab dia putihlah kot."
"Oooh... adik putih ke?"
"Ye lah kot, sebab tu nenek panggil dia Putih Nenek. Kalau adik Putih, abang pula warna apa?"
Dia berfikir seketika dan tersenyum ketika menjawab, "Hmm... coklat kot?"

Parut yang terdapat pada bekas suntikan BCG itu dikatakan sebagai tanda bahawa seseorang kanak-kanak itu telah membina daya tahan immuniti dalam tubuhnya berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai parut BCG. Atau cut it short, suntikan BCG yang telah diberikan kepada Didik tidak menjadi sebagaimana Babang.

Okay... saya tertanya-tanya adakah itu tandanya Didik 'kurang terror' berbanding abang bila melawan sesuatu sakit - demam antaranya. Didik memang lambat sembuh kalau dapat demam, batuk atau selsema berbanding abang.

Rasanya saya pernah tahu bilamana seseorang kanak-kanak itu yang suntikan BCG pada waktu dilahirkan tidak menampakkan sebarang parut, ia akan diulang lagi ketika mereka berusia 7 tahun. Kami pun tanyakan hal itu pada Dr Koshy about the necessity untuk Didik diberikan lagi suntikan BCG. Ya lah, kasihan anakku tidak ada imuniti.

Jawab Dr Koshy, "The old teaching said that shall the first BCG injection did not show the scar, yeah it would be given again at their age of 7. But nowadays, it is not like that anyway. BGC is given....."

Okay, dia memberikan penerangan yang boleh saya rumuskan seperti berikut. I do understand that most of us already possess this knowledge. Saya juga memilikinya, tapi saya baru sedar knowledge yang saya ketahui itu cuma sedikit sangat. Lots of thing yang saya tidak tahu rupanya... 

BCG atau Bacille Calmette et Guerrin adalah vaksin yang mengandungi kuman bakteria Tubercule Bacillus yang sudah tidak aktif atau tidak merbahaya lagi. Ia merupakan suntikan imunisasi yang diberikan sebagai perlindungan daripada jangkitan penyakit Tibi yang teruk iaitu millitary TB yang menyerang paru-paru dan meningitis TB yang menyerang selaput otak pada usia awal kanak-kanak.

Berbeza dari pendekatan kesihatan awal dulu yang mana BCG diberi kepada kanak-kanak pada usia 12 tahun, namun mulai 2002 ia telah diberikan kepada kanak-kanak seawal usia kelahiran. Sekiranya tidak terdapat parut BCG pada tempat suntikan dalam tempoh 3 bulan selepas ia dibuat, then it will be repeated. Selepas tempoh itu kalau baru sedar parut tidak ada (in my case hu hu), then it's okay lo... lagipun Dr Koshy kata, ia hanya sebagai perlindungan daripada serangan Tibi bukan sepenuhnya menjamin tidak akan diserang atau dijangkiti penyakit itu. Wah?! Oh ya, Tibi is among the eldest penyakit in the world dan boleh membawa maut kalau tidak dirawat kerana ia pernah ditemui pada tulang Mumia. And it was once said a disease yang disebabkan oleh kuasa atau semangat jahat. Hmm... macam-macam...

So, the new teaching rupanya tidak ada pengulangan suntikan BCG pada usia 7 tahun kalau tidak ada parut. It's done... it's okay... itu kata Dr Koshy. Saya pun ternganga seketika. Biar betul? 

Malam ini, Didik tidur sangat awal. Breath calmly... suka sangat tengok dia tenang begitu. Nebulizer pun diberikan secara intensif, 3 hourly. 2 jenis antibiotik sudah diberikan melalui IVM dan dia berpeluh sejak itu. Dr Koshy kata, it was  a good sign. Meaning, he responded well to the antibiotic. Alhamdulillah...

Sebab itu saya spend times untuk google cari bahan bacaan tentang BCG. Tak larat nak baca banyak-banyak sebab mata dah mengantuk. Saya pun masih dalam proses recovery sebenarnya ni... Pun belum jumpa tentang old and new teaching of BCG seperti yang diperkatakan oleh Dr Koshy. Cuma artikel Mengapa Suntikan Menjadi Parut? ini sedikit sebanyak memberi penambahan info kepada apa yang telah saya tahu. Tak apalah, kalau memang tak perlu lagi suntikan BCG untuk Didik, it's okay. Anyway, Dr Koshy is the doctor kan... he knows better... takkan saya sesuka hati nak lawan pula hu hu....

Hmm... memang banyak vaccin perlu untuk anak-anak sekarang. Kalau lihat dalam buku kelahiran dan rawatan anak-anak, a long list of vaccin to be taken. Tapi bukan semuanya compulsary...

Terkenang semasa dulu - saya tak ambil suntikan Rubella. Sengaja ponteng sekolah few days sebab tak mahu kena inject Rubell... hu hu... (sebenarnya serik selepas BCG pada usia 12 tahun tu lah...). 

Okay, myself need to take ubat and get to sleep now...

Thursday, January 26, 2012

Sayang Adikku Sayang

After being discharged from DEMC last Friday, Babang sudah semakin sihat. Alhamdulillah... 

Sedihnya Didik masih demam setiap hari since then even dah ambil semua ubat yang diberikan oleh DEMC. Walau masih aktif as to compete with his brother, ada kala juga dia akan melepek lesu. Itu tandanya dia dah tak larat lawan demam. 

Setiap malam Didik akan tidur didakap saya. Badannya panas dan kadang menggigil. Tiap kali checked suhunya, pasti 38 plus. Cecah juga 39. Kalau dah panas begini biasanya kami gunakan ubat masuk di punggung sahajalah - yang kita panggil Suppository Voren tu kan. 

Satu malam, Voren habis. Kami harus ke klinik untuk dapatkan bekalan ubat. Hmm... hari CNY, most our panel clinics tutup. Luckily ada sebuah klinik 24jam berdekatan yang buka.

Doktor India itu kata, "Saya sudah masukkan ubat punggung sebab demamnya sudah cecah 39 darjah."

"Can we have some to be taken back home?"
Geleng, "No."

"Why?" Ya lah, selalunya doktor di klinik panel memang akan bagi kami bekalan ubat itu kalau-kalau we need it at the time suhu demam anak-anak terlalu tinggi. Especially Didik. We experienced hard time once bila suhu demam Didik burst, tak sanggup ambil risiko kalau ia terjadi lagi. Lagipun the mg of the ubat varies ikut umur anak, so memang kena pi jumpa doktor and seek their advice dulu.

"Honestly, it is not encouraged to be used too often. It is for emergency only."

La... emergency la tu. Kalau dah demamnya tak kebah-kebah juga walau dah diberi ubat demam. Yet, the fever persist... tak maulah jadi macam dulu lagi.

"But why?" Saya memang suka tanya kan... dengan doktor pun sibuk nak tanya. But I need to know why, I just cant help it sometimes.

"You wouldn't want to know why."

When I insisted, he said, "Actually it is not good, sometimes, in the long time... can cause diarhea, cancer sometimes..."

Gulp! See... dulu suh jadi doktor tak nak!

Baiklah... jadinya kami cuma ikut arahan doktor. Stricly adhered to bagi dia ubat demam 4 hourly. Tak boleh lapsed. Sebab hayat ubat demam dalam badan untuk lawan sakit itu dalam 4 jam lebih begitu. Aduhai, terpaksa juga bangunkan Didik tengah malam dan pagi untuk beri ubat demam untuk menyampaikan pada check up mereka hari ini tadi.

Dan resultnya, Dr. Varugheese Koshy kata, "I suggested he be admitted again. Allow me to treat him for few days. We will look into his bronchio-pneumonia again, add another antibiotic. Shall the two antibiotic couldn't work, we will discuss back with you both on the other possible alternatives."

Baby... take care okay... Abang dengan Papa balik ye...
Ummi jaga Baby kat sini. Esok abang kena pi sekolah,
 petang esok abang datang lagi tengok baby ye.
Baby cepat sihat tau... kita boleh berebut iPad lagi.. heh heh...
Mmmuah... sayang baby abang...

Sweet time in memory :

Babang  : Baby! Eeeeiii geram betul tau budak ni! (berebut...)
Didik      : Adik nak jugak!
Babang  : Abang kata jangan! Eeeii... geram!!! 
Ummi     : Abang... bagi je lah kat baby. Dia kan tak sihat, kesian lah kat adik tu...
Babang : Ye lah! Nah, amek! Awak tengoklah sesorang. 
Babang : Awak bukan anak abang lagi!!! (hmm... mcm skrip Ummi je...)
Ummi    : Eh? Memanglah dia bukan anak abang! Baby tu anak Ummi lah! Dia adik abang je... budak ni...

Latest visit Dr Koshy sebentar tadi, katanya semua result for blood test adik hari ini normal. Cuma hamoeglobin rendah at 8.5. Last week admission was 10. Decreased lagi... possibility due to infection

Cepat sihat Dik...

Friday, January 20, 2012

Checked-Out

Alhamdulillah tengah hari tadi saya sudah checked out dari DEMC after checked in for 4 nights and 5 days rest. Begitu juga Babang dan Didik. Wah, miss home like... always say that there's no better place compared to our own house kan... 

Nasib baik hari ini Kol (B) Dr. Abd Rahman yang buat check up, kalau his wife.. surely saya belum boleh balik lagi. Ya, woman tend to care, but man is always practical. Ye ke? Ya lah, selalunya Dr Noraziah yang akan tahan saya lama di wad. Kalau dia tidak puas hati betul, susah boleh discharge. 

Babang & Didik yang checked in di double bedded room
di bawah pengawasan Papa Nasir selama 2 malam
Ummi datang melawat je dari bilik hujung hu hu...

Awaiting Papa Nasir to settle the hospital bill...
Luckily juga Didik tak tertinggal. Dah nak discharge tadi tiba-tiba Didik demam pula. Hmm... sebab tu agaknya doktor suruh datang juga esok pagi ye?

Seperti biasa, kalau keluar dari hospital mesti akan ada weird times. Kepala rasa pusing-pusing, badan pun rasa penat sangat. Sampai rumah tadi terus tertidur. Petang baru kerah diri untuk kemas rumah seadanya. Babang dan Didik, hmm... semakinlah lasaknya. Maklumlah baru lepas charge tambah power... adoilah...

Pagi esok kena ulang ke DEMC sebab ada check up these 2 boys. My own scheduled on Feb 2nd. Till then doctor asked me to stay put in house. Tak boleh penat sangat... sebab kalau penat nanti sesak dada semula, dan takut segala bakteria dalam paru-paru ini hu-ha-hu ha dan wala-bing-bang lagi. Cit!

Rehat-rehat begini sebelum tidur, saya memang akan do some reading and bw, terbaca pula tentang Izwan Pilus yang telah meninggal dunia tadi jam 6.15pm kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Gulp! Tidak bohong, saya memang terkedu seketika.  

Ya, kerana saya Alhamdulillah hari ini sudah boleh kembali ke rumah semula setelah recover dari Pneumonia dan beberapa infection lain. Tetapi ada juga yang sudah dipanggil Allah dengan begitu tidak kita duga... masih muda, baru 32 tahun. Alhamdulillah, mungkin Allah lebih menyayanginya...

izwan pilus meninggal dunia

Said to be his latest picture in hospital before passed away
(Picture with his bro, Aril AF7)
Papa Nasir saat ini sedang on the way ke rumah Cik Aziz bersama Abah Hussien dan Emak Enon kerana esok kenduri kahwin anak perempuannya di Gombak. Esok kami tidak sempat turut serta kerana harus berada di DEMC lagi, jadinya Papa Nasir turun malam ini sahaja.

Berita ini terus mengingatkan saya kepada Papa Nasir... bukan apa... dua tiga menjak sebelum ini Papa Nasir sangatlah suka sangat kepada lagu dan menyanyikan lagu Kembali Senyum. Mula-mula tu dia tidak tahu siapa yang nyanyi lagu ini. 

"Lagu sapa ni ya?" tanya Papa Nasir.
"Izwan Pilus..." jawap saya.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah.

Bagi diri saya dan anak-anak juga suami, kami sangat bersyukur kepada rahmat Allah kerana masih mengizinkan nadi dan jantung terus berdegup. Alhamdulillah kerana saya masih tolerate dan responded positively dengan segala ubat dan rawatan tanpa perlu further complicate tugas doktor dan jururawat. 

Alhamdulillah... dan terima kasih untuk pakar-pakar perubatan, jururawat-jururawat dan semua kakitangan Darul Ehsan Medical Center di atas bantuan, nasihat dan kasih sayang yang diberikan. See... that's why I prefer DEMC more than others... 

Tuesday, January 17, 2012

Pneumonia... not once again!

I had pneumonia, last was six or seven years ago. Being hospitalized in PPUM kemudian masuk lagi Hospital Sg Buloh. Dan kali ini saya kena lagi Pneumonia.

Minggu lepas doktor kata saya dapat bronchitis. So, as usual saya refuse masuk hospital dan minta higher dosage medicine untuk rawat sendiri di rumah. Tetapi demam saya berlarutan. Sudah hampir tiga minggu sekarang. Kemudian batuk berpanjangan yang buatkan saya tidak boleh tidur malam. Pergerakan terbatas kerana setiap aktiviti menjadikan saya penat sangat.

Check-up 25hb Jan. saya awalkan semalam. Doktor kata sambil refer gambar X-ray, "Your right lung penuh air. You got pneumonia."

"Okay... lebih kurang bronchitis kan doc?"
"Pneumonia is the worst phase of it. You kena masuk hospital."
"Boleh tak saya pilih tarikh nak masuk hospital? Say... next week?
"Tak boleh!" 

Hish terkejut saya dengan nada tegas Dr. Noraziah. Dua tiga kali sebelum ini dia cuma akan geleng kepala kalau saya refuse untuk masuk hospital. 

"Kalau lagi lambat dirawat, nanti paru-paru you bernanah. Terpaksa operate untuk keluarkan nanah dari paru-paru. It is a major operation and costly."

Alamak! Okay... saya minta izin balik ke pejabat dulu untuk selesaikan tugas dan hantar balik kereta kerana paginya saya drive sendiri ke pejabat. Janji check-in jam 2, jadinya jam 4 lebih. Handbrake WPF1002 pula buat hal, tak function. Buat panik sahaja...

Hari kedua di DEMC. Sangat bosan. Antibiotik yang diberi melalui IVM buat saya sleepy dan dizzy. Lawan juga kerana saya nekad hendak sempurnakan Menunggu Hadirmu. Hari ini sudah jejak halaman 286. Dulu pun Seandainya dan STKG mostly done in hospital hu hu...

Sewaktu hendak check in semalam, seorang petugas greet us. Tanya kenapa saya check in. Bila saya kata pneumonia, dia kerut kening dan tanya, "Apa tu?"

Okaylah... tidak semua orang tahu apa itu pneumonia. Terma biasanya ialah radang paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Selalunya pneumonia terjadi selepas kena selsema dan itu menyebabkan paru-paru sukar untuk fight the bacteria. Orang yang memang ada athmatic, penyakit hati, kanser atau diabetes juga ada potensi untuk dapat pneumonia.

Simptomnya memang sama seperti yang saya alami sejak hujung 2011 lalu.

1. Batuk berkahak (mulanya ia berwarna putih kemudian bertukar kuning kehijauan). Ada juga orang yang akan batuk berdarah. Di hospital, doktor akan minta kita batukkan kahak ke dalam sebuah bekas kecil untuk dianalisa bakterianya.

2. Demam berpanjangan. Kadang beserta dengan rasa sejuk yang menggigil. Malam-malam saya akan pakai stoking, baju sejuk dan Papa Nasir bungkuskan dalam selimut. But it still sejuk!

3. Jantung laju dan selalunya rasa sukar bernafas (feel short of breath).

4. Sakit dada terutama bila kita batuk. Tapi saya akan sekali dengan rasa kepala hendak pecah tiap kali batuk. 

5. Rasa penat sangat dan lemah tak berdaya, walaupun baru jalan dua langkah.

6. Muntah-muntah. Betullah, makan nasi lepas tu makan ubat sure saya akan muntahkan semua kembali.

Pneumonia boleh disebabkan oleh samada bakteria atau virus dan simptom kedua-duanya lebih kurang sama. Tetapi simptom pnuemonia yang disebabkan oleh virus selalunya agak lambat dan ia tidaklah seteruk pneumonia yang disebabkan oleh bakteria.

imej dari google
Gambar di atas menunjukkan pneumonia menyebabkan alveoli paru-paru dipenuhi oleh cecair  yang menghalang oksigen dari disalurkan ke aliran darah. Gambar x-ray saya tidak dapat dikongsi. Tetapi imej ini serupa, kerana alveolus kiri paru-paru nampak normal. Hanya alveolus paru-paru di sebelah kanan yang dipenuhi cecair kerana pneumonia. Saya juga begitu. Paru-paru kanan dipenuhi cecair.

Hari ini sahaja Dr. Rahman sudah visit dua kali dan Dr Noraziah sekali. I was told that I will be quarantined for the time being. No visitors are allowed hingga saya benar-benar stabil. Fine... saya boleh focus on my manuscript.

Dah jumpa Babang dan Didik petang tadi. Sudah lepaskan rindu. But it will take days till Ummi sihat kembali.  Sekarang Papa Nasir sedang bawa Didik dan Babang jumpa pediatric DEMC as suggested by Dr. Rahman tadi. Mereka pun batuk dan selsema dah few days. Saya tidak sedap hati juga. Hopefully everything will be okay... biarlah saya yang tanggung sakitnya asalkan anak-anak saya sihat sahaja.

Amin.

Sunday, January 15, 2012

Labuci dan Lelaki Itu

Malam tadi watched Cerekarama titled Mr Labuci. Real interesting. At the end of the story, saya boleh menangis pulak, cit!

Simple concepts, tapi ia adalah realiti kehidupan yang mostly happen nowadays. Dalam simplenya ia banyak memperlihatkan dan hakikat. Cuma.. err.. saya macam rasa gandingan Rozita Che Wan dengan Azhan Rani macam kurang sesuai. Ayok, tak pa lah... bakat tidak mengenal usia kan...

Selain tentang hubungan suami isteri, ia juga tentang politik di tempat kerja. Teringat kepada statement yang dua tiga kali dibuat oleh Bos saya di pejabat. Saya ini jenis pekerja yang tahunya buat kerja saya sendiri, tak kisahlah sangat orang nampak atau tidak. Sebenarnya saya lagi suka kalau orang tak nampak saya bekerja. 

Mana-manapun, kalau namanya pejabat memang banyak karenah, birokrasi dan kadang-kadang letih dengan unnecessary procedures. Saya sudah biasa bekerja dalam situasi yang 'do it right (whatever and however), as long you get the result on time'. Jadinya bila bekerja dengan keadaan yang berbeza sedang pada pendapat saya tidak perlu cakap banyak atau bincang panjang lebar, ia jadi terlalu membosankan.

Bos saya pun tahu saya memang 'letih' dengan situasi begitu. Kalau hendak mengadap certain leader atau jika saya rasa mengadap itu sesuatu yang tidak material, saya akan buat muka dua puluh sen depan bos saya, meaning dialah yang tolong mengadapkan. Hmm... mana nak dapat Bos baik macam tu kan... hu hu...

Then she always said, "Ini namanya politik Ros. You kena belajar banyak lagi tentang politik di pejabat. Kadang-kadang kita kena show off so that people sedar kita buat kerja...."

Hah... itu yang den lomah. Bukan saya tidak tahu kenyataan itu, tapi saya memang bukan orang yang begitu. At least, belum jadi begitu lagilah... hu hu...

Okay back to Mr Labuci. Saya sebenarnya tidak suka dengan baju berlabuci-labuci. I don't know why.... tapi saya rasa ia semak. Dan saya kurang gemar fesyen baju dan tudung Zulaikha dalam Mr Labuci. Jangan ambil hati, ia hanya pendapat peribadi saya sahaja. Anyway, it is about Mr Labuci kan... 

Hmm.... pada saya juga tidak kisahlah apa yang suami mahu lakukan, terpulang. Cuma jangan takeover tugas isteri sebagai surirumah sepenuh masa sudahlah. Man is the head of the family, kalau jadi sebaliknya memang itulah yang akan berlaku samada si isteri sengaja atau tidak, dengan niat atau tidak. 

Sebab itu bila Papa Nasir yang sudah tidak boleh tolerate dengan stupid politic di tempat kerjanya dulu lalu memilih untuk be self-employed, saya okay sahaja as long as bekerja. Dapat return sepuluh sen atau seribu atau sejuta, itu perkara kedua. Yang penting maintain as a man in the house. And he is truly a man in the house, especially in my heart. Hu hu... sudah lari topik.

Adoilah sebenarnya saya hendak cerita tentang lagu Lelaki Seperti Aku yang dinyanyikan oleh Alif Satar dalam Mr Labuci itu. Saya memang suka semua lagu yang dinyanyikan oleh brother yang comel ini (lagha...). Sempoi tapi sedap didengar melodinya dan yang penting saya suka liriknya.

Lagu Cukup Indah dulu jadi pemangkin untuk saya menyempurnakan STKG sedikit masa lalu. Dan yang terbaru ini comel sangat lirik dan maknanya kan... 

Saturday, January 14, 2012

Katak

Tengah hari tadi kami ke Pusat Futsal di Padang Jawa (depan JPJ). Papa Nasir dan Ucu Apit hendak buat booking. Seperti biasa ia adalah untuk aktiviti ahli Yayasan Keluarga Haji Yunus. Kemudian kami pergi lunch di Shah Alam. Hmm... sedapnya dapat makan nasi lauk pucuk paku, budu, ikan bakar dan ulaman sebelum berpisah mengikut agenda sendiri.

Kami kemudian rushed ke Padang Utara di PJ kerana budak2 VI ada perlawanan rugby dan batch Papa Nasir ini kan jadi coach cum mentor cum motivator cum brainwasher. Ingatkan hendak lepak di padang, tetapi rupanya Papa Nasir hanya tunjuk muka kerana dia harus bergegas ke Banting pula untuk layat.

Layat? Oh... layat itu adalah menziarah kematian. Bapa kepada teman sekolah Papa Nasir (former husband penyanyi Shima) telah meninggal dunia. Saya dan anak-anak di rumah sahaja, kerana rasa badan sudah kembali hendak panas. Aduhlah...

Bos saya sudah berpesan ala mak-mak semalam petang, 'Weekend ni jangan buat kerja berat sangat. Rehat je... nanti sakit lagi..." Ha hah.. dia takut saya sakit dan tidak masuk ofis. Sudahlah kami memang shorthanded untuk beberapa waktu ini.

On the way back dari Padang Utara tadi, saya dok membelek tin minuman cincau yang sudah kosong dikerjakan Babang dan Didik. Beli yang tak sejuk je. Tiba-tiba teringat cerita anak ikan yang selfish. Alah, cerita anak ikan yang mengasingkan diri di dalam tin dan akhirnya tidak dapat keluar kerana saiz badannya sudah besar tu...

Saya tanya Papa, "Boleh tak kita selamatkan ikan tu Pa? Kesian dia..."

Papa kata, "Sapa suruh dia selfish sangat. Hidup tak mahu bermasyarakat...?

Aik, macam pelik je statement tu?

Belum sempat saya hendak bersuara, Papa Nasir pun bercerita :

Ada cerita katak. Komuniti katak ini sedang mengadakan satu perlumbaan menuju ke puncak bukit. Peserta perlumbaan semuanya terdiri daripada lapisan anak-anak muda. Ramai sekali yang menyertainya. Perlumbaan itu memang sukar sekali.

Katak-katak lain yang menjadi penonton semuanya dok kata bodoh sungguhlah katak-katak yang masuk perlumbaan itu. Mereka kata dah tentu-tentu bukan senang hendak sampai ke tempat yang hendak di tuju itu.

Sewaktu perlumbaan berlangsung, ramai di antara katak-katak yang menonton itu meng'boo' mereka. Perlawanan itu ternyata memang sukar sekali. Banyak di antara katak peserta yang surrender dan tidak mahu meneruskan perlumbaan. Akhirnya ada seekor katak berjaya sampai di puncak dan menjuarai perlumbaan.

Kemudian, reporters (aduhai Papa Nasir ni... biar betul... ada reporter rupanya di kalangan komuniti katak. Hmm... macam manalah rupa mereka ya. Ada tak se'grand' reporters dan selebriti TV kita?). Okay, reporters pun sibuk mewawancara si juara, "Apakah faktor kemenangan anda?". Tetapi si katak juara ini senyum. Setiap kali ditanya reporters, katak juara ini tetap senyum sahaja. 

Agaknya bosan dengan reaksi senyum si katak juara, reporters mewawancara ibu bapa katak juara itu pulak. "Apakah faktor kejayaan anak mak cik katak?"

Ibu bapa katak juara pun senyum juga, tetapi akhirnya berkata, "Sebenarnya tak ada apa-apa faktor pun. Anak kami itu sebenarnya pekak. Boo lah dia, cemuhlah dia bagaimana sekalipun, dia tidak akan dapat mendengarnya. Kalau sudah aim dia yang satu itu, itulah yang akan dia tuju hingga jaya."

Gulp!

Papa Nasir ni memang selalu hendak kenakan saya. Tetapi kali ini saya kurang faham apa kaitan cerita katak dengan perangai dia yang selalu hendak kenakan saya itu. Mungkin disebabkan tidak sihat, maka otak saya slow untuk digest.

Papa Nasir sengih dan kata lagi, "Moral of the story, kalau kita hendak buat sesuatu dan yakin sesuatu yang kita hendak buat itu betul dan untuk kebaikan, kita harus berusaha ke arah itu dan tawakal dengan Allah. Usah menyerah kepada cemuhan dan negative respond orang lain, kalau terdengar juga jadikan ia pembakar semangat. Senang cerita, pekakkan telinga."

Hah? Pekakkan telinga ni? Kenapa? Alahai... tak faham sungguhlah kaitan tin air cincau dengan anak ikan yang selfish dan katok.... walaupun sebenarnya saat ini barulah saya boleh cerna motifnya. Alahai suamiku...


Misteri Mimpi

Memulakan 2012 dengan prestasi kesihatan tidak memberangsangkan dan kerja di pejabat yang agak melelahkan.

Sudah 14 hari dalam 2012. Apakah yang saya telah lakukan? Tiada apa yang baharu... semuanya rutin. Pergi kerja, balik kerja, makan nasi, makan ubat. Masak, layan famili, basuh pinggan, basuh baju, kemas rumah bila larat dan terlepek atas toto and let Papa Nasir do everything bila lembik tidak sihat.

 Anak-anak pun semua demam selsema dan batuk. 
Harus on regular neb seminggu ini. 

Dua buku yang sedang saya baca masih belum bersambung. Tetap terperuk di dalam handbag, ikut saya ke mana pergi. Dan saya sudah lama tidak mengadap manuskrip. Aduhai... bila mahu bergerak dari halaman 250 untuk kedua-dua manuskrip baru saya itu? Orang lain sudah sebulan satu manuskrip... sedihnya....

Ni kalau nak tunggu umur persaraan paksa SBPA 60 tahun baru nak menulis sepenuh masa, sempat tak? Wa!

Sebenarnya menjelang tahun baru ini saya ada bermimpi dua perkara. Sampai sekarang ia masih dalam persoalan benak walaupun saya selalu katakan ia hanyalah mainan tidur. Malangnya saya masih belum dapat memujuk diri sendiri. Kala ia hadir dalam ingatan, ia pasti buat saya rusuh. Allahuakbar!

Selalunya saya tidak boleh recall mimpi yang pernah saya alami walaupun pada sesuatu masa bila realiti berlaku saya akhirnya sedar ia menyerupai mimpi saya. Tapi mana ada orang akan percaya kalau saya spell it out kan...?

Dahulu saya pernah termimpi kami 4 beradik tidur di dalam sebuah bilik. Kemudian saya terbangun dan mendapati banyak ular melingkari kami. Aduhai, surprisingly waktu itu saya dengan beraninya ambil setiap satu benda itu lalu lontarkan jauh-jauh. Saya marah sungguh kerana ia menganggu dan membahayakan adik-adik saya.

Day by day, year changed to another year, saya rasa dapat menghidu simboliknya. Kami sentiasa hidup dalam dugaan dan yang terbesar kini bila saya kehilangan seorang saudara kepada seekor ular yang belum mampu saya menghalaunya.

Kemudian saya pernah bermimpi kami 4 beradik meniti jambatan gantung yang sangat tinggi dan di bawahnya mengalir air gunung yang deras dan berbatu besar. Saya pimpin setiap seorang menyeberang ke hujung jambatan. Tetapi adik bongsu perempuan saya tidak lepas. Papan yang dia pijak patah lalu dia jatuh ke bawah, nasib sempat berpaut pada batu besar. Saya cuba menyelamatkan dia sedaya upaya, akhirnya kami semua selamat. Adik saya itu juga pernah ada tragedi dalam hidupnya.... dan alhamdulillah kini masih berbahagia.

Saya juga pernah bermimpi bertemu arwah Wan setelah beberapa hari kembali ke pangkuan Allah. Arwah datang kepada saya dalam serba putih, wajahnya sangat mulus bersinar dengan senyuman memandang saya. Jadi benarkah saya ini cucu kesayangan beliau? Orang2 kata ia petanda yang arwah berbahagia di sana. Semoga Allah sentiasa memelihara arwah Wan yang sangat saya sayang.

Kemudian saya bermimpi bertemu seorang saudara juga beberapa hari selepas kematiannya. Berbeza. Beliau dalam keadaan pakaian yang koyak-rabak dan menangis memandang saya. Mimpi saya itu kebetulan sama dengan mimpi Ibu. Setelah kami adakan sedikit sedekah, arwah tidak datang lagi ke dalam mimpi saya....

Sebenarnya saya banyak bermimpi ketika tidur. Mungkin kerana tidur tanpa basuh kaki atau mungkin juga benar ia hanya mainan tidur. Apakah sebenarnya mimpi? Saya quote dari google :

(i)
Psychological theorists of dreams focus upon our thoughts and emotions, and speculate that dreams deal with immediate concerns in our lives, such as unfinished business from the day, or concerns we are incapable of handling during the course of the day. Dreams can, in fact, teach us things about ourselves that we are unaware of.

(ii)
...dreams are an essential part of the sleep cycle. Dreams are just as essential as sleep because dreams prevent regular sleep, with its ready accessibility to wakefulness, from slipping into a comatose state. Dreams are the mechanism to keep our physiological perception machinery in a state of semi-alertness, while remaining safe and quiet and while restoring our physiological and mental resources.

Itu research orang putih. Orang tua-tua pula kata, kalau mimpi awal malam atau selepas jam 12 tgh malam itu kemungkinan ada kebenaran. Tetapi mimpi menghampiri Subuh itu hanyalah godaan Syaitan. Heh, tak kasi solat Subuh lah tu... jahat sungguhlah!

Tetapi akan ada di antara mimpi-mimpi  itu yang tidak akan mampu kita lupakan untuk seumur hidup ini. Dan mimpi saya yang terbaru ini... belum ada kekuatan lagi untuk saya berkongsi tentangnya. Biarlah dahulu... doakanlah hati saya agar menjadi tenang dalam lindungan dan restu Allah.

Atau ramalan mimpi ini dapat menenangkan sedikit hati walaupun tidak 100% kena dengan mimpi saya, namun ia masih sama. Saya memang berdukacita dan berkelana hati kerana sesuatu kejadian di dalam mimpi itu...

Duka
Jika anda bermimpi berdukacita, 
menandakan impian yang baik sekali,
yaitu anda akan mendapat kesehatan yang cukup 
dan rezeki yang banyak.


Wallahualam.

Friday, January 13, 2012

DIFFERENT ANGLE

Jabatan kami very much shorthanded sepanjang minggu. Dengan seorang staff bercuti maternity, seorang lagi bercuti panjang untuk exam, dan rakan sejawatan yang mengalami misscariage, ia sangat melelahkan untuk menyelesaikan tugas sendiri dan cover tugas yang lain apatah lagi bila begitu banyak laporan dan kertas kerja yang punya dateline serentak.

Meskipun diri sendiri tidak sihat, dan doktor DEMC sudah kata saya harus warded kerana bronchitis (pulak dah...), masih lagi saya berdegil untuk take some stronger medicine home. Alhamdulillah saya masih mampu ke pejabat dan membantu apa yang terdaya, sekurang-kurangnya saya tidak menambahkan kerja saya ke bahu orang lain.

Ada beberapa isu yang melanda kami seketika ini. Isu pertukaran staff dan ketua barangkali. Ada juga staff yang datang berbual tentangnya. Mungkin luahan hati dan pendapat peribadi. Mendengarnya saya juga terikut oleh emosi typical.

Ya tak ya, ketua kami sekarang sangat sporting. Macam mak-mak kepada kami. Bagaimana pula dengan ketua baru (ia bukan berita yang sahih atau pasti, hanya gosip)? Takut sebaliknya.... Balik rumah saya berfikir setelah berbual-bual bed time stories dengan Papa Nasir. Saya pernah memberi sedikit saranan kepada seorang staff saya suatu ketika dulu:

"Tak apalah kalau awak harus buat sesuatu yang sebenarnya awak tidak suka. Kalau difikirkan ia akan sangat memberi tekanan and everything will be in mess. Cuba take it positively. Try to look at it from the different angle. Sekarang memang wajar kalau kita rasa sedikit hampa, atau demotivated.. tetapi pada suatu masa yang akan datang, kita pasti akan senyum dan kata 'oh, no wonder'. Tuhan tidak memberi apa yang kita mahukan dalam sekelip mata. We will have to work for something we wish for. Kena berusaha. Dan kadang-kadang usaha itu bukanlah pada jalan yang kita mahu atau expect. Tawakal, dan yakin dengan ketentuan Tuhan. Insya-Allah. selalunya ia adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Saya sudah pernah melaluinya..."

Amboi, saya kalau bercakap begitulah... kadang diri sendiri pun tensed juga. Alhamdulillah kata-kata saya itu memberi sedikit kesan positif kepada si pendengar. Saya sendiri walaupun sudah pernah melalui beberapa episod yang sedang dilalui junior saya, namun selalunya diri manusia ini rapuh.

Jadinya, bila terfikir tentang ketua yang mungkin garang, cerewet, tidak boleh bertoleransi, suka membebel atau suka blacklist staff hanya kerana selalu cuti dan sakit... saya tetap terasa gerun. Tetapi sebagaimana saya pernah beri sedikit saranan kepada orang lain, saya juga berbuat yang sama kepada diri saya sebelum tidur malam tadi.

Ketua yang cerewet, mungkin lebih baik kita anggap dia particular tentang kerja. Tentulah, kerja harus dibuat dengan sempurna dan teliti untuk mengelakkan masalah dan pembaziran sumber. Dan yang lain itu, anggap sahaja ia adalah attitude manusia ciptaan Allah. Dia bersikap begitu pun mungkin ada sebabnya. Dan dia didatangkan kepada kita pun kerana ketentuan-Nya, pasti ada sesuatu yang menunggu di hujung setiap sesuatu.

So, biar sahajalah keadaan itu berlaku seadanya ia. Yang penting, saya harus lebih perbaiki diri. Jaga kesihatan dengan lebih baik supaya tidaklah selalu harus ambil MC (tahun lepas pun cuma 7 hari je MC hu hu). Dan harus sentiasa ada motivasi supaya dapat melakukan tugas sebaiknya. Yang lain, urusan Tuhan.

Therefore, nothing to be worried of!

Wednesday, January 4, 2012

Doktor, Ribena dan Akhir Zaman

Hari ini memang sudah saya mohon cutinya sebelum tahun 2011 berakhir minggu lalu. Kerana hari ini 1st day Babang masuk semula Pasti Al-Mawaddah untuk kelas 6 tahun (walaupun umurnya baru 5 tahun 1 bulan...)

Kebetulan pula saya demam sejak 31st Dec. Malam tadi Papa Nasir bawa ke klinik. Suhu 38 (ok lagi), tekak sudah merah, banyak flame dalam dada, internal heat yang buatkan hidung saya bleeding tak berhenti. Ni kalau Dr. Ros atau Dr. Idza yang attend, pasti sudah kena lecture. Tapi saya selalu hormatkan mereka kerana lecture mereka itu penuh dengan etika kedoktoran. Sangat menginsafkan, menakutkan tetapi dalam masa yang sama membangkitkan semangat juang demi hidup.

Tetapi doktor 'jemputan' malam tadi aduhai, terkeluar juga adik-beradik 4LW saya. Terfikir hendak komplen dengan Dr Ros (owner klinik). Tapi rasa tidak baik pula... mungkin saya yang terlebih sensitif. Tapi saya tetap tidak suka doktor yang merungut tentang kerja di depan patient. Kalau tidak mahu kerja yang sibuk jangan jadi doktor, itu saja kesimpulan saya. Kalau akauntan mesti ada integriti, doktor 'wajib' ada keikhlasan!

Kalau dia boleh treat permintaan patient sebelum saya melalui nurse dengan begitu kasar 'cakap dengan dia, nanti-nantilah, dia ingat saya tak ada kerja lain ke?!' di hadapan saya... apa maknanya? Begitu rush dalam melayani pesakit. Doktor di hari lain tak macam dia pun... walaupun dah hampir nak tutup klinik, tapi masih selamba sahaja senyum, gelak dan buat lawak dengan pesakitnya. Ini macam kucing dia kat rumah hendak beranak kembar sepuluh sahaja gayanya...

Kalau di waktu yang lain saya akan pastikan tiada doktor bertugas selain Dr Ros (dan suaminya) dan Dr Idza kalau hendak dapatkan rawatan kerana mereka lebih bersikap kedoktoran dan beretika. Yang lain hanya sekadar nak makan gaji!  Tapi malam tadi, nasib sayalah kot hendak tambah markah merah Tahun Masehi.

Hish, tak mahu ingat lagi.. sudah minta ampun dengan Tuhan, tinggal hendak say sorry to the doctor sebab kutuk belakang dia. Ini yang den lomah ni... harap2 lepas ini tidak berjumpa lagi, boleh jadi alasan... boleh ke?

So, hari ini.... di samping melayani panggilan2 telefon bos saya yang kalut berseorangan di pejabat, anak2 yang sibuk dengan games dan Babang yang sakan bercerita tentang sekolah sampai tertidur bila Umminya ini kadang off, kadang on mendengar, juga Papa Nasir yang lebih suka dating dengan kolam ikan daripada isterinya ini heh heh... saya di depan laptop separuh hari. Sebabnya... walaupun segala ubat sudah saya telan termasuk ubat batuk, selsema dan antibiotik yang sepatutnya buat saya mengantuk, tetap juga mata tidak mahu tutup. 

Jadinya macam-macam ilmu yang saya dapat dari google. Kebanyakannya saya dengar petikan ceramah agama dari Ustaz Azhar Idrus (UAI : saya kenali melalui cerita Yus di blognya). Sebenarnya dari Isnin kelmarin saya sudah luangkan waktu mendengar petikan ceramah UAI.

Disebabkan mendengar ceramah beliau jugalah saya telah suruh Papa Nasir buangkan sebotol Ribena yang baru dibeli paginya itu kerana beliau kata Ribena itu haram. Wa wa wa.... tapi rupanya Papa Nasir simpan lagi...? Heh? Rupanya Papa Nasir ada point of view sendiri lebih kurang seperti jawapan yang di berikan di sini.... Alahai, kalau saya sudah was-was, adalah lebih baik buang sahaja Pa... air putih masak banyak tu...

Dan hari ini bila begitu banyak yang saya baca, dengar dan lihat menambahkan sedikit lagi ilmu ke dalam pengetahuan kecil yang ada. Benarlah... sebenarnya kalau hendak ditimbang tara apa yang tidak haram di dalam kehidupan kita hari ini? 

Hari-hari mata dan telinga kita disogokkan dengan pemandangan yang sebenarnya haram tetapi dihalalkan atas nama 'toleransi untuk dakwah'. Hingga ia sudah menjadi amalan hingga menyerap ke dalam minda dan hati. Saya pun sama - quote, sebut, nyanyi, suka giler, admirer si dia itu dan ini. Sebenarnya itu semua lagha kan... aduh sedihnya saya juga begitu... tapi dek kerana ia telah mengelilingi dan menjadi sebahagian dari kebiasaan hidup, ia sangat susah untuk dihindar. Benarkah itu semua perang salib dan propaganda?

Barulah saya sedar mengapa pensyarah saya di UUM dulu kata, "Kalau awak datang ke rumah saya, jangan terperanjat. Tiada apa di rumah saya melainkan keperluan yang asas. Jangankan TV dan radio... malah perabot pun saya tak ada."

Bila kami tanyakan sebabnya, beliau menjawab dengan senyum yang sangat handsome (tengok... saya buat perkara lagha lagi), "Semua itu lagha, dan melalaikan..."

Melihat banyak senario pertelingkahan dan mendengar begitu banyak pendapat peribadi yang diutarakan, bila diteliti kita akan lihat peribadi Muslim itu sudah semakin terhakis dengan begitu ketara melalui penafian dan perlecehan yang begitu berani dan jahil (atau bodoh?). Apakah ini yang dikatakan Akhir Zaman...? 

Yang hanya seronok dengan warna dunia itu satu hal, yang sudah ada ilmu sampai 'kedoktoran' itu juga satu hal. Masing-masing memanipulasi untuk agenda dan kepentingan tertentu. Pi mai pi mai tang tu bila difikirkan kita semua ini 2x5 sahaja. Suka kepada dunia, selalu lupa dengan 'The Armagedon' kerana Allah itu terlalu bersifat Penyayang. Allah... ampunilah diriku...

Saya sedar saya sangat jahil, dan saya selalu berharap Allah bukakan hati untuk selalu mencintai ilmu dan perkongsiannya. Bukankah jihad terbesar itu adalah dengan ilmu? If we happen to quote from the non-Muslim, we should quote for the better of ourself and Islam, kerana mereka dulu juga cedok dari analisa mereka terhadap al-Quran. Itu yang mereka gunakan untuk memerangi kita secara psikologi sehingga hari ini. Yang mereka claimed came from their ideas. 


Ini hanyalah summary bacaan dan pengamatan saya hari ini. Mungkin kurang waras kerana saya masih belum sihat sepenuhnya. Maafkanlah atas semua kekhilafan... saya tidak mahu merujuk setiap sesuatu itu dengan terlalu spesifik. Setiap kali pun saya selalu ucapkan dalam diri, 'belum ada Muslimah yang melaungkan azan'. Mungkinkah ia boleh membuat kita berfikir lebih dalam tentangnya...?

Mungkin ada baiknya Babang & Didik conquer TV supaya saya tidak lihat bendak lagha. Tapi Internet ada! Wa!!!!

Don't point finger to others, tepuk dada suruh ikut sunnah & hukum! 
(RAN cakap untuk diri sendiri).

Rasulullah saw. bersabda : 
"Kalaulah tiada lagi sisa umur dunia ini kecuali satu hari saja niscaya Allah akan memanjangkan hari itu hingga diutus ke dunia ini seorng lelaki dari keturunanku atau keluargaku, namanya menyerupai namaku dan nama bapaknya menyerupai nama bapakku. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan saksama sebagaimana sebelumnya dipenuhi oleh kezaliman dan kejahatan."
(HR. Abu Daud dan At-Tirmizi)

Wallahualam

Seandainya... from reader's perspective (XI) vs Nera AF9 (pulak...)



"....Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah d
i dalam hidupku ini..."



Hu hu... as usual saya memang selalu nangis tertinggal belon. Saya suka lagu ini, boleh tak? Especially liriknya, meaningfull.. part of it boleh saya tujukan as thank you to the below commentors. Hmm... sama juga kan konsepnya bila Papa Nasir sangat appreciate Yuna's talent, sebaliknya saya... aduhai masih belum mampu memahaminya...

Dan saya fikir sangat panjang bila Siti Jasmina Ibrahim kata, 'Seriously, orang kita sangat suka makan gula-gula...' tentang filem OR. Hmm... Gula-gula ye... bukan kismis ke? Aduhailah, bila Papa Nasir hendak belikan saya novel OR Fauziah Ashari ni...?  

*********************************************
Lynn Razak
dah baca, agak berat..

Deyona said...
Assalamualaikum Puan,
Manusia dijadikan berbagai ragam, kehendak, citaras dll..
bagi saya, novel SEANDAINYA cukup membuat hati saya meruntun pilu..
biarpun gaya bahasa, jalan ceritanya sebegitu,
itulah SPECIALnyer novel puan... saya suka..
kawan2 saya pun turut memberi komen +ve
Saya nak share sewaktu saya baca novel puan tu
saya sedang mengendalikan sesi kursus outdoor.
sewaktu saya menunggu slot rakan2 saya, 
sempat saya isikan masa saya dgn melayan novel puan sehingga ada yg menegur
'kak, baca novel pun touching ker...'
"dik, ko kena baca baru ko feel..akak nak masuk bilik dulu, nak layan novel nie"
-balik bilik nak nangis sebenarnyer hhiihihihii..
Tahniah puan sebab hasilkan novel yg. sebegitu tragis dan
berjaya menarik minat pembaca yg benar2 menghayatinya...
hope ada yg ke2. Amin


babymicher
nape lak pulak watak WZ mninggal....adusss...
kecewa tol aku nih...tgh nak memadu asmara lg tuh...feeling down trus...p ok gak...


novelcinta
mungkin watak WZ dimatikan membuatkan dilemanya berakhir. Dia tak perlu lagi memilih ibunya atau org yang dicintainya. Kesian WZ :(
Kalau dia jadi kawin dengan Areena pun mungkin kebahagiaan takkan sempurna tanpa restu ibu. Kesian Areena :(


Abby Said
bln lepas sy ade try bli novel terbitan kaki novel..sy kecewa sgt.. ingatkan tebal2 byk jalan ceritanye tp sy silap..sy bg 4/10 jer... tu yg sy rasa mcm taknak bli lgi novel terbitan kaki novel ni.. tp sy terkejut plak tgk komen2 yg kata kaki novel ni best2.. novel yg sy bli tu taju 'SEANDAINYA' karya 'RYS AREESA'...


Has Nia
best cita nih....mengalir air mata. cuma awal tu cam geram kat heroin sebab prinsip yang tak boleh dipakai zaman sekarang...  masing2 nak tunggu ...sedangkan hati dah suka. Akhirnya....saat cinta diluah.....
hmmm koran g beli laa...mmg best

Haryati Ramli
dah beli memang best .... sangat 2222222

best giler....

Monday, January 2, 2012

Jelajah Joran dan Kenangan Si Kunang-kunang

Pembukaan 2012, ku ditinggalkan keseorangan... heh heh.. tak ada maknanya...

Jam 10.00pm 31st Dis. 2011 Papa Nasir bersama abang sulungnya, Ayah Amin dan tekong bot Wak Pono telah menyusuri Sungai Selangor di Kuala Selangor untuk memancing udang. They spent their night and stepped into the 1st day of the new year  di dalam bot.

Menyusur Sg. Selangor ini Papa Nasir kata kalau mudik ke hilir sedikit lagi akan sampai Kampung Kuantan yang terkenal dengan keindahan cahaya kelip-kelip di waktu malam. Dulu semasa bertugas dengan Tourism Selangor memang sudah biasa melihat Jabatan Produk & Tours menguruskan tempahan tiket ke tempat ini. Kalau mahu naik bot, susur sungai waktu malam untuk lihat cahaya kelip-kelip yang cantik samada boleh beli tiket, rasanya masih berharga RM10 di Kampung Kuantan atau boleh dapatkan di Tourism Selangor Seksyen 14 Shah Alam. 

Hmm... secara tiba-tiba terkenang satu cerita yang Abah selalu perdengarkan kepada kami adik-beradik setiap malam sebelum tidur tentang 'sejarah' kelip-kelip atau sebelum ini saya panggil Kunang-Kunang. Ia memang antara aktiviti anak-bapa kami sewaktu dulu.

Masih terngiang di labirin telinga bila Abah bercerita...



Mendengar cerita itu dulu, adik-adik saya akan akhirnya memeluk abah & tertidur. Tetapi saya akan menangis sehingga esok hari. Hari ini saya sedar saya tidak suka mendengar cerita itu! Ia sangat memedihkan hati. Semoga ia hanyalah cerita rekaan Abah semata-mata...

Sorry... ia hanyalah kenangan suatu masa dahulu kerana ia terbit bila Papa Nasir menyebut tentang kelip-kelip. Sudah ingat-ingat lupa... 

Okay, back to Jelajah Joran mereka pada 311211-010112 yang lalu...

Tekong Wak Pono (pemilik bot) memulakan memulakan keberangkatan
jam 10.00 malam 311211 bersama 2 'krew' hu hu 
Sungai Selangor... mujur tidak hujan sepanjang 12 jam
mereka menyusur air mencari udang yang diidam
Ayah Amin yang bersungguh memancing udang dari malam
sehingga ke pagi.
Papa Nasir kata dia sempat tidur malamnya itu...
Udang galah yang menggembirakan Papa Nasir!
Apakan daya anak-anakku kecil... kalau tidak saya pun nak ikut juga.
Provided sungai tu mesti tak ada Bujang Senang...
tapi bukankah orang kata tempat yang banyak udang biasanya ada buaya!?
Waa apapun mereka sudah selamat sampai rumah...
Udang galah yang mereka dapat memang sangat besar...
kepala pun sangat besar.
Otak udang lah hai... 
Hasil pancing Papa Nasir membawa pulang 2 dozen udang galah...
Alhamdulillah... 
Meskipun Ummi RAN demam seharian pada 010112,
malamnya gigih juga memasak lauk kegemaran Papa Nasir  ini
memandangkan siangnya mereka hanya makan
beberapa ekor udang galah yang digoreng Papa sahaja
kerana saya laid flat on my back the whole day.
Tiga beranak ini makan udang2 sampai habis... saya tengok je...
saya memang gerun dengan benda-benda yang 'huge'.
Macam manalah agaknya Abang Amin dan keluarga di Sabak makan udang....?
Cukup tak?

PAGEVIEWS