Monday, December 31, 2012

Seandainya... kehidupan melewati 2012.

1st baby saya ini lahir in March 2011. Next March 2013 akan genap berusia 2 tahun. Adik2nya belum lahir... tak apalah, sy akan berusaha berdikit dgn kemampuan, dan akan sabar menanti mrk lahir. 

Last sharing to keep reader's testimonial in FRAN untuk tahun ini... bintang2 utk sy melangkah ke tahun seterusnya hu hu... old comments, cuma sy br nampak ia di website KN. Saya yg selalu tertinggal keretapi...

Thank you!

Testimoni Pembeli Novel:


ros_sarip  (Monday, 24 September 2012) 
Rating: 4 

cerita ni best jugak,sedih ,geram pun ade...buat kita tertanya-tanya...



nirz82  (Wednesday, 28 September 2011) 
Rating: 3 

jalan citer menarikrntapi terlampau panjang huraian nyer..rnmembuatkan cepat terasa bosan..rntidak byk elemen2 lucu..rn



Miss_Farah  (Saturday, 06 August 2011) 
Rating: 5 

Cerita ini memang sangat menarik. rasa nak terus tahu kehidupan areena selepas dah boleh terima suaminya, kalau boleh sehingga akhir hayatnya. banyak
juga tulisan-tulisan dalam novel ni menyedarkan saya tentang makna sebenar cinta. memang best!



Hmm... waktu ini sudah mula kedengaran letusan bunga api. Pasti meriah di luar dgn sambutan tahun baru.Dalam ria, ada sebak di hati. Waktu berlalu, usia tak akan kembali. Banyak lagi impian masih belum tertunai... seandainya hidup ini umpama bintang.. kan best. Best ke jadi bintang? Hmmm....

Waktu ini juga anak2 dah tidur. Tidur dek keletihan dan kekenyangan. Alhamdulillah. Saya juga sgt penat. Bantal sudah memanggil2. Minggu ini minggu closing di pejabat yang sgt meletihkan jari, mata n kepala.

Esok hari yg panjang dan mengujakan...  1st baby saya akan melangkah ke alam persekolahan. Sleep tight Babang. Mulai esok, rutinmu akan berubah... welcome to school my dear!

2012, thank you for your sweet moments. Wish dulu, takut 12.01 nanti dah selamat lama di Alice in Wonderland. Hu hu...

2013, semoga kita semua menjadi insan dan Muslim/Muslimat yang lebih baik adanya, lebih berusaha untuk berjaya, berbahagia dan sejahtera.

Terima kasih kawan-kawan maya yang sudi singgah di FRAN sepanjang waktu ini. Appreciate your sharing and advices.

Happy New Year, 2013. Terima kasih kepada Tuhan yang masih mengizinkan segalanya...

Amboi, panjangnya amanat tahun baru hu hu...

Sunday, December 30, 2012

Rendang Ibu

Seumur hidup saya (mcm dh hidup lama sgt hu hu), rsnya br 2x sy msk rendang sendiri. 1st time waktu raya haji few years back. Ms tu ibu pi buat umrah dgn Angah n Naha. Nak x nak sy mmg kena masak di pagi raya hu hu...

Abah kata, "Hmm.. bolehlah... tapi tak sama mcm ibu punye..." Jujur sungguh komen abah. Memanglah.. first trial kalau nak sama dgn air tangan ibu, boleh masuk Masterchef le... 

2nd time, awal tahun ini. Teringin nak mkn rendang. Ckp dgn Papa Nasir, "Pa, sy nk msk rendang lah hari ni." Dgn hrpn Papa Nasir proud of this wife of his (kunun...)

Tetiba Papa Nasir dgn dahi berkerutnya kata, "Erk?! Rendang? Ummi nak masak rendang? Err.. tak yah lah kot..."

"Nape? Tak pedulik! Nak masak rendang jugak."

Operasi memasak rendang sy mulakan dgn ingat-ingat lupa cara n resepi Ibu. Buh sana, buh sini, alter sana, tambah sini. Err... eventually... awat rupa dia mcm kari?

Hmm... tu la, derhaka tak dgr cakap suami. Sbnrnya Papa Nasir, tried sekali rendang yg sy msk ms raya haji tu dulu, dia terus trauma sampai skrg. Nampaknya 2nd time trauma, haruslah saya tak masak rendang lagi. Hu hu.. sy mmg tak reti msk rendang.

Ibu ada di rumah since last Thursday. Ajak Ibu buat rendang. Rendang Ibu. Bila tgk muka Ibu semcm, dah tahu dia mesti sdg kata dlm hati, "Alahai, nak masak rendang, tapi kuali cinonet...". Maka kami pun haruslah sgr beli kuali besar hu hu...

Sy tak brp sgt dgn rendang.. cuma sekali-sekala tu mengidam juga. 

Rupa rendang saya dlm pembikinan hu hu...

Put it here, so that I would not 'ingat-ingat-lupa'.

Bahan2 :

Seekor ayam
Santan
Bebawang merah dan putih
Halia, lengkuas, serai
Daun kunyit, daun limau purut
Kerisik
Garam

Cara2:

1. Bersihkan ayam
2. Hiris bebawang (sng blender, tapi ibu kata mayang lebih sedap)
3. Tumbuk halia, lengkuas dan titik serai
4. Perah santan

Mungkin lain org lain cara masak. Tapi Ibu ni semua bahan dia letak sekali dlm periuk. Kemudian baru masak. Mesti api besar pulak tu. Bila ditanya knp mesti api besar, jawab Ibu mudah je, 'masak rendang mesti guna api besar'. Hish ibu ni tak boleh jawab soalan exam yg subjektif la... sikit markah.

Bila kuah dah separuh baru masukkan kerisik. Last sekali tabur hirisan daun kunyit n daun limau purut.

Bila masak dgn Ibu, memanglah jadi. Cuba kalau sy buat sendiri. Last time jadi kari sampai kak long Suhana pun gelak. Next time, tak tau pulak rendang saya nak jadi apa. 

Mungkin agaknya, I wasn't born to cook rendang kan...?

Tuesday, December 25, 2012

No. 23

Babang pelik tgk saya ada di dapur sediakan makaroni cheese utk sarapan pagi tadi.

B : Ummi, hari ni hari apa?
U : Tuesday.
B : Kenapa Ummi tak kerja hari ni?
U : Hari ini cuti Krismas.
B : Krismas!? Wah! Hebatnya! (excitednya...)
U : Tok sah nak lebih2 excited. Bukan raya kita pun... (improvise)

Hari ni adalah cuti yg sgt2 melegakan. At least kurang sehari bekerja untuk minggu ni, kui kui...

Mlm smlm, lepas dinner sy mulakan operasi pembersihan rumah atas-bawah-kiri-kanan-luar-dalam. Selesai jam 1 a.m. Lega bila tengok rmh in order even saya sgt tahu ia tak akan bertahan lama. Penat2 pun sy bersemangat habiskan kemas sbb siang Krismas ni kami ada agenda lain.

Agenda kami siang Krismas ni adalah 'berkebun' hu hu... selesai semua rerumput yg dah semak tu kami cabut. Tinggal di halaman belakang je lagi... 


Thing yg buat budget kami kurus sekurus-kurusnya 2-3 bulan ini dan berbulan-bulan akan datang, inilah dia... the No. 23, hu hu. Rumah kecil di atas tanah Malay Reserved. Tapi beli atas tangan 1st owner  maka kena top up sedikit margin walaupun jika beli dgn developer lebih rendah. Tak pa, 2nd owner pun kami yg rasmikan juga hu hu...

Hmm... ia sgt memberi kelapangan dada. Eventually, sy dpt beli rumah sendiri walaupun ia sebuah rumah yg kecil saja. 

Bkn tak ada rumah atau bkn suami tak sediakan rumah. Tapi yg ini adalah aset yg sy ingin miliki dgn keupayaan sendiri. Rumah No.5 yg kami duduk skrg Papa Nasir beli sebelum kami kahwin. So, considered rumah dialah hu hu... tapi kalau dah rumah dia, rumah sy juga lah kan... dah namanya sy ni 'orang rumah' Papa Nasir kan-kan-kan? 

Lagipun sy bkn masuk basuh kaki je. Dah hidup bersuami-isteri, sy jg bantu renovation, sy bantu kemas dan sy bantu jaga rumah dan tuan-puan rumah. So, those yg fikir sy masuk rumah 'basuh kaki' tu is very-very much... never mind... let this unnecessary pain go. Just a waste of my precious time...

Apapun, saya bersyukur... dlm sgl keperitan untuk himpun sen n ringgit serta apply loan dgn keterbatasan kapasiti, akhirnya Allah izinkan juga kami menggenggam kuncinya. Terima kasih Allah...

Babang & Didik, rumah No.23 ini rumah Ummi dan juga rumah Papa. Rumah utk kamu. Dan juga sedikit pelaburan kami dlm bentuk aset tetap. Hai, lebih baiklah beli rmh dr beli yg bukan2 hu hu.. Selagi terdaya dan diizinkan Tuhan, ia akan jadi milik Babang & Didik. Milik kita. Skrg ia masih milik bank sbb umur Ummi 57 nanti baru habis bayar tau. Kalau tak ada usia, insurans lah yg bayar hu hu... 

Kediaman skrg No.5. Rumah kecil ini No.23 (2+3=5). 5 juga hu hu what a coincidence... dah jadi mcm Chinese dok tgk the luck in number pulak. Tak lah..

Few thousands more utk dilunaskan kpd lawyer, aduhai... kurus.... Dan juga kena rush untuk wiring, gril dan sedikit renovation. Di samping tak mahu ganggu jiran sebelah yg akan pantang bersalin dlm masa 2 minggu lagi, pun dah ada yg bertanya untuk menyewa No.23 ini. After considering few aspects, kami rasa put in on rent will very much ease our financial commitment.

Alhamdulillah. Dan harap-harap semuanya selepas ini dipermudahkan juga oleh Allah...

Hmm... saya masih impikan rumah cendawan dan rumah Flintstone... he he..

Friday, December 21, 2012

2 Syurga Dalam Hatiku



Selesai membaca naskhah 522 halaman, tulisan saudari Noorfadzillah Omar dan terbitan PTS Litera ini minggu lalu. Ini buku ketiga beliau kalau tak silap saya (kalau salah, minta maaf...) dan merupakan sequel kepada dwilogi Hantaran Kasih Tuhan. Nanti mahu cari buku yg itu juga. 

Mula2 baca 2SDH, byk terbantut sbb nk menyegerakan urusan lain. Bila dh nk hbs, tak sanggup nk bantut-bantutkan lagi. Sgt terdesak utk habiskan. Sbb nak tau ending.. walaupun sbnrnya saya dah baca endingnya awal2 bila sy tiba pd part yg sy geram sgt tu hu hu... cengkelatnya saya ini! 

Sebuah naskhah Islamik yg sgt menarik dan berkesan di hati saya. Seperti buku NO yang pernah saya baca sebelum ini, gaya bahasa beliau ala-ala baku sedikit. Atau tepatnya ia mmg bhs penulisan buku. Tiada hot language of conversation melainkan ayat-ayat yg sempurna tatabahasanya.

Saya suka cerita ini sbb ada pengajaran di dlmnya walaupun masih berunsurkan cinta dan kekeluargaan. Bg sy jln ceritanya sgt menarik dan ia selesai dgn agak mudah stlh bbrp konflik yg melanda. Walaupun konflik atau suffer di dlm cerita ini byk, tetapi ia disampaikan dlm plot dan bhs yg mudah sehingga membuat sy jd geram dgn 'cerita', bukan 'sengsara'. Nasib baik.. sbb semakin saya berusia, semakin saya tak tahan baca cerita yg sengsara. Apa yg saya cakap ye...?

iMostly erlatarkan bulan Ramadhan, ia menyelitkan ttg puasa dan do's n don't yg disampaikan seiring dgn plot cerita. Ia juga mengambil tema berbakti utk anak-anak yatim which is kalau didramakan mmg cantik. Protagonis cerita yg byk memberi unsur pengajaran, kesedaran dan refresh pengetahuan.

Sebagai  antagonis cerita pula, ia buat saya senyum. Sebabnya seperti buku-buku lain antagonis akan jadi 'kalau jahat dibalas jahat'. Tapi padan juga muka org2 yg jahat tu. Bila seorang manusia itu sudah dirasuk ketamakan dan kebusukan hati, pujian palsu pasti selalu dapat mengelabukan mata hati mereka. Tak dapat hidayah.. hu hu...

 Statement ini selalu diucapkan oleh Wardah n Ameesha (2SDH), semoga akan selalu kukuh dalam hati saya juga...

"Orang yang sabar disayangi Tuhan, 
kalau tak sabar didekati syaitan."

Tuesday, December 18, 2012

Alam & Manusia

Babang semakin byk query ttg alam dan manusia.

B : Ummi, saya ni Ummi yg lahirkan, kan?
U : Ya...
B : Sapa yg lahirkan Ummi?
U : Nenek...
B : Siapa pula yg lahirkan nenek?
U : Emak kpd nenek lah...

Babang diam sedetik lebih, sdg memikirkan sesuatu lagaknya.

B : Jadi, dunia ni siapa yg lahirkan?
U : (Sdg mencari pendekatan jwpn)
B : Dunia ni bkn manusia, dia mesti lahir sendirilah kan Ummi?
U : Err... bukan mcm tu nak...
U : Dunia ni Allah yg jadikan.

Saya dok tunggu kalau-kalau dia mahu bertanya lebih lanjut. Tetapi seems, dia berpuas hati dgn jwpn itu. Okaylah for the time being. Nanti-nanti mesti dia akan bertanya lagi. Lebih lanjut. Deeper. Kena siap sedia dgan jawapan alam dan manusia. Dan juga ketuhanan. 


Manusia-manusia kecil ini sdg asyik dgn alam mereka,
Bawa naik toy tent ni dlm bedroom,  hampar atas toto, 
spjg mlm sampai pagi tidur dlm tu. Jadi kelambu dah pulak...
tak tahulah saya nak marah ke nak redha je...


If you don't ask, you don't get.
(Mahatma Gandhi) 

Monday, December 17, 2012

Pukul Berapa Datuk Harimau?

FRAN ni sepatutnya saya gunakan most untuk introduce draft mss saya. Tapi skrg rasanya sy lebih byk share about self, family n little knowledge. Masa untuk tulis mss makin lama makin kurang. Kadang berminggu2 tak boleh writes. Kalau badan penat, otak saya lagi penat, jadinya saya lebih suka tengok FRAN atau baca buku cerita drpd menekun mss. Hmm... apa nak jadilah dgn impian saya utk produce more mss ni.. hu hu... org lain sudah berlumba2 ke hdpn, saya pula masih tenggelam timbul dgn keletihan... adoi...

Hmm... nampak gambar jam yg Papa ambil ni, saya senyum. Teringat sesuatu pula! Rasa macam ingat-ingat lupa bagaimana permainan 'Pukul Berapa Datuk Harimau?' tu.. masa kecil2 dulu mcm pernah main hu hu...

Dan Didik telah membuatkan saya terkenang ttg 'Pukul Berapa Datuk Harimau' krn jam ini...


U : Babang! Tengok jam dah pukul berapa?
B : Dah nak pukul 8, Ummi!
D : Salahlah abang! Tu kan ukul atu!
B : Mana pulak abang yang salah! Adik yg tak tau...
D : Ya, tu ukul atu lah! Engok tu! Ukul atu hah!

Papa pergi tengok jam agaknya slps mendengar conversation anak-anaknya itu krn sy sgt sibuk di dapur prepare dinner balik dari office yg agak lewat. Tak sempat nak hirau apa yg mereka berdua beradik tu bebelkan.

P : Mi! Awak tahu knp adik cakap pukul satu?
U : (Blur) Nape?
P : Sbb kat jam tu cuma ada nombor 3,6,9 dan 12 je...
U : (Blur lagi) Abis tu?
P : Yg lain kan cuma ada palang je, dia tgk mcm nombor satu...
P : Sbb tu dia kata pukul satu...
U : Erk! La.... ya ke?

(Oooo.. jarum kat 8 tu kan tak ada nombor 8 nya, cuma ada palang je mcm bentuk nombor satu senget, sbb tu Didik kata abangnya salah... adoi la, Didik ni...)

P/S : Sharing ini was requested by Papa Nasir. Dia sendiri pi amek gambar jam dan 2-3x tanya whether sy dh share di FRAN ke belum. Hmm.. jarang Papa excited nak shares things ni hu hu...

Saya rasa penat sgt hari ni... saya mengantuk...

Sunday, December 16, 2012

Overheated

Ms sy kecil, abah pernah injured bila seluruh bhgn atas badan n mukanya melecur teruk krn disembur minyak/air panas kereta kodok kami yg overheated dulu. Sebulan juga abah dirawat di HBK dlm kelambu. Sy dh tk brp ingat cerita tu, tapi ia kembali buat sy takut bila Aveo overheated hari Sabtu lalu.

Kami rehatkan Avanza krn aircondnya msh blm dibaiki. Kami guna Aveo sj utk urusan hari Sabtu. Dr PJ kami ke The Mines. Then Papa Nasir htr sy ke Bandar Tasik Selatan utk bertemu seorg rakan lama. I need to see her utk mss KTVH saya.

Malangnya tak dpt berbual lama krn Papa mahu kami pulang sgr. Aveo overheat. Sy tahu kalau overheat itu maknanya terlebih panas. Tapi sy mmg tak ada ilmu dlm kes enjin kereta yg overheat. Yg sy tahu kami dlm kereta pun dh overheat sbb tak boleh on aircond. Aircond akan beri load pd enjin. Di pertengahan jalan, enjin dah keluarkan asap, and we need to stop immediately

"Selamat ke tak ni? Pa, promise me you'll be carefull!" 

Sy risau tengok enjin kereta yg berasap-asap dan menyembur2. Sy dah nak alihkan semua anak2, takut kereta meletup. Over-imagining things. Sbnrnya sy takut kalau kejadian yg pernah berlaku pd abah sy dl, berlaku lg. This is seriously my 1s time.

Spjg perjlnn plg, 3-4x kami berhenti di tepi jln utk sejukkan enjin. Sampai habis semua bekalan air dlm kereta. Kali ketiga kami terpaksa berhenti di tepi highway. Dh tak ada setitis air pun dlm kereta. Nasib baik tepi highway tu ada longkang yg jernih airnya, maka kami kumpul air tu utk siram ke enjin.

Kami berdoa agar traffic tak heavy. Papa kept monitoring temperature while driving at steady slow pace. Kasihan kami. Saya sgt risaukan anak2 je... abang Shah yg otw dari Sepang pun monitored kami dari Bukit Raja sampai rumah. Thank you!

 Aduhai, 1st time mengagau cari air, mujur dipermudahkan Tuhan.
 Kereta Peronda Lebuhraya sampai bila kami sudah managed to cool down the overheated engine. Anyway thank you for the concern rendered.

Hai... time budget kurus, time byk nak allocate.. time inilah juga dua-duanya nak sakit... Dugaan sungguh lah...

Tips kalau enjin overheat. Saya tahu baca je, praktikalnya tak mungkin saya boleh buat. Kalau jadi kat saya, mau saya duduk tepi jalan tu nangis sorang-sorang hu hu...

    • 1
      Turn off the engine.
    • 2
      Wait. If the engine is steaming, don't open the hood.
    • 3
      Pull the hood release lever under the dashboard to open the hood when the car has cooled completely.
    • 4
      Walk around the front of the car, reach under the hood, find the latch and squeeze it. As you squeeze the latch, pull up and open the hood.
    • 5
      Check the coolant reservoir tank first. It's a plastic jug that has a small hose running to the radiator. The reservoir can be filled when the engine is hot (except on German and Swedish cars, the plastic reservoir is also under pressure, so don't open when the engine is hot).
    • 6
      Open the radiator cap with a rag. Remember: open it only after the engine has completely cooled. If you're not sure, don't open the cap. If you open the cap while it's still warm, you may burn yourself with steam or hot coolant. Open the cap slowly, as if you were opening a bottle of soda that has been shaken up.
    • 7
      Examine the radiator. Look inside and see if there's coolant left. If needed, fill to the top of the radiator.
    • 8
      Put the radiator cap back on.
    • 9
      Check to see that the upper or lower radiator hose, or any of the heater hoses, hasn't burst.
    • 10
      Restart the engine.
    • 11
      Watch the temperature gauge obsessively. Don't let the needle go into the red. Turn off the engine if the gauge approaches the red zone.
    • 12
      Understand that you can continue driving a high-temperature vehicle if you're far from a phone or a service station and the car does not need coolant (or does not respond to these instructions). However, drive only as long as you stop and turn off the engine whenever the gauge gets close to the red, and let the engine cool down until you drive again. This may take a long time, but it probably beats walking
Kalau sdg travel, nak tunggu sejuk sendiri lamalah jadinya. Sbb itu boleh juga guna air untuk sejukkan enjin utk sementara waktu. Cuma, tak boleh siram air waktu enjin panas, nanti rod nya bengkok... I can't imagine how. Ya lo, I am definitely not a technical person....


Saturday, December 15, 2012

Big Bad Wolf 2012

Sejak setahun dua yg lalu, jiran saya Lani bercerita ttg BBW ini. Dia beli byk buku di sana krn diskaun yg gila! Gila? Wah! Baru tahun ini berkesempatan pergi. 

Kebetulan pagi td sy ada exam PM di PJ. Sgt berdebar nk sit for this exam. Study lgsg tak sempat sbb sgt pack di office, n di rumah dh penat sgt. Baca pun bkn msk otak. Study cuma kejap mlm n pagi sblm exam. Tawakal sungguh2. 

Alhamdulillah, sy Pass! Oleh krn kami nak ke BTS, sy minta Papa bawa saya singgah di The Mines. Nak pi BBW (sbb kebetulan nak ke BTS juga). Niat cuma nak pergi tengok je, sbb sgt2 teruja dgr cerita2 Lani. Tahu bajet mmg sgt kurus 2-3 bln kblkgn ini. Bln ini lagilah... byk peruntukan yg perlu.

Tapi bila tgk Papa pi withdraw duit di ATM, haish... musuh jgn dicari, rezeki jgn ditolak. Walau Papa tak pelawa, sy dah pilih buku. Tambah smgt lg bl Papa Nasir angkut kotak utk isi buku2, tu tanda izinlah tu kan? Hu hu...

Konon niat nak tengok je. Bak kata Lani masa called dia tanya landmark, "Tengok je? Tak percaya saya dgn akak ni..."

Big Bad Wolf ni di MIECC, dekat2 The Mines. Alhamdulillah hari ni tak pack sgt. Ruang buku sgt luas, wah tak terdaya nak round. Tambah pula bila bawa handbag kiri kanan (si Babang n Didik). Takut nanti tgk asyik masyuk baca n pilih buku, anak2 entah ke mana pula...

Mostly buku Inggeris. Pelbagai 'genre'. Saya lebih kpd fiction and novel, apatah lagi harganya mmg aduhai... apapun buku, even yg hardcover cuma RM8! Kalau harga asal mahu 3-4-5 kali ganda. Hampir2 buat saya gila... 

Dah lama sgt tak baca English fiction. Bila dah mula menulis ni, sy lbh dorong priority utk baca Malay fiction. As benchmark and knowledge.

BBW msh berlangsung sampai 23 Dec ni. Kalaulah ada duit, ingin sy ulang lagi. Tapi RAN... sedar diri sikit! Baju sekolah anak2 belum beli ya! Aveo & Avanza pun perlu dirawat sama!

ruang pameran buku yg luas
Didik n Babang pun excited juga

Kami duduk di lantai, sort buku n kira harga dulu.
takut tak cukup duit nak byr nafsu membaca hu hu..

Nasib baik juga Papa tak komplen... dia mcm redha je... terima kasih ya Pa! Penat tau saya perah otak jawab exam pagi tadi hu hu... itu hadiah saya utk Papa, ini pula hadiah Papa utk saya. Wah... bila nak mula operasi membaca?

Wednesday, December 12, 2012

Punggung dan Diagnosisnya...

Turutan nombor yg cantik bg tarikh hr ini... 12-12-12... sy nk blk dh ni, tp perlu menunggu bbrp transaksi utk dilpskn. Sambil2 menunggu ni bolehlah buat sharing...

Punggung

Babang n Didik bermain spjg hari hingga bau masam. Sy mandikan, dah jd wangi. Sy rindu nk bedakkan mrk mcm ms bayi. I miss baby's smell. I make them lay flat n tabur bedak slrh bdn n muka. Main2 dgn mrk mcm ktk mrk msh baby! Then cium2 n gigit2 mrk. Sy tepuk punggung Babang sbb geram sgt dgn anak saya ni... alah, mcm Popeye pukul punggung anak2 Popeye tu...

B : Ait! Janganlah pukul punggung saya ni Mi...
U : Suka hati Ummilah, anak Ummi kan.. (sy pukul sekali lagi)
B : Ummi.. kan saya kata jangan buat begitu...
U : Kenapa pulak tak boleh!?
B : Sebab, punggung saya ni mahal tau!
U : Amboi!? Mana abang tahu punggung abang tu mahal?
B : Sbb Ummi yg lahirkan sy, sbb tu lah punggung sy ni mahal...

Err... ini bkn cerita lucah. Ia sgt2 menggelikan hati sy... and touched me as well... dia tahu sy yg melahirkan dia, dan oleh krn itu dirinya sgt berharga...


Diagnosis

24 hours at home, TV hanya siaran kartun. I surrendered. Hopefully they learn something or at least could reiterate the English conversation. In fact, they indeed learn a lot from what the watched. Latest is...

Basikal Babang n Didik dah sgt buruk n almost tak boleh pakai. Kasihan anak2 saya, but I find it not so compulsary to buy new one for them. Blh tunggu sikit ms lg (actually tunggu sampai betul2 ada extra $$ hu hu).

Babang belek2 basikalnya yg dah tak boleh dikayuh lagi pedalnya itu. Kemudian dia berkata,

B : Hah! Saya dah tahu apa masalahnya dengan basikal ni!
U : Apa bendanya tu bang?
B : Ni basikalnya ni, saya dah ada diagnosisnya!

Alahai... pronounciation yang sangat perfect Bang... Ummi is so proud of you. Hmm.... kartun Doc McStuffin.

Lagi, ada satu kartun kuda belang tu. Episod mlm itu ttg mak kuda belang yg tegur anaknya sbb buat bising dan sepah2. Babang termenung bila saya kata, "Tengok tu, mak kuda belang pun tahu marah dan suruh anaknya kemas bila buat sepah. Sama tak macam Ummi?"

Then, anak kuda belang merajuk n nak tinggalkan rumah krn maknya kt dia buat bising. lewat mlm itu Babang hampiri saya, "Ummi, saya ada perkara nak cakap sikit dengan Ummi ni... saya minta maaf..." mukadimah yg dah sgt lali di telinga sy.

"Ummi.. saya pun kena tinggalkan rumah ni ke?"
"Nape pulak ni?"
"Ya lah.. sebab saya selalu buat bising..."

Tok sah nak mengada-ngada Bang!

Kartun je...

They love cartoon so much, ya kids... Kalau sy marahkan mrk krn buat sesuatu yg improper, jawab mrk senang saja, "Tapi kenapa kartun tu boleh je buat macam tu?"

Dan sy akan buntang mata, "Abang! Itu kartun! Abang bukan kartun, abang manusia!"

Suatu hari...

U : Ummi bosan lah bang.. Ummi nk ckp dgn pokok boleh?
B : Mana boleh Mi...
U : Kenapa tak boleh?
B : Pokok tu mana boleh cakap...
U : Habis, knp kartun blh ckp dgn binatang, barang, tumbuh-tumbuhan?
B : Itu kan kartun je...  bukan betul pun...

Sama mcm bila dia marah dgn Didik:

B : Abang tak nak kawan dengan Adik lagi!
D : Tak pe, Adik awan engan Ultraman...
B : Alah, Ultraman tu kartun je! Bukan wujud pun!
Ceh!

*********************

Anak-anak memang penawar duka
dan penyembuh keletihan ibu bapanya kan....
dan kekdg boleh buat hormon thyroid saya naik je... hmm...

Tuesday, December 11, 2012

Untuk Mereka

Baru selesai berkemas rumah atas bawah, kiri dan kanan sepenuhnya petang tadi. Letih dan sengal badan masih terasa. Nasib baik hari ini cuti Keputeraan Sultan Selangor... kalaulah boleh bercuti sepanjang minggu ini, alangkah bahagianya hidup. Tapi minggu ini adalah minggu ke'busy'an hidup saya... di rumah dan di pejabat.

Last Sunday 091212, kami buat sedikit majlis hi-tea. Ia majlis doa selamat sempena Babang dan Danish yg telah selamat dikhatankan pada 101112 lalu. Ia juga jamak sambutan ulang tahun kelahiran ahli keluarga yg lahir dlm bulan Dec. Rasa mcm br smlm buat sharing ttg Decemberians ni.. alahai, begitu pantasnya masa itu berlalu.

Ia juga majlis bacaan Yassin dan sedikit tahlil YKHY, maka ia sebenarnya majlis keluarga Hj Hussein dan Hjh Zainon. Best was ia dibuat di rumah  kecil kami di Sg Pinang. 

Hmm... dpt tgk gambar je... 
tak sempat rasa kek Tiramisu dan kek Spongebob tu hu hu... 
091212 was right on Mummy Seha's birthday.
Hmm... mcm ada seorang dua yg bkn Decemberians, interframe ye....
Saya suka pic ni, sbb selain ada Mak Enon potong kek Decemberians,
n Didik yg sdg kutip semua strawberry,
ada juga saya nun di tepi gambar hu hu... satu2nya gambar yg ada saya...
Family of 2 generations
We had kuih cuk badak, karipap (by Zilla), lopes & biskut batik (by Kak Mah),
pulut dan kuah kari (by Mak Enon), serawa durian (by Kak Mah & Bik Imah),
roti jala & nasi lemak & apple pie (order),
choc cup cake
(Bik Imah and err sapa lg tak tau),
puding (by..err.. I think it's from Kak Piah or Mak Usu?),
buah2an, n the main dish was steamboat
(supnya by RAN & Bik Imah & Kak Long Suhana)
Terima kasih untuk relatives yg selalu generous membawa juadah..
Alhamdulillah, walaupun hari hujan sedikit namun majlis berjalan lancar sehingga malam. Makanan secukupnya untuk tetamu. Terima kasih sangat untuk keluarga dan tetamu yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis kami. Kalau ada yg terasa tidak dijemput, mohon maaf di atas kelalaian. Untuk teman2 di pejabat mmg sudah saya raikan seminggu sebelum Babang n Danish berkhatan.

Rasanya ramai juga yang tidak hadir kerana limitasi yang tidak dapat dielakkan. Tidak mengapa, lain waktu boleh bersua juga. Apapun, mohon maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan kami jika ada.

Semoga kegembiraan ini dapat dinikmati lagi... hmm... tunggu turn Didik pula masuk jawi, mungkin sekali dengan Syakir nanti? Hu hu hu....

Thursday, December 6, 2012

I'll be waiting 4 U...

Finally I feel so relieved. Walaupun ia cuma initial notification via very simple email, tapi sgt2 cukup utk memberi nafas baru. Trigger motivation sy untuk selesaikan proses edit adiknya si KTVH.


Alhamdulillah, Menunggu Daisy Hati (MDH) saya dah lulus peringkat penilaian. Sy happy sgt! Cuma... ia hanya akan lahir, in sha Allah, jika ada izin-Nya pd thn 2014 nanti. Hmm... a year plus to go tu... lama kan? Bayangkan brp byk pula mss yg bertimbun atas meja editor?

Hmm... mahu muntah membaca kalau sy yg jd editor. Sbb mesti writers nak tau result mss mrk, mesti publisher nak terbit buku setiap bln. Laju tak laju editor membaca nak meet semua tu kan? Sorry juga kalau saya often membuat follow up... bukan apa, takut jadi mcm STKG.

Hopefully Allah masih kurniakan usia dan kesihatan yg baik utk saya melihat Daisy saya ini bloom hu hu... (ayat sopan utk 'saya tak sabar nak tunggu Daisy saya', hu hu)

Pagi tadi sy gelak seorg diri di pjbt bila dpt email ini. Sbb tetiba terlintas di fikiran... tajuk2 mss sy mungkin ada influence kpd penerbitannya. Yg sulung guna word  'Seandainya', sampai 10 tahun lebih baru terbit. Sbb mesti terfikir-fikir seandainya begitu, seandainya begini...

Yg kedua, STKG... ada perkataan Gelap, terus tak nampak jalan ke penerbitan yang sesuai... hu hu.. Dan yg ini pula, bakal melangkah bendul kalau ada izin-Nya. Guna pula word 'Menunggu', kan saya dah kena tungguuuu....

Dan satu perkara yg saya rasa kalau saya beritahu Papa Nasir, pasti akan kena sekeh dgn dia ialah... sy rs mahu tambah sebaris dua ayat pd 2nd last chapter MDH tu sbb saya tetiba dapat that phrase pula seminggu lalu. Lambat sgt dtg ilhamnya. Agak2 editor ada masa tak nak layan?
  
RAN... stop it! Move on!

Reward self with a song... lama tak dengar lagu ni kan?


Wednesday, December 5, 2012

Survival

Melayu itu orang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung itu luas maknanya
Jawa itu melayu
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani
Semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'laf bertakrif Melayu
(jika sudah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walau sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah agama dihina jangan
Hebatnya amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan :
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebulururan"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jikan pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

(Usman Awang @ Tongkat Warran)

***************

Saya terasa sesuatu....
(belum habis sentimen patriotism saya ni rupanya ya hu hu...)

Tuesday, December 4, 2012

Demi Melayu @ Demi Islam?

A forthnight before last Dec 1st, Papa Nasir dh booking jadual sy. Hmm.. nk berehat pagi Sabtu pun tak dpt. Dia kerah jg suruh ikut ke satu program organized by his friends (PAYS).  Bertolak agak lewat dan half way perjlnn AVEO ini punctured pula tayarnya. Hmm... tgh hari matahari br nk naik, terpaksa tukar tayar tepi jalan, berpeluh-peluh kami. Hu hu...

Nissan Almera nampak cantik juga kan? Bila nak ada extra $$ ni..

Bila sampai di CIAST, talk kedua dah lama mula. Dengar di pertengahan, ooo... it is about 'masa depan anak Melayu'.

Sy sll label diri sy politic free. Sbb sy mmg jarang ambil tahu hal politik. Tp sy pun bknlah ignorance sgt. Slides after slide yg dikupas speaker, mulanya sy rs ia ttg kempen PRU. But the way speaker give the talk, it was more on Malays and Islam...

Berkobar2 semangat patriotik sy nk sgt share tntg apa yg sy dgr tu. Tp sesungguhnya ia sgt ssh nk ditulis di sini. Ada byk sensitiviti dan hati yg perlu ditimbang tara, walhal tak perlu pun! Maklum shj, org Melayu mmg begini... sgt berbudi bhs, berlemah lembut n bertoleransi.

Again, bila ia ada ala-ala politik, ia sgt subjektif. Lain org lain fahaman dan ideologi, lain org juga lain penerimaannya. Sy tak suka politik tp sy amazed dgn Tun Mahathir. Sy bc jg pendapat ilmiah Prof. Ridhuan Tee. Mungkinkah saya bias? Tidak.. sy tak pro mana-mana pihak. Sy cuma melihat dr sudut pandangan mata dan fikiran saya.

They've done well. And it was, it is and it will indeed never be the easy task managing a country with various colours of people. Sy sll percaya in getting one thing, some price have to be paid. Our leaders, once or few times in their era, akan harus  merelakan sesuatu utk mendptkan sesuatu yg lain utk bangsa mrka.

Skrg ini pula ada isu tentang revolution, penghijrahan... saya rasa yg paling penting adalah penyatuan orang Islam itu sendiri. Atau penyatuan orang Melayu?

Apapun motif talk ini, sy hanya mahu pandang perkara pokok yg satu. Sy tak mahu pandang daun, ranting atau apa2 pun. Malaysia ini negara sy, awak dan kita semua. Walau bagaimana variasi sekalipun kita di dlm ngr ini, tanah ini ada keistimewaannya utk sy dan saudara2 sy yg sdh dimaktubkan dlm perlembagaan. Kalau suatu hari sy dan saudara2 sy tergadai tanah ini, keturunan kita akan jadi majoriti yang minor maruahnya di tanah air sendiri.

Manusia ada pelbagai. Begitu juga hati, kepala dan sikap. Malaysia sebuah negara yang saya kira bertuah dan berpotensi. Saya rasa kerana itu juga tidak mustahil kita sedang diperhati. Ada segelintir manusia yg sanggup menunggu biar beratus tahun atau bergenerasi dengan suntikan ideologi yg lambat launnya akan membelah retak.

Saya cuma terfikir... walau awak parti A, saya parti B, dia parti Z, ia berbeza... tetapi atas dasar awak, saya dan mereka menyebut syahadah yang sama, tidak bolehkah kita berpadu hati dan suara? Bila bersatu, suara kita akan  jadi majoriti dan kuasa ini tidak akan pernah berani dipertikai dan diperleceh-lecehkan oleh mereka yg bukan kita.

Kita bkn diktator atau komunis utk rigidkan perlembagaan. Ttp kalau atr kita sdh tdk sehaluan, kita akan mdh diperangsalibkan.

Tak kisahlah kalau org lain mahu kempen untuk apapun. Sy cuma melihat masa depan anak-anak saya dan anak bangsa saya di tanah air mereka. Apabila Lagu Warisan ini berkumandang, siapakah di antara kita yang kalis airmata? Airmata pun tak guna kalau nasi sudah jadi spageti. Err.. boleh ke nasi jadi spageti?

Monday, December 3, 2012

Demi Anakku

Last Friday dia kata, "Ummi, lagi 3 hari, hari jadi saya kan? Nanti Ummi buat kek coklat utk saya, boleh ye?"

Ya, it's his favourite. Hanya kek coklat. Sihat, minta kek coklat, kalau demam pun minta kek coklat. Kadang2 bila dtg moodnya nak makan kek coklat dia main order saja. Bbrp kali juga dia kata, "Ummi, saya teringin nak makan kek coklat lah. Ummi buatlah skrg."

Bkn tak mahu buat. Walaupun bkn pakar kulinari (congrates Izyan, jadi juara Masterchef Musim 2), tp kek sy tu blh dimkn jg. Msalahnya dia sll minta kek tu di tgh mlm buta. Ada 2-3x sy done bake cake pd jam 1 am krn dia  nak juga mkn sat-sat tu... 

Kami blm sempat nak keluar shopping, budget agak kurus bulan ni. Nasib baik ada seketul buttercup dlm freezer. Dptlh jg sy buatkan kek utk anak saya. Saya sll lp brp cwn coklat yg nak diguna. Baiklah sy smpn saja resepi kek coklat yg biasa saya ikut tu dlm FRAN ni.

Kek Coklat Moist Sofiza

Bahan A :
250 gm Buttercup
2 cwn tepung naik sendiri Bluekey
2 cawan gula kastor
4 biji telur gred A
2 sk esen vanila
secubit garam 

Bahan B
1 cawan serbuk koko Van Houten
1/2 cawan gula kastor
1 cawan air suam/panas

Cara-cara:
1. Semua bahan B disatukan dalam periuk kecil dan gaul.  
2. Masak atas api kecil sambil kacau hingga sedikit berkilat. Sejukkan.
3. Butter n gula dipukul hingga agak putih (kembang).
4. Masuk telur sebiji demi sebiji, put in esen vanila n pukul sekejap lg. 
5. Masukkan tepung berselang-seli dgn bhn B dan gaul sebati.
6. Tuang dlm loyang yg dah digris dgn sedikit mentega.
7. Preheat oven about 10 minutes
8. Bakar kek about an hour @ 180 darjah, api atas bawah. 

Topping:
Coklat masak, serbuk koko, mentega, susu pekat manis, air panas - cairkan scr double boiler till agak likat. Dah agak sejuk bolehlah mandikan kek dgn topping ni.

Saya tak pandai nak buat decoration. Perkakasnya pun tak ada. Menggunakan apa saja brg yg ada even yg recycle, ini sajalah yg mampu saya berikan utk birthday ke-6 permata hati saya yg sulung ini.

Doa Ummi semoga Allah sayangkan anak Ummi ini, diselamatkan dan diberkati dunia akhirat, menjadi anak soleh dan berjaya... may every happiness here n there be yours...

Dear Babang, ini saja yang mampu Ummi dan Papa berikan pada hari ini. Next week kita sambut meriah ya with your other twins, the more the merrier.

D : Hah, satu lagi lilin ada api! Biar adik tiup ya bang!
B : Ish budak ni... abang punya kek, dia pulak yg ia-ia tiup lilin...
(celebrate 4 hours in advance malam semalam...)

Kembang hidung saya bila Babang makan 1/4 kek sekali hadap dan kata, "Hmm... sedapnya! Ummi adalah Masterchef saya. Ummi, kalau Ummi masuk Masterchef mesti dapat piala!"

Heh, belum tentu Masterchef tu rela nak tepek Ummi depan kamera diorang tu bang oi...lainlah kalau Ummi ni perempuan cantik yang pandai memasak hu hu...

******************************************************************
Nota : 
Balik kerja lewat petang tadi, hujan lebat. Tiba di selekoh BR, saya terdengar bunyi dentuman yg kuat. One way road with 3 lanes. Sy di lane kiri, while di lane paling kanan sebuah motorsikal sudah terdampar di tengah jln dan seseorang tercampak di tepi jalan, bawah railing. Jantung saya laju, rasa mahu berhenti untuk membantu. Tetapi saya tak tahu nak berhenti di mana tambah hujan begitu. Kereta pula bertali arus. Saya called Papa sbb saya menangis tak boleh tahan hati. Apa nasib orang tadi? Akan adakah org yg akan membantunya?

Papa strictly kata, "In sha Allah, akan ada org yg akan tolong dia. You drive safely, anak-anak dan suami awak sedang menunggu di rumah ni. Calm down and drive safe! Abang tunggu awak!"

Siapapun motor rider tadi, apapun agamanya, saya berdoa sangat semoga Allah melindungi dia.. Maafkan saya krn tak berupaya utk membantu tadi. Saya yakin ada insan lain yang telah membantu beliau. Semoga malam ini dia selamat bersama keluarganya... sebagaimana saya selamat pulang ke pangkuan keluarga.

Berhati-hatilah di jalan raya demi orang-orang tersayang yang menanti kita di rumah... ingatan untuk semua dan diri saya juga. 

PAGEVIEWS