Tuesday, December 31, 2019

Wrap Dec'19 - d'moment that counts

It's 31st December 2019 already today.
Cepat sungguh masa berlalu.
So many things happened during the year.
Yang gembira, yang pedih, yang sedih, yang pahit, yang manis.
Yang sembuh, yang terluka...
That's how life was in 2019. 
Colourfull and meaningful.
Still, ia tetap membahagiakan.
Kita bahagia dengan senyuman.
Kita bahagia walau airmata berguguran.
Kita bahagia walau hati berdarah luka.
Kerana kita memang selalu bahagia dengan cara sendiri.
Kerana...
Setiap sesuatu yang Allah takdirkan dalam perjalanan hidup manusia...
tidak pernah sia-sia.


I love this sweet pic.
Handsome NEPHEW in the middle with his Adorable UNCLES.


Baby... I told you, I will always try my best effort to make your life meaningful... 
may this moment  became one of those that count...  
#baby&teamlappingganmangkuknya


Tahun ni PaMi tak sempat sambut birthday Babang spt yg pernah kita raikan tahun2 sblmnya. Moga remedy yg diizinkan Allah ini jadi kenangan sbgi 'the gift that count' dari PaMi utk Babang ya.
Their Decemberian tradition... (tak cukup korum)
#babang&teamdecemberiannya


Rajin Didik & his paternal cousins basuh pinggan mangkuk, periuk belanga segala selepas kenduri akikah Aybah & Abid (aunty & nephew). Cousins bebesar semua dah surrender, tinggal yg kekecik. Pun sebenarnya mereka suka nak main hujan gerimis tu...
#didik&teambasuhpingganmangkuknya


... yang terungkap dengan berlalunya waktu...

Berlalu lagi setahun kehidupan
Kita semakin tua, Pa... semakin dah tak daya & tak kuasa (hu hu)
The life in this world indeed is (getting) shorter, 
let's make every moment count, dengan rahmat & izin Allah...

THANK YOU 2019 & SELAMAT JALAN YA...


#akikahaybahabid151219
#alfatihahutkabah
#mumibabysatammarnommey
#byebye2019
#remedyoflife

Tuesday, December 24, 2019

'Robin Hood' Weekend with Champs

FRAN,
Mumi belum sempat nak sambung tulis diari Hatiku di Haramain. Minggu ni, minggu closing akhir jabatan di pejabat. Nanti dah agak ringan, baru boleh duduk diam2, utilize free time utk tulis diari. For time being, interlude sekejap.

Me time during lunch break ni, Mumi nak simpan gambar2 weekend bersama Champs. Since Friday, jadi staff Papa di Midvalley for Christmas Carnival. 12 hours per day, sejuk kejung. 

Angkut boys sekali. Selain dpt bonding time together ketika PaMi cari rezeki tambahan, boleh juga latih anak2 dgn sifat empathy & tanggungjawab. Walaupun sebenarnya, main je kerjanya bebudak ni...

Tak apalah... janji anak2 depan mata. Lagipun kat situ ada je aktiviti yg anak2 boleh sertai utk spend masa mereka. Dan mereka, especially baby, happy je...  :-)


Babang sedang susun produk. Training ye bang... As Sofi tu pun Pa tubuhkan sempena nama kamu. Maka, kamulah kena jadi orang kuat yg tolong Pa bila perlu ya. Grow up, son. U're my eldest, kamu harapan PaMi sekiranya jadi apa2 pada kami nanti...

Belajar & fahami dulu erti hidup, amanah & tanggungjawab. Susah payah cari ilmu & rezeki. Jangan nak syok2 layan awex je. Perempuan yg baik ialah bila awak kejar dia, dia lari. Bukan yg jenis kejar awak tak henti2. Sekolah pun tak habis lagi, jgn nak ngada2 ye. Awak tahu spesifikasi Mumi dlm memilih 'menantu'. Awak pun kena belajar jadi lelaki yg soleh & berhati insan. Baru faham apa erti ehsan & tanggungjawab.

Eh, tetiba pulak Mumi emotional. Kesan dari kejadian-kejadian kehidupan yg sekarang viral macam2. Akhir zaman. Kena usaha & hati2. Yang lain urusan Allah. Nak cari yg baik  & solehah zaman ni, macam payah. Ibarat cari sebutir permata halus di pantai pasir yg panjang.

For that day, harga sebotol vitamin (selected) boleh dapat RM8. Ada  yg boleh dpt dlm RM15. Great discount. Hmm... banyak benefit juga bila Pa jadi vendor ni. Paling tidak, dah ada source utk vitamin anak2. Kalau tak, biasanya kena beli sendiri ikut harga pasaran. Kat klinik panel pun, tak cover charge utk vitamin :-)

Indeed, rezeki itu dlm banyak cara... alhamdulillah.


Di booth Citibank, ada program mewarna. Baby asyik nak mengulang mewarna tapi saya cuma benarkan sekali je. Tak tahu FOCnya untuk berapa kali. Segan nak tanya ttg hal tu & tak sampai hati nak ambil kesempatan sbb mewarna tu gunakan material. Semua tu kos bagi mereka. Lagipun, ramai orang lain nak mewarna juga. So, just utilize your own slot je ye nak...

Tapi, acara paling baby suka - archery di booth Decathlon. Hari2 & almost everytime bila tak ada orang, dia yg conquer. Kadang dia tlg entertain org2 yg dtg booth Decathloon. Sampai salesman kat situ dah anggap dia 'lil brother'. Adeh... part ni mmg tak boleh nak control baby. Tiba2 lesap, tiba2 lenyap. 

Ada sekali memusing dewan Pa, Babang & Didik mencari dia. Rupanya pandai keluar dewan pi main 'salji'! Mumi balik solat, jantung rasa nak berhenti bila diberitahu Baby hilang! Grrrrrr.


Baby dgn 'personal coach' dia... :-)

They said baby was sweet, nice boy & getting better in his archery skill. Mumi happy kalau orang puji yg baik ttg anak2. Semoga kamu terus jadi anak2 yg baik ye supaya bukan hanya orang sekeliling je yg senang & sayang, tetapi yg penting Allah lebih sayang & berehsan dgn kita.


Pa kata Baby practice nak jadi Robin Hood :-)
Takat nak ambil inspirasi as skilled archer & swordsman tu, Mumi tak de masalah. Boleh je...
Tapi, kalau bab jadi heroic outlaw tu, tok sahlah kot. Mumi ni principally is a person by law, kekadang je menyimpang, tapi tak la memudharatkan :-)


Di sekolah, Didik masuk kelab memanah. Tahun depan dia nak cuba masuk pertandingan katanya. Ya lah Dik... PaMi ikut je apa yg kamu suka selagi tak mudharat & bertentangan dgn apa yg beri kebaikan. Lagipun memanah ni diriwayatkan sebagai sukan kesukaan Rasulullah.

Bersabda Rasulullah SAW, "Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu. " (Riwayat Bazzar & Thabarani).

Nanti PaMi cuba survey archery set tu berapa harganya di Decathlon esok ya sbb mmg plan nak pergi utk redeem bag. Esok  pun nak settlekan kelengkapan sekolah mana yg perlu. Kalau rasa mampu, PaMi cuba dapatkan satu. Kalau rasa belum mampu, kita buat tabungan dulu ya. Disember ni, semua kena bajet berhemah hu hu...


Kalau tak memanah, Baby akan main benda alah roda dua tu. Tetiba tak ingat namanya. Lately bila dos ubat doktor naikkan, memori saya jadi agak hanky panky. Kadang nama orang pun tak keluar dari kepala. Mujur, adik2 & rakan2 di pejabat faham, tolerate je. Bosses pun selama ini baik je, selalu 'pampered' me & tolerate tak mahu bagi stress lebih2. Itu juga rezeki... alhamdulillah. But that doesn't mean I can go overboard. And me is not the type to go overboard lah. InsyaAllah masih boleh boleh bezakan atr tanggungjawab atau ambil kesempatan. 


Bila dah ada booth MPH berdekatan, baby requested for pencil colours & drawing book. Sabar je lah PaMi... mujurlah kamu my sweetheart bongsu! Ha, colour buku tu ya! Jgn buat 2-3 ms lepas tu boring! Pa pulak entertained his boys with jersey & hats. Topi lagi? Kadang... haish, malas nak cakap. Sometimes Mumi can be sangat berkira, you know that, boys!


Having this opportunity to see you laugh & smiles, is everything for me.
Time cenggini, okaylah. Time buat perangai, adeh rasa nak terbalik dunia!
Kamulah vitamin PaMi yang manis & kadang2 pahit hu hu...
Apapun, I love you sons sampai syurga.


#midvalleychristmascarnival
#flavettes
#champs
#vitamin
#robinhood

Wednesday, December 18, 2019

Hatiku di Haramain : Meninggalkanmu Madinah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...duhai Madinah yang damai...
Kami mahu kembali padamu, insyaAllah kami akan kembali lagi.
*******************************************************

Tak lama pun tempoh berada di Madinah. Sampai ke sini Rabu malam. Dan pada hari keempat, Sabtu 02 Nov. 2019 , tengaharinya kami sudah harus bersiap2 untuk berangkat ke Madinah.

Jujurnya kaki saya sudah mula sakit sejak hari kedua. Beli ubat sapu dari farmasi, macam tak lut. Tapi tetap gagahkan diri untuk to & fro Masjid Nabawi dan juga ikut program ziarah. Dari pakai sandal yg bawa dari M'sia, tukar selipar jepun beli di sini. Kemudian tukar lagi pakai selipar hotel je sebab lebih lembut. Kak Zaidah pula dah mula demam pada hari ketiga. Kesian dia...

Mujur ada ubat sapu botol kecil yg Ayong beli dari Langkawi. Sapu dengan ubat tu baru kaki ada perubahan positif. Orang Malaysia yg hanya lut dengan produk Malaysia :-)

Dalam pada sakit kaki amat sangat tu, Pa tetap heret bawa pi jejalan kedai sekitar setiap kali masa luang. Cari barang2 kiriman kawan2 pejabat.

Kami jalan sampai ke kedai2 di kawasan penempatan. Tapi cuma lihat2 je... sambil2 melihat Madinah mana yg sempat. Angin yg bertiup di Madinah bagi saya sejuk. Ada masa rasa tergigil sikit. Sebab saya memang penyejuk. Waktu tu dah mula beralih cuaca tapi Papa okay je pun. 


Habit & kesukaannya. Smoking & makan aiskrim. Pa kata aiskrim sana sedap. Hampir setiap hari Pa akan beli aiskrim. Tapi entah kenapa saya langsung tak sentuh aiskrim tu. Macam tak de keinginan pun. Jalan di luar dah lah angin sejuk. Dalam bilik hotel, langsung tak on aircond, tapi saya tetap menggigil dalam selimut. Lagi mau suruh makan aiskrim? Idoklah teman... awak makanlah. Saya teman tengok awak makan je la aiskrim tu ye...


Jalan-jalan cari sepasang dua baju untuk anak2. Alih2 Pa kena paksa dek syeikh ni pakai jubah dan serban. Peniaga-peniaga kat sini asyiklah sebut tagline 'boskur' & 'Malaysia boleh'. Adeh... tak pakai dah kot tagline tu boss :-) tapi layankan je la.



Papa excited je bergambar. Mumi yg dah tak lalu nak senyum. Dgn kulit muka yg dah rasa nak terkoyak disebabkan cuaca yg sejuk-kering & kaki yg sangat lah cramp & sakit.


Tiap kali pi tempat makan, selepas iktikaf Isya' mata mesti dah tak boleh buka. Makanannya Alhamdulillah, mewah. Tapi saya rindu telur mata, bayam brazil & sambal sardin! Apapun, kunyah & telan, kunyah & telan. Tak boleh complaint tau... :-)


Pa & Pakcik Mohd Noor, one of key person di UMP.

Rabu, 02 Nov 2019 - Selesai lunch, sempurna check out process, luggage dah masuk dlm perut bas.
Kami pun sudah siap-siap berpakaian ihram. Allahu Allah... sedih sangat sebab kami akan tinggalkan Madinah yg damai. Dalam masa yang sama, sgt excited, gembira, tak sabar, terharu dan... takut... kami akan berangkat ke Mekkah. 

Terima kasih Madinah untuk damaimu yang akan kami rindui sepanjang hayat. Semoga ada izin Allah nanti kami ke mari suami isteri lagi bersama anak2 kami...


#umrah2019
#wirasaujana
#meninggalkanmumadinah
#agarakutidaklupa

Tuesday, December 17, 2019

Hatiku di Haramain : Ziarah Sekitar Masjid Nabawi (II)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...kembara iman, ilmu & amal...
*******************************************************


Jumaat, 01/11/2019

Ziarah separuh hari pd hari ke-3 ini pun sama juga keadaan saya. Lebih byk melihat & berfikir dari ambil gambar. Tak ingat dah ttg diari & FRAN. Maka, kita simpan ada yg ada sajalah ye FRAN... 

Kami dibawa ziarah & melihat beberapa masjid di sekitar Masjid Nabawi yang terletak di pinggiran masjid melalui gate 6B.


Matahari terik bersinar sampai mata pun tak berapa boleh buka. Tapi tak berpeluh pun. Hebatnya Allah. 

Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA & Masjid Al Ghamamah terletak bersebelahan & berdekatan atr keduanya dlm jarak 40meter. Boleh confuse. Waktu tulis ni pun saya sendiri tak ingat which is which. Kenalah google utk lihat paras rupa setiap masjid :-)

Dikatakan Masjid Saidina Abu Bakar lebih kecil & ada satu kubah saja. Suits the 1st pic. Manakala Masjid Al-Ghamamah lebih besar & ada byk kubah yg berwarna putih. Ada bbrp riwayat/versi ttg sejarah penubuhan masjid ini iaitu ia merupakan rumah kediaman Saidina Abu Bakar sendiri dan juga semasa hidupnya pernah selenggara solat Eid bersama Rasulullah.

Apapun, pembinaan & penyelenggaraan masjid ini pastinya sebagai mengenang jasa & sumbangan Saidina Abu Bakar di dalam Islam.

Masjid Al-Ghamamah berjarak 500meter dari pintu Bab as-Salam, Masjid Nabawi. Diriwayatkan sebagai masjid pertama yg dilakukan solat sunat Aidilfitri (631M). Ketika itu ia bukanlah berupa masjid spt hari ini tetapi ia hanyalah  tanah lapang. Mengenang sejarah itulah dibangunkan masjid ini ketika pemerintahan Umar Bin Abdul Aziz & dikenali sebagai Masjid Eid (Masjid Hari Raya).

Selain itu, masjid ini juga dipanggil Masjid Awan sesuai dgn maksud Al-Ghamamah itu 'awan yg menaungi'. Kisah yg diriwayatkan, ketika Rasulullah berkhutbah Aidilfitri, jemaah dikatakan resah kerana hari semakin panas terik. Lalu datang awan menutupi cahaya matahari sehingga selesai khutbah Baginda.

Ada juga riwayat menyebut, di masjid ini RAsulullah SAW melakukan solat Istisqo' utk memohon turunnya hujan. Selesai solat, dikatakan awan mendung datang disusuli hujan. Kerana itu dikatakan masjid ini dipanggil Masjid Al-Ghamamah. Wallahua'lam.


Persekitaran sekeliling masjid ini cantik di mana kawasan sekitarnya dilapisi lantai batu & diletakkan bangku-bangku batu serta ditanam pepohon pelindung. Persis taman. Boleh duduk-duduk picnic :-)


Masjid Saidina Umar RA ini dahulunya adalah rumah Umar Bin Khatab. Beliau merupakan sahabat Rasulullah SAW & juga Khalifah ke-2 dlm jajaran Khulafah ar-Rasyidin. Dibangunkan pada 850H oleh Shamsuddin Muhammad Ibn Ahmad as-Salawi. Diteruskan oleh Sultan Mahmoud (1254H) & anaknya Abdul Majid (1266H).

Masjid ini dibina untuk mengenang Khalifah Umar. Tidaklah besar ukurannya, hanya berbentuk persegi empat dgn panjang sisi lebih kurang 8 meter. Dibina dengan batu basal iaitu sejenis batu yg terbentuk dari pembekuan magma di permukaan bumi. Ia batu beku ekstrusif yang memiliki batuan kristal halus, berwarna gelap & komposisi utamanya berupa mineral olivin.

Dicat putih & dilapisi kapur. Atap kubahnya pula setinggi kira-kira 12meter & dihias dgn ornamen tanaman yg cantik. Kerja-kerja perluasan Masjid Nabawi dikatakan agak merbahaya untuk  kewujudan Masjid Saidina Umar smd akan terus dikekalkan atau sebaliknya. Moga2 yang baik2 sahaja agar generasi umat Islam seterusnya masih dapat melihat tinggalan sirah dan mengenang perjuangan demi menegakkan syiar Islam.



Papa tekun dengar Ustaz bercerita ttg sirah masjid-masjid yg diziarahi... :-)

Menjelang keberangkatan musafir kami, sakit pinggang Pa datang semula. Payah untuk Pa bergerak, berjalan, apatah lagi utk rukuk & sujud. Dugaan. Tapi sampai di Madinah, Pa ubati sendiri sakit pinggangnya dengan menyapukan air zamzam. Alhamdulillah beransur kurang sakit katanya. Dlm ziarah ni, Pa suh bawa kerusi kecil kononnya utk saya yg sakit kaki. Tapi Pa yg lebih byk guna utk duduk. Tolak ansur & concern suami isteri atr yg perlu kita hayati. Moga ia terus dapat kita pupuk selama hayat dikandung badan. Saling sayang & mengambil berat kerana Allah...

Kami kemudian dibawa lagi mengeliling Masjid Nabawi hingga di kawasan yg kita dpt melihat kubah hijau. Asalnya ustaz kata kami boleh berdiri mengadap kubah itu & berdoa. Tapi mungkin tak ada izin Allah, kami dilarang keras oleh polis Arab yg menaiki buggy. 


Begitu juga ketika di kawasan Perkuburan Baqi. Tak ada gambar yg kami ambil utk kenangan. Sekadar mendengar tazkirah Ustaz & mengaminkan doa syeikh yg bertugas menjaga perkuburan berkenaan.

Ada yg bertanya ttg cerita mayat orang yg ingin meruntuhkan kubah hijau itu yg kononnya masih ada di atas tersebut & boleh dilihat pd bhgn yg agak tersembul. Ustaz kata, itu tidak benar :-) Ia sebenarnya bahagian pintu/tingkap atau Alrosenh yg digunakan utk kerja2 pembersihan & selenggaraan serta pemeriksaan lampu terutama ketika menjelang peringatan ulangtahun tarikh kelahiran Nabi.


Kami di hadapan Masjid Al-Ghamamah.
Kembara iman, ilmu & amal
Abadi dalam hati...

#umrah2019
#wirasaujana
#ziarahsekitarmasjidnabawi
#agarakutidaklupa

Monday, December 16, 2019

Hatiku di Haramain : Ziarah Sekitar Masjid Nabawi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...kembara iman...
Setiap orang yang beriman itu,
pada jiwanya dipandu untuk ke Kota Suci Madinah
kerana cinta kepada Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/93)
*******************************************************


Hari #3 : 01 November 2019 / 04 Rabiulawal 1441H

Ia jumaat pertama kami di Madinah.
Jadual hari ini ialah berziarah di sekitar kawasan Masjid Nabawi.


Bagaimana hati nak berhenti rindu,
Bila wanginya Masjid Nabawi tak pernah hilang...


Perasaan yg tidak akan pernah hilang, meskipun jasad & raga tidak lagi berada di sana.
Madinah, bila tiba waktunya diizin Tuhan, sambutlah kami lagi nanti dengan damaimu.


لاَ يَصْبِرُ عَلَى لأْوَاءِ الْمَدِينَةِ وَشِدَّتِهَا أَحَدٌ مِنْ أُمَّتِى إِلاَّ كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَوْ شَهِيدًا
Drpd Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Tidak seseorang itu drpd umatku sabar di atas kesusahan & keperitan ketika berada di Madinah kecuali aku memberi syafaat kpdnya di hari Kiamat atau menjadi saksi kepadanya.

(Riwayat Muslim 3413)

Allah... kami mohon ehsan-Mu, kami semua ingin termasuk di kalangan itu....


إِنَّ الْإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى الْمَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الْحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا
Drpd Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular akan masuk ke sarang atau lubangnya"

(Riwayat al-Bukhari 1876)


Ornamen indah ini akan selalu ada di ruang mata. Meski jasad jauh beribu batu, hati sudah bermastautin di sana. Perasaan ini tidak akan pernah ada kata-kata yg mampu menuliskannya walau di atas apa jua. 


Jumpa family taukeh kedai makan di tempat tinggal kami. Murah rezeki mereka, hampir saban tahun ke tanah suci. Ya Allah kami pun mohon dikurniakan limpahan rezeki ya...



مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا ، سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Drpd Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang berjalan mencari secangkir ilmu, nescaya Allah mudahkan baginya jalan ke Syurga"

(Riwayat Ibn Majah (223), al-Tirmizi 2646)


Abadi dalam hati hingga akhir nafas di dunia ini...



#nashrysumrah2019
#madinahyangdamai
#masjidnabawi
#abadidalamhati
#agarakutidaklupa

Friday, December 13, 2019

Hatiku di Haramain : Raudhatul Jannah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sabda Rasulullah SAW,
 "Antara rumahku dgn mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman syurga."
(HR Bukari No. 1196)
******************************************

31 Oktober 2019

Siangnya selesai ziarah di sekitar kota Madinah. Dlm perjalanan balik dr Masjid Quba-Ladang Kurma-Jabal Uhud, kami diperlihatkan dgn Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh. Tak turun pun. Ustaz cuma tunjukkan & bercerita dari atas bas je.

Malamnya, kami dibawa ziarah ke Raudah. Jemaah lelaki dipandu ustaz manakala kami dipandu oleh Ustazah RenRen (rakyat Indonesia yg dah lama tinggal di Madinah). Waktu ini semua sgt excited. 

Nak masuk Raudhah kan... 'taman' impian semua umat Islam. Tempat yg sgt mulia dlm Masjid Nabawi. Lokasi turunnya wahyu kpd Rasulullah & tempat baginda bsm para sahabat beribadah. Tempat dikatakan mustajabnya doa. 

Berukuran sekitar 22meter panjang & 15 meter lebar, terletak atr rumah Rasulullah SAW  & Saiyyidaina Aishah RA (sebelah kiri) dgn mimbarnya (sebelah kanan). Kwsnnya dihampar karpet hijau.

Pd hari Kiamat nanti, Allah akan jadikan kolam al-Kauthar di bwh mimbar Nabi di mana Nabi akan beri minum kpd umatnya. Dikatakan sesiapa yg dpt minum air ini, tidak akan dahaga utk selamanya.

Raudhah @ 'taman syurga' di dunia ini mungkin tidak menyerupai taman dlm Syurga yg sebenar2nya. Ia dipanggil taman syurga krn ia tempat mulia, di mana bila kita berada di dlmnya akan menghadirkan suatu rasa yg tak tergambar oleh kata2. Kekhusyukan & penyerahan serta pengharapan yg luar biasa.



Pintu masuk ke Raudhah bagi jemaah wanita adalah Pintu 25. 'Landmark' utama utk mencari ruangan Raudhah ialah kubah hijau yg terletak di bahagian hadapan Masjid Nabawi. Gambar ni saya ambil utk rakam kubah hijau di atas tu. Mgkn tak berapa clear. 

Di bwh kubah hijau itulah Raudhah di mana terletaknya makam Rasulullah SAW. Diikuti disebelahnya makam Saidina Abu Bakar & Saidina Umar al-Khattab.


Pemandangan ketika grup kami menunggu giliran masuk. Waktu ini rasanya menghampiri 12 tgh malam. Ramai sgt jemaah menunggu giliran. 

Lama sebenarnya grup kami menunggu. Hingga melewati jam 1 pagi rasanya. Saya pun dah ambil wudhu berulang kali. Ada rakan yg mata sudah tak tahan nak pejam. Mengantuk. Sambil2 menunggu, perlahan2 Ustazah Renren beri tazkirah. Tak boleh kuat sgt suara nanti Polis Wanita yg jaga di situ akan marah.

Terjadi satu insiden mlm itu. Sementara kami menunggu & polis wanita Arab melepaskan kumpulan demi kumpulan ikut giliran, ada bbrp org jemaah Timur Tengah (tak mahu sebut spesifik) ambil kesempatan memotong giliran di bahagian kanan kami. Bermula dgn ala-ala ambil / minum air zam-zam yg disediakan, mereka kemudian terus ke hadapan pintu masuk Raudah. Seorang, dua org & kemudian lebih ramai ambil kesempatan tanpa lgsg mempedulikan larangan & teguran polis wanita Arab.

Bila keadaan ini disedari, grup jemaah Indonesia di depan kami marah. Keadaan jadi riuh bila ramai membantah & ada pula yg terus meluru ke hadapan pintu Raudhah tanpa pedulikan polis wanita Arab. Tanda protest.

Hati rasa semacam. Takut & terkilan. Kita semua hadir dgn satu tujuan. Utk menjejaki lantai Raudhah, ziarahi makam Nabi, berkirim salam & mohon syafaat, solat & memanjatkan doa. Memang perlu bersungguh walau keadaan yg payah utk dapatkan kebaikan dlm ibadah. Tapi bila suasana damai jadi riuh rendah, umpama rusuhan, berhimpit & menyakiti sesama jemaah, saya rasa ia sesuatu yg tak wajar. Saya terfikir, betapa sedihnya Nabi melihat keadaan umatnya yg mementingkan diri waktu itu. Nabi kan seorang yg penyantun & lemah lembut sifatnya?

Apapun, Alhamdulillah... dgn izin Allah dpt juga kaki kami memijak hamparan hijau. Dlm hati beri salam pd Rasulullah SAW. 

Kami digesa ustazah Renren supaya ikut dia rapat. Alhamdulillah, saya, Kak Zaidah & Kak Zamy (3 sisters) berdiri sebaris di atr tiang, hampir dgn makam Rasulullah. Ustazah gesa kami solat. Saya lihat Kak Zaidah & Kak Camy terus solat. Saya lihat kepala Kak Camy dilangkah. Saya menangis. Tak tahu knp hati masih gementar. Saya pandang makam Nabi dgn mata kabur. Rasa sedih. Hendak solat tapi tak ada ruang utk rukuk & sujud. Cukup utk berdiri saja. Ditolak-tolak, berhimpit, dilangkah. Hibanya hati. Beginikah nanti di Padang Mahsyar?

Lihat saya masih tegak menangis, ustazah gesa 'Solat! Saya jaga kamu!'. Dgn keadaan tubuhnya yg kecil, ustazah jaga ruang utk saya solat & menahan jemaah lain yg tetap berdegil mahu melangkahi kami. Sedihnya... saya menangis teruk dlm sujud. Hingga lupa apa nak doa, melainkan ulang2 minta diampunkan sgl dosa & mohon syafaat Nabi di akhirat kelak.

Tak upaya berlama-lamaan. Perlu beri peluang kpd rakan2 jemaah kumpulan kami yg lain sbb ustazah cuma secured kan ruang kecil tu utk kami solat bergiliran, line by line

Alhamdulillah, sempat mengirimkan salam saudara2 kpd Nabi secara jamak. Mohon maaf krn tak berupaya baca full text kiriman doa saudara2 yg berhajat dibacakan di dlm Raudhah. Allah Maha  Mengetahui segala-gala yg ada dlm hati samada nyata @ tidak. Moga doa kita semua sudah berada di dlm pengamatan Allah jua.



Sebahagian dari kami bergambar di luar pintu Masjid Nabawi usai ziarah kami ke Raudhah. All black. Memang kami telah dipesan & digalakkan berpakaian all black, itu atr tips memudahkan urusan masuk ke dlm Raudhah.



Esoknya, slps Subuh saya cuba pergi sendirian. Dgn harapan dpt masuk lagi ke Raudhah. Jujurnya tidak puas malam semalamnya. Malangnya ada byk kwsn telah disekat. Beberapa org jemaaah kata Raudhah tidak dibuka pagi itu (mungkin hari itu Jumaat). Pa pun kata Raudah tak buka pagi itu... sedihnya saya.

Ya Rasulullah SAW, aku akan selalu mohon kpd Allah utk kembali lagi & aku mohon Allah permudahkan masa damaiku bersamamu dlm ziarah ku di lain waktu.


#umrah2019
#Raudhahtamansyurga
#rinduraudhah
#agarakutidaklupa

Thursday, December 12, 2019

Hatiku di Haramain : 'Bukit Menyendiri'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Telusuri jejak & sirah Islam
... Jabal Uhud, salah satu dari bukit-bukit yg ada di syurga...
(HR Bukhari)
*******************************************************

31 Okt 2019 

Dari Ladang Kurma Madinah, kami bergerak menziarahi sebuah bukit yg dikatakan ada di syurga. Allah... apalah perasaan bila dikurniakan izin melihat sesuatu yg kelak ada di syurga?

Jabal Uhud namanya. Bermaksud Bukit Menyendiri. Ia dipanggil bgt oleh penduduk Madinah krn kelihatan spt sekelompok gunung yg tidak bersambung dgn gunung yg lain.


Berwarna kemerah-merahan, terletak 5km sebelah barat laut Madinah. Direkodkan setinggi 1.077meter & memanjang dari timur ke barat sekitar 10km. Tercatat dlm sejarah Islam krn menjadi saksi bisu Perang Uhud pd 7 Syawal tahun 3H (ada rekod yg kata 15 Syawal) atr 700 pejuang Islam (bilangan sbnr 1000 org ttpi 300 drpdnya kaum munafik) menentang 3000 org musyrikin Mekah.


Di bwhnya terdpt Bukit Ar Rumah bermaksud Bukit Pemanah. Mutawwif kata, dulu tinggi juga tapi bila saban waktu didaki ramai jemaah, maka ia jadi semakin terhakis & rendah. Kami naik juga Bukit Ar Rumah ni. Alhamdulillah masih dalam kadar keupayaan. Tapi Jabal Uhud tu tidaklah mungkin mampu kami daki. Mutawwif pun takkan benarkan hu hu....

Di Bukit Pemanah ini lah Rasulullah tempatkan 50 org pemanah yg dipimpin oleh Abdullah Bin Jubair al Anshir ketika pertempuran Perang Uhud.

Seramai 70 org pejuang Islam syahid di dlm Perang Uhud. Atrnya Hamzah Bin Abu Mutalib  r.a., Mush'ab Bin  Umar (pemegang panji2 Islam) & Abdullah Bin Jubair. Para syudaha ini dimakamkan di sekitar Jabal Uhud, tempat di mana mereka gugur. Rasulullah sendiri turut cedera.


Selain lingkaran perkuburan Syuhada Uhud, di depan Jabal Uhud ini ada masjid putih yg dinamakan Masjid Uhud. Kalau tak salah ingatan saya, mutawwif ada sebut masjid ini juga dipanggil Masjid Saidina Hamzah. Mungkin ia dipanggil begitu krn di kwsn masjid itulah Saidina Hamzah gugur syahid.


Alhamdulillah, mujur sempat rakam kenangan ini utk abadikan Jabal Uhud, Bukit Ar Rumah & Masjid Saidina Hamzah di dlm satu pandangan seperti ini...


Kami daki ke puncak Bukit Ar Rumah yg berlatarkan Jabal Uhud & Masjid Saidina Hamzah. Terik matahari diiringi hembusan angin. Mengimaginasikan di situlah 70 org pemanah Islam berjuang demi agama. Waktu tulis diari ini pun hati dah rasa hiba...


"Jika kita ingin melihat bukit yg ada di syurga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda 'Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yg ada di syurga," (HR Bukhari)





Bsm sbhgn jemaah kumpulan. Ada yg menunggu di dlm bas krn kurang sihat & upaya...


Pd masa Khalifah Marwan Bin Hakam, dikatakan berlaku banjir besar hingga makan Saidina Hamzah & Abdullah rosak teruk. Maka jasad mereka (walau > 4o tahun masih segar) dialih & dikuburkan semula di tempat lain tetapi masih di kwsn Jabal Uhud.

Pd 1383H, dikatakan tembok tinggi berjeriji dibina mengeliling makam Saidina Hamzah bg membolehkan penziarah dtg melihat makam. Pun bgt, kwsn makam ni  tiada tanda khusus mahupun batu nisan.

Oleh kerana cintanya Rasulullah SAW kpd syuhada Uhud, baginda hampir setiap tahun dtg ziarah ke Jabal Uhud. Diikuti pula oleh para khalifah setelah baginda wafat. Begitulah sehingga kini kita umatnya mengikuti jejak baginda sehingga Jabal Uhud menjadi destinasi penting ziarah khususnya ketika musim haji.

Duhai Bukit Menyendiri, kami hadir dgn hati sayu & akan kembali ke tanahair kami dgn hati yg rindu. Moga kami diizinkan Allah hadir lagi bersama anak-anak kami. Dan semoga hajat & kerinduan saudara-saudara kami utk ke mari menatapmu akan diizin & dipermudahkan Allah.

#umrah2019
#wirasaujana
#jabaluhud
#agarakutidaklupa

Hatiku di Haramain : Aku, Dia & Sepohon Tamar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Telusuri jejak & sirah Islam
...moga kasih antara kita seteguh pohon tamar...
*******************************************************

31 Okt 2019 
Selesai menziarahi Masjid Quba, kami dibawa singgah ke Ladang Tamar/Kurma pula.

Aku, dia & sepohon tamar...

Jika baca artikel, pohon kurma dikatakan pohon tahan banting. Sbb di tanah yg gersang, kering, tandus & sering dilanda badai gurun, hanya pohon kurma saja yg mampu bertahan hidup.

Pernah baca & lihat video simulasi penanaman pohon kurma ni. Benihnya setelah ditanam akan ditutup dgn batu. Kenapa? Kerana dikatakan halangan ini akan menyebabkan benih berjuang utk tumbuh. Bila pertumbuhan batang terhalang, benih akan memaksimakan pertumbuhan akarnya. 

Bila akarnya dah cukup kuat, baru batang pohon akan usaha bertumbuh. Malah kekuatannya mampu mengalihkan batu yg menghalang tadi.

Sama seperti hidup manusia. Bila terjadi sesuatu ujian @ halangan dlm kehidupan, kita akan belajar darinya. Kita struggled & survived. Apabila kita mampu mengambil hikmah dari ujian & halangan hidup, kita akan 'dewasa dgn pengalaman' serta lebih kuat. Lebih bermakna lagi jika ujian itu berjaya membuatkan kita lebih dekat dgn Tuhan.

Justeru, setiap perkara pedih, sedih, menyakitkan yg Allah takdirkan berlaku dalam hidup kita, walaupun pd masa ia berlaku tu kita akan rasa sangat menderita tetapi pasti ada hikmah di sebaliknya.

Like what we've gone through. Memang sakit dan pedih bila kenang. Kadang terfikir, walau sudah memaafkan tapi sukar melupakan. Apapun, tetap bersyukur kerana saya pun dah belajar jadi kuat walau mungkin tidak seteguh pohon tamar tu.

Kita saling mengenali & memahami. Kerana itu kita belajar menapis atr hakikat dan fitnah. Kita redah juga badai kehidupan kerana kita percaya satu saatnya badai tu pasti reda. Walau apapun yg telah memukul, menghempas dan menghentam hancur, kita masih mampu tungkat kudrat hati yg berdarah utk teguh berdiri mempertahankan kehidupan kita. Berbekalkan izin dan restu Allah.

Belajarlah & ambil  iktibar dari apa yg telah Tuhan takdirkan dlm hidup kita sebelum ini. Pandang depan dan lihat visi sebenar kita dicipta. Bukan sekadar TN50 tapi TN Akhirat bak kata Saudara Shamsul Debat. Personally, saya tak pernah ada agenda kepentingan peribadi. Dlm hidup saya, yg saya prioritize adalah orang2 yg saya sayang. Awak, anak2 dan keluarga. Sejak dulu, tak pernah ada SAYA dlm hidup saya, tapi KITA, demi DIA.

Sama-samalah kita berdoa agar apa yg masih terikat saat ini akan menunjang kuat seperti akar pohon tamar. Moga hikmah & sinar ini Allah izinkan bercahaya menerangi laluan kita hingga akhir nanti.



Aku & mereka di Ladang Kurma.
Masa ni Pa pi toilet. Tak bagi tau pulak tu. Grrrr! Sabo je lah...


Belek punya belek, mmg ada 2 ketul ni je gambar di Ladang Kurma. Adeh...

Saya mmg tak excited ambil gambar ketika ini. Tak tau kenapa. Mungkin krn tujuan utama utk menatap Baitullah belum sampai. Maka hati saya dapdupdapdup setiap waktu. Setiap waktu dlm hati asyik mohon 'Ya Allah. permudahkan aku... permudahkan kami.'. Perasaan takut terhijab Kaabah tu dah tenggelamkan sgl jenis kurma & pepokok kurma & kekacang & coklat yg ada kat situ. 

Di sana ada mcm2 jenis kurma, kekacang & coklat dijual. Sekadar nak rasa, boleh rasa sampai kenyang kot. Halal depa kata. Tapi jgn masuk dlm poket bawa naik bas apatah lagi bawa balik. Dh tak halal jadinya hu hu. Kecuali minta izin, kata Mutawwif.

Sblm turun bas, Ustaz Huzaimy ajar satu doa. Sbb dia kata, dlm shopping mall @ tempat2 jualan ni ada byk syaitan. Konon nak beli 1kilo. Sekali balik, bawa 10kilo! Hu hu... So, baca ayat/doa tu supaya syaitan x goda beli mengikut nafsu. Tapi.. saya lupa ayatnya! :-)

Saya bab shopping ni x blh diharap. Tak reti & tak heran. Di tanahair cenggitu, sampai sana pun cenggitu juga. Syaitan shopping pun agaknya tak kuasa. Tak brp jalan kot kalau digoda bab shopping-mopping ni. Moga, tetaplah iman saya sampai ke sudah :-)

Agaknya itu sbb Allah jadikan Pa tu pandai 'membeli'. Pa beli sedikit kekacang & sekilo Kurma Ajwa yg fresh. Kalau tak, balik ke M'sia apa nak dicenderahatikan pd families, neighbour & officemates. Hu hu...

Buah kurma @ tamar ni dikatakan byk khasiat & kegunaan. Dlm Al-Quran pun tamar ni disebut dlm 21 ayat. Cuma org yg ada diabetes, jgn overdose sgt.

Honestly, saya dari dulu pun tak berapa sgt dgn buah kurma @ tamar ni. Sekadarnya je. Atau kekadang kena paksa baru telan juga. Kalau buat air rendaman kurma @ org sebut Air Nabeez, boleh je saya minum @ makan picisan2 tamar dlmnya. 

Tapi yg paling saya suka, buah kurma yg segar! Keras & sejuk je... berbiji juga saya makan masa tu. Dah orang tu kata halal, halal... rezeki mana boleh tolak. Hu hu


Ingat nak beli bawa balik. Tapi Pa kata nanti dah tak elok kalau sampai di M'sia. Ala.... sedih... pun harganya lebih mahal sedikit la. Ya la, duit poket pun tak byk mana hu hu...

Bye bye buah kurma yg segar... ada rezeki, ada izin Allah, nanti Mumi dtg lagi makan kamu ya... nanti Mumi dtg dgn Pa & boys tau! Doakan kami ya...

Rasanya pernah terbaca ayat ini, "...orang yang benar, akan bertunas seperti pohon tamar..."

Maka, walau sakit, walau derita, walau terbanting berdarah, teruslah kuat berbuat baik dan lurus lidah agar setiap apa yg kita ada dan punya, memberi manfaat kepada semua. Peringatan ini lebih untuk diri saya sendiri...


#umrah2019
#wirasaujana
#ladangkurma
#seteguhpohontamar
#agarakutidaklupa

PAGEVIEWS