Friday, December 13, 2019

Hatiku di Haramain : Raudhatul Jannah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sabda Rasulullah SAW,
 "Antara rumahku dgn mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman syurga."
(HR Bukari No. 1196)
******************************************

31 Oktober 2019

Siangnya selesai ziarah di sekitar kota Madinah. Dlm perjalanan balik dr Masjid Quba-Ladang Kurma-Jabal Uhud, kami diperlihatkan dgn Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh. Tak turun pun. Ustaz cuma tunjukkan & bercerita dari atas bas je.

Malamnya, kami dibawa ziarah ke Raudah. Jemaah lelaki dipandu ustaz manakala kami dipandu oleh Ustazah RenRen (rakyat Indonesia yg dah lama tinggal di Madinah). Waktu ini semua sgt excited. 

Nak masuk Raudhah kan... 'taman' impian semua umat Islam. Tempat yg sgt mulia dlm Masjid Nabawi. Lokasi turunnya wahyu kpd Rasulullah & tempat baginda bsm para sahabat beribadah. Tempat dikatakan mustajabnya doa. 

Berukuran sekitar 22meter panjang & 15 meter lebar, terletak atr rumah Rasulullah SAW  & Saiyyidaina Aishah RA (sebelah kiri) dgn mimbarnya (sebelah kanan). Kwsnnya dihampar karpet hijau.

Pd hari Kiamat nanti, Allah akan jadikan kolam al-Kauthar di bwh mimbar Nabi di mana Nabi akan beri minum kpd umatnya. Dikatakan sesiapa yg dpt minum air ini, tidak akan dahaga utk selamanya.

Raudhah @ 'taman syurga' di dunia ini mungkin tidak menyerupai taman dlm Syurga yg sebenar2nya. Ia dipanggil taman syurga krn ia tempat mulia, di mana bila kita berada di dlmnya akan menghadirkan suatu rasa yg tak tergambar oleh kata2. Kekhusyukan & penyerahan serta pengharapan yg luar biasa.



Pintu masuk ke Raudhah bagi jemaah wanita adalah Pintu 25. 'Landmark' utama utk mencari ruangan Raudhah ialah kubah hijau yg terletak di bahagian hadapan Masjid Nabawi. Gambar ni saya ambil utk rakam kubah hijau di atas tu. Mgkn tak berapa clear. 

Di bwh kubah hijau itulah Raudhah di mana terletaknya makam Rasulullah SAW. Diikuti disebelahnya makam Saidina Abu Bakar & Saidina Umar al-Khattab.


Pemandangan ketika grup kami menunggu giliran masuk. Waktu ini rasanya menghampiri 12 tgh malam. Ramai sgt jemaah menunggu giliran. 

Lama sebenarnya grup kami menunggu. Hingga melewati jam 1 pagi rasanya. Saya pun dah ambil wudhu berulang kali. Ada rakan yg mata sudah tak tahan nak pejam. Mengantuk. Sambil2 menunggu, perlahan2 Ustazah Renren beri tazkirah. Tak boleh kuat sgt suara nanti Polis Wanita yg jaga di situ akan marah.

Terjadi satu insiden mlm itu. Sementara kami menunggu & polis wanita Arab melepaskan kumpulan demi kumpulan ikut giliran, ada bbrp org jemaah Timur Tengah (tak mahu sebut spesifik) ambil kesempatan memotong giliran di bahagian kanan kami. Bermula dgn ala-ala ambil / minum air zam-zam yg disediakan, mereka kemudian terus ke hadapan pintu masuk Raudah. Seorang, dua org & kemudian lebih ramai ambil kesempatan tanpa lgsg mempedulikan larangan & teguran polis wanita Arab.

Bila keadaan ini disedari, grup jemaah Indonesia di depan kami marah. Keadaan jadi riuh bila ramai membantah & ada pula yg terus meluru ke hadapan pintu Raudhah tanpa pedulikan polis wanita Arab. Tanda protest.

Hati rasa semacam. Takut & terkilan. Kita semua hadir dgn satu tujuan. Utk menjejaki lantai Raudhah, ziarahi makam Nabi, berkirim salam & mohon syafaat, solat & memanjatkan doa. Memang perlu bersungguh walau keadaan yg payah utk dapatkan kebaikan dlm ibadah. Tapi bila suasana damai jadi riuh rendah, umpama rusuhan, berhimpit & menyakiti sesama jemaah, saya rasa ia sesuatu yg tak wajar. Saya terfikir, betapa sedihnya Nabi melihat keadaan umatnya yg mementingkan diri waktu itu. Nabi kan seorang yg penyantun & lemah lembut sifatnya?

Apapun, Alhamdulillah... dgn izin Allah dpt juga kaki kami memijak hamparan hijau. Dlm hati beri salam pd Rasulullah SAW. 

Kami digesa ustazah Renren supaya ikut dia rapat. Alhamdulillah, saya, Kak Zaidah & Kak Zamy (3 sisters) berdiri sebaris di atr tiang, hampir dgn makam Rasulullah. Ustazah gesa kami solat. Saya lihat Kak Zaidah & Kak Camy terus solat. Saya lihat kepala Kak Camy dilangkah. Saya menangis. Tak tahu knp hati masih gementar. Saya pandang makam Nabi dgn mata kabur. Rasa sedih. Hendak solat tapi tak ada ruang utk rukuk & sujud. Cukup utk berdiri saja. Ditolak-tolak, berhimpit, dilangkah. Hibanya hati. Beginikah nanti di Padang Mahsyar?

Lihat saya masih tegak menangis, ustazah gesa 'Solat! Saya jaga kamu!'. Dgn keadaan tubuhnya yg kecil, ustazah jaga ruang utk saya solat & menahan jemaah lain yg tetap berdegil mahu melangkahi kami. Sedihnya... saya menangis teruk dlm sujud. Hingga lupa apa nak doa, melainkan ulang2 minta diampunkan sgl dosa & mohon syafaat Nabi di akhirat kelak.

Tak upaya berlama-lamaan. Perlu beri peluang kpd rakan2 jemaah kumpulan kami yg lain sbb ustazah cuma secured kan ruang kecil tu utk kami solat bergiliran, line by line

Alhamdulillah, sempat mengirimkan salam saudara2 kpd Nabi secara jamak. Mohon maaf krn tak berupaya baca full text kiriman doa saudara2 yg berhajat dibacakan di dlm Raudhah. Allah Maha  Mengetahui segala-gala yg ada dlm hati samada nyata @ tidak. Moga doa kita semua sudah berada di dlm pengamatan Allah jua.



Sebahagian dari kami bergambar di luar pintu Masjid Nabawi usai ziarah kami ke Raudhah. All black. Memang kami telah dipesan & digalakkan berpakaian all black, itu atr tips memudahkan urusan masuk ke dlm Raudhah.



Esoknya, slps Subuh saya cuba pergi sendirian. Dgn harapan dpt masuk lagi ke Raudhah. Jujurnya tidak puas malam semalamnya. Malangnya ada byk kwsn telah disekat. Beberapa org jemaaah kata Raudhah tidak dibuka pagi itu (mungkin hari itu Jumaat). Pa pun kata Raudah tak buka pagi itu... sedihnya saya.

Ya Rasulullah SAW, aku akan selalu mohon kpd Allah utk kembali lagi & aku mohon Allah permudahkan masa damaiku bersamamu dlm ziarah ku di lain waktu.


#umrah2019
#Raudhahtamansyurga
#rinduraudhah
#agarakutidaklupa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS