Tuesday, April 24, 2012

3 Kali...

Sesungguhnya Allah memanggil manusia
3 kali seumur hidup seseorang itu...

Panggilan Pertama : AZAN
Panggilan ini sangat jelas dan kuat kedengaran di telinga. Tapi masih ramai antara kita yang melengah dan melewatkan panggilan Allah ini. Tetapi Allah fleksibel... sentiasa memberi ruang untuk kita dalam rahmatnya.

Panggilan Kedua : Umrah / Haji
Panggilan Allah kepada hamba-hamba-Nya ini bersifat halus dan bergiliran. Allah memberi izin dalam banyak cara dan kesempatan kepada setiap seseorang yang menerima panggilan halus. Dari tiada atau tidak cukup, tiba-tiba dicukupkan, dari yang tidak merancang tiba-tiba tergerak  untuk menyahut panggilan dan sebagainya.

Panggilan Ketiga : KEMATIAN
Ini adalah panggilan Allah yang akan kita jawab dengan amal yang kita ada. Dikatakan bagi setiap seseorang anak Adam yang akan dipanggil maut, akan terdapat tanda dalam 100 hari sebelumnya. Bagi kebanyakan manusia yang lalai, petanda yang tidak secara langsung ini tidak mungkin disedari. Manakala bagi mereka yang terpilih kerana amal solehnya akan merasai keanehan dan keganjilan.


***************************

Seorang saudara kami sudah memperolehi panggilan yang ketiga itu.

Selepas solat Isya' berjemaah di rumah kami tadi, dalam hujan renyai itu Papa Nasir bersama Abang Amin, Pak Usu Hamdan, Ijal dan Apit bertolak pulang ke kampung untuk layat. Mereka akan menziarahi jenazah abang ipar Bik Imah (yang babysit my boys) yang baru sahaja meninggal dunia lewat petang tadi kerana kencing manis (itu yang diberitahu Papa Nasir tadi).

Al-Fatihah untuk arwah yang sudah kembali kepada Penciptanya.

Salam takziah kami buat seluruh keluarga.. kami pun keluarga juga... 

Yang hidup ini juga harus sentiasa beringat akan kematian itu yang pasti. Sebelum ini saya memang selalu benar rasa takut dengan kematian. Takut kalau-kalau dipanggil awal, macam belum bersedia. Tapi mana boleh kata begitu kan...

Sebab itu saya selalu mohon agar Tuhan beri sedikit masa lagi kepada saya dan suami... at least sehingga anak-anak kami boleh berdikari atas kaki sendiri.

Selepas menonton 100 Hari tu pun saya rasa hati saya kecut sangat. Allah sahajalah yang mengetahui... ampunkan kami Ya Allah...

Saya selalu berusaha untuk mematuhi panggilan yang pertama itu. Alhamdulillah masih berkesempatan setiap terbuka mata untuk menunaikannya. Masih belum mendapat 2 panggilan... saya  sudah lama rindukan panggilan yang kedua... moga akan diizinkan-Nya suatu ketika nanti saya mahu memijak tanah suci dengan suami tercinta...

Dan panggilan yang ketiga itu.... aduhai... berkatilah usia dan kesihatan kami agar dapat kami tunaikan tanggungjawab dan amanah kejadian kami sebaiknya supaya tenang ketika dipanggil pergi....

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS