Saturday, April 28, 2012

Like Papa, like sons... Ummi like what?

Saya rasa sangat tidak selesa sekarang. Check up di DEMC yang lepas saya sebenarnya terkejut dinasour kerana berat badan cecah 72kg. Tapi Dr Rahman gembira, "Good! You gain weight!"

"Doc, saya nak pi slimming centre lah. Nak kuruskan badan sikit..."
"Ish, tak payahlah. Biarlah sihat dulu. Lagipun husband tak complaint pun kan...?"

Doc ni pun.. bukan dia punya badan bolehlah cakap macam tak ada apa-apa je. Yang dah rasa macam saiz belon udara panas ni, saya. Recently terpaksa minta Papa Nasir belikan 2 helai baju kurung sebab semua baju dah buat saya jadi macam nangka madu!

Aduhai, got to do something! Apa ya yang harus saya lakukan? Sapu losyen panas? Tapi mana cukup sebotol dua kan... Telan ubat kurus? Errr.. takut nanti tak boleh buat kerja asyik kena cari tandas. Lagipun takut juga ada kesan sampingan pada sistem tubuh especially kidney.

Herbalife macam yang Seha suh makan dulu? Errr.. ia bagus, tapi saya yang tak bagus sebab tak lalu nak telan minuman tu. Maklumlah selera saya ni makan nasi dengan pucuk ubi je yang boleh lalu...

Sebenarnya saya sudah berkobar mahu turunkan berat badan. Especially di perut ni. Tak lalulah orang asyik tanya 'ada ke?'. Ada apanya ntah... anak cacing adalah... Tapi kalau boleh saya nak kurus tanpa menyusahkan diri... heh heh.. tak moh yang jogging-jogging ke, yang aerobik-aerobik ke, yang cycling ke... boleh tak? Mengada kan..

Lagipun saya tidak ada tujuan extreme yang lain, cuma untuk tujuan kesihatan. Bimbang pula dapat serangan penyakit lain yang berkait dengan berat badan pula. Ya, sudah-sudahlah... kalau tak boleh buang yang ada ni pun, jangan cari pasal baru ya tak?

Kalau slim sikit, bolehlah saya panjat Wewek tu bila badan dah ringan, ye tak? Hah, cakap pasal Wewek ni, Papa Nasir baru sahaja hantar kekasihnya itu ke 'salon kecantikan'. Hmm.. inilah rupa baru Wewek yang sangat Papa Nasir sayang itu... ada pinggang kiri kanan.



Entahlah.. kekadang tak faham dengan keinginan orang lelaki. Tapi demi suami, saya buat-buat faham sudahlah... Yang dua ketul si kecik tu pun.. alahai, dah sebijik like father like sons pulak. Nanti-nantilah ya anak-anak Ummi sekalian. Kalau ya pun berhajat, pi sekolah rerajin, esok-esok (bukan besok pagi) dah dewasa ada duit sendiri, belilah apapun yang hangpa nak, macam Papa kamu tu... janji jangan terlebih mudharat sudah... la ni, ia bukan keperluan utama ya sayang...

Nak jadi cerita, sewaktu tunggu Papa Nasir belek pinggang baru Wewek ni, saya pun membawa hati dan diri. Elok je pula nampak signboard Aleeda Beauty House. Wah! Pucuk dicita! Tak pernah-pernah tau saya pergi pusat kecantikan. Inilah julung kalinya.

3 kali sesi untuk 3 package berlainan. Hmm... harga boleh tahan juga buat saya fikir dua kali. Tapi mengenangkan harga rawatan DEMC setiap kali sakit, tak apalah... baiklah yang ini. Tapi yang tak tahan tu bila:

"Guarantee boleh turun berat ke?"
"Insya-Allah kak.."
"Kalau dah buat semua ni tapi akak tak ada perubahan cam ne?"
"Percayalah kak, so far tak ada lagi lemak yang degil. Akak ni kira mudah lagi sebab tak adalah pejal macam kebanyakan orang..." amboi, testimoni...
"Kalau lepas buat ni, akak turun berat, boleh terus maintain macam tu tak?"
"Insya-Allah maintain, tapi akak kenalah jaga pemakanan. Jangan makan makanan berlemak, berminyak, banyak karbohidrat, dan yang paling penting jangan makan waktu malam."
"Hah!?? Tak boleh makan malam??"
"Akak nak cantik tak? Kalau nak maintain berat, kenalah buat begitu kak..."
"Alahai dik oi, akak bukan nak cantik. Akak nak sihat je..."
"Sama lah tu kak, sihat akan buat kita cantik."

Baik!!

Hmm.. lepas ni suami dan anak-anakku sekalian, semua orang pun tak boleh makan malam ya! Ummi diet! Dan bila Ummi diet, Ummi pun tak mahu masak okay!

Pa... Papa izin tak ni? Alah, Wewek boleh pi saloon, Ummi tak kan tak boleh kan... hu hu...

3 comments:

  1. alah..kurus2 sgt pon bukannya cantik pon kak.
    gemuk pon x pe..asal sihat.
    yup..lepas kol 7pm..elakkan makan!

    ReplyDelete
  2. Wida : tapi.. kalau makan awal sangat, nanti malam-malam lapar balik... wa wa wa...


    lyly yana : lyly comellah.. akak ni comot... isk isk sob sob...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS