Sunday, April 15, 2012

Di bawah lindungan kaabah

Malam Khamis yang lepas, Papa Nasir ajak menonton Ombak Rindu. Alih-alih saya yang tengok sendirian hingga sudah. Papa Nasir sudah lelap tak sampai suku cerita, cit! Hmm... orang lain dah lama tengok. Saya baru sempat menonton hu hu... 

Honestly, in cinema or screen, OR memang cerita yang cantik. Tapi ada beberapa elemen yang rasanya perlu difikirkan logiknya. Dan limitasi tempoh filem menyebabkan jalan cerita sangat cepat hingga perubahan emosi watak menimbulkan tandatanya. Tetapi... seperti biasa, saya memang sangat suka dengan Maya Karin. She's good, and she made me cry eventually... saya menangis kerana saya digest ceritanya... pun menangis sikit je hu hu... 

Then saya sambung menonton Di bawah Lindungan Kaabah. Sebabnya? Sebab saya terbaca recommendations di FB tentang filem ini. 


What to say? Saya menangis sampai pagi esok! Sama seperti ketika saya pertama kali menonton Titanic. Kawan-kawan lain semua tidur kerana kata mereka jalan ceritanya slow gila. Cerita ini juga pada sesetengah orang agak slow, tapi ia sebenarnya sedang menerapkan emosi dan kefahaman penonton kepada makna jalan cerita.

Filem ini merupakan adaptasi dari novel Di bawah Lindungan Bulan yang ditulis oleh HAMKA atau nama penuh beliau  ialah Prof. DR. Haji Abdul Malik Karim Amrullah pada tahun 1938Filem yang sangat cantik dan memberi kesan. 

Tetapi sebenarnya saya ada masalah bila menonton filem-filem yang mempunyai elemen keagamaan seperti ini. Iaitu... saya akan selalu rasa prejudis kerana pada saya pelakonnya adalah pelakon.... hmmm... tak reti nak cakap lebih-lebih... kalau anda memahami makna saya, alhamdulillah... 

Apapun, saya bersetuju juga DBLK adalah wadah yang memberi pengajaran dan keinsafan.  Intipatinya satu  iaitu percayalah kepada Allah dan berserahlah dengan segala rasa redha dan ikhlas kepada-Nya. Insya-Allah... kalau tidak di sini, tentu ada izin-Nya di sana.

Sebenarnya saya hendak share satu lagi content dari email seorang teman EMBA iaitu Ms Ruhani yang harus saya delete dari yahoo email saya.  Sudah bertahun ia bertapa di situ hu hu....

Sekadar hiburan ya... ketawa itu senaman muka yang baik!

Lawak 1
Satu datuk tambah satu datuk tambah lagi satu datuk jawapannya berapa?
Tentulah tiga. Tetapi kalau 3 datuk tolak satu nenek berapa? 
Jawapannya tentulah nenek itu jatuh.

Lawak 2
Satu pagi di stesen keretapi, ada seorang makcik tu dia bertanya kepada petugas kaunter...
Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"
Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana?.."
Makcik: "Makcik nak melintas aja."
 
Lawak 3 
Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian Wafdi memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."

Lawak 4
Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.
Suami: "Kenapa?"
Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!" 
Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.
Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!"

Lawak 5 
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa.Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu menadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku."
Singa: "Ya.... singa yang baik selalu baca doa sebelum makan. 



1 comment:

  1. wida tgk ombak rindu x abis pon..smpai skrg x tau endingnya mcm mana..huhu.lagi haru

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS