Bila berbicara soal tanggungjawab...
Hmm... kalau hendak dihurai memang panjang. Tanggungjawab sebagai hamba Allah, umat Nabi Muhammad, sebagai anak, suami/isteri, ibu/bapa, pendidik/pekerja, majikan/pekerja, saudara, warga negara, masyarakat dan sebagainya...
Pemupukan dan penerapan nilai murni berlandaskan syariat agama selalu menjadi intipati untuk menjadikan seseorang individu itu beretika dan tanggungjawab. Integriti dan akauntabiliti selain dari bersih, cekap, amanah, jujur, ikhlaas, dedikasi dan pelbagai lagi ciri-ciri baik yang harus dipraktiskan dalam menjamin setiap perkara dan tugas dapat dilaksanakan dengan penuh kebertanggungjawapan untuk kepentingan bukan sahaja diri, malah untuk kepentingan organisasi, masyarakat, agama, bangsa, negara dan juga bumi! Bumi?
Ramai individu yang baik dan bertanggungjawab dalam dunia ini. Begitupun masih ramai juga yang sedar akan konsep tanggungjawab tetapi masih belum dapat melaksanakannya. Kalau sudah berusaha ke arah menjalankan tanggungjawab dengan baik, Alhamdulillah. Capai atau tidak... kita masih boleh mengukur, menanda aras dan memperbaiki selagi diberi peluang dan kesempatan. Tetapi lagi... masih ramai juga yang tidak bertanggungjawab dalam tidak sedar.
Setiap manusia ada pendirian dan pegangan. Kalaupun berbeza, sebaiknya kita saling menghormati. Kalau dia suka kuning dan kita suka biru, biarlah kombinasi itu dapat menjadi warna hijau yang segar. Hendak menegur orang sebenarnya bukan semudah hendak tegur pokok atau kerusi atau kucing. Silap tegur orang akan terasa hati. Kalau masing-masing berkeras, takut kedua-dua pun patah rekah.

Kadang-kadang beralah dahulu itu selalu akan membuahkan hasil lambat launnya. Kadang dengan cara beralah kita itupun sebenarnya teguran berhemah yang akhirnya akan disedari juga oleh orang lain walaupun susah untuk orang itu berkata, 'ya lah... betullah kata kau'. Lumrah manusia, ego diri selalu ada. Baik yang nampak mahupun yang tersembunyi.
Ada juga manusia yang suka sangat mengeluarkan kata-kata walau sebenarnya kata-kata itu tidak perlu diutarakan dan kadang-kadang sangatlah meaningless. There is a phrase yang kalau saya ingat kembali bermaksud, sebelum mengeluarkan kata-kata, fikirlah dulu baik-buruk dan kepentingannya. Saidina Ali Abi Talib pernah berkata 'apabila sempurna akal, kuranglah perkataan'.
Jadinya saya memang selalu percaya bila manusia itu ada kesedaran akan sebuah tanggungjawab, maka perkataan-perkataan dunia ini tidak sewenangnya berbuah di bibir. Action do speaks louder than word, right?
Saya pernah mendengar orang-orang di persekitaran kerja saya memetik kata-kata Bos besar kami... dan sejujurnya ia sangat berkesan dalam diri saya. Kalau ada sedikit rahmat mohonlah agar Bos besar kami itu diberikan bahagiannya oleh Allah yang Berkuasa.
Di manakah tanggungjawab?
Tanggung itu DI SINI,
Jawab itu DI SANA...
Semoga kita semua sentiasa dianugerahkan hati yang sering mensyukuri nikmat Allah dan sentiasa menangisi azab-Nya supaya tidaklah kelu lisan di sesi soal jawab kelak di sana...
Sekadar hiasan :
Tiba-tiba pula Babang rasa bertanggungjawab
untuk mendidik Didiknya..
lagi beria daripada Ummi,
habis semua perlakuan dan dialog Ummi dia reiterate...
Kelakar rasanya sehingga Ummi lupa hendak tegur
'Babang, bukankah lebih handsome kalau kamu labuhkanlah seluarmu
dan Didik silalah pakai baju...
nak mengaji ayat-ayat cinta Allah tu kan...'
Insya-Allah semoga terukir di bintang syurga anak soleh ku berdua.
************************

hehe..siap pegang rotan tu
ReplyDeleteBabang lebih-lebih hu hu
ReplyDelete