Sunday, April 29, 2012

Templer to Odeng's Cafe

Saya ada masalah utk buat pembetulan kpd MH. Drpd 4 teguran Pa, 2 darinya dah saya lunaskan. 2 jam lebih waktu rehat Jumaat lps, saya terperuk di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM & bersengkang mata lagi mlm kelmarin & awal pagi esoknya utk sudahkan ia.

Tinggal lagi 2 teguran (heh, dah mcm nak kena jwb teguran Audit pulak). Satu ttg hukum agama &n satu lagi ttg destinasi honeymoon

Kemudian, disbbkan kami beredar awal dr KLIBF due to a very rude Grolier's salesgirl, saya saja-saja minta Pa bawa kami ke Taman Rimba Templer. Nak survey... krn Pa tak setuju destinasi asal yg saya gunakan dlm MH. Sebaliknya kata utk suit the story timeline & flow, the only suitable place is Taman Rimba Templer. Lagipun masa ni BERSIH dah aman dah. Tapi nampak juga orang kuning di merata-rata tu hu hu...
Hanya Cornetto je yg dpt pi KLIBF2012... pujuk anak2... 
Saya tak pnh sampai ke Templer walaupun ia atr Taman Rimba di bwh Tourism Selangor sewaktu saya kerja dgn GLC itu dulu & jaga perihal geran & perbelanjaan penyelenggaraannya. Termasuklah Hutan Lipur Kanching dgn Taman Rimba Komanwel. Sbb itu teringin nak tgk tempatnya. Betul ke sesuai utk digunakan dlm MH, especially bila harus link ia kpd puluhan tahun ke blkg.

Tapi budak2 ni pantang nmpk air... terjun saja! Dari yg kakak sampai yg adik. Biasanya saya mmg bawa towel kecil, tapi kali ini terlupa sudah. Lap guna tisu ja lah jwbnya. Mujur baju ganti mmg wajib bawa kalau ke mana-mana.  

Si kakak merungut, "Alah, Ummi tak cakappun nak pi sini..." terkilanlah tu tak dpt berkubang mcm Didik & Babang.

Erk... ni pun tak plan lah nak oi.. Ummi pun minta Papa bawa ke sini bukan utk suka2. Ada tujuan 'kerja' juga. Sorrylah... lain kali kita pi mandi puas-puas ya...












Puteri Bunian Abby sdg solat di  tengah rimba & Abang mcm baring atas Dunlopilo!

Kebetulan dah di area ini, Pa bawa kami mkn di restoran kawannya di Bukit Beruntung. Odeng Cafe, milik chef dr The Zone Regency Hotel (TZRH) JB.. Bro Odeng dah tak attached di hotel tu lagi


Masing2 mmg dah lapar.. walaupun makanan yg terhidang lebih dari yg kami order, semua pun licin-licau hu hu... Semoga business abang Odeng akan bertambah & sentiasa maju sbgi rezeki menyara anak-anak &isteri. Dugaan dlm hidup mmg sentiasa ada, tabahlah... org yg terpilih mmg sentiasa dpt peringatan Tuhan... supaya senantiasa lurus di jalan-Nya.

Mushrooom Soup & Chicken Chop (Fry)


Fish & Chip & Chicken Chop (Grilled)  - (nampak serupa je)
Tapi saya sgt suka Chicken Chop (Grilled). Sedap!


Saya tetap perut Melayu.. Oleh krn Odeng's Cafe hanya sediakan Western Food dgn harga yg berpatutan, saya order Nasi Goreng Teppan ja lah.  Bila dihantar ia berbalut, bila buka & dimakan, wah!!! Sedap!! Almaklum Chef hotel yg masak.. 

Lumrahnya Pa hanya akan order Lamb Chop. Tak sempat rasa sbb sibuk borak dgn isteri abg Odeng.
Pa ni kaki mkn. JJCM dia lebih luas dr saya. Tapi ada satu tempat yg dari awal berjumpa sebelum kahwin sampai skrg dia kata hanya Lamb Chop di tempat ini saja yg paling best! Tiap kali balik Kundang, wajip dia singgah di sini. Dah lama juga kami tak ke mari, latest was few weeks ago.

Tempatnya ialah Bikers Cafe @ kami panggil Kedai Koboi di Paya Jaras. Nampaknya lps ini Papa Nasir akan selalulah pekena Lamb Chop di Odeng's Cafe pula ya Pa? Makan sampai terlelap mata...




Dan paginya itu Si Tembun ni kata, "Ummi, nanti kita pergi makan otak-otak nak?". Saya mmng tak suka nak tunjuk depan anak2 yg kita ikut je permintaannya, maka saya kata,"Bayar sendiri!" & dia pun muram. Tapi ajak juga Pa cari otak-otak cuma katanya not to good mkn sbb guna byk pewarna. Mujur di Odeng's Cafe ada homemade PEPES (lebih kuranglah tu... cuma rasanya lain sedikit & pedas). Habis juga 4 bekas, ceh!



Bukan nak promo.. tapi it is truly good & affordable! Sesiapa di area sana, mesti akan suka Odeng's Cafe. Open everyday, 4pm-2am. Selamat JJCM di Bukit Beruntung, Rawang Selangor

2 comments:

  1. mujur tak terliur..
    kalau tak, kak kena hantar ke trgnu tau..mana nak cari kat sini..huhu

    ReplyDelete
  2. hu hu.. kalau teringin jugak, akak hantar yang frozen je lah hu hu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS