Tuesday, April 24, 2012

Anggapanmu untuk MH

Sebelum saya ke Perak untuk 2 weeks course, saya telah beri Papa Nasir seluruh masa itu untuk prufread dan massage MH dalam lensa mata dan fikirannya. Akhirnya malam tadi dia selesai membaca. Kasihan suami saya kerana secara intensifnya beberapa malam ini dia berkorban waktu tidurnya untuk menyudahkan juga tanggungjawabnya hu hu...

Malam semalam pula jam 11 sahaja saya sudah hilang ke alam Alice in Wonderland. Penat mata kerana seharian menguli raw data untuk dijadikan table analisa yang tak seberapa for today's meeting. Siap nervous separuh nyawa kerana fail kerja yang sudah siap tu entah ke mana hilangnya. Kalaulah boleh jadi kartun yang boleh masuk dalam computer tu kan bagus... sudahnya berjam pula godek PC dengan seorang staf saya untuk cari di manalah dia bersembunyi. Nak redo, tidak sangguplah...

Alih-alih lewat pagi tadi di dalam meeting, punyalah berworksheets yang saya buat tapi Bos besar cuma shot satu worksheet saja. Wa wa wa! Hmm... ya lah pun, kalau nak bincang semua, isunya sama je pun... cut it short but make it compact and efficient kan Bos! Hu hu... orang lain punya isu pun beratur hendak dibentangkan.

Dan pagi ini sebelum saya berangkat menghantar Ayong ke sekolah dan langsung ke tempat kerja Papa Nasir berkata, "Okay, 2 thumbs up... but..."


Hmm.. itu hanya pendapat Papa Nasir kerana MH memang sedikit bergenre remaja and mainly for senior adult. 2 thumbs up Papa Nasir tak semestinya ia sesuai dengan selera orang lain yang membaca. Suami sendiri yang membaca dikhuatiri ada bias (sampai hati ke dia nak kata tak elok? hmm... tengah fikir tentang integriti suami sendiri hu hu).

Lagipun baca free dengan baca keluar kos tak sama juga hu hu... Tetapi tak apalah, saya percaya lain mata dan kepala, lain pula anggapannya. Semuanya pun bergantung kepada ANGGAPANMU... saya cuma menulis kerana saya rasa ia flow out dari hati dan finger end.  Semoga ada mesej dan pengisian, Insya-Allah kalau diberi peluang dan diterima semua...

Tetiba nak dengar lagu tu... jom!


But... Papa Nasir suruh betulkan all the typo error. Baik!

Papa Nasir suruh revise semula Indonesian dialek.

Hah? Itu yang saya lemah.. penat dah saya berlakon cakap seorang diri untuk dapatkan feel. Lagipun saya memang sengaja begitu kok... tapi Papa Nasir insist. Baik! Bibik Mega, tolong spend masa untuk sit with saya boleh? Kerja rumah saya beri cuti dua hari ya Bik!  Saya failed menulis komunikasi Indonesia dalam MH...

Dan Papa suruh tambah sedikit chapter lagi agar story flow MH lebih difahami, lebih seimbang dan lebih ada pengisian utama. Tambah lagi? Alahai, kan dah kata tak moh pepanjang... Buat! Ya, baik! Nanti saya pergi study untuk establish chapter itu ya...

Hmm... semangat berkobar-kobar ni, tapi entah bila ada peluang. Sejak dua menjak ditambah si Ayong ini sudah tidak di asrama masa jadi sangat pack, dan tenaga di malam hari sudah tidak bersisa. Hujung minggu? Lagilah... asyik di dapur. Kena masak makanan yang bervariasi. Sarapan dan lunch yang wajib, minum petang yang lebih afdal serta puding-puding, keropok-kerepek atau apa-apa jua makanan yang boleh mereka ulang makan untuk sehari dua. Budak-budak ini asyik buka freezer cari makanan sahaja kerjanya!

So, thank you Papa Nasir! Doakan saya agar boleh menyempurnakan MH. Kalau STKG jadi terbit hujung tahun ini, saya ingin benar MH jadi baby ketiga saya untuk 2013... semoga segalanya dipermudahkan Allah... Amin!

4 comments:

  1. biasalah budak2 nak besar..mmg makan jer..hihi
    wida dulu time duduk asrama, asyik lah lapor..tu x sedar bdn makin besar

    ReplyDelete
  2. Terima kasih lyly yana!

    Wida : heh heh... kalau duduk hostel memang asyik lapar je.. biskut kering pun sedap macam kuih tat hu hu

    ReplyDelete
  3. menuggu hadirmu ni novel terbaru akak ke? x sabar nk baca :-)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS