Sunday, April 22, 2012

Seandainya... from reader's perspective (...nak baling ke tingkap?)


Ketika membaca resensi yang sangat panjang ini, saya telan liur berkali-kali. Saya rasa gerun dan kecil sangat... apapun saya sangat lega kerana TP selesai bacaannya walaupun story flow Seandainya memang sangat tidak neutral... ya saya minta maaf tentang itu. Tapi saya memang tidak pandai menulis secara neutral... maafkanlah kekurangan saya ini...
Tetapi membaca resensi ini membuat saya berfikir semula suatu perkara yang sebenarnya tidak pernah terlintas di benak saya. Ego? Sehingga halaman terakhirpun Areena tidak pernah buang ego dia?
Hmm... bila saya fikir semula.. betul juga... sehingga sudah sebenarnya dia hanya menerima ketentuan yang disuratkan Tuhan untuk kehidupannya. Bolehkah dia lupakan WZ? Hmm... saya masih berfikir...
Seandainya.. (II)? Tak mahulah kot, takut ada yang betul-betul buang buku itu ke bawah Bangunan KLCC hu hu... Saya share resensi panjang Teacher Potato ini...


(27 Feb 2012)

Sebuah novel yang berjaya buat aku rase tak puas hati sampai rase nak pijak bantal jadi penyek, nak baling novel kat tingkap then jatuh bawah blok pastu kena hujan (“rase” je :P). Memang tererlah Rys Areesa menulis kalau tujuan dia nak buat orang geram. Buktinya, 2, 3 kawan aku pon naik meroyan baca novel neh. Sampaikan main karakter dalam cite neh kami bicarakan. Bahkan aku tengah baca pon boleh terkeluar perkataan tak sepatutnya “what the heck??”, “eii bodoh la pompan neh!!” and soon. Jadi novel ni tak bagus untuk tontonan orang yang kuat beremosi.

“Seandainya” mengisahkan perasaan EGO seorang pompuan bernama Areena dalam menjalani hidup (aku reka sendiri ayat neh sebab synopsis novel ni tak boleh pakai *emo).  Bagi yang interested nak tahu synopsis dia meh aku cite siket. Areena seorang wanita anggun yang bekerja sebagai akauntan yang workaholic, trauma dalam percintaaan gara-gara pernah dikecewakan seorang lelaki bernama Zaharris Arman. Walaupun lebih 7 tahun berkapel, Areena macam acuh tak acuh dengan hubungan dorang even cakap I love u pon tak pernah. Lalu Harris pun nak menduga kasih sayang Areena dengan mengatakan ada pompan lain, mengharapkan Areena mengatakan dia cintakannya. Tapi jadi lain sebab muka Areena macam takde pape & bila Harris kata nak putus, Areena tak menangis langsung. Harris pon bawa diri dan kawen dengan orang lain. Walhal Areena sangat kecewa kejujurannya dirobek kerana Harris sangsi dengan cintanya.  Hatinya yang lara cuba dirawat hingga makan bertahun lamanya.

              Jurutera kasanova yang kacak, Wan Zaharris yang baru diserapkan dalam syarikat, sering mengundang rasa degupan di hati Areena dek asyik kena kacau & nama pon nak dekat sama ngan Harris. Tapi Areena tak layan sebab trauma & prinsip. *part Areena & Wan Zaharis best and conquer almost of novel* sampai part nak propose Wan ragu2 nak luah perasaan sebab Areena tak pernah tunjuk minat. Tapi hati Areena sebenarnya so eager to hear that he loves her. Pendekkan, Harris hulur cincin then Areena amek dengan senyuman yang manis. Maknanya setuju dari segi fiil n bukan dari kata-kata. Lepas sarung cincin, naik kereta then excident! Wan meninggal dunia. Pergh aku emo kot time nih,  macam tu je pas aku baca tebal2.

              Setelah sembuh dari excident, Areena berkahwin dengan Shamsul Azhar atas pilihan keluarga. Areena tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kerana dia masih teringatkan arwah Wan. Azhar hanya bersabar walau sudah 5 tahun usia perkahwinannya. Atceli Shamsul Azhar memang sudah tertarik dengan Areena sejak Wan tengah tackle Areena lagi. So dia sayang sangat Areena. Lalu berlaku beberapa konflik yang dapat menyedarkan Areena akan rasa sayang yang mula berputik kepada suami. Akhirnya Areena bahagia dan mengandung. Finish!

              Even novel ni xbanyak sebut pasal ego, tapi aku rasa Ego tu lah main theme cite nih. Sebabkan aku amek BM masa sekolah menengah, jadi aku tahulah *confident*.. tapi siyes lah. Selama 886 pages ni aku baca, takde 1 part pon pompuan tu buang ego dia. First time aku baca novel yang jalan cite dia tak neutral (aku harapkan ending cite ni, pompan tu jadi hodoh then andartu. jahat tak? Haha). Bagi aku tak salah ada perasaan ego asalkan tak berlebihan. Elok je pon jadi orang straight forward kan. Macam Zara dalam vanilla coklat. Sweet kot. Hikhik.  Dari pendam perasaan yang membuak-buak, tak ke parah jiwa dan raga.


2 comments:

  1. Salam kak areesa. Saya terkejut sangat2 akak komen & share entry saya. Rasa seronok sangat tapi yang tak bestnya entry merepek saya ni. Haha

    Atceli saya cuma tak puas hati dengan watak perempuan tu kalau dia ade wujud in real life. Yang baling2 tu sebab terbawa2 dengan watak tu je, serius bukan sebab penulisan akak.. Kalau betul ada pompuan tu saya baling dia, tak kan baling novel akak hihik (lagipun semua tu cuma anology).

    Saya suka akak menulis sebab saya xboleh nak stop baca novel tu even dah lewat pagi n selagi tak habis. Harap akak akan terus menulis :D

    ReplyDelete
  2. Salam TP, akak pun seronok baca resensi TP untuk baby akak... terima kasih! It was truly an honest view, akak appreciate it. Glad cause you can follow the story flow, walaupun ia memang tak neutral. Insya-Allah selagi minat masih ada, akak akan usahakan baby yang seterusnya... terima kasih dengan sokongan TP! You light up my life hu hu!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS